ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur kita ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Selamat bertemu lagi. Keluaran kali ini kami rasakan lebih memberi makna kerana Hidayah lebih fokuskan kepada kaum wanita. Iktibar Satu yang Hidayah paparkan mengenai kecurangan seorang isteri yang menderhakai suami, mempergunakan kecantikan diri menjadikan beberapa lelaki mangsa korbannya. Takdir kemudian menghukumnya di akhir usia hayatnya. Sementara kepada kaum wanita yang masih enggan bertudung, kami alu-alukan untuk menatap rencana bertajuk ‘Wanita yang tidak mahu bertudung’. Semoga tergeraklah hati untuk mendapatkan hidayah bagi menunaikan kewajipan bertudung sebagaimana disyariatkan oleh Islam. Sesungguhnya kaum wanita merupakan insan yang terpilih dan diberi kemuliaan oleh Islam. Wanita dipermudahkan untuk menjadi ahli syurga dengan syarat yang mudah sebagai hadis berikut ini. Anas r.a. mengatakan, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, taat kepada suami dan menjaga kemaluannya (kehormatannya) nescaya dia akan masuk syurga.” (HR. Ibnu Hibban) Dibandingkan dengan kaum lelaki yang dibebankan tanggungjawab berjihad, menanggung nafkah dan didikan terhadap ahli keluarga anak isteri, wanita dikirakan lebih beruntung. Sebenarnya banyak rencana-rencana lain lagi yang perlu anda hayati dalam keluaran kali ini. Antaranya ialah meninjau kehidupan masyarakat muslim di negeri seribu candi. Bandingkan mereka dengan kita ini yang hidup di bumi Malaysia yang mewah dan makmur. Sesungguhnya kami berusaha untuk mendekatkan lagi hati pembaca dengan Hidayah. Bagi anda yang mempunyai sebarang maklumat, saranan, kritikan atau apa-apa saja boleh terus berhubung dengan Hidayah melalui emil saya ini atau kiriman surat. Setiap pandangan anda akan diberi keutamaan yang sewajarnya. Terima kasih dengan sokongan yang berterusan terhadap Hidayah selama ini. Semoga anda mendapat imbuhan pahala di dunia dan akhirat. Amin.
Wassalam.
Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my
Thursday, April 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment