Thursday, February 7, 2013

Variasari Keluaran Februari 2013









Sudahkah anda memiliki Variasari edisi Februari 2013? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan... Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai. Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan. Dapatkan segera majalah Variasari keluaran Februari 2013 sebelum terlambat. 

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercalkap Dengan Jin

Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari Februari 2013









Hidayah Februari 2013

Hidayah keluaran Februari 2013 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja


Langganlah Segera Melalui Pos


Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Ahamdulilah, kita terus berjumpa dalam bulan kedua tahun baru ini dalam keadaan ceria dan selesa. Begitulah juga kami di sini, sentiasa positif dengan apa-apa yang kami hadapi. Setiap apa yang dipersembahkan buat para pembaca adalah merupakan denyut nadi kehidupan kita di dunia untuk mengumpul bekalan menjadi insan bertakwa sebelum melangkah ke alam barzakh. Dalam iktibar 1, Hidayah memaparkan bagaimana seorang kaki judi yang bertaubat dan bernazar berpuasa setiap hari sepanjang hidupnya bagi menebus kesilapan yang pernah dilakukannnya. Walaupun nampaknya agak ekstrem, namun ini menunjukkan betapa kental azam dan tekadnya untuk menjadi manusia yang bertakwa. Malangnya dalam iktibar ke-2 dipaparkan kisah seorang lagi kaki judi yang berlarutan bergelumang dalam dosanya hingga nyawanya dicabut dengan jasadnya tergeletak didalam parit dalam usia masih muda. Sementara dalam ruangan ‘KOLEKSI ISTIMEWA HIDAYAH’ iktibar ke-3 dipaparkan kisah seorang insan biasa yang diberi Allah dijemput dalam keadaan khusnul khatimah mati ketika bersujud. Perjalanan hidupnya sebagai pendakwah dan pentadbir di kampungnya dilakukan dengan penuh dedikasi. Jasanya pernah diiktiraf dengan menerima anugerah sebagai Kepala (Ketua) Desa Teladan se-Jabar pada tahun 1991-1992. Ketinggian hemahnya wajar diteladani. Dalam keluaran ini juga kita paparkan kaedah untuk mati dalam keadaan khusnul khatimah. Bukanlah sesuatu yang mustahil buat insan-insan biasa seperti kita ini untuk mendapat darjat sedemikian rupa asalkan kita patuh kepada perintah dan larangan Allah dan RasulNya. Anda juga jangan lupa membaca dan menghayati rencana ‘Perisai dari gangguan jin, syaitan dan sihir’. Bacalah juga rencana mengenai ‘Karamah Wali Allah’ dan lain-lainnya agar dapat memberi manfaat bersama. Membaca Hidayah dapatlah disamakan dengan menimba ilmu walaupun ini bukanlah majalah akademik. Mahunya biarlah kita bersusah payah dalam urusan ini.  Renungilah kata-kata Imam Syafi’i, “Sesiapa yang tidak pernah merasakan pahit-getirnya menuntut ilmu, meskipun sedetik, tentulah ia akan terjerumus ke dalam kebodohan seumur hidup.” Sekali lagi terima kasih dengan sokongan berterusan anda. Kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang.
Wassalam.

Pengarang.
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Kaki Judi Jadi Rajin Puasa

PERISTIWA perceraian yang dirasakan pahit dan getir, tidak jarang menyedarkan seseorang akan perbuatan hina dan tercelanya yang sudah bertahun-tahun dia lakukan. Itulah yang dialami Ibnu Mukti, lelaki yang dikenal sebagai ‘modin’ (seseorang yang memangku jawatan sebagai muazzin/pegawai masjid) di sebuah kampung yang tidak jauh dari Surakarta, Jawa Tengah. Dengan jawatan sebagai modin itu, wajar jika Ibnu Mukti menjadi cermin atau contoh di tengah masyarakat. Maklum, secara adatnya, jawatan modin di Jawa itu berada di bawah ketua kampung yang memegang tugas meliputi urusan ekonomi, agama dan pengurusan masyarakat. Tapi, dalam tugas sehari-hari, modin itu terlibat dalam banyak urusan yang menyangkut kehidupan umat, bahkan sangat berperanan dalam urusan agama.  Memang wajar modin terlibat dalam urusan seperti mengetuai majlis tahlil, membaca Yasin, mengurus kematian salah seorang warga kampung, seperti proses memandikan jenazah, mengkafani, hingga menghantarkan ke tanah perkuburan.

Modin Kaki Judi
Kerananya, wajar jika kedudukan Ibnu Mukti dipandang terhormat di tempatnya tinggal. Sayangnya, Ibnu Mukti tidak mampu menjaga nama baiknya, tidak mampu menjaga kewibawaan yang telah diamanatkan warga kepadanya.  Sebagai seorang modin, Ibnu Mukti sudah seharusnya berperilaku baik, jauh dari hal-hal tercela, dan rajin beribadah. Terlebih, dia memangku jawatan yang berurusan dengan bidang agama. Sebaliknya, ia malah memiliki perilaku atau kebiasaan tercela yang cukup memalukan: tabiat berjudi.  Satu perbuatan tercela yang tidak pantas bagi seorang modin.  Tidak ada yang tahu bila Ibnu Mukti mulai gemar berjudi. Awalnya, dia menjalani perjudian itu secara sembunyi-sembunyi. Tetapi, ketika kegemaran berjudi itu seperti tak dapat dibendungnya lagi, dengan tanpa malu-malu, dia berjudi dengan terang-terangan. Setiap ada kesempatan judi, dia hadir. Dari situ, orang mulai memandang sinis dan membicarakan kebiasaan buruk Ibnu Mukti yang gemar berjudi itu. Tak salah jika jawatan Ibnu Mukti sebagai modin di tengah masyarakat pun menjadi ironi. Dia diakui sebagai modin yang memiliki jawatan (tauliah) dan kedudukan terhormat. Tetapi, pada sisi yang lain, dia seperti membanting kewibawaan itu di tempat yang rendah. Wajar, jika Ibnu Mukti kemudian menjadi bahan cemuhan kerana perilaku kurang terhormatnya itu.  Rakan-rakan karib Ibnu Mukti sudah berusaha mengingatkan ia sedar kerana telah berkubang di jalan gelap. Selain rakan-rakan karib, pihak keluarga juga tak henti-henti memberikan nasihat agar Ibnu Mukti sedar dan berhenti dari perbuatan kurang baik itu. Tapi, bukan Ibnu Mukti, jika dia bukan keras kepala dan tetap ‘gian’ dengan apa yang dia pilih. Dia tetap membisu seribu bahasa. Dia tidak mahu mendengar nasihat dari siapa pun, bahkan termasuk dari isterinya sendiri. “Kenapa abang ini terus menerus berjudi? Apa abang tidak malu dicemuh-cemuh orang-orang. Tak takut dosakah?” pujuk isterinya. Tapi, bukan Ibnu Mukti jika dia tidak keras kepala. Dengan ambil mudah saja dia mencabar balik, “Jika kamu malu, tutupi saja telingamu dan tutup juga kepalamu dengan tudung ketika orang-orang mengata-ngata pada aku. Yang judi itu bukan kamu, melainkan aku,” jawab Ibnu Mukti berhelah menegak perbuatan buruknya itu. Tidak mundur selangkah pun isteri Ibnu Mukti menasihati suaminya. Tetapi, semakin isterinya itu rajin menasihatinya, kian menjadi-jadi Ibnu Mukti itu berjudi. Tak jarang, dia bahkan pulang larut malam atau pulang di pagi hari lantaran kalah dalam berjudi. Dan hal itu kian menjadikan orang-orang kampung menggunjing tingkah lakunya. Dari situ, dia pun dikenal atau dijuluki sebagai modin kaki judi. Mungkin, orang-orang tak akan pernah mengunjing Ibnu Mukti separah itu, jika jawatan dia itu bukan sebagai modin.

Serlanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2013 di pasaran...

Dijemput Maut Ketika Bersujud

DEMIKIAN yang terjadi pada HM. Busroh. Ketika itu, tak ada tanda-tanda kalau lelaki itu sedang diintip ajalnya, ia nampak sihat walafiat, segar bugar. Dia juga masih sempat ke masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Tetapi takdir Allah berkata lain. Ia dipanggil menghadapNya di pagi hari, saat seluruh keluarga tak menduganya sama sekali.

AYAH DAN SUAMI YANG BAIK
HM.BUSROH lahir pada tarikh 17 April 1954 di Kampung Tanjung Sari, Karangampel daerah Indramayu. Ia memiliki isteri yang bernama Hajah Sumirih dan dikurniai empat orang anak yang benama Musyrifah, 30, Marfuah, 30, Maryati, 28 dan Maskanah, 24. Sejak kecil, Busroh memang suka dengan hal-hal yang sifatnya agama. Sebab ia dilahirkan dalam keluarga yang begitu dekat dengan agama. Ia suka mengaji, pergi ke mushala (surau), masjid dan sebagainya. Kesukaan pada hal-hal agama, kemudian membawanya untuk pergi menimba ilmu ke pondok pesantren Babakan Ciwaringin, Ceribon. Setelah lulus dari pondok pesantren ia memilih kembali ke kampung halamannya tidak menetap atau memilih mengajar di tempatnya menimba ilmu. Di kampungnya, diapun mulai mengamalkan apa yang didapatkannya selama berada di pondok iaitu mengajar kitab kuning, memberikan kuliah agama dan mengajarkan al-Quran. Langkah pertama yang ia lakukan ialah dengan mendirikan Masjid Nurul Huda yang letaknya sekitar beberapa meter dari rumahnya. Dari tempat suci inilah dia mulai menyebarkan syiar agama di kampung Tanjung Sari. Dia mulai mengajak masyarakat agar rajin solat berjemaah di masjid, mengikuti kuliah-kuliah dan pengajian agama dan belajar secara berkitab. Apa yang terjadi di masjid ini bagaikan seperti keadaan di pondok pesantren. Lambat laun kegiatan keagamaan di Masjid Nurul Huda semakin marak. Mulai dari anak-anak, remaja, dewasa hingga orang-orang tua mula berkecimpung dalam kegiatan keagamaan yang diadakan di masjid. Apalagi gaya pengajian dan ceramah yang disampaikan oleh Busroh memiliki gaya tersendiri dan dapat menarik orang lain untuk boleh mendengarkannya secara seksama. Makin hari kegiatan Busroh pun semakin sibuk. Meski begitu, sebagai seorang ayah dari beberapa orang anak dan suami dari seorang isteri tercinta, ia tetap memberikan curahan perhatian dan kasih sayang yang luar biasa terhadap mereka. Terhadap anak dan isteri, Busroh memang jarang marah. Ketika marah pun ia tak pernah menggunakan kekerasan seperti menampar, memukul atau menendang. Ia melakukan dengan nasihat yang baik.  “Bahkan dia seorang yang suka bercanda (bergurau) dan berjenaka,” kenang Hajah Sumirih. Selera humornya Busroh begitu tinggi, sehinga isteri dan anak-anaknya terkadang dibuat ketawa besar. Dan sifat seperti ini justeru berlawanan dengan sikap tegasnya dalam kebenaran. Ia bertegas dalam bertindak kepada yang salah dan berani berjuang untuk yang benar. Bukan saja kasih sayang sepenuhnya yang diberikan oleh Busroh kepada keluarganya, ia juga adalah seorang yang gigih bekerja. Untuk menyara dan menghidupi keluarganya ia berjual kereta di rumahnya juga melayani perniagaan jual beli kereta tapi bukan dalam bentuk besar-besaran. Caranya ialah dia memiliki kereta, tetapi jika ada orang yang menyukai keretanya itu, maka dia akan menjualnya dengan harga yang sesuai dan berpatutan. Dan begitulah seterusnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2013 di pasaran...

Dilambung Ombak Ketika Ke Makkah

MENYAMBUNG lagi cerita menunaikan haji dalam tahun 70an, sebenarnya cerita yang lebih menarik untuk pembaca Hidayah mengetahuinya akan saya ceritakan kisahnya sebelum tahun tersebut. Menurut catatan yang saya baca dalam buku-buku catatan dari mereka yang tunaikan haji dalam tahun-tahun 40an, 50an dulu lebih hebat lagi. Orang-orang dulu nak buat haji terpaksa kumpul wang bertahun-tahun lamanya. Dah tu, mereka naik kapal. Dalam kapal laut itu pula akan mengambil masa hampir sebulan. Dalam masa pelayaran itu berbagai dugaan dihadapi. Para jemaah yang sudah tua, uzur dan usia melebihi 60 tahun dan 70 tahun paling teruk sekali. Mereka muntah-muntah dalam kapal. Mereka dilambung ombak besar dalam pelayaran tersebut. Kesukaran, dan kepayahan yang mereka hadapi agak menyulitkan mereka. Mereka yang benar-benar memang sudah uzur dan sudah tua sangat oleh kerana tak tahan dilambung ombak dalam kapal, ada yang meninggal dunia. Memang pun ajal sudah sampai, demikian menurut satu catatan yang saya baca dalam sebuah buku yang menerangkan mengenai pemergian Haji dengan kapal dalam tahun 40an dan 50an dulu. Kenapa orang-orang dulu pergi haji agak tua-tua belaka? Sebabnya, mereka terpaksa kumpul wang agak lama. Mereka sudah tanamkan niat dan cita-cita mahu tunaikan haji. Orang-orang kampung dulu bekerja sendiri. Ada yang toreh getah, ada yang membuat bendang sawah padi. Hasil dari jualan getahnya, selain dari untuk menampung makan harian, mereka kumpul sedikit demi sedikit untuk tunaikan haji.
Manakala mereka yang bekerja bendang sawah tanam padi, menjual padi mereka setiap tahun bila tiba musim mengambil padi atau pun musim menuai. Biasanya, orang-orang kampung seperti ini memiliki sawah bendang yang luas, dan mereka tanam padi menghasilkan padi yang lumayan. Untuk makan setahun, mereka simpan, dan yang lebihnya mereka jual untuk pergi haji. Begitu juga penoreh-penoreh getah, biasanya mereka punya ladang getah yang luas, dan boleh mengupah orang lain untuk menoreh getah. Itulah sebabnya mereka boleh simpan sedikit wang untuk tunaikan haji. Oleh kerana simpan wang sedikit demi sedikit maka usia pun semakin meningkat dan semakin tua, barulah wang itu terkumpul untuk mereka pergi tunai haji suami-isteri. Dari mereka inilah, ada orang yang rajin mencatatkan kisah-kisah menarik pada zaman itu pergi Makkah. Zaman dulu sebelum wujudnya Tabung Haji, orang-orang Islam pergi ke Makkah tunai haji melalui ejen-ejen yang ada di negeri masing-masing. Di Makkah pula ketika itu menggunakan sistem “Syeikh Haji”. Syeikh-Syeikh inilah yang menguruskan orang-orang Islam untuk tunaikan haji. Biasanya syeikh ini terdiri dari orang-orang dinegeri di Malaya yang tinggal di Makkah. Mereka inilah yang tubuhkan dan menamakan mereka sebagai “Syeikh-syeikh haji”. Mereka ini akan melantik ejen-ejennya, misalnya di Melaka, di Kelantan, di Johor, mereka ini punya “ejen-ejen” bagi mendaftarkan nama mereka yang mahu tunaikan haji.
Ketika itu orang-orang nak tunaikan haji, kalau mereka dari Melaka, dari Selangor, dari Negeri Sembilan, akan pergi ke Singapura. Di Singapura ada pelabuhan kapal yang mengangkut jemaah haji dari sana.
Mereka yang tinggal di Perak, Kedah perlis dan sebahagiannya dari Kelantan akan pergi ke Pulau Pinang. Hanya dua buah negeri ini sahaja yang ada pelabuhan kapal.  Bahawa Syeikh Haji ini adalah satu sistem untuk menguruskan jemaah haji. Ia wujud dan mengendalikan jemaah haji sejak zaman berzaman, menurut catatannya. Sebenarnya, Syeikh haji ini bertugas atau pun berfungsi sebagai suatu institusi yang menyelenggarankan urusan pemergian jemaah haji ke Makkah. Syeikh-Syeikh dan wakil mereka mempunyai tugas yang tertentu. Mereka sudah ditetapkan untuk menjaga hal ehwal orang-orang akan tunaikan haji, dari permulaannya sehingga mereka itu pulang ke tanah air masing-masing. Jadi, zaman saya ke Makkah tahun 70an itu dibandingkan dengan sekarang saya merasakan sangat payah. Tetapi rupa-rupa zaman sebelum itu lagi payah lagi terutama mereka yang naik kapal. Ada satu catatan yang saya baca, tentang bagaimana mereka yang menghantar saudara-mara, ibu bapa mereka ke pelabuhan Singapura dan juga ke Pulau Pinang.
Kata pencatat itu ketika itu hujan turun dengan lebat sedangkan di kawasan itu tidak ada tempat berteduh. Orang-orang yang menghantar terpaksa basah kuyup dalam hujan lebat itu. Manakala jemaah yang mahu naik kapal terpaksa mengharung hujan. Cubalah bayangkan betapa payahnya, tetapi mereka harungi juga keadaan itu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2013 di pasaran...

Negeri Di Hujung Dunia Akan Kiamat Dulu

DALAM sebuah kitab agama yang menerangkan “bab kiamat” ada menerangkan mengenai negeri manakah musnah lebih awal sebelum dunia ini kiamat? Rupa-rupanya dunia ini ada negeri-negeri yang dianggap sebagai negeri hujung-hujung dunia. Negeri-negeri  yang hujung-hujung inilah yang akan mengalami kehancuran lebih awal. Pengarang kitab-kitab yang menerangkan bab ini telah memetik riwayat dari perawi-perawi hadis dari para sahabat yang mendengar Nabi s.a.w. bersabda mengenai perkara ini. Dalam zaman Nabi s.a.w., ada para sahabat bertanya kepada Rasulullah berhubung dengan hal-hal kiamat. Walau pun, Rasulullah s.a.w. sendiri tidak tahu bilakah kejadian kiamat itu akan terjadi, tetapi Baginda akan menerangkan tentang peristiwa-peristiwa yang terjadi sebelum berlakunya kiamat itu. Ada pelbagai pertanyaan yang dilontarkan kepada Nabi s.a.w. berhubung dengan perkara ini. Rasulullah s.a.w. menerangkan ada negeri-negeri di hujung dunia ini yang akan mengalami kehancuran, sebelum berlakunya kehancuran negeri Syam. Nabi s.a.w. juga menerangkan tentang berapa lamakah bandar Madinah itu kosong sebelum berlakunya kiamat. Diterangkan tentang kehancuran dunia, yang dimulai dengan hancurnya berbagai kota sebelum Syam. Berapa lamakah kota Madinah kosong dari penduduknya sebelum kiamat. Pertanda-pertanda apakah yang mengawali hancurnya dunia, dan benda-benda apa yang pertama mengalami kehancuran. Ada sebuah hadis diriwayatkan dari Hudzaifah bin Al-Yaman r.a. dari Nabi s.a.w., bahawa baginda bersabda: “Kehancuran dimulai dari hujung-hujung bumi sebelum hancurnya Mesir. Semula Mesir masih aman dari kehancuran, sebelum hancurnya Bashrah. Kehancuran Bashrah bermula dari Iraq.
“Adapun hancurya Mesir adalah dikeranakan keringnya sungai Nil. Kehancuran Makkah dikeranakan ulah bala tentera Habasyah. Kehancuran Madinah dikeranakan terjadinya kelaparan. Kehancuran Yaman dikeranakan hama belalang. Kehancuran Ailah dikeranakan pengepungan. Kehancuran Parsi dikeranakan merebaknya kemiskinan. Kehancuran Turki dimulai dari Dailam, sebuah gunung dalam gugusan pergunungan Armenia. “Hancurnya Armenia dikeranakan ulah bangsa bermata sepet. Kehancuran bangsa bermata sepet akibat bangsa Turki. Kehancuran Turki kerana dihentam petir. Kehancuran bangsa sindu kerana serbuan bangsa India. Kehancuran India kerana Cina. Kehancuran Cina kerana pasir. Kehancuran Habasyah kerana gempa. Kehancuran Zaura kerana pasukan As-Sufyani. Kehancuran Rauha kerana dibenamkan. Dan, kehancuran Iraq kerana kemarau.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2013 di pasaran...

Ehwal Bentuk Bumi Dalam Quran

APAKAH anda percaya kalau bentuk bumi adalah bulat? Sebelum ada bukti shahih berupa foto atau gambar, kita pasti tidak akan mempercayainya. Hal itu pula yang dikatakan oleh ahli astronomi Galileo Galilei (1564-1642) pada tahun 1616. Pendapatnya bahawa bumi itu bulat sempat membuatnya dikecam dan dimusuhi pihak gereja dan memenjarakannya. Sebabnya, selama ini pihak gereja percaya pada pendapat yang sudah kuat saat itu, iaitu bentuk bumi adalah datar. Bagaimana pendapat Galileo tidak boleh dipercayai oleh pihak gereja kala itu? Sebab, ia tidak dapat memberikan bukti khusus kepada pihak gereja dan yang lainnya berupa foto atau gambar selain kerana faktor kekuasaan pihak gereja sendiri. Pendapatnya baru diakui ketika misi Apollo 8 pada 24 Disember 1968 berhasil memotret bumi dari bulan. Jadi, sekitar 3.5 abad kemudian. Hasilnya, bentuk bumi adalah bulat. Hasil temuannya itu pun dinamakan earthrise atau bumi muncul. Dalam gambar itu tampak bentuk bumi adalah bulat dan berwarna biru. Namun, meski bukti khusus sudah ada berupa potret, tetap saja ada yang menyangkalnya. Kelompok yang menyangkal ini menamakan dirinya sebagai penganut flat-earther alias bentuk bumi adalah datar. Kelompok ini percaya bahawa bukti yang dikemukakan oleh NASA melalui misi Apollo-nya tersebut adalah palsu alias rekaan belaka. Kelompok ini berkali-kali mengadakan pertemuan untuk melakukan peneguhan pendapat, salah satunya pertemuan kecil di Inggeris dan Amerika Syarikat beberapa bulan yang lalu. Menurut John Davis, pakar komputer dari Kanada dan salah seorang penganut aliran flat-earther, ia menyedari bahawa banyak kecaman yang dialamatkan kepada dirinya dan kelompoknya kerana kepercayaannya dianggap sebuah bentuk peremehan, sikap acuh tak acuh dan anti intelektualisme. “Orang sudah jelas berprasangka buruk terhadap kaum flat-earther,” ujarnya. Keyakinan Davis pada bentuk bumi yang rata itu begitu kuat hingga ia mengatakan bahawa bumi akan terus horizontal selamanya. Di tempat yang lain, James McIntyre, moderator perbincangan Masyarakat Bumi Rata di Inggeris, memiliki pandangan yang sedikit berbeda. Menurutnya, bumi sedikit banyak seperti piring. Bumi tidak benar-benar rata kerana fenomena geologi seperti bukit dan lembah. Diameternya sekitar 24,900 batu. Ketika ditanyakan kepadanya soal-soal bukti khusus dari Nasa tentang bentuk bumi yang bulat, ia pun menyangkalnya. “Badan ruang angkasa berkonspirasi secara antarabangsa untuk menipu orang ramai guna mendapat keuntungan besar,” ujarnya. Christine Garwood, pengarang buku Flat Earth: The History of an Infamous Idea, tidak terkejut dengan fakta bahawa kelompok flat-earthers menolak bukti-bukti bahawa planet kita ini bulat. “Inti teori bumi rata sebenarnya adalah teori konspirasi. Wajarlah, kelompok yang percaya bumi rata memandang pendaratan di bulan palsu, demikian juga foto-foto dari ruang angkasa,” tulisnya. Terlepas dari munculnya kelompok baru yang menamakan dirinya flat-earther, sesungguhnya faham atau pendapat yang mengatakan bentuk bumi bulat adalah kelompok yang jauh lebih dominan. Bukti yang diajukan oleh NASA dan mungkin ilmuan lainnya menjadi hal yang paling kukuh untuk mengatakan bahawa bumi adalah bulat; dan ini menjadi ijma’ atau kesepakatan bulat hampir seluruh ahli astronomi puluhan tahun belakangan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2013 di pasaran...

Kisah Nabi Ismail a.s: Sejarah Di Balik Perintah Korban

SAAT itu Ismail a.s. mulai beranjak dewasa. Setangkup kebahagiaan perlahan menumbuhkan setitik harapan bagi Nabi Ibrahim a.s. Sebab kelak Ismail boleh diharapkan jadi penerus perjuangannya. Tapi, di tengah kebahagiaan itu, tiba-tiba Nabi Ibrahim dikoyak rasa duka. Dia, yang sangat mencintai Ismail, dipaksa melepaskan kebahagiaan itu setelah menjumpai sebuah mimpi yang mengejutkan. Mimpi yang membuatnya nyaris terguncang, serasa di persimpangan jalan. Ketika sedang tidur, tiba-tiba, Nabi Ibrahim dikejutkan dengan turunnya sebuah wahyu, “Wahai Ibrahim, taruhlah sebilah pisau di leher anakmu dan sembelihkan ia dengan tanganmu sendiri.” Saat bangun dari tidur, hamba Allah yang setia dan pendakwah terkemuka dalam sejarah umat manusia itu pun goyah. Seakan hendak roboh. Tokoh besar yang berjaya berdakwah pada zamannya itu dihadapkan pada ujian berat. Setelah seratus tahun diangkat menjadi Nabi, hidup sebagai pemimpin juga berjuang melawan kaumnya yang fanatik menyembah berhala, melawan kaum penindas dan bahkan penguasa zalim (Namrud), tetapi dapat meraih kemenangan dan juga berhasil melakukan segala tanggung jawab, kini justeru dilanda bimbang. Dalam hati, tebersit pertanyaan apa dia harus mengikuti jeritan hati dan menyelamatkan Ismail atau mengikuti perintah Allah mengorbankan Ismail? Seketika itu, dua pilihan itu sulit dijawab. Sebab sudah lama dia merindukan kehadiran buah hati, tapi saat buah hati itu sudah beranjak dewasa (remaja) dan dia mencintainya, kini justeru diminta untuk dikorbankan. Namun, pada sisi lain, Nabi Ibrahim tidak menepis mimpi itu adalah perintah Allah. Itu adalah kebenaran. Maka dada Nabi Ibrahim berkecamuk. Seandainya, Allah memintanya untuk mengorbankan dirinya sendiri, bukan anak yang dia cintai, tentunya mudah menentukan pilihan. Tetapi, Allah memerintahkan dirinya mengorbankan Ismail, bukan dirinya sendiri. Itu yang membuat Nabi Ibrahim dilingkupi perasaan berat menentukan pilihan.

Kelahiran Ismail
Dulu, sebelum Ismail lahir, hati Nabi Ibrahim diresap rindu. Apalagi setelah tahun-tahun perjuangan telah berlalu. Sudah seabad, Nabi Ibrahim berjuang menumbangkan kejahiliyahan nenek moyang, fanatik kaumnya - yang menyembah berhala -, hingga melawan kekuasaan sang penindas, Namrud, yang angkuh tapi akhirnya dia selamat dari kobaran api yang panas. Misi agung Nabi Ibrahim nyaris telah tertunaikan. Dia juga telah “menyerukan” risalah tauhid (moneteisme) di tengah sistem sosial yang zalim dengan gemilang. Tapi di hujung usia Ibrahim yang sudah mulai menua itu, ternyata ia belum diberi anugerah keturunan. Tak aneh, dia pun resah dan gelisah. Padahal, misi agung kenabian perlu penerus, dan “harapan” itu nyaris jauh dari kenyataan, kerana isterinya (Sarah) mandul (tidak subur) dan Nabi Ibrahim sudah uzur. Sementara, Nabi Ibrahim tak menemukan seorang pun yang dapat diharapkan sebagai penerus, kecuali Nabi Luth a.s. Kerana itulah, Nabi Ibrahim gelisah. Cemas dan resah. Sebagai manusia, dia ingin memiliki anak untuk membuatnya bahagia. Maka, dia pun berharap boleh mendapatkan keturunan. Dan, hanya kepada Allah ia berharap. Tidak sedikit pun hendak berputus asa. Dia masih memiliki setangkup harapan. Maka, dengan khusuk dia berdoa, memohon agar diberi keturunan, “Tuhanku, anugerahkan kepadaku anak yang termasuk orang-orang yang salih.” (QS. Ash-Shaaffat: 100).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2013 di pasaran...

KH. Zainuddin MZ: Da'i Sejuta Umat Yang Menginspirasi

Di balik kehebatannya bertausiyah, merangkai tausiyah yang sarat makna, sesungguhnya KH. Zainuddin MZ hanyalah seorang manusia biasa. Dia juga suka ‘nasi uduk’ dan ‘gudeg’. Kegemaran sosok da’i sejuta umat ini mengiringi kematiannya. Disebutkan oleh anaknya, Fikri Haikal, bahawa sesaat sebelum ayahnya meninggal, KH. Zainuddin MZ sempat makan ‘nasi uduk’ dan ‘memesan gudeg’. Sayang, gudeg belum sempat dimakannya kerana ia tiba-tiba saja pengsan dan akhirnya meninggal dunia dalam perjalanan menuju hospital. Bagi kebanyakan orang, ‘nasi uduk’ dan ‘gudeg’ itu adalah simbol makanan rakyat. Kerana itu, saat Allahyarham suka keduanya, maka ia tak pernah lupa siapa sebenar dirinya sebagai orang Betawi, meski telah menjelma menjadi orang hebat dalam dunia dakwah, tidak saja untuk ukuran Jakarta, tapi juga nasional. Saat penulis masih kecil, ketika mendengar nama Zainuddin MZ mahu tampil di suatu tempat tertentu, maka keluarga berbondong-bondong datang untuk mendengar tausiyah-tausiyahnya yang tidak hanya cerdas dan sarat makna, tapi juga penuh nilai jenaka. Atas gaya dakwah yang seperti itulah, saat itu Zainuddin sempat dikatakan sebagai pendakwah yang tidak serius, kerana lebih “menjual lelucon”nya (berjenaka). Tapi, dakwah-dakwahnya akhirnya diterima kebanyakan orang, bahkan kemudian menjadi ikutan untuk dakwah masa kini. Jika orang bicara dangdut, yang menjadi trendsetter adalah Rhoma Irama. Tapi ketika kita bicara masalah dakwah, maka kita tak ragu lagi untuk menyebut nama Zainuddin MZ, seperti halnya Muammar ZA untuk dunia tilawah (qiraah). Kerana itu, tak hairan, jika gaya Zainuddin dalam berdakwah selalu ditiru orang. Dan ironinya, siapa pun yang boleh meniru gaya dakwahnya akan selalu menarik untuk didengar. Ya, kerana gaya dakwah beliaulah yang paling dapat diterima oleh masyarakat masa kini, kerana pendengar tidak merasa bosan dan selalu ternanti-nanti menunggu kata-kata berikutnya yang diucapkan. Meski satu hal yang tidak dimiliki oleh Zainuddin - dan sekarang lagi banyak dipakai oleh da’i-da’i muda, iaitu tilawah yang merdu seperti Jefri al-Bukhari dan sebagainya. Zainuddin tidak memiliki suara yang merdu, kerana dia bukan seorang qari. Meski begitu, dia berhasil menyihir pendengar lewat intonasinya yang terstruktur dan penuh magis. Nama lengkapnya adalah Zainuddin Muhammad Zein (MZ). Warga asal Jakarta yang lahir pada 2 Mac 1951. Anak tunggal pasangan Turmudzi dan Zainabun ini sudah menampilkan bakat pidatonya sejak kecil. Di rumah datuknya, Udin — panggilannya — kerap naik ke atas meja untuk berpidato di hadapan tamu-tamu yang berkunjung. Bakat berpidatonya itu tersalurkan ketika Udin masuk Madrasah Tsanawiyah hingga tamat Aliyah di Darul Ma’arif, Jakarta. Di sekolah ini, ia belajar pidato dalam forum Ta’limul Muhadharah (belajar berpidato). Dalam ceramahnya, ia sering menyisipkan humor dan kisah-kisah lucu yang mengundang gelak tawa pendengarnya. Kebiasaannya berkisah dan mendongeng terus berkembang. Dalam tiap penampilan, ia selalu memukau teman-temannya. Kemampuannya itu pun terus terasah, beriringan dengan permintaan ceramah yang kian mengalir deras seperti di radio serta di berbagai masjid dan mushala di Tanah Air sejak tahun 1975. Selain itu, ia juga pernah menjadi pelakon undangan di sejumlah filem seperti “Nada dan Dakwah” (1992) bersama pelakon/penyanyi Rhoma Irama.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2013 di pasaran...

Asqalan: Kota Bersejarah Tinggal Nama

Seseorang yang mengetahui khazanah Islam dengan baik pasti tak asing dengan nama Asqalan. Ya, nama ini merupakan nama belakang bagi pengarang kitab Fathul Bari yang merupakan syarah kitab Shahih Bukhari yakni Ibnu Hajar al-Asqalani. Walau Ibnu Hajar lahir dan besar di Mesir, nama Asqalan melekat di namanya. Ini dimungkinkan sebab beliau adalah anak keturunan orang Asqalan. Nama Asqalan juga dikaitkan dengan Imam Syafi’i. Ada ahli sejarah yang mengatakan dia berasal dari Asqalan walaupun mashyur menyebut dia lahir di Gaza, Palestin. Namun dalam peta kita boleh saksikan bahawa Gaza dan Asqalan tidaklah terlalu jauh. Boleh jadi beliau lahir di Gaza yang dianggap daerah Asqalan, atau sebaliknya. Dalam sejarah, Asqalan adalah daerah penting bagi umat Islam. Kota ini pada masa Bizantium sampai pertengahan abad ke-4 Masehi sudah termasuk wilayah Palestin. Pada masa itu, Palestin dibahagi menjadi tiga wilayah dan Asqalan masuk wilayah Palestin I (satu) bersama kota al Quds, Nablus, Yafa, dan Gaza. Asqalan sudah dikuasai Islam sejak zaman Khalifah Umar bin Khattab r.a. dan terus dikuasai di masa Dinasti Umayyah dan Abbasiyah. Setelah masa itu, ia adalah kota yang berdikari di tanah Palestin. Tapi saat ini Asqalan adalah wilayah Israel. Namanya sedikit berubah menjadi Ashkelon, mengikuti dialek Ibrani. Di tangan Israel, Ashkelon menjadi daerah pelancongan. Letaknya yang strategi di pinggiran Laut Tengah (Mediteranian) membuatnya menjadi tempat yang nyaman untuk bercuti. Israel giat menjual kawasan ini untuk pendapatan tambahan mereka. Ashkelon terkenal memiliki banyak kawasan tanah subur. Di pusat kota ada pusat perdagangan, muzium dan peninggalan arkeologi. Di pesisirnya ada sejumlah restoran, hotel dan marina yang besar. Kota ini juga beberapa kali mengumumkan penemuan arkeologi, memiliki taman nasional dengan sejumlah khazanah dari Ashkelon kuno. Kerana sudah menjadi kekuasaaan Israel, Ashkelon hampir tak lagi memiliki jejak-jejak keislaman. Hanya ada kawasan perkuburan muslim di sana. Tapi tidak lama dulu kawasan perkuburan ini sudah dialihfungsikan menjadi tempat letak kenderaan. Pihak berkuasa Ashkelon mengubah kawasan perkuburan Islam itu untuk memenuhi keperluan letak kereta para ahli perniagaan Israel di pusat perdagangan yang didirikan baru-baru ini di samping kawasan tanah perkuburan Islam itu.
Media tempatan sempat melapurkan ada seorang penduduk kota menyampaikan protes namun pihak berkuasa tidak berganjak dan tetap menggunakan kawasan perkuburan Islam tersebut untuk tempat meletak kenderaan. Ahmad Thibi, anggota Parlimen Israel yang muslim, juga  mengecam hal itu.  “Sekiranya tanah perkuburan Yahudi di Perancis digunakan sebagai tempat letak kenderaan, pasti Israel akan memprotes keras. Apa yang terjadi saat ini di sini sungguh menyakiti kaum muslimin,” ujar Tibi. Suara Tibi dan seorang warga itu kemudian tenggelam begitu saja. Siapa yang peduli dengan Islam di sana? Ya, hampir boleh dikatakan tak ada. Yang ada malahan jejak-jejak Islam memang berusaha dikubur sedalam-dalamnya.
Pihak berkuasa kota hanya mengutamakan Ashkelon sebagai daerah kuno yang telah diceritakan Alkitab. Pihak berkuasa menyediakan pelancongan khusus (Bible Tour) bagi para pelancong untuk menjejak kisah-kisah dalam Alkitab itu. Pihak berkuasa Ashkelon menyebutnya sebagai pelancongan untuk kerinduan Tanah Suci yang mengajak para pelancongan mengunjungi Shephelah, kota yang menjadi tempat peperangan antara Yosua atas raja-raja Amori, Kiryat Gat, Tel Lakhis, Beit Guvrin, Lembah Elah, Lembah Soreq, Lembah Ayalon, Ekron,dan Muzium Kibbutz.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2013 di pasaran...

Karamah Para Wali

1. Syeikh Abdul Qadir al-Jailani
Nama lengkap beliau adalah Abu Soleh Muyhidin Abdul Qadir bin Musa AlJaelani Alhasani Alhuseini, dilahirkan di suatu tempat bernama “JEALAN” pada tarikh 1 Ramadan tahun 471 H suatu daerah yang terletak di bahagian luar dari negeri THABARISTAN. Diceritakan dalam kitab Manakib Syekh Abdul Qadir al Jalelani bahawa salah satu karamah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani adalah boleh mengetahui tipu daya syaitan. Ketika syaitan merubah dirinya menjadi cahaya dan mengaku sebagai Tuhan, beliau tidak terpedaya.
Antara karamah beliau, boleh menyedarkan/menginsafkan perompak dan anak buahnya dalam suatu perjalanan menuntut ilmu kerana kejujurannya. Karamah lainnya lagi adalah beliau pernah membangkitkan tulang-belulang ayam menjadi hidup kembali. Demikian salah satu karamah dari Syeikh Qadir al-Jailani. Masih banyak lagi karamahnya, seperti boleh terbang, boleh meneka orang hamil atau bukan dan sebagainya. Semuanya itu tidak dapat terjadi kecuali atas izin Allah.

2. Karamah Syeikh Nawawi al-Bantani
Imam Nawawi sangat terkenal di kalangan masyarakat Indonesia, begitu juga di Timur Tengah. Banyak karyanya yang menjadi terkenal dan masih dibaca hingga sekarang, salah satunya adalah Tafsir Munir (Marah Labib). Sebagai ulama khas, banyak karamah yang meliputi perjalanan hidupnya. Berikut salah satunya:
Pertama, menjadi jari telunjuknya lampu. Pada suatu waktu beliau pernah mengarang kitab dengan menggunakan telunjuk beliau yang dijadikan sebagai lampu, saat itu dalam sebuah perjalanan. Kerana tidak ada cahaya dalam ‘syuqduf’ atau rumah persinggahan, sementara aspirasi tengah kencang mengisi kepalanya. Syeikh Nawawi kemudian berdoa memohon kepada Allah Taala agar telunjuk kirinya dapat menjadi lampu agar dapat menerangi jari kanannya yang digunakan untuk menulis itu. Kitab yang kemudian lahir dengan nama Maraqi al-Ubudiyyah syarah Matan Bidayah al-Hidayah itu harus dibayar beliau dengan cacat pada jari telunjuk kirinya. Cahaya yang diberikan Allah pada telunjuk kiri beliau itu membawa bekas yang tidak hilang. Kedua, melihat Kaabah dengan telunjuknya. Karamah beliau yang lain juga diperlihatkannya di saat mengunjungi salah satu masjid di Jakarta yakni Masjid Pekojan. Masjid yang dibangun oleh salah seorang keturunan cucu Rasulullah s.a.w. Sayyid Utsman bin Aqil bin Yahya al-Alwi.
Masjid Ulama dan Mufti Betawi itu ternyata memiliki kiblat yang salah. Padahal yang menentukan kiblat bagi masjid itu adalah Sayyid Utsman sendiri. Kemudian, beliau didatangi anak remaja (Syeikh Nawawi) yang menyalahkan arah kiblatnya. Saat seorang anak remaja yang tidak dikenalnya itu menyalahkan penentuan kiblat, terkejutlah Sayyid Utsman. Perbahasan pun terjadi dengan seru antara mereka berdua. Sayyid Utsman tetap berpendirian kiblat Masjid Pekojanya itu sudah benar. Sementara Syeikh Nawawi remaja berpendapat arah kiblat masjidnya itu harus dibetulkan. Saat kesepakatan tak dapat diraih kerana masing-masing mempertahankan pendapatnya dengan keras Syeikh Nawawi meletakkan tangan kirinya ke arah bahu Sayyid Utsman (merangkul) dan tangan kanannya menunjuk sesuatu, Syeikh Nawawi berkata: “Lihatlah Sayyid!, itulah Kaabah tempat kiblat kita. Lihat dan perhatikan! Tidakkah Kaabah itu terlihat amat jelas? Sementara Kiblat masjid ini agak kekiri. Maka perlulah kiblatnya digeser ke kanan agar tepat menghadap ke Kaabah”, ujar Syeikh Nawawi. Sayyid Utsman termangu dan kehairanan. Kaabah yang ia lihat dengan mengikuti telunjuk Syeikh Nawawi remaja memang terlihat jelas. Sayyid Utsman merasa takjub dan menyedari remaja yang bertubuh kecil di hadapannya ini telah dikurnia kemuliaan, yakni terbukanya nur basyariyyah. Dengan karamah itu, di manapun beliau berada Kaabah tetap terlihat. Dengan penuh hormat, Sayyid Utsman langsung memeluk tubuh kecil beliau dan berjabat tangan sambil mencium tangannya. Ketika Sayyid Utsman ingin mencium tangannya, ditariklah tangan (Syeikh Nawawi), Sayyid Nawawi menjawab: “Kerana saya tidak layak untuk bersalaman sambil dicium begitu olehmu”. Subhanallah alangkah bagusnya akhlak beliau. Sampai saat ini, jika kita mengunjungi Masjid Pekojan akan terlihat kiblat digeser, tidak seperti asalnya. Ketiga, mayatnya yang luar biasa. Telah menjadi peraturan kerajaan Arab Saudi bahawa orang yang telah dikubur selama setahun kuburannya harus diambil dan disatukan dengan tulang belulang mayat lainnya. Selanjutnya semua tulang itu dikuburkan di tempat lain di luar kota. Lubang kubur yang dibongkar dibiarkan tetap terbuka hingga datang jenazah berikutnya terus silih berganti. Peraturan ini dijalankan tanpa pandang bulu. Siapapun dia, pegawai berpangkat atau orang biasa, saudagar kaya atau orang miskin, sama terkena peraturan tersebut. Inilah yang juga menimpa makam Syeikh Nawawi. Setelah kuburnya genap berusia satu tahun, datanglah petugas dari pemerintah kota untuk menggali kuburnya. Tetapi yang terjadi adalah hal yang tak lazim. Para petugas kuburan itu tak menemukan tulang belulang seperti biasanya. Yang mereka temukan adalah satu jasad yang masih utuh. Tidak kurang satu apapun, tidak cedera atau tanda-tanda pembusukan sperti lazimnya jenazah yang telah lama dikubur. Bahkan kain putih kafan penutup jasad beliau tidak sobek atau terkoyak, masih harum dan tidak lapuk sedikitpun. Tentu saja kejadian ini mengejutkan para petugas. Mereka segera bergegas mendatangi atasannya dan menceritakan apa yang telah terjadi. Setelah diteliti, pegawai atasan itu kemudian menyedari bahawa makam yang digali itu bukan makam orang sembarangan. Langkah strategi lalu diambil. Pemerintah melarang membongkar makam tersebut. Jasad beliau lalu dikuburkan kembali seperti sediakala. Hingga sekarang makam beliau tetap berada di Ma’la, Makkah dan yang paling aneh kuburan beliau satu-satunya kuburan yang tumbuh rumput bahkan sejenis rumput hijau dan bagus. Subhanallah! Kempat, tidur di lidah ular. Diriwayatkan pada suatu malam hari di mana beliau melanjutkan perjalanannya ke Makkah, beliau kelelahan dan mencari sebuah gubuk yang tak berpenghuni atau pondok. Setelah mencari-cari akhirnya beliau menemukan lampu yang sangat redup dan kecil. Akhirnya beliau tiba di suatu tempat tersebut dan memulai untuk beristirahat.
Di benak beliau bertanya: “Apa sebab pondok ini sangat lembut dan empuk ya?...” kerana lelahnya beliau tidak terlalu mempersoalkan hal tersebut, tidurlah beliau dengan meletakkan tongkatnya dengan posisi berdiri.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2013 di pasaran...

Perisai Dari Gangguan Jin, Syaitan Dan Sihir

A. Jin, Syaitan dan Sihir
1. Kehidupan Jin
Secara sederhana, jin dapat didefinisikan sesuatu yang tersembunyi atau tidak kasat mata. Manusia tidak dapat melihat mereka, tetapi mereka dapat melihat manusia. 
1: “Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka.” (QS. al-A’raf: 27). Ada titik persamaan antara jin dengan manusia, kerana jin juga makhluk Tuhan. Ada yang kuat, ada yang lemah, ada yang beriman dan taat, ada pula yang ingkar dan derhaka, jin juga sama-sama memiliki kemampuan memahami serta kemampuan memilih jalan yang baik dan buruk. Begitu pula jenis kelaminnya, ada yang laki-laki dan ada yang perempuan, jin juga beragama, makan minum, punya tempat tinggal, menikah dan punya keturunan. Akan tetapi, dalam sejumlah hal, jin berbeda dengan manusia, terutama dalam hal asal penciptaan.
2:“Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.” (QS. ar-Rahman: 15).
3: “Dan Dia menciptakan jin dari nyala api.” (QS. ar-Rahman: 15).
Sedangkan manusia tercipta dari tanah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, dari Aisyah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
4: “Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api, dan Adam a.s. diciptakan dari tanah, sebagaimana telah dijelaskan kepada kalian.”
Demikian pula, penciptaan jin jauh lebih dulu berbanding manusia.
5: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.” (QS. al-Hijr: 26-27).
Kerana sifatnya seperti manusia, maka banyak pula jin yang punya perangai buruk dan suka mengganggu. Jika kita kadang-kadang melihat fenomena kesurupan itu mungkin saja disebabkan oleh masuknya jin ke dalam tubuh manusia. Boleh jadi kerana jin kerja sama dengan tukang sihir/dukun atau kerana merasuk sendiri ke dalam tubuh manusia kerana benci atau cinta padanya.
6: “Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS.  Fushshilat: 36).
7: “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila.”(QS. al-Baqarah: 275).
Al-Qurthubi dalam tafsirnya mengatakan ayat ini menjawab atas persepsi keliru orang yang mengingkari adanya fenomena dirasuk jin atau syaitan tidak dapat masuk pada diri manusia dan tidak dapat mengganggunya menjadi gila.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2013 di pasaran...

Wednesday, February 6, 2013

Membedakan Hukum Korban Dan Aqiqah

ISTILAH korban dan aqiqah sudah akrab di telinga kita. Keduanya amalan yang sangat dianjurkan dalam Islam. Lagi pula, sedari kecil kita sudah dikenalkan dengan tradisi aqiqah ketika ada saudara atau tetangga baru saja memiliki cahaya mata. Demikian halnya ibadat korban yang seringkali kita lihat di masjid-masjid atau surau-surau saat musim haji tiba. Meskipun keduanya sama-sama bernilai ibadah, tapi kadangkala masih banyak di antara kita yang belum tahu istilah masing-masing, termasuk memahami hukum dan perbedaannya. Kerana umumnya, ada yang menganggap bahawa aqiqah itu sesuatu yang wajib, begitu pun soal korban. Ada pula yang beranggapan bahawa menggabungkan dua ibadah (korban dan aqiqah) dalam satu niat diperbolehkan. Oleh sebab itu, berikut ini akan dijelaskan secara ringkas kedua amalan tersebut.

ISTILAH KORBAN DAN AQIQAH
Dalam agama, melaksanakan korban dan aqiqah merupakan bukti ketaatan seorang muslim kepada Allah s.w.t. Atau dengan kata lain, upaya semakin mengakrabkan diri kepada Tuhannya. Di samping itu, kedua ibadah ini juga boleh menjadi sarana mengeratkan diri hubungan antara sesama. Sebab ada nilai sosial di dalamnya, kerana mengajarkan seseorang yang berkemampuan untuk ambil peduli kepada sesamanya. Dengan berbagi kebahagiaan bersama, otomatik akan semakin menjalin ukhuwah Islamiyah. Begitu indah agama mengajarkan bahawa ketundukan kita kepada Allah s.w.t. selalu berbanding lurus dengan kepekaan kita kepada sesama, terutama yang lemah secara ekonomi. Ketika kita mempunyai kelebihan, tidak serta-merta harus dinikmati sendirian, melainkan ada saudara-saudara di sekeliling - yang sangat memerlukan - perlu dibahagi-bahagikan. Istilah korban berasal dari kata qaraba-yuqaribu-qurbanan, yang bererti mendekatkan. Sehingga berkorban menurut syariat Islam adalah menyembelih haiwan korban pada hari raya aidiladha atau tiga hari sesudahnya (hari tasyrik) dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Sementara aqiqah bererti menyembelih kambing pada hari ketujuh kelahiran seorang anak. Menurut bahasa, aqiqah bererti memotong. Hukumnya sunnah mu’akkadah bagi mereka yang mampu, bahkan sebagian ulama menyatakan wajib. Rasulullah saw bersabda, “Bagi anak laki-laki disembelihkan dua ekor kambing dan bagi anak perempuan disembelihkan satu ekor. Dan tidak akan membahayakan kamu sekalian, apakah (sembelihan itu) jantan atau betina.” Ada titik kesamaan antara korban dan aqiqah, yakni sama-sama menyembelih haiwan tertentu yang sesuai syarat. Titik kesamaannya lagi, orang yang berkorban atau beraqiqah juga boleh menikmati daging haiwan sembelihan yang diniatkannya maksima sepertiganya. Selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin. Menurut Mazhab Syafi’i, Maliki, dan Hanafi, orang yang berkorban boleh memakan daging korbannya sendiri. Menurut Syafi’i, boleh mengambil sepertiganya untuk yang berkorban dan keluarganya. Ini disarikan dari ayat al-Quran, “Maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta.” (QS. Al-Hajj: 36). Memang ada perbedaan pendapat di kalangan para ulama terkait hukum korban dan aqiqah. Tetapi menyimak dari beberapa hadis dan pendapat jumhur ulama, melaksanakan korban dan aqiqah adalah sunnah muakkadah; sunnah yang dilakukan oleh Nabi diikuti para sahabat, tabi’in, hingga para ulama.

PERBEDAAN KORBAN DAN AQIQAH
Sama-sama ibadah, tetapi masing-masing punya ketentuan tersendiri. Pertama, korban dilaksanakan berkaitan dengan hari raya aidiladha. Korban hanya boleh dilakukan pada hari tertentu saja. Para ulama sepakat bahawa waktu potong korban adalah usai solat aidiladha. Dasarnya adalah sebuah hadis, “Barang siapa yang menyembelih sebelum solat, maka harus mengulangi korbannya. Barang siapa yang menyembelih setelah solat, maka telah sempurna ibadahnya (korbannya) dan telah mengikuti sunnah kaum Muslimin” (HR. Bukhari). Menurut majoriti fuqaha, waktu korban berlangsung sampai hari kedua hari tasyrik, sementara Syafi’i berpendapat bahawa kesempatan untuk berkorban meliputi tiga hari tasyrik iaitu tarikh 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Di luar waktu tersebut tidak ada anjuran berkorban. Sedang aqiqah dilakukan terkait adanya kelahiran seorang bayi. Waktu pelaksanaan aqiqah menurut riwayat yang kuat iaitu pada hari ketujuh kelahiran. “Sunnahnya dua ekor kambing untuk anak laki-laki dan satu ekor kambing untuk anak perempuan. Ia dimasak tanpa mematahkan tulangnya. Lalu dimakan (oleh keluarganya), dan disedekahkan pada hari ketujuh.” (HR. al-Baihaqi).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2013 di pasaran...

Bersedialah Mati Dalam Keadaan Khusnul Khatimah

ALLAH s.w.t. berfirman: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahu pun dari apa yang tidak mereka ketahui.” (QS Yasin: 36) Ayat ini menyiratkan betapa dalam gagasan tentang “pasangan” memiliki cakupan yang lebih luas. Menurut Harun Yahya, mengutip ilmuan Inggeris, Paul Dirac, semua materi memang diciptakan secara berpasangan. Konsep yan disebut “parite” ini menyatakan materi berpasangan dengan lawan jenisnya: anti-materi. Demikian kita ketahui bahawa ada jantan dan betina, baik dan buruk, atas dan bawah dan seterusnya/dalam hal kematian juga Allah menciptakannya sepasang yakni ada Khusnul Khatimah. Yang pertama merujuk kepada kematian yang baik dan yang kedua adalah kebaikan buruk yang harus kita hindari. Dalam kaitan ini akan dibasah dulu mengenai Suul Khatimah, baru kemudian akan dibahas mengenai Khusnul Khatimah.

Suul Khatimah
“Suul” ertinya jelek dan khatimah ertinya penutup. Jadi yang dimaksud dengan suul khatimah adalah penutup kehidupan dunia yang buruk. Al-Ghazali menyebut ada dua tingkatan suul khatimah. Yang pertama adalah suul khatimah yang jadi jika saat sakratul maut hati lebih banyak didominasi oleh keragu-raguan atau keingkaran lalu nyawa dicabut dalam kedaan diliputi oleh keraguan dan keingkaran dan mengakibatkan seksa yang abadi. Sementara tingkat dibawahnya adalah jika pada saat kematian hati didominasi oleh salah satu perkara dunia dan syahwatnya, lalu hal itu membayang di hatinya dan meliputinya sehingga tidak ada lagi tempat di hatinya bagi hal yang lain, lalu nyawanya dicabut bertepatan dengan keadaan demikian sehingga ia mati dalam keadaan tenggelam ke dalam dunia.

A. SEBAB-SEBAB SUUL KHATIMAH
Suul khatimah boleh terjadi kerana dominannya cinta dunia pada hati. Jika iman lemah maka akan mengakibatkan lemahnya cinta Allah dan kuatnya cinta dunia, sehingga di dalam hati tidak ada lagi tempat untuk cinta Allah kecuali dalam bentuk bisikan jiwa dan tidak memiliki pengaruh untuk melawan nafsu dan menjauhi jalan syaitan. Selanjutnya hal ini akan mengakibatkannya tenggelam, dalam mengikuti syahwat sehingga hati menjadi gelap, kesat, dan tertindih oleh tumpukan kezaliman, sehingga cahaya iman yang sudah lemah itu sentiasa terpadamkan lalu menjadi tabiat dan karat di dalam hati. Jika sakaratul maut tiba maka cinta Allah itu bertambah lemah kerana hati tengah merasakan perpisahan dengan dunia yang merupakan kekasih yang mendominasi hati. Jika pencabutan nyawanya bertepatan dengan keadaan yang terlintas dalam benaknya tersebut maka bererti ia menutup kehidupannya dengan keburukan dan binasa selama-lamanya.
Ada juga orang yang memiliki iman tapi ia tetap melakukan kemaksiatan, ini juga boleh membawa orang kepada suul khatimah sebab boleh jadi saat ia bermaksiat ajal menjemputnya. Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa apabila terjadi perubahan cuaca dan angin kencang maka wajah Rasulullah s.a.w. pun berubah dan mundar mandir keluar-masuk bilik. Semua itu baginda lakukan kerana takut akan seksa Allah. Rasulullah s.a.w. juga pernah melihat malaikat Jibril a.s. di lembah sungai lalu pengsan. Rosaknya akidah juga menjadi sebab suul khatimah. Jika seseorang memiliki akidah yang rosak dan meyakininya, maka akan terkuak kebatilan keyakinannya ketika sakaratul maut.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2013 di pasaran...

Masuk Syurga Kerana Bulu Mata

APAKAH anda boleh berbohong ketika ditanya tentang amal perbuatan anda di akhirat kelak? Dipastikan, anda tidak akan boleh berbuat demikian. Pasalnya, kelak, yang mampu berbicara tidak saja mulut. Seluruh anggota tubuh kita akan dapat berbicara dan menceritakan apa saja yang pernah dilakukan oleh pemiliknya.
Mata kita, hidung kita, tangan kita, kaki kita, bahkan bulu mata kita pun akan berterus-terang tentang seluruh perbuatan kita. Mereka akan menjadi “saksi terpercaya” atas nasib kita di akhirat kelak. Allah s.w.t. berfirman, “Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.” (QS. Yasin [36]: 65) Ayat di atas mengisahkan bahawa pada hari Kiamat kelak, mulut kita ini tidak akan dapat berbohong. Segala pembelaan dari mulut kita kelak akan mampu dibungkamkan oleh kesaksian-kesaksian dari tangan, kaki, dan seluruh anggota tubuh kita. Kerana itu, penting bagi kita, untuk berhati-hati atas apa yang kita lakukan.
Kisah berikut ini akan menjelaskan kepada anda betapa kenyataan di atas tak dapat dimungkiri. Kisah ini terdapat dalam kitab Daqa‘iqul Akhbar karya Imam Abdurrahim bin Ahmad Al Qodhi yang diterjemahkan menjadi Rahasia Alam Ghaib. Diriwayatkan, kelak pada hari Kiamat, akan ada seorang hamba didatangkan. Setelah ditimbang amal perbuatannya, ternyata amal keburukannya lebih berat daripada amal kebaikannya.
Maka, ia diperintahkan agar dibawa ke neraka. Akan tetapi tiba-tiba saja sehelai bulu matanya melakukan pembelaan seraya berkata...

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2013 di pasaran...

Mengapa Wanita Tidak Bertudung?

KITA akan merasa ganjil dan aneh kalau kita bertemu dengan kaum wanita Malaysia yang membogelkan kepalanya. Kita merasakan sebagai ada sesuatu yang tidak kena kepada wanita ini. Apabila kita betul-betul amati, rupa-rupanya yang kita pandang ganjil itu ialah dia tidak menutup auratnya. Seorang pembaca warta berita di TV biasanya kita lihat ada setengah stesen TV sama ada swasta atau pun milik kerajaan, pembacanya akan memakai tudung. Tetapi pada waktu yang lain kita terlihat ada pembacanya tidak memakai tudung, kita merasakan ada sesuatu yang tidak kena atau pun ganjil kepada wanita itu. Rupa-rupanya dia tidak menggunakan tudung. Kita tidak begitu terkejut kalau yang tidak bertudung itu masih gadis remaja, yang ilmu agamanya belum matang. Tetapi yang tidak bertudung itu tadi dari kalangan wanita yang sudah “senja” dan hampir senja. Keganjilan kelihatan begitu ketara sekali dalam majlis itu, terutama dimeja yang diduduki oleh wanita yang tidak bertudung. Itulah yang disebutkan oleh Nabi s.a.w. dalam satu hadis dimana Baginda menangis ketika dikunjungi oleh anaknya Fatimah r.a. pada suatu hari ke rumah Rasulullah s.a.w. Fatimah dan Saidina Ali terkejut apabila mereka masuk ke dalam rumah Rasulullah didapatinya Nabi sedang menangis. Lalu Fatimah bertanya sebab kenapa Baginda menangis. Rasulullah lalu menjelaskan bahawa baginda sedih kerana melihat wanita ramai dalam neraka. Kaum wanita haruslah ingat tentang banyak perkara yang dilakukan oleh mereka yang boleh mengundang mereka masuk neraka.
Satu daripadanya ialah tentang tudung ini. Mereka tidak bertudung adalah melanggar perintah Allah s.w.t.
Dalam kitab suci Al-Quran Allah telah menjelaskan dalam Firmannya dalam surah Al-A’raf ayat 26 dan 27 yang maksudnya: “Hai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah supaya mereka ingat.” “Hai anak-anak Adam! Janganlah kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana telah mengeluarkan ibubapa kamu dari syurga, ia menanggalkan pakaian kedua-duanya untuk memperlihatkan kepada kedua auratnya. “Sesungguhnya dia (syaitan itu) dan kaumnya dapat melihatmu dari tempat yang tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami jadikan syaitan-syaitan itu pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.” Demikianlah dua ayat yang menerangkan tentang pakaian. Allah s.w.t. juga menjelaskan masalah pakaian dalam pergaulan rumah tangga yang telah abadikan dalam kitab suci Al-Quran.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2013 di pasaran...