Wednesday, February 6, 2013

Mengapa Wanita Tidak Bertudung?

KITA akan merasa ganjil dan aneh kalau kita bertemu dengan kaum wanita Malaysia yang membogelkan kepalanya. Kita merasakan sebagai ada sesuatu yang tidak kena kepada wanita ini. Apabila kita betul-betul amati, rupa-rupanya yang kita pandang ganjil itu ialah dia tidak menutup auratnya. Seorang pembaca warta berita di TV biasanya kita lihat ada setengah stesen TV sama ada swasta atau pun milik kerajaan, pembacanya akan memakai tudung. Tetapi pada waktu yang lain kita terlihat ada pembacanya tidak memakai tudung, kita merasakan ada sesuatu yang tidak kena atau pun ganjil kepada wanita itu. Rupa-rupanya dia tidak menggunakan tudung. Kita tidak begitu terkejut kalau yang tidak bertudung itu masih gadis remaja, yang ilmu agamanya belum matang. Tetapi yang tidak bertudung itu tadi dari kalangan wanita yang sudah “senja” dan hampir senja. Keganjilan kelihatan begitu ketara sekali dalam majlis itu, terutama dimeja yang diduduki oleh wanita yang tidak bertudung. Itulah yang disebutkan oleh Nabi s.a.w. dalam satu hadis dimana Baginda menangis ketika dikunjungi oleh anaknya Fatimah r.a. pada suatu hari ke rumah Rasulullah s.a.w. Fatimah dan Saidina Ali terkejut apabila mereka masuk ke dalam rumah Rasulullah didapatinya Nabi sedang menangis. Lalu Fatimah bertanya sebab kenapa Baginda menangis. Rasulullah lalu menjelaskan bahawa baginda sedih kerana melihat wanita ramai dalam neraka. Kaum wanita haruslah ingat tentang banyak perkara yang dilakukan oleh mereka yang boleh mengundang mereka masuk neraka.
Satu daripadanya ialah tentang tudung ini. Mereka tidak bertudung adalah melanggar perintah Allah s.w.t.
Dalam kitab suci Al-Quran Allah telah menjelaskan dalam Firmannya dalam surah Al-A’raf ayat 26 dan 27 yang maksudnya: “Hai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah supaya mereka ingat.” “Hai anak-anak Adam! Janganlah kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana telah mengeluarkan ibubapa kamu dari syurga, ia menanggalkan pakaian kedua-duanya untuk memperlihatkan kepada kedua auratnya. “Sesungguhnya dia (syaitan itu) dan kaumnya dapat melihatmu dari tempat yang tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami jadikan syaitan-syaitan itu pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.” Demikianlah dua ayat yang menerangkan tentang pakaian. Allah s.w.t. juga menjelaskan masalah pakaian dalam pergaulan rumah tangga yang telah abadikan dalam kitab suci Al-Quran.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2013 di pasaran...


No comments: