Wednesday, February 6, 2013

Membedakan Hukum Korban Dan Aqiqah

ISTILAH korban dan aqiqah sudah akrab di telinga kita. Keduanya amalan yang sangat dianjurkan dalam Islam. Lagi pula, sedari kecil kita sudah dikenalkan dengan tradisi aqiqah ketika ada saudara atau tetangga baru saja memiliki cahaya mata. Demikian halnya ibadat korban yang seringkali kita lihat di masjid-masjid atau surau-surau saat musim haji tiba. Meskipun keduanya sama-sama bernilai ibadah, tapi kadangkala masih banyak di antara kita yang belum tahu istilah masing-masing, termasuk memahami hukum dan perbedaannya. Kerana umumnya, ada yang menganggap bahawa aqiqah itu sesuatu yang wajib, begitu pun soal korban. Ada pula yang beranggapan bahawa menggabungkan dua ibadah (korban dan aqiqah) dalam satu niat diperbolehkan. Oleh sebab itu, berikut ini akan dijelaskan secara ringkas kedua amalan tersebut.

ISTILAH KORBAN DAN AQIQAH
Dalam agama, melaksanakan korban dan aqiqah merupakan bukti ketaatan seorang muslim kepada Allah s.w.t. Atau dengan kata lain, upaya semakin mengakrabkan diri kepada Tuhannya. Di samping itu, kedua ibadah ini juga boleh menjadi sarana mengeratkan diri hubungan antara sesama. Sebab ada nilai sosial di dalamnya, kerana mengajarkan seseorang yang berkemampuan untuk ambil peduli kepada sesamanya. Dengan berbagi kebahagiaan bersama, otomatik akan semakin menjalin ukhuwah Islamiyah. Begitu indah agama mengajarkan bahawa ketundukan kita kepada Allah s.w.t. selalu berbanding lurus dengan kepekaan kita kepada sesama, terutama yang lemah secara ekonomi. Ketika kita mempunyai kelebihan, tidak serta-merta harus dinikmati sendirian, melainkan ada saudara-saudara di sekeliling - yang sangat memerlukan - perlu dibahagi-bahagikan. Istilah korban berasal dari kata qaraba-yuqaribu-qurbanan, yang bererti mendekatkan. Sehingga berkorban menurut syariat Islam adalah menyembelih haiwan korban pada hari raya aidiladha atau tiga hari sesudahnya (hari tasyrik) dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Sementara aqiqah bererti menyembelih kambing pada hari ketujuh kelahiran seorang anak. Menurut bahasa, aqiqah bererti memotong. Hukumnya sunnah mu’akkadah bagi mereka yang mampu, bahkan sebagian ulama menyatakan wajib. Rasulullah saw bersabda, “Bagi anak laki-laki disembelihkan dua ekor kambing dan bagi anak perempuan disembelihkan satu ekor. Dan tidak akan membahayakan kamu sekalian, apakah (sembelihan itu) jantan atau betina.” Ada titik kesamaan antara korban dan aqiqah, yakni sama-sama menyembelih haiwan tertentu yang sesuai syarat. Titik kesamaannya lagi, orang yang berkorban atau beraqiqah juga boleh menikmati daging haiwan sembelihan yang diniatkannya maksima sepertiganya. Selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin. Menurut Mazhab Syafi’i, Maliki, dan Hanafi, orang yang berkorban boleh memakan daging korbannya sendiri. Menurut Syafi’i, boleh mengambil sepertiganya untuk yang berkorban dan keluarganya. Ini disarikan dari ayat al-Quran, “Maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta.” (QS. Al-Hajj: 36). Memang ada perbedaan pendapat di kalangan para ulama terkait hukum korban dan aqiqah. Tetapi menyimak dari beberapa hadis dan pendapat jumhur ulama, melaksanakan korban dan aqiqah adalah sunnah muakkadah; sunnah yang dilakukan oleh Nabi diikuti para sahabat, tabi’in, hingga para ulama.

PERBEDAAN KORBAN DAN AQIQAH
Sama-sama ibadah, tetapi masing-masing punya ketentuan tersendiri. Pertama, korban dilaksanakan berkaitan dengan hari raya aidiladha. Korban hanya boleh dilakukan pada hari tertentu saja. Para ulama sepakat bahawa waktu potong korban adalah usai solat aidiladha. Dasarnya adalah sebuah hadis, “Barang siapa yang menyembelih sebelum solat, maka harus mengulangi korbannya. Barang siapa yang menyembelih setelah solat, maka telah sempurna ibadahnya (korbannya) dan telah mengikuti sunnah kaum Muslimin” (HR. Bukhari). Menurut majoriti fuqaha, waktu korban berlangsung sampai hari kedua hari tasyrik, sementara Syafi’i berpendapat bahawa kesempatan untuk berkorban meliputi tiga hari tasyrik iaitu tarikh 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Di luar waktu tersebut tidak ada anjuran berkorban. Sedang aqiqah dilakukan terkait adanya kelahiran seorang bayi. Waktu pelaksanaan aqiqah menurut riwayat yang kuat iaitu pada hari ketujuh kelahiran. “Sunnahnya dua ekor kambing untuk anak laki-laki dan satu ekor kambing untuk anak perempuan. Ia dimasak tanpa mematahkan tulangnya. Lalu dimakan (oleh keluarganya), dan disedekahkan pada hari ketujuh.” (HR. al-Baihaqi).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2013 di pasaran...

No comments: