Wednesday, September 11, 2013

Variasari Keluaran September 2013

 

Sudahkah anda memiliki Variasari edisi September 2013? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan... Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai. Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan. Dapatkan segera majalah Variasari keluaran September 2013 sebelum terlambat. 

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin

 

Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Di Dalam Variasari September 2013














Hidayah September 2013


Hidayah keluaran September 2013 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda  tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja...


Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
Segala puji dan syukur ke hadrat  Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Memanglah hidup ini penuh dengan warna warninya, penuh dengan ragam dan peristiwa yang berlaku di sana dan di sini.Bagi yang mahu melihat dengan mata yang terbuka dan meniliti dengan mata hati, memadailah ianya menjadi iktibar dan teladan buat diri masing-masing. Al-Hasan berkata: “Berfikir sesaat lebih baik daripada ibadah sepanjang malam.” Ahli sufi Fudhail pula berkata: “Tafakur itu cermin kaca yang akan memperlihatkan kepadamu kebaikan dan keburukannya.” Sementara Sufiyan bin Uyainah pula bermadah: “Jika orang memiliki fikiran, segala sesuatu akan menjadi pelajaran.” Rasailah denyut nadi kehidupan di sekeliling anda. Kita tidak hidup berseorangan. Kita hidup bermasyarakat. Hayatilah hidup anda dengan menjadikan setiap yang belaku di sekitar anda sebagai iktibar. Melalui media massa kita dapat menimba pelbagai peristiwa. Cedoklah apa yang jernih dan kuaklah apa yang keruh dan jadikanlah ianya cermin kehidupan. Dalam kaitan inilah Hidayah tidak jemu-jemu memaparkan pergolakan hidup masyarakat dalam dunia realitinya. Begitu juga dengan keluaran kali ini kita persembahkan cebisan peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran. Kisah ‘Derita memijak Al-Quran’ boleh dijadikan pengajaran. Bagaimana hanya untuk secebis habuan dunia, manusia sanggup bersumpah untuk menutup keburukan yang dilakukan. Sementara ‘Hidayah Dalam Terowong’ menyingkap pengakuan berterus terang seorang yang berjaya dalam kerjayanyanya sebagai usahawan, namun mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim yang sejati. Dia beruntung mendapat petunjuk hidayah dalam keadaan luar biasa. Pembaca juga wajib membaca rencana melalui ruangan ‘Bicara Ustaz Hashim Al-Maranji’ yang semoga dapat membuka mata hati dalam membimbing diri menuju kehidupan bahagia di akhirat. Dan banyak lagi rencana-rencana lain yang boleh anda hayati sebagai santapan kerohanian. Jadikanlah majalah ini santapan jiwa yang wajib dibaca setiap keluarannya. Anda tidak rugi menjadi ‘pembaca setia’ majalah ini. Tegurlah kami dengan apa yang kurang, dan sokonglah kami dalam meneruskan usaha berdakwah melalui pembacaan. Terima kasih dengan sokongan berterusan anda. Berjumpa lagi dalam keluaran akan datang, InsyaAllah.
Wassalam!

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Kisah Seorang Lelaki Meninggalkan Solat

CERITA ini adalah kisah benar. Ianya terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w. Kisahnya mengenai seorang lelaki yang mengabaikan solat, dan melanggar perintah Allah s.w.t. Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul yang diutus oleh Allah s.w.t. untuk manusia. Rasul membawa perintah yang diwahyukan Allah kepadanya iaitu perintah solat (sembahyang), kerana solat merupakan ibadah paling utama dari ibadah-ibadah lainnya.
Rasulullah s.a.w. menerima perintah sembahyang itu terus dari Allah s.w.t. menerusi satu peristiwa “Israk dan Mikraj”. Perintah ini tidak disampaikan melalui Malaikat Jibril a.s., tetapi langsung dari Allah. Sewaktu zaman Rasulullah masih hidup, ada seorang lelaki dalam hidupnya tidak pernah solat. Dia menghabiskan masanya dengan mengikut hawa nafsu dan ajakan syaitan.  Apakah akan terjadi dengan lelaki tersebut ketika dia meninggalkan dunia yang fana ini? Kisahnya sedih dan menyayat hati. Marilah kita ikuti cerita yang dilapurkan dalam sebuah kitab agama. “Pada zaman Nabi s.a.w. ada seorang lelaki yang tidak pernah solat tidak pernah sujud, tidak pernah rukuk, tidak pernah beribadah kepada Allah sepanjang hayat. Ditakdirkan apabila tiba ajalnya, lelaki ini meninggal dunia. Dia meninggalkan seorang anak lelaki, dan anak inilah yang menguruskan jenazah ayahnya itu. Dibaringkan ayahnya ditempat pembaringan. Ketika itu tidak seorang pun yang datang menziarahi jenazah ayahnya itu. Tunggu punya tunggu, tidak seorang pun yang datang untuk membantu menguruskan jenazah ayahnya itu. Kemudian, dia pun keluar dari rumah menuju ke rumah Rasulullah. Ketika itu Nabi sedang berbual-bual dengan para sahabatnya. Pemuda itu lalu mengadu tentang kematian ayahnya kepada Rasulullah s.a.w. Dia mengadu sambil menangis. Melihat akan keadaan pemuda itu, Nabi lalu bertanya apa sebenarnya terjadi dengannya. Lalu Nabi s.a.w. bertanya pemuda itu: “Kenapa engkau menangis wahai anak muda?” Dengan tangisan yang teresak-esak, pemuda itu memberitahu Rasulullah: “Ayah saya meninggal sunia.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah September di pasaran...

Derita Memijak Al-Quran

PAGI beranjak siang. Di dada langit, matahari seakan bergeser naik di atas ubun-ubun. Namun, orang-orang yang ada di stesen kecil, di kampung Mahoni itu seperti dikejar-kejar waktu. Ada sebuah bas yang sudah memanaskan enjin, yang akan membawa penumpang dari kampung Mahoni ke ibu kota. Meski enjin sudah menderum-derum, bas belum beranjak juga dari stesen.  Sesekali, tukang tiket berteriak lantang mencari penumpang, tidak puas  dengan separuh penumpang saja yang tampak gelisah. Tak jauh dari tempat bas itu di parkir, ada beberapa buah gerai. Salah sebuahnya adalah gerai yang baru dibuka. Maimunah (bukan nama sebenarnya, 40,) si  pemilik gerainya, yang mulai terlihat sibuk. Menu makanan memang belum sepenuhnya lengkap, tapi dia membukanya. Biasanya, di sela-sela melayani pembeli, Maimunah boleh melengkapi menu yang lain. Pagi itu, belum ada pembeli yang mendekati gerainya untuk mengisi perut. Saat Maimunah sedang sibuk-sibuk itulah, tiba-tiba ada seorang perempuan muda yang datang ke gerainya. Seketika itu, Maimunah menghentikan aktivitinya dan bertanya pendek, seperti biasanya, “Nak makan apa, dik?” “Maaf, kak, saya datang ke sini bukan untuk cari sarapan,” jawab perempuan muda itu.  “Oh, tidak apa! Silakan jika ada perlu,” ucap Maimunah ramah. Tetapi, perempuan muda yang datang itu, sebut saja namanya Nurul (30 tahun) seperti bimbang mengutarakan maksud kedatangannya. Dia masih diam, berdiri di pintu gerai dan tidak segera duduk sebagaimana umumnya pelanggan yang hendak makan. “Apa mahu minum?” kembali Maimunah bertanya dengan ramah. “Oh tidak, kak. Saya ke sini sebenarnya mahu minta kerja.”
“Kebetulan sekali, saya juga memang nak cari pembantu ni, “ jawab Maimunah dengan nada lapang. Maklum, selama ini, dia tidak ada yang membantunya. Semua pekerjaan sejak dari membeli barangan di pasar, memasak, membuka gerai hingga melayani pembeli dikerjakan Maimunah seorang. Hanya sesekali anak perempuannya yang datang membantu. “Kamu bolehkah memasak?” “Boleh...,” jawab Nurul dengan meyakinkan diri. Bagi Maimunah, tidak ada syarat khusus kecuali boleh memasak, dan Nurul memenuhi persyaratan itu. Lalu, apa lagi yang diragukan? Kerana itulah, sejak hari itu, Nurul diambilnya bekerja.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2013 di pasaran...

Bertemu Arwah Ibu Dan Bapa Ketika Haji

HIDUP dengan kedua ibu bapa secara utuh sejak kecil hingga berkahwin adalah kebahagiaan tak terukur bagi seorang anak. Sebab, dia pasti akan mendapatkan kasih sayang yang secukupnya dari ibu bapanya.
Namun, hal ini tidak dialami oleh Jamal, berasal dari Mangga Besar, Jakarta Pusat. Sejak kecil, dia sudah ditinggal kedua ibu bapanya ke alam baka selama-lamanya. Dia menjadi anak yatim piatu. Tentunya dia pun merana dan tak jelas arah. Pada saat bersamaan, nenek yang memeliharanya pun bukan orang yang berada atau kaya. Namun, ketiadaan ibu bapa sejak kecil ini justeru membuat Jamal tumbuh menjadi lelaki dengan mental yang kuat. Lambat laun, dia membesar menjadi lelaki berdikari dan pekerja yang gigih. Pendek kata, dengan kerja kerasnya itu, dia mampu mengumpulkan wang untuk menunaikan fardu haji. Dalam benaknya, Jamal ingin sekali menghajikan kedua ibu bapanya jika mereka masih hidup. Namun, mereka telah tiada di dunia ini. Maka, Jamal pun menabung untuk memberi peluang dirinya sendiri untuk dapat pergi haji. “Sesungguhnya jika kedua ibu bapa saya masih berada di dunia ini, saya sangat ingin memberi hadiah kepada mereka untuk tunaikan haji. Namun apalah daya saya hanya dapat terus berdoa untuk ketenangan mereka di alam barzakh ,” ujarnya terharu. Mata Jamal lalu memandangi wajah kedua ibu bapanya yang terpampang dalam foto di dinding rumahnya. Seketika matanya basah dan berkaca-kaca. Tampak ia sangat merindukan mereka berdua. Dia rindukan belaian lembut ibu dan gendongan mesra ayah. Jika ingat akan hal itu, Jamal pun tak pernah dapat menahan bendungan air matanya. Kerinduan yang berat kepada kedua ibu bapanya inilah yang kemudian dibawa Jamal hingga waktu menunaikan haji. Dipendekkan cerita, Jamal pun sampai di Makkah al-Mukarramah. Saat berada di depan Kaabah (Baitullah), Jamal kembali menangis bahagia dan takjub. “Sesampainya di Baitullah, saya langsung sujud syukur atas segala ketakjubanku untuk apa yang telah Dia kurniakan untuk mengizinkan saya dapat melihat keindahan “rumah”Nya untuk segala keselamatan yang Dia limpahkan untukku. Air mata saya berderai. Air mata itu membasahi pipi terasa sangat dingin. Sungguh dingin!” ujarnya dengan suara parau. Naik haji ini dimanfaatkan betul oleh Jamal untuk banyak melakukan kegiatan-kegiatan sunnah. Tidak lupa, rukun dan wajib hajinya pun berusaha dia jalankan secara sesempurna mungkin. Salah satunya ketika mengitari Hajar Aswad untuk melakukan tawaf. Ketika itulah tiba-tiba Jamal ingin berdoa, “Dan ketika saya mengelilingi Hajar Aswad saya berdoa untuk kedua ibu bapa saya. Saya lantunkan doa-doa hanya untuk mereka. Dan saya sangat ingin bertemu mereka. Saya amat merindukan mereka.”  Doa yang dipanjatkan Jamal di depan Kaabah adalah: “Ya Allah, jika Engkau mengizinkan, maka izinkanlah aku untuk bertemu kedua ibu bapaku dan menatap wajah mereka. Aku ingin sekali merasakan belaian tangan mereka pada kepalaku.” Usai berdoa, Jamal melanjutkan aktivitinya bertawaf. Pada pusingan ketiga, kejadian menakjubkan tiba-tiba terjadi. Allah mengabulkan doanya. Seketika saja kedua ibu bapa Jamal hadir di depannya. Mereka menyapa Jamal dengan bahasa yang penuh kasih dan lembut lagi hangat. “Tak terbendung lagi air mata ini mengalir deras kerana rasanya ingin kupeluk mereka,” kenang Jamal.
Kerana tersangat bahagianya, Jamal menangis tanpa disedarinya. Tetapi, dia masih tidak percaya apakah itu hanya sebuah halusinasi atau bukan? Akhirnya, dia mencuba untuk menutup matanya dan membukanya kembali. Tiba-tiba dia merasa dirinya dipeluk oleh kedua ibu bapanya. Jamal tak kuasa berdiri kerana pelukan itu. Lututnya seketika menjadi lemah. “Lutut saya rasanya ingin terlepas dari persendian kerana begitu takjub dengan apa yang saya alami,” ceritanya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2013 di pasaran...

Sejarah Puasa Para Nabi a.s.

SEBAGAIMANA yang kita maklum, Ramadan termasuk di antara bulan-bulan yang mulia. Kerana itu, kehadirannya selalu disambut oleh umat Islam di seluruh di dunia. Salah satu kemuliaan bulan ini kerana di dalamnya terdapat malam Lailatul Qadar, suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Orang yang beroleh mendapatkannya sangatlah beruntung dan berbahagia. Secara syariat, puasa diperintahkan oleh Allah dalam Surat al-Baqarah ayat 183, yang ertinya, “Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”  Berdasarkan ayat di atas, maka hukum puasa Ramadan adalah wajib. Menurut Prof. Dr. M. Quraish Shihab, MA., dalam Wawasan al-Quran, diwajibkan puasa Ramadan ketika Nabi s.a.w. hijrah ke Madinah. Sebab, ulama al-Quran sepakat bahawa surat al-Baqarah turun di Madinah. Para ahli sejarah menyatakan bahawa kewajipan melaksanakan puasa Ramadan ditetapkan Allah pada 10 Syaaban tahun kedua Hijrah. Pertanyaannya: apakah perintah wajib puasa sebulan penuh tersebut dilakukan secara bertahap atau tidak? Sebahagian ulama berpendapat bertahap, mulai dari tiga hari hingga sebulan penuh. Tetapi, Quraish Shihab berpendapat lain. Menurutnya, bahawa turunnya perintah puasa sebulan penuh itu dilakukan secara langsung, bukan bertahap. Bila kita tengok ayat di atas nampak bahawa puasa juga diwajibkan bukan saja kepada umat Nabi Muhammad s.a.w., tetapi juga umat-umat sebelumnya. Menurut Mujahid, Allah telah mewajibkan puasa bulan Ramadan atas semua umat manusia. Bererti, bukan saja terhadap umat Islam, tapi juga kepada umat-umat yang lain.
Demikian pula Muhammad Rasyid Ridha. Ia menulis dalam tafsirnya bahawa puasa telah diwajibkan terhadap semua agama terdahulu dan menjadi sendi semua agama. Yang demikian kerana puasa merupakan ibadah yang terkuat pengaruhnya dan teragung sebagai sarana pendidikan. Profesor Muhammad Faried Wajdi menerangkan bahawa puasa diwajibkan atas segenap umat atau bangsa sejak dulu kala; dan penyelidikan-penyelidikan untuk mencari keterangan-keterangan yang benar tentang hal itu pada akhir-akhir ini telah menunjukkan kebenarannya. Menurut HM. Siswono dalam Puasa pada Umat-umat Terdahulu dan Sekarang (2010), ayat tersebut seolah-olah mengundang kita untuk mengungkapkan pengetahuan tentang sejarah bangsa-bangsa penganut agama-agama terdahulu, dalam mengungkap dan menyelidiki sejarah umat pemeluk agama-agama di masa lampau, khususnya tentang ajaran puasa di kalangan mereka. Salah satu puasa para Nabi terdahulu diungkapkan oleh Ibnu Katsir dalam tafsirnya. Menurutnya, Nabi Adam a.s. berpuasa selama 3 hari setiap bulan sepanjang tahun. Ada pula yang mengatakan bahawa Adam berpuasa pada 10 Muharram sebagai rasa bersyukur bertemu dengan isterinya, Hawa a.s., di Arafah. Yang lain berpendapat bahawa Nabi Adam berpuasa 40 hari 40 malam setiap tahun; sedangkan yang lain menyebutkan, bahawa Adam berpuasa dalam rangka mendoakan putera-puteranya. Pendapat lainnya menjelaskan, Adam berpuasa pada hari Jumaat untuk mengenang peristiwa penting, yakni dijadikannya dia oleh Allah, hari diturunkannya ia oleh Allah dari dalam syurga dan dia bertaubat kepada Allah atas dosanya memakan buah khuldi.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2013 di pasaran...

Menghayati Puasa Para Sufi

Annemarie Schimmel, seorang pakar tasawuf asal Jerman, menyebut puisi Rumi sangat ‘religius’ saat membicarakan puasa. Puasa teramat penting sebab dalam amal ini manusia mendekati kehidupan malaikat, makhluk Allah yang paling patuh. Setiap berpuasa, manusia seperti meneguk anggur untuk rohnya. Puasa juga merupakan ‘mesin perang’ yang menghancurkan benteng kegelapan dan kekufuran. Puasa laksana ibu yang mendatangi anaknya di bulan Ramadan dengan penuh kasih sayang. Puasa juga terkait dengan kisah hidup seorang perempuan mulia, Siti Maryam, ibu Nabi Allah, Isa a.s. Saat Isa lahir, Maryam bernazar untuk berpuasa dan tak berkata-kata. Saat orang bertanya mengenai anaknya, keadaan dirinya yang perawan tapi boleh melahirkan anak, ia tak menjawab. Nabi Isa yang menjawab semua itu. Bayi mungil itu berbicara menepis semua fitnah, menyuarakan keagungan Allah dan melindungi ibunya yang suci yang tengah berpuasa.
Allah s.w.t. berfirman: “Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: “Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusiapun pada hari ini.” (QS. Maryam: 26) Maka dalam puisi mengenai puasa yang termaktub dalam Diwan-I Shamsi Tabriz karyanya, Rumi menyebut puasa tak lain adalah keindahan. Amal ini mirip seperti muzik dan perut tak lain ruang kosong dalam kecapi dimana bebunyian dan muzik indah berasal. Jika perut penuh bebunyian menjadi buruk. Maka dalam perut yang kosong, seseorang boleh menangkap keindahan jiwanya, keindahan berbakti dan tunduk kepada Tuhannya.
Ibnu ‘Arabi lain lagi. Dalam Futuhat al-Makiyyah, Syaikhul Akbar ini menyebut puasa  merupakan perbuatan orang-orang arif. Puasa juga merangkum ilmu semua makhluk dalam kaitannya dengan mengamalkan sesuatu yang langsung terkait dengan Allah. Puasa tak seperti ibadah lain. Allah menisbahkan amal ini langsung kepada diriNya dan akan memberi pahala langsung dengan tanganNya. “Puasa itu milikKu,” firman Allah dalam hadis Qudsi riwayat Muslim. Menurut Ibnu Qayyim dalam Za’dul Ma’ad maksud dari puasa tak lain mencari tujuan kebahagiaan dan kenikmatan serta kesucian hidup yang abadi. Menahan lapar adalah sarana mengingat saudara yang miskin, menghambat tubuh agar tak terbabas menuruti tabiat yang boleh merosak kehidupan dunia dan akhirat. Puasa itu tali-temali orang bertakwa, baju ziarah para mujahidin, serta sarana mendekatkan diri kepada Allah bagi orang-orang yang ingin dekat.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2013 di pasaran...

Jin Perintah Bumi Ini Sebelum Manusia

Dalam kitab-kitab agama ada menjelaskan sebab-sebab kenapa iblis tidak mahu tunduk kepada perintah Allah apabila Allah memerintahkan para malaikat dan iblis memberi hormat kepada Adam a.s.?
Sebenarnya ada sebab-sebab tertentu kenapa iblis tidak mahu ikut perintah Allah itu, sedangkan iblis itu adalah di antara makhluk yang paling taat kepada Allah. Menurut para ulama, sebelum bumi ini dihuni oleh sesiapapun makhluk, Allah telah memerintahkan jin menghuni bumi ini. Oleh kerana jin itu telah melakukan berbagai keburukan, onar, kejahatan dan pelbagai kejahatan yang dilarang, akhirnya Allah arahkan para Malaikat menghalau para jin itu keluar dari muka bumi ini. Akhirnya jin meninggalkan bumi ini. Ada di antaranya lari ke laut, di hutan-hutan belantara dan di kawasan-kawasan yang boleh mereka tinggal.
Iblis juga sama dalam misi ini untuk mengusir para jin itu keluar dari muka bumi ini yang ketika itu menjadi sebagai khalifah di muka bumi ini. Menurut keterangan para ulama dalam kitab-kitab tersebut, iblis sebenarnya mempunyai cita-cita yang besar, iaitu ingin menjadi khalifah di muka bumi ini. Harapan iblis setelah jin dikeluarkan, dihalau dari muka bumi ini semoga Allah akan melantiknya (iblis) sebagai khalifah bagi menggantikan golongan Jin. Allah Maha Mengetahui apa yang tersemat di hati setiap makhluknya di muka bumi ini termasuklah jin dan iblis. Sunnatullah sudah menentukan bahawa bumi ini akan dihuni oleh para insan, dan sebagai khalifahnya. Allah menjadikan Adam sebagai makhluk yang paling baik dan sebaik-baik kejadian khalifah di muka bumi ini. Bila bentuk Adam dijadikan Allah, maka Allah perintahkan para malaikat dan iblis supaya memberi hormat kepada Adam. Tetapi hanya iblis sahaja yang tidak mahu tunduk untuk memberi hormat. Cerita ini sudah pun diketahui oleh umum, kerana ia sudah dijelaskan dalam kitab suci Al-Quran. Apa yang mahu dijelaskan bahawa implikasi dari sikap iblis yang engkar terhadap perintah Allah itu. Kalau kita contohkan di dunia sekarang, iblis merupakan satu golongan yang mempunyai cita-cita politik yang benar mahu menguasai dunia ini. Iblis mempunyai wawasan mahu menjadi “Pemimpin Politik Dunia” yang semua mahkluk di atas muka bumi ini tunduk kepadanya. Oleh kerana cita-cita politik iblis tidak terlaksana dan gagal. Akhirnya iblis mengambil keputusan tidak mahu tunduk. Keengkaran konon! Dia dijadikan dari nyala api, sedangkan Adam dijadikan dari tanah, maka dari dua unsur ini, iblis berpendapat bahawa nyalaan apilah yang lebih baik dari tanah. Selain dari alasan asal kejadiannya, iblis mempunyai wawasan tinggi mahu jadi pemimpin, mahu jadi khalifah dan sebab itulah dia engkar atas perintah Allah. Cita-cita politik iblis mahu menguasai dunia tidak tercapai, kerana Allah lebih mengetahui, Allah maha mengetahui apa yang terkandung dalam hati sanubari iblis bila dia jadi khalifah di bumi kelak. Bila Allah melantik Adam sebagai khalifah, maka timbullah rasa dengki dan sombong iblis terhadap Adam, kerana seolah-olah Adam merampas haknya untuk menjadi khalifah di bumi. Akhirnya iblis mohon kepada Allah supaya ia diberi tangguh kematiannya hingga hari kiamat. Permohonannya diperkenankan oleh Allah.
Itulah sebabnya, iblis tidak pernah putus asa dan akan terus menerus untuk menyesatkan anak cucu Adam, kerana terbit dari sifat dengkinya itu. Jadi, kalau kita sebagai insan mempunyai sifat dengki terhadap sesama insan, maka bolehlah kita di anggap sama dengan ‘iblis’. Sifat dengki itu memang tidak patut wujud dalam hati setiap insan. Sebenarnya marah atau dengki itu ialah secebis api yang bersumber dari Api Allah yang bernyala-nyala yang panasnya naik kepangkal hati.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2013 di pasaran...

Mimpi Nabi s.a.w. Tentang Hijrah

IKRAR iman beberapa penduduk Madinah menjadi rahsia tersendiri. Sebuah rentetan sejarah seperti sudah tersusun rapi. Mush’ab yang diutus Nabi ke Madinah telah tinggal selama 11 bulan di sana dan itu berhasil membuat banyak orang memeluk Islam. Madinah disediakan dalam keadaan menerima Islam dan bersiap menjadi tanah hidup baru bagi kaum mukmin dan Islam itu sendiri. Kaum Quraisy bukan tidak menyedari hal itu. Saat mereka mendengar belasan orang Madinah berbai’ah di Aqabah, berjanji beriman kepada Nabi s.a.w., orang Quraisy mengejar mereka dengan maksud mencelakai rombongan tersebut. Tapi mereka berhasil lulus. Hanya seorang yang tertangkap, yakni Sa’d bin Ubadah. Laki-laki itu ditangkap dan dibawa ke Makkah. Dia menerima seksa, tapi beruntung dia diselamatkan oleh Zubair bin Mut’im dan al-Harits bin Umayya. Quraisy memang layak berasa cemas. Nabi sudah berusaha mereka perangi. Walau Nabi tetap teguh, mereka merasa tetap bisa mengawal Islam berkembang hanya di lingkaran kecil sahabat-sahabat baginda. Jika kini orang dari daerah lain beriman, maka itu tanda Islam akan makin besar. Mereka takut kerananya. Nabi dan para pengikutnya akan memiliki kebebasan menyebarkan Iman. Tapi Madinah memang sudah ada dalam sejarah perkembangan Islam, jadualnya yang ditulis langsung oleh Yang Rahman. Hari-hari yang dilalui Nabi selepas bainda bertemu dengan enam pemuda dari Madinah yang kemudian beriman adalah hari-hari proses beralihnya perkembangan Islam ke tempat baru. Tempat yang lebih lapang dan tenang. Madinah sudah diilhamkan Allah melalui mimpi Nabi s.a.w. Baginda menyampaikan itu saat tekanan Quraisy makin tinggi. Abu Bakar As-Siddiq mendengar mimpi Nabi ini saat ia tersangkut masalah perlindungan dengan Ibnu al-Dughunnah. Orang ini memberi perlindungan kepada Abu Bakar, tapi kemudian delegasi Quraisy mengirimkan orang kepadanya agar perlindungan kepada Abu Bakar itu dicabut. Sebabnya, Abu Bakar membangun masjid kecil tanpa atap dan dindingnya tak tinggi. Hingga saat ia solat dan mengaji, orang yang lalu mendengar dan melihatnya. “Jika ia ingin menyembah Tuhannya dalam ruangan, biarkan ia melakukannya. Namun jika ia melakukannya secara terbuka, lepaskanlah ia dari perlindunganmu,” ujar Quraisy kepada Ibnu al-Dughunnah. Abu Bakar mengetahui itu. Belum lagi jatuh ucap dari Ibnu al-Dughunnah atas perkara ini, Abu Bakar sudah berkata: “Aku mencabut perlindunganku dari Ibnu al-Dughunnah. Aku berada dalam perlindungan Allah,” ujar sahabat terkasih Nabi itu secara tegas.
Di hari itu pula Nabi bertemu dengan Abu Bakar dan sahabat yang lain. Baginda berkata: “Aku telah ditunjukkan tempat hijrah kalian. Sebuah tempat yang subur, kaya pohon kurma. Tempat itu berada di antara dua jalur bebatuan hitam.” Demikianlah Madinah sudah ada dalam visi Nabi s.a.w. Tempat itu menjadi tempat terpenting dalam sejarah Islam setelah Makkah. Tapi persiapan rupanya belum sempurna. Nabi akan kembali bertemu orang Madinah dalam jumlah lebih besar dan akan berbai’ah untuk kedua kalinya kepada baginda.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2013 di pasaran...

Muslim Hawaii: Semarak Syiar Di Pulau Aloha

KEDATANGAN bulan Ramadan menjadi bulan yang istimewa bagi Nazeehah Khan. Gadis Hawaii berdarah Pakistan ini menemukan kekukuhan rohani keIslamannya di bulan suci itu. Dua tahun lalu, tepat setelah dia menyelesaikan puasa Ramadannya, dia memutuskan untuk bertudung melengkapkan tuntutan menutup aurat. “Ramadan dua tahun lalu agak istimewa bagi saya. Saya lulus dari sekolah menengah dan memperoleh kesempatan melawat Qatar. Setiap Ramadan adalah waktu bagi saya bermuhasabah dan mengeratkan kembali hubungan saya dengan keluarga, juga yang terpenting dengan Tuhan,” ujar gadis manis ini sebagaimana yang tersiar dalam Honolulu Star-Advertiser, antara akhbar terbesar di Hawaii. Nazeehah memang bukan gadis biasa. Dia aktivis di kampusnya. Dia menjawat Presiden Islamic Society di University of Hawaii, Manoa. Kelompok pelajar muslim itu mempunyai keahlian seramai 100 anggota. Setiap Ramadan, Nazeehah dan teman-temannya selalu mengadakan acara di kampus. Mereka  mengkaji lagi Islam dan ibadah puasa itu sendiri dengan mengundang pakar-pakar tertentu. Nazeehah yang  lahir dan besar di Hawaii, mengatakan keputusannya bertudung adalah pernyataan identiti bagi agama dan budayanya.
“Ini langkah mewakili pihak yang tak terwakili sebelumnya dan itu adalah muslim Hawaii,” ujar Nazeehah.
Seorang rakan Nazeehah, Safiah Abdel Jawad, juga menyebut betapa Ramadan memberinya perasaan yang baik. Mulanya, dia mengaku sulit memulai kebiasaan menjalani ibadat puasa. Tapi saat sudah sering dilakukan, semua berubah nikmat. Demikian juga solat lima waktu. Ramadan juga membuat Safiah berkesempatan lebih banyak masa berkumpul dengan keluarganya dimana, di hari biasa, itu sulit dilakukan kerana kesibukan. Ramadan juga membuatnya bertemu dengan teman-teman muslim baru dan boleh sering bermuzakarah di dalam masjid. “Saya suka keberkatan bulan ini. Saya boleh mengadukan apa saja kepada Allah, memohon pertolonganNya. Saya juga suka dengan solat Istikharah dan solat ini banyak membantu saya,” ujar Safiah. Safiah memang tidak lahir di kepulauan Hawaii ini. Dia datang ke kepulauan yang cantik itu ketika berusia lima tahun. Tapi di usia 10 tahun dia sudah berjilbab. Dia mengaku tak pernah mendapat perlakuan buruk dengan menutup kepala dengan tudung. Walau begitu, dia masih tak menerima label teroris (pengganas) yang sangat mudah disematkan orang ke setiap muslim selepas tragedi 11 September. Dia menyebut pandangan negatif itu memang tidak adil. Banyak salah faham mengenai Islam menurut Safiah. Orang menyebut ketidakadilan apabila saat perempuan berada di shaf belakang (waktu bersolat) sementara laki-laki di depan. Orang juga menyebut tidak adil kerana laki-laki mendapat waris lebih besar. Padahal semua itu ada maksudnya. “Perempuan berada di shaf belakang agar rasa khusyuk solat terjaga dan laki-laki diberi waris lebih besar. Sebabnya, dalam Islam, laki-laki bertanggungjawab menafkahi (mencari rezeki) keluarga dan membantu ahli keluarganya,” ujar Safiah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2013 di pasaran...

Harta Haram, Bolehkah Kita Manfaatkan?

KITA mungkin masih bingung menghadapi masalah ‘bunga’ bank yang tak terpisahkan dengan bank konvensional. Kebingungan kita bukan terletak pada bunganya sendiri yang sudah jelas ditakrifkan oleh ulama mengandung unsur riba, tetapi bagaimana memanfaatkan bunga yang secara otomatik ada jika kita menyimpan dana di bank. Demikian pula harta-harta lain yang kita anggap syubhat, seperti bantuan-bantuan yang perolehannya dari hasil berjudi, cukai minuman keras, keuntungan bank konvensional dan harta-harta lain yang disangsikan kehalalannya. Mungkin ada di antara kita yang beranggapan bahawa tidak boleh menggunakannya lantaran harta tersebut sumbernya dari jalan haram, namun satu sisi bila tidak memanfaatkan harta itu akan sia-sia begitu saja. Agar kita tak meneka-neka status hukumnya, lebih baik ikuti ulasan berikut.

Muncul Khilafiyyah
Memang, ada satu prinsip dalam agama bahawa apa yang mestinya kita pergunakan dan kita makan adalah bersumber dari yang halal dan baik. Tapi dalam kehidupan bermasyarakat yang serba moden ini, terkadang kita sulit menghindari percampuran mana yang benar-benar halal dan mana yang disangsikan kehalalannya.
Jelas, harta yang didapatkan melalui jalan halal itu sah untuk dimanfaatkan bagi diri kita dan keluarga kita, serta sah pula kita berikan kepada orang lain. Yang jadi masalah adalah jika harta itu diperoleh melalui jalan haram; apakah boleh kita manfaatkan atau tidak? Menjawab permasalahan ini, muncul perbedaan pendapat di kalangan ulama. Ada ulama yang berpendapat bahawa lebih baik menjauhkan diri dari harta yang perolehannya diharamkan dalam agama. Pendapat ini dikemukakan oleh sebagian ulama salaf yang wara’. Sikap hati-hati dengan menyingkirkan harta haram adalah terpenting untuk menjaga kebersihan diri. Namun hal ini ditolak oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin kerana kita dilarang menyia-nyiakan harta.
Kedua, ada yang berpendapat jika harta berasal dari hasil haram, seperti: hasil pencurian, rompakan, penipuan, korupsi (rasuah) dan perbuatan jenayah lainnya, maka harta tersebut harus dikembalikan kepada yang berhak, dan haram untuk diambil atau dimanfaatkan sendiri. Ini selaras dengan firman Allah s.w.t.: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu” (QS. An-Nisa’: 29). Ada pula riwayat Mughirah bin Syu’bah, “Dahulu Mughirah di masa Jahiliyah pernah menemani suatu kaum, lalu dia membunuh dan mengambil harta mereka. Kemudian dia datang dan masuk Islam. Maka Nabi s.a.w. berkata saat itu, “Adapun soal ke-Islam-an, maka aku terima. Sedangkan mengenai harta, aku tidak ada sangkut pautnya sedikit pun.” (HR. Bukhari). Namun apabila harta hasil kejahatan tersebut tidak dapat dikembalikan kepada yang berhak, misalnya lantaran tak diketahui keberadaannya, maka boleh diberikan untuk kemaslahatan umat dan tidak boleh dimakan. Jadi, menggunakan harta haram tersebut untuk kepentingan diri sendiri atau keluarganya, cara semacam ini tidak dibolehkan. Sebaliknya, boleh untuk kepentingan umum berbanding dihanguskan begitu saja. Ketiga, apabila harta berasal dari hasil perniagaan haram, seperti: pelacuran, perjudian, apa-apa jenis yang berkaiatan arak, keuntungan bank konvensional yang menggunakan transaksi riba, serta bidang lain yang haram, selama tidak mengikat serta tidak ada unsur membantu kebatilan, maka majoriti ulama membolehkan untuk memanfaatkan wang tersebut untuk kemaslahatan umat.
Dalilnya, “Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudaratannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain.” (QS. Al-An’am: 164).

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2013 di pasaran...

Wajah Malaikat Maut Ketika Mencabut Nyawa

“Ketika Allah Azza wa Jalla hendak menciptakan Adam. Dia mengutus seorang malaikat pemikul Arasy untuk membawa debu dari bumi. Ketika dia berkeinginan keras untuk mengambilnya, bumi itu berkata:
“Aku minta kepadamu demi Zat Yang telah mengutusmu agar engkau tidak mengambil apa pun dariku sekarang yang neraka memiliki bahagian darinya.” Maka, dia meninggalkannya. Ketika dia melaporkan kepada Tuhannya, Dia berfirman: “Apa yang mencegahmu untuk membawa apa yang telah aku perintahkan kepadamu?” Dia menjawab: “Bumi telah meminta kepadaku demi (keagungan)-Mu.” Maka, Allah mengutus malaikat lainnya kepada bumi, tetapi bumi itu mengatakan seperti sebelumnya sampai Allah mengutus semuanya. Lalu Allah mengutus malaikat maut, bumi pun mengatakan kepadanya seperti sebelumnya juga. Maka, malaikat maut berkata, “Sesungguhnya Zat Yang mengutusku lebih berhak untuk ditaati daripada kamu.” Dia pun mengambil dari permukaan bumi seluruh tanah yang baik dan yang buruk, dan membawanya kepada Tuhannya. Lalu mengucurkan air syurga kepadanya sehingga menjadi lumpur hitam yang diberi bentuk, dan darinya Dia menciptakan Adam.” (Diriwayatkan oleh Sa’id bin Manshur, Ibnul Mundzir, dan Ibnu Abi Hatim dari Abu Hurairah) “Allah mengutus Jibril a.s. kepada bumi untuk membawanya kepadaNya tanah darinya. Bumi berkata: “Aku berlindung kepada Allah darimu untuk mengurangiku.” Wahai Tuhanku, sesungguhnya dia berlindung kepadaMu, maka aku pun memohon perlindungan baginya.” Lalu Allah mengutus Mikail, tetapi seperti itu juga. Terakhir Dia mengutus malaikat maut, dan bumi kembali memohon berlindung kepada Allah darinya. Akan tetapi, malaikat maut berkata: “Aku pun berlindung keada Allah untuk kembali pulang dan tidak melaksanakan perintahNya.” Lalu dia mengambil tanah itu dari permukaan bumi.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir, al-Baihaqi dalam al-asma wa ash-Shifat, Ibnu Asakir dari jalur as-Sadi dari Abu Malik, dari Abu Shalih, dari Ibnu Abbas, dan dari Murrah dari Ibnu Mas’ud serta sekelompok sahabat Nabi s.a.w.) Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalaulah kalian melihat ajal dan perjalanannya, pastilah kalian akan membenci angan-angan dan tipu dayanya. Tidak seorang pun penghuni rumah kecuali ada malaikat maut yang memperhatikan mereka dua kali dalam sehari. Orang yang didapati ajalnya telah habis, dia mencabut nyawanya. Apabila keluarganya menangis dan bersedih hati, dia bertanya: “Mengapa kalian menangis? Dan mengapa kalian bersedih hati? Demi Allah, aku tidak mengurangi umur kalian, tidak pula mengekang rezeki kalian, dan aku pun tidak berdosa. “Sesungguhnya aku benar-benar akan kembali kepada kalian, kemudian kembali, dan kemudian kembali sehingga aku tidak menyisakan seorang pun dari kalian.” (Diriwayatkan oleh ad-Dailami dari Zaid bin Tsabit). “Setiap rumah, baik di kota mahupun di desa, di permukaan bumi ini pasti ada malaikat maut yang mengelilinginya dua kali setiap hari.” (diriwayatkan oleh Abdurrazzaq, Ahmad di dalam az-Zuhd, Ibnu Jarir, Ibnul Mundzir, Ibnu Abi Hatim, dan Abu asy-Syeikh dari Mujahid)

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2013 di pasaran...

Bertaubat Yang Membawa Ke Syurga

YANG pasti! Tidak ada seorang manusia pun di muka bumi ini yang sempurna. Manusia adalah tempat salah, dosa, lupa dan khilaf kecuali oleh para Nabi ‘alaihimussalam.. Kalau nak hitung agaknya berapa banyak dosa-dosa dan kesalahan yang kita lakukan hari ini, belum lagi hari kelmarin atau hari mendatang. Tidak mustahil tidak mungkin terjerumus ke kancah dosa termasuk dosa-dosa besar yang tanpa kita sedari atau kita buat-buat tidak sedar. Semoga Allah melindungi kita. Demikianlah keadaan manusia yang banyak dinyatakan oleh Allah di dalam Al-Quran. Diantaranya firman Allah yang bermaksud: “Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.” (An-Nisa’: 28) “Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).” (Ibrahim: 34) Rasulullah juga menegaskan tentang kelemahan dan kekurangan anak cucu Adam ini. Dari sahabat Anas bin Malik, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap anak Adam (manusia) pasti sering berbuat kesalahan “Dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah yang mahu bertaubat.” (HR. Ibnu Majah no. 4251 dan lainnya) Tidaklah Nabi mengatakan sebaik-baik manusia adalah yang tidak pernah bersalah, kerana tidak ada seorang manusia pun yang maksum (terjaga dari kesalahan) kecuali para Nabi. Tetapi Rasulullah menegaskan bahawa orang-orang yang bertaubat dan mengakui kesalahan, serta kembali kepada kebenaranlah yang terbaik di antara mereka. Oleh kerana itu, bila kita terjerumus ke dalam perbuatan dosa dan kesalahan, maka segeralah bertaubat kepada Rabbul ‘alamin. Allah berfirman yang bermaksud: “Bersegeralah menuju kepada ampunan dari Rabb kalian dan kepada al jannah (syurga) yang seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Ali Imran: 133)

Anjuran untuk Bertaubat
Taubat, tidaklah sebatas usaha seorang hamba untuk memohon ampunan dari Allah, namun taubat ini sekaligus termasuk ibadah agung yang mulia di sisiNya kerana perbuatan taubat itu merupakan perintah dari Allah. Sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya,...” (At Tahrim: 8) Taubat juga merupakan ibadah yang sangat dicintai oleh Allah. Allah sangat gembira melihat hambaNya yang setiap kali terjebak dalam dosa dan kesalahan ia segera bertaubat dari dosa dan kesalahannya. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah sangat gembira terhadap taubat hamba-Nya melebihi kegembiraan salah seorang di antara kalian yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukannya kembali.” (HR. Muslim no.2747) Dalam sabdanya yang lain, Rasulullah mengatakan: “Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejelekan pada siang hari, dan Allah membentangkan tanganNya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejelekan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” (HR. Muslim no. 2759) Rasulullah sebagai insan uswah hasanah (tauladan terbaik bagi umat Islam) tidak pernah meninggalkan amalan mulia ini, walaupun beliau seorang yang ma’shum. Beliau menyatakan: “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan beristighfarlah kepada-Nya, sesunggunya aku bertaubat kepadaNya dalam sehari seratus kali.” (HR. Muslim no. 2702) ‘Aisyah mengatakan: “Dahulu Rasulullah sebelum wafat banyak mengucapkan: “Maha Suci Allah dan dengan memujiNya aku memohon ampun dan aku bertaubat kepadaNya.” (Muttafaqun ‘Alaihi)

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2013 di pasaran...

Monday, September 9, 2013

Rabun Dan Terlantar Setelah Menderhakai Ibu

Siapa yang tak kenal ‘Jack Lima’ di kampung Daun Melambai. Semua orang kampung tahu siapa orangnya. Mulai dari anak kecil hingga datuk dan nenek. Sayangnya, populariti Jack Lima bukan kerana prestasi [hal positif] di masyarakat, namun terkenal sebagai lelaki yang gemar menebar pesona terhadap perempuan, ‘kaki nikah cerai’ dan ‘kaki judi’.  Sepak terajang Jack Lima sejak muda memang gemar sekali menggoda perempuan. Tak sedikit perempuan yang jatuh ke pelukannya, kerana Jack memang tampan jugalah dengan tubuhnya yang tegap. Kendati Jack sudah berkeluarga namun dia tak dapat lepas dengan ‘kaki perempuan’. Padahal isterinya pun berparas menarik juga, tetapi entah kenapa syahwatnya selalu meledak-ledak bila melihat perempuan yang lebih cantik. Dengan rayuan mautnya, dia berusaha menundukkan perempuan yang disukainya; tak peduli gadis atau janda. Tak sekali pun dia mempedulikan perasaan isterinya yang di rumah. Prinsip, menurutnya, tak ada larangan bagi seorang suami untuk menikahi perempuan lebih dari satu.

Menzalimi Lima Isteri

Sebenarnya tak ada yang boleh dibanggakan dalam diri lelaki tampan itu kecuali ‘jual muka’ dan kacaknya itu saja. Sebab Jack tergolong malas bekerja. Justeru boleh dikata dia malah menggantungkan hidupnya dari ibu dan isterinya. Ibunyalah yang berusaha kesana-kemari mencari penghidupan, meskipun harus bekerja keras di sawah. “Terus terang saja, saya malu. Bagaimana tidak, untuk makan saja, kami terus bergantung kepada ibu mertua. Padahal suami mampu bekerja, tapi dasarnya dia tidak mahu bekerja,” keluh Aminah (bukan nama betul), isteri pertama, pada tetangganya. Jack memang diberi anugerah wajah rupawan, kulit putih bersih sehingga banyak perempuan cantik yang terpikat padanya. Cuma kelebihan ini bukan menjadikan dirinya bersyukur, tetapi malahan memanfaatkan untuk hal yang boleh menimbulkan masalah dan amarah keluarga. Meski sudah beristeri, Jack tak malu-malu memikat perempuan lain. Aminah tentu sakit hatinya dengan perangai suaminya. Pasalnya, lelaki yang dicintainya belum dapat menghilangkan tabiat lamanya, gila perempuan, malas bekerja dan hobi berjudi. Bahkan paling parahnya, belanja untuk melahirkan anaknya pun pernah dihabiskan di meja judi. Aminah bukan satu-satunya perempuan yang disakiti dan dizalimi oleh suaminya. Tetapi masih ada empat perempuan lain yang pernah mengalami hal yang sama. Padahal sebenarnya saat Jack menikahi Citra, gadis kampung sebelah, semua keperluan hidup Jack tercukupi. Kerana Citra keturunan orang kaya, memiliki tanah pertanian luas dengan hasil melimpah. Demikian halnya hasil kebunnya terus-menerus mengeluarkan hasil sehingga untuk keperluan sehari-hari tak pernah kekurangan. Tapi sialnya, tak sekali pun kelakuan Jack berubah. Tabiat lamanya sulit dilepaskan, mungkin sudah mendarah-daging, iaitu berjudi. Akibatnya tak tahan melihat kelakuan Jack, satu per satu isteri-isterinya melepaskan diri dengan membawa masing-masing anak dari hasil perkahwinannya.
“Bagaimana dengan anak-anakmu dari hasil pernikahanmu yang dulu-dulu?” suatu ketika teman judinya bertanya. “Sama ibunyalah. Dia yang memberi makan. Mereka kan punya induk yang boleh cari duit,” begitu jawab Jack yang ambil mudah saja. Dengan selambanya, lelaki penjudi ini berkata demikian. Rasanya tak ada beban sama sekali, padahal meskipun telah bercerai dengan isteri-isterinya semestinya dia tetap bertanggung jawab untuk menafkahi anak-anaknya. “Jack... Jack... apa gunanya berkeluarga kalau begitu?” sahut teman lain mengusiknya. “Seperti inilah diriku. Kalau boleh menerima aku apa adanya, ya terimalah. Kalau tidak mahu, tak masalah. Cerai. Mudahkan?” sahut Jack, sambil melemparkan sehelai daun terup di atas meja judi itu. Sementara teman-temannya hanya geleng-geleng kepala. “Seronok betul dia, pandai buat anak. Tapi tak mahu tanggung jawab, malaun betul...” bisik temannya. Citra yang berkahwin kerana terpikat ketampanan Jack, seiring berjalannya waktu, mulai tak kuasa lagi mempertahankan biduk rumah tangganya. Mulanya, perempuan cantik itu masih boleh bertoleransi kelakuan suaminya, kerana cintanya begitu besar dan berharap suatu waktu suaminya berubah. Namun apa mahu dikata, kebiasaan berjudi suaminya tak dapat dibendung hingga hasil pertanian dan perkebunan juga habis di meja judi. Puncaknya ketika anaknya lahir, Jack tetap tak mahu berhenti berjudi. Dengan berat hati akhirnya Citra mengambil keputusan “cerai”.
Perceraian ini di kemudian hari disesalkan oleh Jack. Sebab dibandingkan isteri-isterinya yang lain, dengan Citra, segala keperluannya dapat dipenuhi. Maklumlah Citra memang orang kaya dengan aset tanah pertanian dan perkebunan yang luas. Jack sendiri hanya ‘menumpang menenggek’ kekayaan isterinya. Maka ketika perceraian itu terjadi, otomatik kehidupan Jack kembali seperti biasa. Segala kemudahan yang didapatkan saat berkahwin dengan Citra lenyap. Hidup Jack pun kembali kekurangan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2013 di pasaran...

Dia Isteri, Atau Dia Pembantu Rumah?

DIA sebenarnya masih muda: 37 tahun. Tapi anaknya-anak sudah 4 orang. Kecil-kecil. Lucu-lucu. Dua anak masih bersekolah rendah. Dua lagi masih bawah usia lima tahun. Tentu saja sentiasa sibuk di rumah. Tanpa mempunyai pembantu. Tanpa laki-laki yang ikut mengurus persoalan ‘remeh temeh’ rumahtangga. Dia bersendirian. Benar-benar seorang diri, dan acapkali  kelam kabut. Bila dia sedang memasak, anak yang satu menangis dan anak yang lainnya merengek. Bila anak yang besar minta makan, anak yang lainnya minta susu. Terlebih, bila suami pulang bekerja, dia seperti memiliki 5 anak. Minta dilayani ini-itu: dipicit, diurut, dibelai, disuguhi minuman dan sedikit kuih-muih, dan lain-lainnya. Mencuci. Menggosok pakaian. Menyapu dan mencuci lantai. Pekerjaan-pekerjaan rumah itu seringkali dikerjakannya sambil lalu. Ia akan mencuri-curi waktu dimana anak-anak dalam keadaan tertidur lelap, atau saat mereka tenang dan tidak meragam. Mahu pakai pembantu rumah (orang gaji)? Mana cukup. Gaji suami sekadar cukup-cukup itu akan menambah pengeluaran rumah tangganya. Merawat tubuh? Buang jauh-jauh. Ia kadang tak sempat memanjakan diri sendiri, tidak punya waktu untuk dirinya sendiri. Semuanya untuk anak dan suami. Anak dan suami... Dia merasa ikhlas kerana baginya itu adalah ibadah. Ia menganggapnya pengabdian sebagai ibu dan isteri. Tapi, belakangan ini, ia mulai ragu. Ada waktu tatkala ia merenung: ia merasa seperti ‘pekerja’ atau ‘orang gaji’ di rumah sendiri dan suami adalah si majikan. Ia suka “menggugat” di dalam hati: apakah Islam mengajarkan begini? Apakah suami cuma boleh mencari nafkah? Apakah suami tak boleh mengerjakan urusan dalam rumahtangga? Ah, pertanyaan-pertanyaan itu seperti gelembung-gelembung sabun yang pecah seketika. Surut bersama rutin-rutin hidup. Tenggelam dalam kesibukan yang menjemukannya... Suatu waktu di malam yang sudah tua, saat anak-anak dan suaminya tertidur, ia membaca buku panduan rumah tangga sakinah. Ia sisir hak-hak suami. Ia fahami pula hak-hak isteri. Kewajipan-kewajipan suami. Kewajipan-kewajipan isteri. Tiba-tiba, matanya tertuju pada satu hadis Nabi s.a.w. yang membuat hatinya berdesir-desir. Periwayatnya isteri Nabi Muhammad s.a.w. sendiri: Siti Aisyah r.a. Dalam satu kesempatan, Aisyah r.a. ditanya: “Apakah yang dilakukan Rasulullah di dalam rumah?” Aisyah menjawab: “Beliau adalah seorang manusia biasa, ia menjahit pakaian sendiri, memeras susu dan melayani dirinya sendiri.” (HR. Ahmad dan Termizi). Dalam hadis lain, sebagaimana diriwayatkan Aswad bin Yazid, ia berkata: “Aku pernah bertanya kepada Aisyah: “Apakah yang biasa dilakukan Rasulullah di dalam rumah? Aisyah menjawab: “Beliau biasa membantu keluarga, apabila mendengar seruan azan, ia segera keluar (untuk menunaikan solat).” (HR. Muslim)
Air matanya berderai-derai membaca hadis tersebut. Ia membayangkan Rasulullah yang tugas-tugas keumatannya begitu berat masih boleh menyempatkan waktu mengerjakan urusan rumahtangga. Sungguh lelaki sejati, lelaki idaman, lelaki berhati lembut yang seharusnya juga ditiru para lelaki muslim zaman sekarang. Ia menggumam sendiri: kenapa lelaki [suami] pada masa kini tidak mengkhidmati laku Nabi yang ini?

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2013 di pasaran...