Wednesday, September 11, 2013

Kisah Seorang Lelaki Meninggalkan Solat

CERITA ini adalah kisah benar. Ianya terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w. Kisahnya mengenai seorang lelaki yang mengabaikan solat, dan melanggar perintah Allah s.w.t. Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul yang diutus oleh Allah s.w.t. untuk manusia. Rasul membawa perintah yang diwahyukan Allah kepadanya iaitu perintah solat (sembahyang), kerana solat merupakan ibadah paling utama dari ibadah-ibadah lainnya.
Rasulullah s.a.w. menerima perintah sembahyang itu terus dari Allah s.w.t. menerusi satu peristiwa “Israk dan Mikraj”. Perintah ini tidak disampaikan melalui Malaikat Jibril a.s., tetapi langsung dari Allah. Sewaktu zaman Rasulullah masih hidup, ada seorang lelaki dalam hidupnya tidak pernah solat. Dia menghabiskan masanya dengan mengikut hawa nafsu dan ajakan syaitan.  Apakah akan terjadi dengan lelaki tersebut ketika dia meninggalkan dunia yang fana ini? Kisahnya sedih dan menyayat hati. Marilah kita ikuti cerita yang dilapurkan dalam sebuah kitab agama. “Pada zaman Nabi s.a.w. ada seorang lelaki yang tidak pernah solat tidak pernah sujud, tidak pernah rukuk, tidak pernah beribadah kepada Allah sepanjang hayat. Ditakdirkan apabila tiba ajalnya, lelaki ini meninggal dunia. Dia meninggalkan seorang anak lelaki, dan anak inilah yang menguruskan jenazah ayahnya itu. Dibaringkan ayahnya ditempat pembaringan. Ketika itu tidak seorang pun yang datang menziarahi jenazah ayahnya itu. Tunggu punya tunggu, tidak seorang pun yang datang untuk membantu menguruskan jenazah ayahnya itu. Kemudian, dia pun keluar dari rumah menuju ke rumah Rasulullah. Ketika itu Nabi sedang berbual-bual dengan para sahabatnya. Pemuda itu lalu mengadu tentang kematian ayahnya kepada Rasulullah s.a.w. Dia mengadu sambil menangis. Melihat akan keadaan pemuda itu, Nabi lalu bertanya apa sebenarnya terjadi dengannya. Lalu Nabi s.a.w. bertanya pemuda itu: “Kenapa engkau menangis wahai anak muda?” Dengan tangisan yang teresak-esak, pemuda itu memberitahu Rasulullah: “Ayah saya meninggal sunia.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah September di pasaran...

No comments: