Friday, July 18, 2014

Hidayah Julai 2014

Hidayah keluaran Julai 2014 sudah beredar di pasaran.  Pastikan anda  tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera  sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk  anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja...


Salam Kami


ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Memanglah membaca itu sesuatu yang bermanfaat, sambil ianya dapat berhibur dan menambah pengetahuan. Konsep ini diteruskan oleh Hidayah untuk menggamit pembaca agar ‘suka membaca’. Menurut kajian sebenarnya tidak ramai kalangan rakyat Malaysia yang gemar membaca. Yang membacapun hanya berligar kepada bacaan-bacaan ringan, komik/kartun, hiburan dan sebagainya. Bukan tradisi di rumah-rumah umumnya yang memiliki perpustakaan sendiri. Malah jarang didapati ada yang menyimpan koleksi kitab-kitab agama sebagai bahan bacaan dan rujukan. Apatah lagi dalam bidang sastera, budaya dan sebagainya memang kurang sekali. Memanglah ‘membaca’ bukan budaya kita. Namun dalam keadaan yang sukar ini adalah juga yang ‘suka membaca’. Tetapi jumlahnya amat terbatas. Dalam keadaan yang terbatas dan sukar ini Hidayah tetap muncul menemui pembacanya meneruskan amanat “berdakwah melalui penulisan.” Kali ini kita membawa kisah-kisah iktibar yang semoganya dapat menyentuh hati dan nurani. Antara yang menarik bacalah iktibar 1 dimana Allah memberikan kemuliaan kepada seorang hambaNya seorang lelaki alim yang kuburnya diterangi cahaya pada setiap malam Jumaat. Sementara itu pada Iktibar bertajuk ‘Mendapat Hidayah Dalam Kubur’ yang menjadi koleksi emas kisah iktibar Hidayah bagaimana seorang lelaki kikir berubah perangai dan akhlaknya setelah mengalami mimpi aneh ketika dia tertidur dalam kubur yang baru digali. Sementara dalam rencana-rencana lainnya anda perlu ikuti rencana ‘Selami rahsia wuduk dan puasa’, ‘Mengetahui Rahsia-Rahsia Al-Quran’, nostalgia dan sebagainya. Kepada pembaca, kami mengucapkan “Selamat menunaikan ibadah puasa” sepanjang Ramadan yang mulia ini. Walaupun kita telah belasan atau puluhan kali menemui bulan Ramadan, namun setiap Ramadan yang datang tetap dirasakan istimewanya. Inilah masanya kita dapat merasa syahdunya anugerah Allah kepada setiap umat Islam dimana-mana masjid dan surau akan dipenuhi jemaah untuk menunaikan solat sunat terawih, bertadarus dan sebagainya. Hayatilah amal ibadat yang agung ini kerana tidak ada siapa yang tahu entah-entah inilah Ramadan terakhir yang akan kita lalui.  Marilah kita bersama-sama dengan Umar bin Al-Khattab r.a. yang apabila datangnya bulan Ramadan berkata:
“Selamat datang bulan yang akan membersihkan kami, sebab Ramadan ini semuanya baik, puasa pada siang harinya dan bangun pada malamnya, dan sedekah (belanja) dalam bulan ini sama dengan membelanjai perjuangan jihad fi sabilillah.” Dan ingatlah sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “...dan untuk orang yang berpuasa dua kegembiraan, gembira ketika menghadapi saat berbuka puasa, dan gembira kelak bila bertemu kepada Tuhan pada hari kiamat kelak.” Terima kasih kepada para pembaca budiman yang terus bersama dengan kami agar kita terus berjumpa dalam keluaran akan datang, InsyaAllah. Wassalam

Pengarang
Suhaimi Hamid

Menangis Kerana Allah

PADA umumnya, manusia menangis kerana sedih. Tapi ada juga yang menangis kerana terharu, bahagia, seperti meraih sesuatu yang dinantikan atau menyambut kedatangan orang yang dicintai. Kadangkala ada pula yang menangis kerana lapar seperti kanak-kanak. Ibnu Qoyyim, seorang ulama abad ke-7 Hijriyah, menyebutkan ada 10 macam menangis. Namun menangis yang paling bermanfaat dan sihat adalah menangis kerana Allah s.w.t. Kerana itu, menangis kerana Allah s.w.t. itu dianjurkan oleh Al-Quran dan dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat serta para ulama. Didalam salah satu riwayat Ibnu Mas’ud r.a. menceritakan bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w. meminta kepadanya agar membacakan Al-Quran. Ibnu Mas’ud pun berdalih,  “Bagaimana aku membacakan Quran kepadamu padahal dia (Al-Quran) diturunkan kepadamu.”  Lalu Rasulullah menjawab, “Aku ingin mendengar dari orang lain.” Maka aku (Ibnu Mas’ud) bacakan surah An-Nisa’ sampai pada ayat “Maka bagaimanakah, apabila Kami datangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu.” (An-Nisa’, ayat 41).  Lalu Rasulullah berkata, “Sekarang cukup bacaanmu.” Maka aku (Ibnu Mas’ud) menoleh kepada Rasulullah, dan ternyata kedua matanya menitiskan air mata.” Demikian pula dalam suatu kejadian, Rasulullah s.a.w. berkhutbah, kata Anas r.a. “Belum pernah aku dengar khutbah seperti itu, “Kalau kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis,” maka para sahabat menutupi muka mereka dan menangis sampai terdengar suara rintihan.” (HR. Bukhari & Muslim) Barang siapa mudah menangis kerana Allah s.w.t. merupakan bukti bahawa orang tersebut lembut dan bersih hatinya. Dan orang yang susah menangis kerana Allah s.w.t. pertanda kaku dan kurang bersih hatinya, boleh jadi kerana pengaruh maksiat dan dosa, maka hendaknya dia bertaubat kepada Allah s.w.t. dan memperbanyakkan amal salih.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2014 di pasaran...

Jangan Menghina Agama Lain

DUNIA politik yang berasaskan sistem demokrasi atau pilihan raya terbuka bukanlah sesuatu yang boleh menghalalkan apa saja tektik dalam memenangi atau mengendalikan kempen. Adalah tidak beretika seseorang calon atau mana-mana kelompok yang bertentangan ‘menghina’ individu atau kelompok lawannya. Soal dosa dan pahala hendaklah diambil kira. Janganlah kerana orang lain boleh buat, kita juga membuat kejahatan seperti itu. Kalau sebelah lawan menggunakan ‘samseng politik’ maka pihak kita juga boleh berbuat yang sama. Jangan begitu...Lebih mengkhuatirkan adalah hubungan sosial antara individu yang ikut-ikutan pula tercemar. Ini dikeranakan makin seringnya orang bersikap agresif, memaksakan kehendak, bahkan mendakwa dirinya paling benar. Tatkala seseorang atau segolongan orang meyakini pilihannya adalah yang paling layak, maka sikap dan perilaku yang ditunjukkan acapkali menafikan keberadaan pihak-pihak lain yang tidak sefahaman dengan keyakinannya. Orang lain yang dianggap tak sejalan, dianggapnya bukan kawan, segolongan, alih-alih malah dimasukkan dalam daftar musuhnya. Sikap antipati terhadap orang-orang yang tak sefaham itu kemudian muncul sehingga memboikot antara golongan akhirnya tak dapat dihindari.
Sikap tersebut secara nyata menjadi fonemena yang sangat mudah dijumpai ketika mana-mana urusan pilihan raya. Ketika seseorang dan kawanannya mencalunkan pihak tertentu, maka pihak lain seakan-akan menjadi lawan yang pantas dimusuhi. Apalagi jika ‘pihak lain’ tersebut benar-benar berbeda; beda visi-misi, suku, agama dan golongan. Maka semakin kuatlah alasan untuk memusuhi pihak lain tersebut. Banyaknya broadcast yang bertebaran tentang pengharaman memilih figur dan golongan tertentu sambil menjelek-jelekkan sosok dan golongannya, terlihat begitu nyata kebencian diapi-apikan. Tak dapat disangkal. Tindakan tersebut mencerminkan betapa penanaman akhlak yang digaungkan Islam ternyata tak pernah benar-benar lekat di dalam hatinya. Padahal Islam mengajarkan untuk terlebih dulu melakukan klarifikasi [tabayyun] terhadap sesuatu yang bukan fakta dan berbau fitnah. Bukan sebaliknya, bertindak sama melakukan fitnah serupa. Islam mengajarkan untuk tidak melakukan paksaan terhadap siapapun agar masuk ke dalam Islam. Begitu pula, Islam melarang pemeluknya menghina umat agama lain. “Dan janganlah kamu memaki sembahan- sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah mereka kembali. lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.” (QS. al- An’am: 108)  Dari sebab turunnya ayat (asbabunnuzul), disebutkan dalam suatu riwayat bahawa kaum muslimin pada waktu itu suka mencaci-maki berhala kaum kafir, sehingga kaum kafir pun mencaci-maki Allah. Allah lalu menurunkan ayat ini sebagai larangan mencaci-maki apa-apa yang disembah oleh orang kafir. Kata tasubbuu yang terambil dari kata sabba adalah ucapan yang mengandung makna penghinaan terhadap sesuatu atau penisbahan suatu kekurangan atau aib terhadapnya, baik hal itu benar kemudian, lebih-lebih jika tidak benar. Adapaun kata ‘adwan dapat bererti permusuhan dan melampaui batas, dan dapat juga diertikan lari atau tergesa-gesa. Penyebutan kata itu di sini memberi isyarat bahawa setiap pelecehan agama merupakan pelampauan batas serta mengundang permusuhan. Ia bukan bererti bahawa kaum muslimin yang mencaci berhala atau kepercayaan kaum musyrikin tidak melakukan penganiayaan, sebagaimana diduga oleh sementara penafsir. Para ulama mengatakan bahawa hukum ayat ini tetap berlaku dalam keadaan apapun. Selama orang kafir tidak mengganggu dan tidak dikhuatirkan menghina Islam, Nabi s.a.w., atau menghina Allah s.w.t., maka tidak boleh bagi seorang muslim memaki, menghina, atau mengusik salib, agama, dan gereja mereka, serta tidak boleh melakukan hal-hal yang membawa kepada akibat tersebut. Sebab perbuatan tersebut sama dengan mendorong untuk berbuat kemaksiatan.

Selanjutmya dapatkan Hidayah Julai 2014 di pasaran...

Cahaya Malam Jumaat Di Kubur Lelaki Alim

KALAU bukan kerana kelawar yang terbang terbabas masuk ke rumahnya, Hanizah barangkali tidak tahu bahawa waktu itu sudah pukul sebelas malam. Haiwan malam itu telah mengusiknya, memindahkan pandangan matanya yang sejak pukul sembilan tadi asyik menikmati program TV, ke arah jam dinding.
Bergegas ia bangkit menuju ruang depan rumah, bermaksud menutup dan mengunci pintu yang sejak petang dibiarkan terbuka. Sesampainya di sana, Hanizah malah tertegun. Matanya membulat melihat sinar yang muncul dari balik semak-semak, tak jauh dari rumahnya. ”Ada orang meninggal lagi ke?, Mengapa terang cahayanya? Tapi, tak ada pula suara sama sekali?” bisiknya di dalam hati. Rasa penasaran dan ingin tahu Hanizah mendadak muncul. Berbekal doa-doa yang ia kuasai dan rasa percaya diri yang cukup tinggi, ia berjalan seorang diri, mendekati sumber cahaya yang berada di kawasan tanah perkuburan kampung itu. Setelah beberapa saat berjalan, ia hairan, kerana tak ada seorang pun yang dia temui di sana. Meski muncul rasa takut, ia mencuba bertahan, kerana rasa penasarannya semakin besar. ”Mengapa tidak ada sesiapa? Biasanya, kalau ada orang yang dikebumikan selalu ramai orang,” kata Hanizah dalam hati. Ketika jaraknya sudah semakin dekat, Hanizah kembali tertegun. Ia hampir tak mempercayai penglihatannya sendiri. Cahaya yang dilihatnya ternyata bukan dari lampu lektrik seperti layaknya jika ada pengkebumian jenazah pada malam hari. Cahaya itu berasal dari gundukan tanah yang masih tampak baru. ”Masya Allah, sinar terang itu berasal dari kuburan Maulana, yang jenazahnya baru dikebumikan siang tadi,” kata hati kecil Hanizah.   
Dengan tergopoh-gopoh, Hanizah kembali ke rumahnya. Dibangunkannya suaminya, yang sudah lelap sejak pukul sembilan tadi, dan diceritakannya peristiwa yang baru saja dialaminya. Si suami sendiri mulanya tidak percaya. Namun, setelah menyaksikan sendiri keanehan tersebut, ia tidak dapat membantah lagi. Mereka tak habis fikir, mengapa kuburan Maulana begitu terang. Bagaimanakah kehidupan Maulana semasa hidupnya, sehingga ia mendapat nikmat kubur seperti itu?

Lelaki Alim

Malam itu adalah malam Jumaat. Banyak tanya yang menggelayut di benak pasangan suami isteri itu. Keesokkan harinya, mereka tidak menceritakan keanehan yang terjadi malam itu kepada siapa pun, khuatir tidak ada yang mempercayainya. Seminggu telah berlalu, malam Jumaat kembali tiba. Lagi-lagi mereka menyaksikan peristiwa yang terjadi seperti malam Jumaat yang lalu. Kuburan Maulana kembali memancarkan sinar terang benderang. Melihat keadaan seperti itu, mereka pun tidak kuasa lagi menahan hasrat untuk menceritakan kepada penduduk kampung yang lain. Masyarakat Desa Sukamaju, Tanggamus, pun gempar. Orang selalu membicarakan keperibadian Maulana ketika masih hidup. Di masjid, di warung, atau sawah. Apalagi di sepanjang jalan menuju sekolah rendah Sukajadi, tempat Hanizah mengajar.
Mereka penasaran, kemudian mencari-cari, apa yang lebihnya Maulana, hingga terjadi keanehan di kuburnya. Sebahagian yang lain bahkan memaksakan diri untuk melihatnya secara langsung gundukan tanah kubur yang sudah beberapa minggu itu. Sampailah khabar tersebut ke telinga kiai setempat. Bagi Kiai Safar, demikian nama kiai tersebut, peristiwa itu tidaklah aneh. Sebab, menurutnya, Maulana adalah seorang muslim yang taat beribadah, sederhana dalam hidup dan selalu bersikap baik terhadap siapa pun. Wajar saja jika ia mendapat kurnia Allah tersebut. ”Apa yang terjadi pada Maulana merupakan sebahagian kecil tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya yang selalu melaksanakan solat dengan cara berjemaah dan berlaku baik kepada semua orang. Lebih dari itu, sungguh Allah masih memiliki banyak rahsia,” kata Kiai Safar.
Kiai Safar pun menceritakan perihal kehidupan sehari-hari lelaki berusia 65 tahun itu. Ketika hidupnya, katanya, Maulana menafkahi keluarganya dari hasil kerja sebagai buruh tani. Ia juga senang membantu orang lain jika ada yang memerlukan pertolongannya. Setiap solat lima waktu, Maulana selalu berusaha melaksanakan solat berjemaah di masjid. Kecuali ada halangan tertentu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2014 di pasaran...

Seekor Ular Keluar Dari Perut Ibu

Desa X seketika digemparkan dengan berita keluarnya seekor ular dari perut seorang ibu yang sedang dibuat pembedahan. Yang mengejutkan, ular sepanjang 20 cm itu keluar dalam keadaan hidup. Bagaimana ular itu boleh hidup di dalam perut seorang ibu begitu lama? Lalu apa kaitannya dengan si ibu itu sendiri sehingga mendapatkan cubaan dan ujian yang demikian dahsyat? Selidik punya selidik, ibu yang diketahui bernama Hardianti itu adalah isteri seorang pengusaha bernama Darus. Beliau seorang pengusaha jual beli getah damar untuk bahan pembuatan kaca. Sudah lama keluarga Pak Darus mengelola perniagaan tersebut hingga menjadikan keluarganya sangat berkecukupan. Dengan wang yang cukup banyak, apapun boleh dilakukan keluarga Darus: shopping, jalan-jalan, dan sebagainya. Untuk Hardianti sendiri, wang itu ia gunakan untuk membantu orang lain. Cuma, sayang, ia tak benar-benar ingin membantu. Sebab, wang yang dipinjamkannya selalu disyaratkan dengan ‘laba’ yang mencekik, sehingga tak jarang banyak nasabah para penghutangnya yang tidak dapat mengembalikan hutangnya. Akibatnya, barang-barang milik si penghutang banyak yang diambilnya sebagai jaminan. Sebagai seorang ‘along’, Hardianti termasuk kelas ‘buaya’ hingga membuatnya begitu terkenal di kampungnya, termasuk desa tetangganya. Modal pusingannya adalah setiap hari. Terhadap peminjam yang membayar secara beransur-ansur, ia tak pernah punya toleransi, bahkan kepada keluarganya sendiri. Jika mereka berhutang kepadanya dan menunggak, maka mereka pun kena dendanya.  “Bagi saya ya sama saja, jika masalahnya wang. Maksudnya begini, jika saudara saya ataupun saudara suami yang mempunyai urusan pinjaman wang, saya samakan saja dengan warga yang lain. Kerana ‘kan yang saudara itu orangnya, tapi kalau wangnya ‘kan kita punya masing-masing. Jadi jika mereka ingin punya wang banyak ya ‘kan harus usaha,” ujarnya tegas kala itu. Sebenarnya Darus sudah berkali-kali melarang isterinya menjadi seorang ‘ceti haram’. Namun, semakin sering Darus melarangnya semakin sering pula si isteri membantahnya dengan alasan mencari wang tambahan. “Saya ‘kan cari wang buat tambahan pendapatan kita,” ujar Hardianti beralasan.
“Tapi...!”  celah Darus.
“Ya sudah bang, saya akan tetap begini. Ini ‘kan lumayan! Cuba abang bayangkan kedua anak kita. Yanto sebentar lagi masuk pendidikan akademi polis, sedangkan Retno itu akan kuliah doktor. Apa kita mampu membiayai mereka kalau cuma abang saja yang bekerja? Nanti setelah Yanto jadi polis dan Retno sudah jadi doktor baru kita bisa berhenti,” ujar Hardianti sekali lagi memberikan alasannya. Mendengar penjelasan tersebut Darus geleng-geleng kepala sambil beristighfar. Seminggu kemudian, saat Darus sedang duduk di beranda rumah sambil minum kopi, datang isterinya dari kejauhan mengendarai motosikal kemudian berhenti di depan rumah.
“Motosikal baru, nampak?” tanya Darus.
 “Bukan! Itu motosikal si Satim, saya sita,” jawab Hardianti singkat.
“Mengapa sampai jadi begitu?”
“Iya, bang! Habis baki bayaran ansuran hutangnya dia masih 2.5 juta rupiah (RM750) lagi. Sampai saat ini belum dibayar, itu pun belum termasuk bunganya. Jadi, saya fikir dia tidak akan mampu bayar hutangnya. Terus lebih baik disita saja motornya daripada saya tanggung ruginya nanti,” jawab Hardianti dengan muka selambanya. Darus hanya mampu beristighfar saja... “Kalau begini caranya terus bagaimana Satim membayar hutangnya dan memberi makan keluarganya kalau motosikalnya diambil. Sedangkan kita tahu kalau Satim itu hanya seorang tukang ojek,” Darus menjelaskan. “Itukan urusan dia, masa saya yang harus beri anak isterinya makan. Yang penting sekarang motosikalnya sudah disita sampai Satim mampu membayar hutang-hutangnya,” ujar Hardianti tidak mahu kalah.  Petang itu kemudian Hardianti seperti biasa keliling kampung memandu keretanya, sedangkan Darus di rumah bersama Retno, anak bungsunya. Kemudian tak lama datang seorang lelaki pendek ke rumah Darus.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2014 di pasaran...

Mendapat Hidayah Dalam Kubur

SIAPA yang tidak kenal dengan Pak Ali? Bagi penduduk sebuah kampung di utara Perak, namanya memang terkenal. Dia menjadi lambang bagi golongan haji kikir (kedekut) yang terlalu bakhil dan tamak dengan harta yang dimilikinya. Sifat kikir telah menyatu dengan diri Pak Ali itu sudah diketahui penduduk sekitar, keluarga dan anak-anaknya yang juga sangat maklum dengan hal tersebut. Walau terkenal sebagai orang kaya di kampung 14, Pak Ali sagatlah pelit memberikan wang belanja bagi keluarganya. Sungguh banyak tanggungjawab yang dipikul isterinya sebelum mendapat wang belanja untuk keperluan harian dan urusan dapur. Hal seperti itu juga dialami anak-anaknya jika memerlukan wang untuk keperluan sekolah atau membeli barang keperluan sehari-hari. Jika pengemis meminta sedekah dan AJK masjid atau surau datang meminta sumbangan ke rumah Pak Ali atau ke tempat kerjanya, sikap Pak Ali lebih buruk lagi. Ada saja alasan yang diberikannya untuk menghindar agar tidak mengeluarkan sumbangan. Lebih parah lagi, Pak Ali akan memaki pengemis itu. Bagi Pak Ali, mereka itu adalah orang-orang pemalas yang hanya harap bergantung pada orang lain untuk hidup dan tidak mahu berusaha sendiri. Begitulah watak Pak Ali yang serba kikir. Dari hari ke hari dia mengumpulkan harta, dan dari hari ke hari itu juga sikap kikirnya semakin menjadi-jadi. Hartanya yang sudah banyak seakan masih belum mencukupi. Tanah di hujung kampung yang terletak bersebelahan dengan surau milik Pak Abu juga sudah dibelinya. Anak-anak Pak Abu yang mewarisi tanah pusaka itu menjualnya untuk modal perniagaan. Sekarang tanah tersebut sudah menjadi milik Pak Ali, hatinya sangat puas ketika berhasil memiliki tanah yang diinginkannya selama ini. Cuma ada satu masalah saja yang tidak disukainya, tanah itu menjadi jalan untuk para jemaah menuju surau. Ia merasa sakit hati setiap kali melihat orang kampung dengan seenaknya lalu-lalang di atas tanah miliknya itu. “Tidakkah mereka tahu kalau ini adalah tanahku?,” desisnya Pak Ali dalam hati. Keesokan harinya, pagi-pagi lagi, Pak Ali telah berangkat ke tanah miliknya yang terletak di sebelah surau tersebut. Tujuannya hanya satu, iaitu memagar sekeliling tanah kawasan tersebut agar orag-orang kampung yang hendak ke surau tidak lagi melintasi tanahnya. Tindakan Pak Ali yang sudah kelewatan itu telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan jemaah surau. Mahu tidak mahu, mereka kini terpaksa memutar dan menyeberangi jembatan tali untuk ke surau, semuanya gara-gara jalan pintas menuju surau telah dipagar oleh tuan tanah yang tidak memiliki timbang rasa itu. Mereka bersepakat untuk bertemu dengan Pak Ali untuk meminta budi baiknya membuka kembali pagar tersebut, tetapi permintaan jemaah surau tidak dipedulikan oleh si kikir itu. Alasannya, Pak Ali ingin bercucuk tanam di atas tanah itu, jika tanah itu menjadi tempat lalu lalang orang-orang kampung, pasti tanaman sayur-sayurannya nanti tidak akan tumbuh dengan baik. Imam surau, bilal serta jemaah lain tak mampu lagi bersuara. Ternyata hati Pak Ali sangat keras. Dan kini, sesuatu yang lebih menyakitkan dirasakan oleh mereka. Setelah setahun berlalu, ternyata Pak Ali belum juga menanami tanahnya itu dengan tanaman sayur-mayur seperti yang dikatakannya. Tanah itu dibiarkan menjadi semak belukar begitu saja. Sungguh sakit hati orang kampung menyaksikan kekikiran Pak Ali. Tetapi apa mahu dikata, tanah itu memang milik Pak Ali secara sah. Dia boleh berbuat apa saja yang dia suka di atas tanah miliknya itu. Menyaksikan kekikiran Pak Ali yang tidak ada habisnya dan sangat tipis harapan untuknya mengikis dan membuang sikap bakhilnya itu. Masyarakat pun sudah mulai mengambil tindakan menjauhi Pak Ali. Mereka sepertinya memencilkan Pak Ali dari segala aktiviti bermasyarakat di kampung. Tidak ada lagi yang mahu mengundangnya pada acara pernikahan atau pada majlis-majlis tahlil di kampung, apalagi peringatan hari-hari besar agama, seperti Maulid Nabi, majlis sambutan Israk-Mikraj dan sebagainya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2014 di pasaran...

Bolehkah Wanita Solat Jumaat?

WANITA solat Jumaat mungkin tak banyak dijumpai di kebanyakan lingkungan tempat kita singgah. Tapi, di sejumlah daerah, mungkin ada sebahagian wanita yang ikut bersolat Jumaat. Kerana itu, barangkali ada di antara kita yang bertanya-tanya kenapa ada sebahagian wanita yang ikut sembahyang Jumaat tetapi malah lebih banyak wanita yang tidak mengikuti solat Jumaat? Padahal jika menilik hujah yang disinggung dalam al-Quran tentang kewajipan solat Jumaat bersifat umum, tak membedakan lelaki dan wanita. Cuba kita cermati, “Hai orang-orang beriman, apabila diseru menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kalian kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui” (QS. Al-Jumu’ah: 9). Sehingga bila merujuk ayat tersebut, kewajipan solat Jumaat berlaku bagi orang mukmin, baik lelaki mahupun wanita. Al-Qurthubi mengatakan bahawa kalimat ”Hai orang-orang beriman” ditujukan kepada orang-orang yang mukallaf (baligh dan berakal), menurut ijmak ulama, sehingga tidak termasuk di dalamnya orang sakit, musafir (sedang bepergian), budak, orang yang buta dan tua renta yang tidak mampu berjalan kecuali dengan dituntun/dipimpin oleh seseorang. Namun, kenapa dalam amalannya, kewajipan solat Jumaat itu seakan hanya untuk kaum lelaki saja, sementara kaum hawa boleh melakukan dan boleh juga tidak. Ada baiknya perlu dijelaskan di sini untuk mendapatkan jawaban secara utuh dan menyeluruh. Sebab ada dalil lain yang juga shahih, dan lebih khusus berbicara soal masalah ini.  

Tidak Wajib bagi Wanita

Memang khithab (objek yang diperintah) dalam ayat di atas adalah bersifat umum. Namun dalam sebuah hadis shahih, dipaparkan tentang siapa saja yang berkewajipan menjalankan solat Jumaat secara lebih detail. Sebuah riwayat menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Solat Jumaat itu adalah kewajipan bagi setiap muslim dengan berjemaah, kecuali (tidak diwajibkan) atas empat orang: budak, wanita, anak kecil dan orang sakit.” (HR. Abu Daud). Mengulas hadis tersebut, Imam Nawawi mengatakan bahawa isnad hadis ini shahih. Begitu pun Ibnu Hajar mengatakan bahawa yang menshahihkan hadis itu bukan hanya satu orang. Sehingga bertolak dari hadis di atas, maka solat Jumaat tidak wajib bagi wanita.  Kewajipan bersolat Jumaat hanya berlaku untuk lelaki yang tidak sedang dalam perjalanan, yang tidak ada uzur apapun. Akan tetapi wanita boleh melaksanakan solat tersebut sebagaimana kaum lelaki. Inilah yang kemudian menjadi kesepakatan para ulama. Sekarang, apabila kita gabungkan antara QS. Al-Jumu’ah: 9 dengan hadis tersebut, sama sekali tidak ada yang bertentangan. Hanya saja ayat tersebut bersifat umum, sementara hadis tersebut jauh lebih khusus. Dalam metodologi fikih, bila ada dua dalil yang sama-sama kuat, maka harus dicarikan titik temu di antara keduanya. Bukan dengan sistem gugur, di mana salah satunya harus kalah. Dan aturannya adalah dalil yang bersifat khusus lebih didahulukan daripada dalil yang bersifat umum.
Maka dari itu, tidak dibenarkan menggugurkan sebuah hadis Nabi s.a.w. yang shahih dan menganggapnya tidak berlaku, hanya kerana alasan ada ayat Quran yang tidak membedakan antara lelaki dan wanita ketika memerintahkan solat Jumaat. Sehingga setelah dipadukan, akhirnya dapat disimpulkan menjadi seperti ini, “Solat Jumaat itu hanya wajib bagi lelaki, sedang bagi wanita tidaklah wajib.”

BAGAIMANA JIKA WANITA BERSOLAT JUMAAT?
Sudah jelas di atas bahawa kaum wanita diperbolehkan untuk ikut melaksanakan solat Jumaat, namun hukumnya tidaklah wajib. Ini relevan dengan praktek beragama yang terjadi di masa Rasulullah s.a.w., dimana banyak juga wanita yang turut melaksanakan solat Jumaat dan saat itu Nabi s.a.w. tidak melarangnya. Pada masa Rasulullah s.a.w., para wanita dulu sanggup menghafal surat Qaf dengan langsung menyimaknya dari lisan Nabi saat pelaksanaan solat Jumaat. Ini menunjukkan bahawa sejak masa Nabi s.a.w. tidak pernah ada larangan wanita untuk ikut bersolat Jumaat, buktinya tak sedikit wanita yang ikut serta berjemaah untuk menunaikan solat Jumaat. Satu dalil yang membolehkan wanita ikut bersolat Jumaat adalah sabda Rasululllah s.a.w., “Janganlah kalian melarang wanita-wanita kalian dari mendatangi masjid, dan (sesungguhnya) rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka.” (HR. Ahmad dan Hakim).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2014 di pasaran...

Bolehkah Manusia Melihat Hantu Atau Jin?

SEBAHAGIAN orang percaya, nampak atau melihat makhluk-makhluk halus memang boleh berlaku. Sedangkan sebahagian lagi percaya ternampak atau melihat perkara semacam itu semata-semata ciptaan imaginasi orang yang melihatnya saja. Ada pula yang berpendapat bahawa penampakan semacam itu adalah jin. Pendapat yang terakhir ini boleh diterima. Kerana jin ialah makhluk ghaib ciptaan Allah yang mampu mengubah bentuk. Termasuk boleh menukar diri menjadi seperti perkara yang disebutkan tadi.
Jadi, boleh mungkin bahawa apa yang dilihat oleh penglihatan manusia, baik yang dirakam melalui kamera atau foto, adalah jin yang mengubah dirinya dalam berbagai bentuk. Islam mempunyai sikap atas pandangan-pandangan atau keyakinan kebanyakan masyarakat seperti di atas tadi. Allah s.w.t. berfirman dalam QS. Al-A’raf: 27 “Hai anak-anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” Oleh sebahagian ulama, ayat diatas difahami sebagai dalil yang amat kuat tentang tidak mungkinnya manusia melihat jin. Dan berdasarkan ayat di atas, Imam Syafi’i sendiri, sebagai imam mahzab yang dianut oleh sebahagian umat Islam di dunia, menegaskan bahawa manusia tidak mungkin melihat jin. Ia menyatakan bahawa, “Barang siapa yang mengaku dapat melihat jin, maka kami tolak kesaksiannya, kecuali Nabi.” Namun demikian, menurut Ibnu Hajar dalam kitab Fath al-Bary, bahawa yang dimaksud oleh Imam Syafi’i itu adalah orang yang mengaku-ngaku melihatnya dalam bentuk asal. Sedangkan yang mengaku melihat jin setelah berubah bentuk menjadi haiwan, maka kesaksiannya dapat diterima. Seorang ulama tafsir terkemuka, Rasyid Ridha berpendapat yang sama, bahawa orang yang mengaku telah melihat jin, sesungguhnya dia hanya berilusi atau dia melihat binatang aneh yang diduganya jin. Jin yang tidak dapat dilihat, tentu sekali makhluk halus yang tercipta dari api itu. Bukan jin dalam pengertian kuman-kuman. Kerana beberapa kalangan ulama termasuk Rasyid Ridha sendiri berpendapat bahawa kuman-kuman yang hanya dapat dilihat melalui mikroskop diduga sebagai jenis jin.
Sedangkan ulama lain ada yang berpendapat bahawa ada kemungkinan jin itu dapat dilihat. Menurut mereka, Allah s.w.t. dapat saja menganugerahkan kemampuan kepada orang-orang tertentu, khususnya yang dekat kepadaNya, sehingga mereka mampu melihat makhluk halus. Selain jin, penampakan makhluk halus juga dipercayai oleh sebahagian orang sebagai arwah yang gentayangan. Permainan-permainan memanggil arwah orang yang sudah meninggal dunia dianggap melibatkan mahkluk halus, yakni roh orang yang sudah meninggal dunia. Sesungguhnya dimana roh orang yang sudah mati berada? Dan apakah roh-roh itu dapat menampakkan diri pada alam manusia? Islam menjelaskan bahawa roh ialah salah satu makhluk ghaib yang diciptakan Allah. Roh dimasukkan dalam tubuh manusia serta semua makhluk ghaib yang diciptakan Allah.
Roh dimasukkan dalam tubuh manusia serta semua makhluk lainnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2014 di pasaran...

Bermula Dari Kebencian Pada Islam

YA, filem berjudul ‘Fitna’ sempat menggegarkan dunia Islam, lantaran filem itu dinilai telah menghina Nabi Muhammad s.a.w. dan agama Islam. Agama yang dibawa Rasulullah itu digambarkan sebagai agama yang membawa kebencian. Islam digambarkan sebagai agama yang senang peperangan. Ayat-ayat perang pun dimunculkan sebagai pembenaran atas tuduhan itu. Tunjuk perasaan dan protes pun akhirnya bermunculan dari umat Islam di dunia. Kaum muslim menyebut filem tersebut sebagai penghinaan dan jauh dari realiti ajaran Islam. Geert Wilders, pengarah, dikenal luas sebagai ahli politik anti-Islam yang membuat filem ‘Fitna’ pada 2008 lalu. Ia tokoh pendiri Parti PVV atau ‘Parti Kebebasan’ yang dikenal sebagai parti politik berhaluan liberal yang sangat menentang Islam. Namun, rakan karibnya sendiri, Arnoud Van Doorn, yang terlibat dalam pembuatan dan penyelenggaraan filem yang ia gagaskan itu akhirnya justeru mencintai Islam. Ia memutuskan menjadi seorang muslim, setelah mengakui bahawa isi filem ‘Fitna’ sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Hal ini, tentu, bukan sekadar kebetulan, atau bahkan kerana tekanan. Ia memutuskan menjadi seorang muslim setelah melakukan kajian tentang ajaran Islam itu sendiri secara mendalam. Keputusannya menjadi seorang muslim kemudian membuat dirinya dibenci oleh peminatnya di parti yang mengusung kebencian pada Islam itu. Di hadapan peserta konvensyen bertajuk Carry The Light  yang diselenggarakan ICNA (Islamic Circle of North America – Lingkaran Islam Amerika Utara) di Kanada, Doorn menceritakan bagaimana ia membenci Islam dan akhirnya menjadi seorang muslim, bahkan kini sangat mencintai Islam.
Ia bahkan menjadi duta Islam di negeri yang dulu membenci Islam. Berikut ini intisari dari penuturannya.

Benci dan Cinta

Dalam kesempatan ini, aku merasa sangat terhormat kerana berada di hadapan anda semua. Aku bukanlah pembicara yang sangat profesional. Dalam kesempatan ini aku juga tidak membuat banyak persiapan untuk dijadikan bahan dalam konvensyen ini. Aku hanya membuat beberapa catatan kecil tentang hidupku untuk aku sampaikan dalam kesempatan ini.  Aku ingin bicara dari dalam hatiku, sesuai dengan pengalaman dan perjalanan hidupku.  Aku akan menceritakan tentang keluargaku, ibu bapaku, dan karier politikku. Aku juga ingin berbicara tentang pandangan Barat pada Islam dan tentang Islamofobia itu sendiri. Aku ingin membawa anda pada alasan kenapa aku masuk Islam. Ini yang hingga kini masih menjadi pertanyaan besar bagi sebahagian orang di Belanda atau anda yang ada di sini. Namaku Arnoud Van Doorn. Usiaku 47 tahun. Aku lahir dan dibesarkan di Belanda. Semua keluargaku tinggal di Belanda. Aku berasal dari keluarga berlatar belakang agama Kristian. Aku diasuh dan dibesarkan sebagai seorang Kristian dengan semua norma-norma dan nilai-nilai yang ada dalam agama Kristian. Banyak orang yang mengatakan sulit menerima kenyataan bahawa aku yang sejak kecil dibesarkan dalam agama Kristian, akhirnya menjadi seorang muslim. Aku fikir itulah kenyataan yang terjadi. Namun demikian, sebenarnya tidaklah sulit bagi seorang penganut agama Kristian untuk menjadi muslim, kerana dalam agama Islam mengenal ada nama Isa Al-Masih (Nabi Isa a.s.), atau Jesus dalam agama Kristian. Yang justeru rumit dan tidak dapat diterima oleh akal yang sihat adalah jika anda seorang muslim kemudian menjadi seorang Kristian. Tentu sangat tidak mungkin.  Aku dikurniakan empat orang anak angkat. Aku tidak punya anak kandung. Yang kini masih menjadi tanggung jawabku berusia 9 tahun. Sebentar lagi ia akan menjadi seorang muslim. Dia berasal dari Morocco, dan kakaknya sudah berusia 22 tahun. Kakak sudah siap meninggalkan rumahku, dan bekerja sebagai seorang profesional. Sejak kecil menginjak dewasa, aku tinggal di lingkungan yang jauh dari kota, yang sangat dekat dengan kemiskinan dan tingginya kadar jenayah. Aku sangat sedih melihat kenyataan ini. Namun demikian, aku sangat bahagia, kerana hidup di tengah-tengah keluarga yang aku cintai. Di lingkungan rumahku juga ada yang menganut agama Islam. Meski begitu, aku sangat tidak senang dengan agama Islam. Aku boleh dikatakan masuk golongan Islamofobia. Banyak hal yang melatarbelakangi ketidaksukaanku atau bahkan kebencianku pada Islam. Salah satunya adalah ideologi kekerasan yang dimiliki para penganutnya. Bagiku, kala itu, Islam adalah agama kekerasan. Islam mengajarkan permusuhan kepada penganut agama lain. Hal ini lumrah difahami oleh masyarakat Eropah pada umumnya. Agama Islam juga aku pandang sebagai agama yang tidak ramah pada kaum wanita. Agama Islam saya nilai sebagai agama yang menindas kaum wanita. Dalam agama ini, kaum wanita tidak mendapat kedudukan yang terhormat. Ini yang aku fahami. Maka tak hairan, bila akhirnya aku sangat benci pada agama Islam. Semua prasangka itu hadir kerana ketidaktahuanku pada agama Islam itu sendiri. Aku hanya tahu Islam dari permukaan kulitnya saja, dan tidak membaca banyak ilmu pengetahuan tentang Islam yang sebenarnya dan sedalam-dalamnya.  Kebencianku pada Islam kian meluap tatkala aku menjadi anggota dewan Kota Den Haag. Di parti ini, aku memegang jawatan Wakil Ketua Parti PVV atau Parti Kebebasan pimpinan ahli politik anti Islam Geert Wilders. Aku sangat akrab dengan tokoh-tokoh yang benci dengan agama Islam. Hingga kemudian aku bersama Geert Wilders menerbit filem ‘Fitna’ pada tahun 2008 yang sempat menggemparkan dunia Islam, kerana filem itu berisi petikan-petikan ayat al-Quran yang kami selewengkan isinya dari yang sebenarnya. Tujuannya tentu untuk menunjukkan bahawa Islam memang benar-benar agama yang mengajarkan kebencian kepada orang lain, terutama bangsa Barat.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2014 di pasaran...

Khalid Bin Abdullah Dan Pencuri Kain

SUATU hari ketika Khalid bin Abdullah Al-Qusari, Gabenor Basrah, sedang berbincang-bincang dengan beberapa pembantunya, tiba-tiba datang sekumpulan orang yang mengheret seorang anak muda. Ketika kumpulan itu sudah dekat, segera dilihat oleh Khalid bahawa anak muda yang mereka heret itu berwajah tampan, berpakaian kemas, dan berpenampilan mengesankan. Sebaik tiba di hadapan Khalid, salah seorang dari mereka pun berkata, “Tuan gabenor! Anak muda ini semalam mencuri di rumah kami.” Lama Khalid memandang wajah anak muda tersebut. Segera ia tertarik oleh ketampanan, penampilan, dan ketenangan anak muda yang diikat itu. Sulit baginya untuk membayangkan kalau anak muda itu telah mencuri.
Khalid lalu mendekatinya dan bertanya, “Anak muda, apa yang mendorongmu mencuri? Padahal kamu tampan dan berpengetahuan?” “Keserakahanku terhadap dunia itulah yang mendorongku mencuri,” jawab anak muda tersebut sambil menundukkan kepala. “Memalukan! Apa gunanya ketampananmu dan ilmumu!” ucap Khalid bin Abdullah sambil menahan marah. “Lupakanlah semua itu, Tuan Khalid! Lebih baik laksanakan apa yang diperintahkan Allah kepada kita,” ujar anak muda tersebut. Mendengar ucapan anak muda tersebut, Khalid bin Abdullah merasa ada sesuatu yang tidak kena.  “Pengakuanmu yang begitu cepat menimbulkan syak wasangka. Menurutku, kamu bukan mencuri. Bukankah demikian anak muda?!”
Anak muda tersebut tetap berkeras mengaku bahawa dirinya seorang pencuri. Khalid bin Abdullah pun memerintahkan supaya anak muda tersebut ditahan. Ia juga meminta pengawalnya untuk mengumumkan hukuman potong tangan yang akan dijatuhkan pada pencuri berwajah tampan dan berpengetahuan itu di depan Mesjid Basrah. Anehnya, saat anak muda tersebut dimasukkan ke dalam penjara, ia menarik nafas lega. Seakan baru lepas dari beban yang amat berat. Lalu dengan suara merdu, ia mendendangkan sebuah syair: Khalid mengancamku memotong tanganku. Pabila aku tak mahu menceritakan kisah cintaku. Tidak! Aku takkan mengaku. Potong tangan bagiku lebih ringan. Daripada kisah cintaku kepada kekasih hatiku diceritakan. Dendang puisi ini terdengar oleh pengawal yang kemudian memberitahu pada Khalid.
Ketika malam tiba, Khalid bin Abdullah memerintahkan agar anak muda tersebut dibawa bertemu dengannya. Setelah lama terlibat dalam perbincangan dengan si anak muda, Khalid lalu berkata, “Anak muda! Aku tahu, kamu bukan seorang pencuri. Kerana itu besok, bila orang-orang dan para hakim datang dan aku bertanya kepadamu apakah kamu benar-benar mencuri, kemukakanlah suatu alasan yang menimbulkan keraguan terhadap tuduhan yang ditujukan kepadamu.” Keesokan harinya orang-orang pun berdatangan ke depan Masjid Basrah, untuk menyaksikan hukuman yang bakal dijatuhkan terhadap si anak muda itu. Tidak berapa lama, Khalid dengan rombongannya pun tiba. Tidak lama kemudian ia memerintahkan agar si anak muda dibawa menghadap. Khalid berpaling kepada si anak muda dan berkata kepadanya, “Orang-orang menuduhmu masuk ke dalam rumah salah seorang di antara mereka dan mencuri beberapa potong baju. Benarkah?”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2014 di pasaran...

Ketahuilah Rahsia-Rahsia Al-Quran

Nama-Nama untuk Sebutan Surat Al-Fatihah
Ada banyak nama untuk Surat al-Fatihah. Rasulullah menyebut nama lain dari Surat al-Fatihah dengan sebutan Surat Fatihatul Kitab (pembuka al-Quran), Ummul Kitab (induknya al-Quran), dan Sab’ul Matsani. Kemudian, banyak ulama-ulama tafsir menamainya dengan sebutan Surat Al-Kanz (pembendaharaan), Al-Wafiyah (Yang melengkapi), Al-Hamd (puji-pujian), Surat ash-Shalah (Solat), Al-Kafiyah (Yang mencukupi), Al-Ruqyah (Mantera), Asy-Syukru (Syukur), Ad-Du’au (doa, seruan, dan permohonan), Asy-Syifa (penawar), Al- Waqiyah (Yang melindungi dari kesesatan), dan Al-Asas (asas segala sesuatu). Semua nama itu merupakan kaitan al-fatihah.

Al-Fatihah Boleh Dijadikan Penawar Racun
QS. al-Fatihah diakui mempunyai banyak keistimewaan. Surat yang dijuluki sebagai Ummul Quran (induknya al-Quran) itu ternyata juga bermanfaat untuk urusan medis (perubatan). Percaya tidak? Hal ini terungkap melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Syeikh, dari Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah. Keduanya menceritakan bahawa Nabi pernah bersabda. “Fatihatul Kitab (iaitu Surat al-Fatihah) itu merupakan Syifa’ (penyembuh) setiap racun.” Lihat juga kitab Fathul Baari, jilid IX. Di sana penjelasannya lebih lengkap.

Latar Belakang Turunnya Surat Al-Falaq dan An-Nas
Menurut sebuah hadis yang diceritakan oleh Aisyah r.a. dan diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Surat al-Falaq dan an-Nas berkaitan dengan peristiwa Nabi Muhammad yang disihir oleh orang Yahudi dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin A’sham. Nabi s.a.w. merasakan seakan-akan melakukan sesuatu, padahal beliau tidaklah melakukannya. Nabi kemudian dibisiki Malaikat Jibril a.s. perihal ini. Nabi lalu pergi ke telaga Dzi Auran dan membongkar ramuan yang dihimpit dengan batu. Di sana ditemukan kain basah yang di dalamnya terdapat guntingan rambut Nabi, patahan sikat, dan potongan kayu yang diikat dengan 11 ikatan dan di tiap ikatan ditusukkan jarum.

Nama Lain dari Surat Al-Ikhlas
Kata ‘Ikhlas’ bererti suci atau murni setelah keruh. Ikhlas adalah keberhasilan mengikis dan menghilangkan kekeruhan itu, sehingga sesuatu yang tadinya keruh menjadi murni. Surat ini memiliki banyak kesitimewaan dan punya banyak nama. Diantaranya adalah Surat At-Tafrid (pengesaan Allah), At-Tajrid (Penafian segala sesuatu bagi Allah), Al-Wilayah (Kedekatan kepada Allah), Al-Ma’arifah (pengetahuan tentang Allah), Al-Jamal (keindahan kerana Allah maha Indah), Qasyqasy (penyembuhan dari kemusyrikan), Al-Mudzakkirah (pemberi peringatan), Al-Shamad (Yang maha bijaksana), Al-Amin (Yang maha mengabulkan doa), dan masih banyak lagi lainnya.

Membaca Surat Al-Ikhlas Masuk Syurga
Banyak hadis menjelaskan tentang keutamaan membaca Surat al-Ikhlas. Nabi s.a.w. pernah bersabda bahawa membaca Surat al-Ikhlas bererti membaca sepertiga kandungan al-Quran. Sebuah hadis dari Ubay dan Anas bahawa Nabi bersabda, “Tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi diasaskan atas surah al-ikhlas. Abu Hurairah juga meriwayatkan “Aku datang bersama Nabi tiba-tiba beliau mendengar seseorang membaca ayat Al-Ikhlas. Maka Nabi bersabda, wajabat (wajiblah). Lalu aku bertanya, “Wajib apanya ya Rasulullah? Beliau menjawab, “Wajib bagi orang yang membaca Al-Ikhlas itu masuk syurga. (HR. Termizi)

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2014 di pasaran...

Membentuk Diri Menjadi Menantu Yang Ideal

SERINGKALI banyak orang beranggapan bahawa keluarga sakinah tercermin dari harmonisnya hubungan suami isteri serta anak-anak yang dimilikinya. Pandangan seperti ini memang tidaklah salah. Akan tetapi, sakinah, mawaddah dan rahmah juga semestinya meliputi seluruh aspek. Harmonisasi dalam rumahtangga sakinah juga mencakup orang-orang di luar lingkaran tersebut. Sebab cinta kasih pada hakikatnya akan selalu menebarkan aroma kehangatan kepada siapapun yang menghirupnya. Ayah, ibu dan anak sebagai anggota keluarga inti pada dasarnya bukanlah tolok ukur sempurna dalam menentukan apakah sebuah rumahtangga dikatakan sakinah ataukah tidak. Sebab suatu saat boleh saja banyak orang lain yang secara disedari ataukah tidak masuk dalam lingkaran keluarga inti, seperti mentua, pak cik, mak cik, kakak, adik dan seterusnya sampai dengan kehadiran pembantu rumah. Kehadiran mentua seringkali menjadi persoalan penting yang harus diperhatikan bagi pasangan suami isteri. Hubungan ini bukanlah sekadar hubungan kekeluargaan biasa. Menantu-mentua menyiratkan hubungan kekeluargaan yang terjadi akibat pernikahan, namun sangat berbeda dalam perlakuannya. Menantu-mentua harus membuang sekat-sekatan status yang menghalangi agar keduanya boleh melebur dalam satu kesatuan. Sebab ikatan pernikahan adalah untuk memadukan sesuatu yang semulanya terpisah. Maka seorang perempuan yang dinikahi oleh seorang laki-laki menjadikan dirinya menjadi bahagian dalam kehidupan suaminya, baik secara peribadi mahupun dalam kehidupan keluarga besar suami. Isteri menjadi anak, kakak, adik, mak cik, dan seterusnya sebagaimana status kekeluargaan yang di sandang suami dalam keluarga besarnya. Demikian pula sebaliknya bagi seorang suami kepada keluarga besar sebelah isterinya. Oleh kerana itu, perlakuan terhadap keluarga besar suami pun hendaknya tidak patut dibeda-bedakan. Untuk menyempurnakan peranan tersebut, menurut Sudarmadi Putra, M.Ud, ada lima hal pokok yang perlu diperhatikan dalam menjaga pola hubungan dengan mentua. Hal ini demi memperoleh hubungan harmonis antara menantu dan mentua. Kelima hal pokok tersebut adalah:

1. Menghormatinya.
Islam mengajarkan kepada umatnya agar menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda. Menghormati dalam hal berkata santun dan ramah ketika berkomunikasi dengannya, menggunakan bahasa yang layak saat menjawab pertanyaan darinya, mendahulukannya saat makan bersama, mengutarakan pendapat, dan semua hal yang menjadi tata susila adab sopan; bak seorang anak dengan ibu bapanya sendiri. Diterangkan dalam sebuah hadis dari Ibnu al-Sarh, Nabi s.a.w.: “Siapa yang tidak menyayangi orang yang kecil di antara kami dan tidak mengerti hak orang yang lebih besar di antara kami, maka ia bukan dari golongan kami.” (HR. Abu Daud). Menantu menghormati mentua dan mentuapun menyayangi menantu. Hubungan timbal balik semacam ini akan melahirkan mahabbah (kecintaan dan sayang) diantara mereka.

2. Menyayanginya.
Seorang Muslim itu adalah peribadi penyayang. Kerana sikap berkasih sayang adalah buah dari taatnya seorang hamba dalam mengamalkan perintah Allah dan RasulNya. Ia menjadi tanda jiwa yang bening dan hati yang bersih. Dalam mengerjakan kebaikan, mengerjakan amal salih, menjauhi keburukan, dan menghindari kerosakan, seorang muslim selalu berada dalam keadaan hati yang bersih dan jiwa yang baik. Barangsiapa keadaannya seperti itu, maka sifat kasih sayang tidak berpisah dengan hatinya.
Maka sudah selayaknya mentua kita sayangi seperti sayangnya seorang anak kepada ibu bapa kandungnya sendiri. Allah s.w.t. berfirman, “Dan dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. Mereka adalah golongan kanan.” (QS. Al-Balad: 17-18) Sementara Rasulullah s.a.w. bersabda, “Para penyayang akan disayangi oleh Ar Rahman. Sayangilah penduduk bumi maka kalian akan disayangi oleh siapa saja yang di langit.” (HR. Abu Daud)
Dalam sabda yang lain, “Sesungguhnya Allah hanya menyayangi hamba-hambaNya yang penyayang.” (HR. Al-Bukhari)

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2014 di pasaran...

Selami Rahsia Wuduk Dan Puasa

KETAHUILAH bahawa wuduk dapat merangsang irama tubuh secara alami atau semula jadi. Rangsangan ini muncul pada seluruh tubuh, khususnya pada kawasan yang disebut Biological Active Spots (BASes) atau titik-titik aktif biologis. Menurut kajian yang dilakukan, BASes mirip dengan titik-titik refleksologi Cina. Bedanya, untuk menguasai titik-titik refleksi Cina dengan sempurna paling tidak diperlukan waktu 15-20 tahun. Sementara amalan wuduk sangat sederhana. Keutamaan lainnya, refleksologi hanya berfungsi menyembuhkan, sedangkan wuduk sangat bekesan mencegah masuknya bibit-bibit penyakit.

Wuduk Menghindari Berbagai Kuman
Wuduk hendaknya dilakukan secara benar. Lakukanlah hal-hal yang disunahkan dalam amalan wuduk baik yang diwajibkan ataupun sunat. Pasalnya, berwuduk yang benar tidak saja dianjurkan oleh Nabi s.a.w., tapi juga berkesan positif bagi kesihatan tubuh. Nabi s.a.w. bersabda, “Sempurnakanlah wuduk, ratakanlah air diantara jari jemari, dan bersungguhlah dalam istinsyaq, kecuali kamu berpuasa.” (HR. Bukhari dan Muslim). Penelitian di Universiti Alexandria oleh Dr. Musthafa Syahatah, dekan fakulti THT, meneliti bahawa jumlah kuman pada orang yang berwuduk lebih sedikit dari pada orang yang tidak berwuduk. Dengan beristinsyaq dapat mencegah timbulnya penyakit hidung.
(Nota: ‘istinsyaq’ ialah perbuatan memasukkan air ke dalam hidung dan kemudian menghembus/membuang air itu semula. Disunatkan melakukannya tiga kali berturut-turut)

Solatnya Orang Bodoh dan Tidurnya Orang Alim
Satu hari Rasulullah s.a.w. datang ke masjid. Di muka pintu Nabi s.a.w. melihat syaitan tampak ragu-ragu masuk. Nabi s.a.w. bertanya, “Hai syaitan, apa yang kamu lakukan?” Syaitan menjawab, “Saya akan masuk masjid untuk mengganggu orang sedang solat. Tetapi, aku takut pada lelaki yang sedang tidur itu.” Nabi s.a.w. bertanya lagi, “Kenapa kamu takut pada orang tidur dan bukan pada orang sedang solat?” Kata Syaitan, “Orang sedang solat itu bodoh, sehingga mengganggunya mudah. Tapi, orang sedang tidur itu orang alim. Kalau ia terbangun, ia segera membetulkan solatnya orang bodoh itu.”

Solat dapat Melenturkan Urat Syaraf
Gerakan solat ternyata menyihatkan tubuh badan. Madyo Wratsongko, MBA, dalam bukunya berjudul Mukjizat Gerakan Solat, mengungkapkan bahawa gerakan solat dapat melenturkan urat syaraf dan mengaktifkan sistem keringat dari sistem pemanas tubuh. Selain itu juga membuka pintu oksigen ke otak; mengeluarkan muatan lektrik negatif dari tubuh; membiasakan pembuluh darah halus di otak mendapatkan tekanan tinggi; serta membuka pembuluh darah di bahagian dalam tubuh atau arteri jantung.

Solat Mengurangi Berbagai Penyakit
Solat secara teratur boleh mengurangi berbagai penyakit seperti punggung bahagian bawah (lower back pain), letak rahim yang miring (cervical misaligments) dan lainnya. Abdul Ahad dan Mehdi Hassan dalam artikel “Some Medical Aspects of Shalat” menyatakan bahawa perbuatan sujud berpengaruh pada sendi intervertebral, mulut rahim, dan tulang belakang. Ketika seseorang sujud, otot-otot aktif dalam berbagai darjat yang membantu peredaran pada pembuluh balik, dan terjadi pemijatan pada  otot-otot ini.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2014 di pasaran...

Memahami Erti Roh, Ruh Dan Rohani

Istilah roh (ruh) dan rohani telah menjadi perbendaharaan bahasa kita seharian. Adakah perbezaan antara ruh, roh dengan nyawa dan jiwa? Jika kita bertanya lebih mendalam tentang hakikat ruh, maka Al-Quran telah menjawabnya dengan rambu-rambu, “Roh adalah urusan Tuhan, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan, melainkan sedikit.” Oleh kerana itulah, berbagai disiplin ilmu mencuba menjelaskan makna kata tersebut.
Secara bahasa, kata rohani adalah lawan dari kata jasmani. Dua kata ini tidak dapat dipisahkan. Kata jasmani mengandungi pengertian badan, sedangkan rohani mengandungi aspek batin manusia yang nampak. Dalam seharian, penggunaan kata ruh juga berbeza dengan roh. Istilah ruh sering mengandung dengan jiwa dan semangat. Sedangkan kata roh disatukan dengan nyawa yang terdapat pada manusia, yang menyebabkan seseorang itu hidup. Selain dipergunakan untuk pengertian roh manusia di alam ghaib atau akhirat, roh juga, setelah mengalami pemuaian makna, boleh menunjuk kepada roh yang mati, sekalipun roh dapat pula dipercayai terdapat pada benda-benda atau makhluk hidup, seperti pohon dan binatang atau roh yang bukan berasal dari manusia yang telah hidup di dunia. Dengan demikian, kata ruh, roh atau rohani banyak digunakan dalam percakapan sehari-harian dengan beberapa erti yang berbeza. Dalam bahasa Inggeris, ruh atau roh itu diterjemahkan dengan ‘soul’. Mengacu pada Quran, ‘soul’ itu merupakan terjemahan Inggeris dari kata al–Ruh, sedangkan jiwa atau nyawa dari kata r-w-h, yang kemudian muncul kata raha, ruh, rayhan, ruh, dan araha. Raha bererti keberangkatan; rih, bererti angin, rahya-n bererti kesenangan dan ruh bererti semangat, daya, hidup, sebagaimana yang tercantum dalam surah saba’, 34: 12.
Dalam Quran, kata ruh atau roh ternyata mempunyai lebih banyak erti. Dengan predikat suci, roh adalah malaikat, yakni Malaikat Jibrail yang disebut Ruh al-Quds.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2014 di pasaran...

Menyelami Masa Ta'lim

KATA ta’lim, secara bahasa, bererti pengajaran (masdar dari ‘allama-yu’allimu-ta’liman). Secara istilah, kata ini bererti pengajaran yang bersifat pemberian atau penyampaian pengertian, pengetahuan dan keterampilan.
Menurut Abdul Fattah Jalal, ta’lim merupakan proses pemberian pengetahuan, pemahaman, pengertian, tanggungjawab, hingga diri manusia itu menjadi suci atau bersih dari segala kotoran agar siap menerima hikmah dan mampu mempelajari hal-hal yang bermanfaat bagi dirinya (keterampilan). Muhammad Rasyid Rida memberikan definisi ta’lim sebagai proses transmisi berbagai ilmu pengetahuan pada jiwa individu tanpa adanya batasan dan ketentuan tertentu, (Rida, 1373H: 262). Penta’rifan itu herpijak dari firman Allah s.w.t., surat Al-Baqarah, ayat 31 tentang ‘allama [pengajaran] Tuhan kepada Nabi Adam a.s. Sedangkan proses transmisi itu dilakukan secara bertahap sebagaimana Nabi Adam menyaksikan dan menganalisis asma [nama-nama] yang diajarkan oleh Allah kepadanya. (Naquib Alatas, 1988: 66).  Menurut Syeikh Muhammad al-Naquib Alatas, ta’lim adalah pengajaran tanpa pengenalan secara mendasar. Namun apabila ta’lim disinonimkan dengan tarbiyah, ta’lim mempunyai makna pengenalan tempat segala sesuatu dalam sebuah sistem, (Alatas, 1988: 66).  Sedang Muhammad Athiyah al-Abrasy mengemukakan pengertian ta’lim yang berbeda dari pendapat-pendapat di atas. Beliau menyatakan bahawa ta’lim lebih khusus daripada tarbiyah kerana ta’lim upaya menyiapkan individu dengan mengacu kepada aspek-aspek tertentu saja, sedangkan tarbiyah mencakup keseluruhan aspek-aspek pendidikan. (Al-Abrasyi, t.th, :7). Mengacu pada definisi ini, ta’lim bererti usaha terus menerus manusia sejak lahir hingga mati untuk menuju posisi ‘tidak tahu’ ke posisi ‘tahu’ seperti yang digambarkan dalam QS. An-Nahl, ayat 78, “Dan Allah mengeluarkan dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun, dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati agar kamu bersyukur.” Dalam al-Quran, ta’lim kadang disebutkan dengan bentuk fi’il (kata kerja) dan isim (kata benda). Dalam bentuk fi’il madhy (kata kerja lampau) disebutkan sebanyak 25 ayat dari 15 surat dan dalam bentuk fi’il mudhari (kata kerja sekarang) disebutkan sebanyak 16 kali dalam 8 surat.
Salah satu contoh makna ta’lim dalam bentuk fi’il madhi (‘allama) dengan berbagai variasinya dalam al-Quran sebagai berikut:

1. QS. Al-Baqarah: 31
Al-Maraghi menjelaskan bahawa kata ‘allama dengan alhamahu (memberi Ilham), maksudnya Allah memberi ilham kepada Nabi Adam a.s. untuk mengetahui jenis-jenis yang telah diciptakan beserta zat, sifat, dan nama-namanya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2014 di pasaran...