Friday, July 18, 2014

Mendapat Hidayah Dalam Kubur

SIAPA yang tidak kenal dengan Pak Ali? Bagi penduduk sebuah kampung di utara Perak, namanya memang terkenal. Dia menjadi lambang bagi golongan haji kikir (kedekut) yang terlalu bakhil dan tamak dengan harta yang dimilikinya. Sifat kikir telah menyatu dengan diri Pak Ali itu sudah diketahui penduduk sekitar, keluarga dan anak-anaknya yang juga sangat maklum dengan hal tersebut. Walau terkenal sebagai orang kaya di kampung 14, Pak Ali sagatlah pelit memberikan wang belanja bagi keluarganya. Sungguh banyak tanggungjawab yang dipikul isterinya sebelum mendapat wang belanja untuk keperluan harian dan urusan dapur. Hal seperti itu juga dialami anak-anaknya jika memerlukan wang untuk keperluan sekolah atau membeli barang keperluan sehari-hari. Jika pengemis meminta sedekah dan AJK masjid atau surau datang meminta sumbangan ke rumah Pak Ali atau ke tempat kerjanya, sikap Pak Ali lebih buruk lagi. Ada saja alasan yang diberikannya untuk menghindar agar tidak mengeluarkan sumbangan. Lebih parah lagi, Pak Ali akan memaki pengemis itu. Bagi Pak Ali, mereka itu adalah orang-orang pemalas yang hanya harap bergantung pada orang lain untuk hidup dan tidak mahu berusaha sendiri. Begitulah watak Pak Ali yang serba kikir. Dari hari ke hari dia mengumpulkan harta, dan dari hari ke hari itu juga sikap kikirnya semakin menjadi-jadi. Hartanya yang sudah banyak seakan masih belum mencukupi. Tanah di hujung kampung yang terletak bersebelahan dengan surau milik Pak Abu juga sudah dibelinya. Anak-anak Pak Abu yang mewarisi tanah pusaka itu menjualnya untuk modal perniagaan. Sekarang tanah tersebut sudah menjadi milik Pak Ali, hatinya sangat puas ketika berhasil memiliki tanah yang diinginkannya selama ini. Cuma ada satu masalah saja yang tidak disukainya, tanah itu menjadi jalan untuk para jemaah menuju surau. Ia merasa sakit hati setiap kali melihat orang kampung dengan seenaknya lalu-lalang di atas tanah miliknya itu. “Tidakkah mereka tahu kalau ini adalah tanahku?,” desisnya Pak Ali dalam hati. Keesokan harinya, pagi-pagi lagi, Pak Ali telah berangkat ke tanah miliknya yang terletak di sebelah surau tersebut. Tujuannya hanya satu, iaitu memagar sekeliling tanah kawasan tersebut agar orag-orang kampung yang hendak ke surau tidak lagi melintasi tanahnya. Tindakan Pak Ali yang sudah kelewatan itu telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan jemaah surau. Mahu tidak mahu, mereka kini terpaksa memutar dan menyeberangi jembatan tali untuk ke surau, semuanya gara-gara jalan pintas menuju surau telah dipagar oleh tuan tanah yang tidak memiliki timbang rasa itu. Mereka bersepakat untuk bertemu dengan Pak Ali untuk meminta budi baiknya membuka kembali pagar tersebut, tetapi permintaan jemaah surau tidak dipedulikan oleh si kikir itu. Alasannya, Pak Ali ingin bercucuk tanam di atas tanah itu, jika tanah itu menjadi tempat lalu lalang orang-orang kampung, pasti tanaman sayur-sayurannya nanti tidak akan tumbuh dengan baik. Imam surau, bilal serta jemaah lain tak mampu lagi bersuara. Ternyata hati Pak Ali sangat keras. Dan kini, sesuatu yang lebih menyakitkan dirasakan oleh mereka. Setelah setahun berlalu, ternyata Pak Ali belum juga menanami tanahnya itu dengan tanaman sayur-mayur seperti yang dikatakannya. Tanah itu dibiarkan menjadi semak belukar begitu saja. Sungguh sakit hati orang kampung menyaksikan kekikiran Pak Ali. Tetapi apa mahu dikata, tanah itu memang milik Pak Ali secara sah. Dia boleh berbuat apa saja yang dia suka di atas tanah miliknya itu. Menyaksikan kekikiran Pak Ali yang tidak ada habisnya dan sangat tipis harapan untuknya mengikis dan membuang sikap bakhilnya itu. Masyarakat pun sudah mulai mengambil tindakan menjauhi Pak Ali. Mereka sepertinya memencilkan Pak Ali dari segala aktiviti bermasyarakat di kampung. Tidak ada lagi yang mahu mengundangnya pada acara pernikahan atau pada majlis-majlis tahlil di kampung, apalagi peringatan hari-hari besar agama, seperti Maulid Nabi, majlis sambutan Israk-Mikraj dan sebagainya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2014 di pasaran...

No comments: