Friday, July 18, 2014

Bolehkah Wanita Solat Jumaat?

WANITA solat Jumaat mungkin tak banyak dijumpai di kebanyakan lingkungan tempat kita singgah. Tapi, di sejumlah daerah, mungkin ada sebahagian wanita yang ikut bersolat Jumaat. Kerana itu, barangkali ada di antara kita yang bertanya-tanya kenapa ada sebahagian wanita yang ikut sembahyang Jumaat tetapi malah lebih banyak wanita yang tidak mengikuti solat Jumaat? Padahal jika menilik hujah yang disinggung dalam al-Quran tentang kewajipan solat Jumaat bersifat umum, tak membedakan lelaki dan wanita. Cuba kita cermati, “Hai orang-orang beriman, apabila diseru menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kalian kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui” (QS. Al-Jumu’ah: 9). Sehingga bila merujuk ayat tersebut, kewajipan solat Jumaat berlaku bagi orang mukmin, baik lelaki mahupun wanita. Al-Qurthubi mengatakan bahawa kalimat ”Hai orang-orang beriman” ditujukan kepada orang-orang yang mukallaf (baligh dan berakal), menurut ijmak ulama, sehingga tidak termasuk di dalamnya orang sakit, musafir (sedang bepergian), budak, orang yang buta dan tua renta yang tidak mampu berjalan kecuali dengan dituntun/dipimpin oleh seseorang. Namun, kenapa dalam amalannya, kewajipan solat Jumaat itu seakan hanya untuk kaum lelaki saja, sementara kaum hawa boleh melakukan dan boleh juga tidak. Ada baiknya perlu dijelaskan di sini untuk mendapatkan jawaban secara utuh dan menyeluruh. Sebab ada dalil lain yang juga shahih, dan lebih khusus berbicara soal masalah ini.  

Tidak Wajib bagi Wanita

Memang khithab (objek yang diperintah) dalam ayat di atas adalah bersifat umum. Namun dalam sebuah hadis shahih, dipaparkan tentang siapa saja yang berkewajipan menjalankan solat Jumaat secara lebih detail. Sebuah riwayat menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Solat Jumaat itu adalah kewajipan bagi setiap muslim dengan berjemaah, kecuali (tidak diwajibkan) atas empat orang: budak, wanita, anak kecil dan orang sakit.” (HR. Abu Daud). Mengulas hadis tersebut, Imam Nawawi mengatakan bahawa isnad hadis ini shahih. Begitu pun Ibnu Hajar mengatakan bahawa yang menshahihkan hadis itu bukan hanya satu orang. Sehingga bertolak dari hadis di atas, maka solat Jumaat tidak wajib bagi wanita.  Kewajipan bersolat Jumaat hanya berlaku untuk lelaki yang tidak sedang dalam perjalanan, yang tidak ada uzur apapun. Akan tetapi wanita boleh melaksanakan solat tersebut sebagaimana kaum lelaki. Inilah yang kemudian menjadi kesepakatan para ulama. Sekarang, apabila kita gabungkan antara QS. Al-Jumu’ah: 9 dengan hadis tersebut, sama sekali tidak ada yang bertentangan. Hanya saja ayat tersebut bersifat umum, sementara hadis tersebut jauh lebih khusus. Dalam metodologi fikih, bila ada dua dalil yang sama-sama kuat, maka harus dicarikan titik temu di antara keduanya. Bukan dengan sistem gugur, di mana salah satunya harus kalah. Dan aturannya adalah dalil yang bersifat khusus lebih didahulukan daripada dalil yang bersifat umum.
Maka dari itu, tidak dibenarkan menggugurkan sebuah hadis Nabi s.a.w. yang shahih dan menganggapnya tidak berlaku, hanya kerana alasan ada ayat Quran yang tidak membedakan antara lelaki dan wanita ketika memerintahkan solat Jumaat. Sehingga setelah dipadukan, akhirnya dapat disimpulkan menjadi seperti ini, “Solat Jumaat itu hanya wajib bagi lelaki, sedang bagi wanita tidaklah wajib.”

BAGAIMANA JIKA WANITA BERSOLAT JUMAAT?
Sudah jelas di atas bahawa kaum wanita diperbolehkan untuk ikut melaksanakan solat Jumaat, namun hukumnya tidaklah wajib. Ini relevan dengan praktek beragama yang terjadi di masa Rasulullah s.a.w., dimana banyak juga wanita yang turut melaksanakan solat Jumaat dan saat itu Nabi s.a.w. tidak melarangnya. Pada masa Rasulullah s.a.w., para wanita dulu sanggup menghafal surat Qaf dengan langsung menyimaknya dari lisan Nabi saat pelaksanaan solat Jumaat. Ini menunjukkan bahawa sejak masa Nabi s.a.w. tidak pernah ada larangan wanita untuk ikut bersolat Jumaat, buktinya tak sedikit wanita yang ikut serta berjemaah untuk menunaikan solat Jumaat. Satu dalil yang membolehkan wanita ikut bersolat Jumaat adalah sabda Rasululllah s.a.w., “Janganlah kalian melarang wanita-wanita kalian dari mendatangi masjid, dan (sesungguhnya) rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka.” (HR. Ahmad dan Hakim).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2014 di pasaran...

No comments: