Friday, July 18, 2014

Bolehkah Manusia Melihat Hantu Atau Jin?

SEBAHAGIAN orang percaya, nampak atau melihat makhluk-makhluk halus memang boleh berlaku. Sedangkan sebahagian lagi percaya ternampak atau melihat perkara semacam itu semata-semata ciptaan imaginasi orang yang melihatnya saja. Ada pula yang berpendapat bahawa penampakan semacam itu adalah jin. Pendapat yang terakhir ini boleh diterima. Kerana jin ialah makhluk ghaib ciptaan Allah yang mampu mengubah bentuk. Termasuk boleh menukar diri menjadi seperti perkara yang disebutkan tadi.
Jadi, boleh mungkin bahawa apa yang dilihat oleh penglihatan manusia, baik yang dirakam melalui kamera atau foto, adalah jin yang mengubah dirinya dalam berbagai bentuk. Islam mempunyai sikap atas pandangan-pandangan atau keyakinan kebanyakan masyarakat seperti di atas tadi. Allah s.w.t. berfirman dalam QS. Al-A’raf: 27 “Hai anak-anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” Oleh sebahagian ulama, ayat diatas difahami sebagai dalil yang amat kuat tentang tidak mungkinnya manusia melihat jin. Dan berdasarkan ayat di atas, Imam Syafi’i sendiri, sebagai imam mahzab yang dianut oleh sebahagian umat Islam di dunia, menegaskan bahawa manusia tidak mungkin melihat jin. Ia menyatakan bahawa, “Barang siapa yang mengaku dapat melihat jin, maka kami tolak kesaksiannya, kecuali Nabi.” Namun demikian, menurut Ibnu Hajar dalam kitab Fath al-Bary, bahawa yang dimaksud oleh Imam Syafi’i itu adalah orang yang mengaku-ngaku melihatnya dalam bentuk asal. Sedangkan yang mengaku melihat jin setelah berubah bentuk menjadi haiwan, maka kesaksiannya dapat diterima. Seorang ulama tafsir terkemuka, Rasyid Ridha berpendapat yang sama, bahawa orang yang mengaku telah melihat jin, sesungguhnya dia hanya berilusi atau dia melihat binatang aneh yang diduganya jin. Jin yang tidak dapat dilihat, tentu sekali makhluk halus yang tercipta dari api itu. Bukan jin dalam pengertian kuman-kuman. Kerana beberapa kalangan ulama termasuk Rasyid Ridha sendiri berpendapat bahawa kuman-kuman yang hanya dapat dilihat melalui mikroskop diduga sebagai jenis jin.
Sedangkan ulama lain ada yang berpendapat bahawa ada kemungkinan jin itu dapat dilihat. Menurut mereka, Allah s.w.t. dapat saja menganugerahkan kemampuan kepada orang-orang tertentu, khususnya yang dekat kepadaNya, sehingga mereka mampu melihat makhluk halus. Selain jin, penampakan makhluk halus juga dipercayai oleh sebahagian orang sebagai arwah yang gentayangan. Permainan-permainan memanggil arwah orang yang sudah meninggal dunia dianggap melibatkan mahkluk halus, yakni roh orang yang sudah meninggal dunia. Sesungguhnya dimana roh orang yang sudah mati berada? Dan apakah roh-roh itu dapat menampakkan diri pada alam manusia? Islam menjelaskan bahawa roh ialah salah satu makhluk ghaib yang diciptakan Allah. Roh dimasukkan dalam tubuh manusia serta semua makhluk ghaib yang diciptakan Allah.
Roh dimasukkan dalam tubuh manusia serta semua makhluk lainnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2014 di pasaran...

No comments: