Friday, July 18, 2014

Ketahuilah Rahsia-Rahsia Al-Quran

Nama-Nama untuk Sebutan Surat Al-Fatihah
Ada banyak nama untuk Surat al-Fatihah. Rasulullah menyebut nama lain dari Surat al-Fatihah dengan sebutan Surat Fatihatul Kitab (pembuka al-Quran), Ummul Kitab (induknya al-Quran), dan Sab’ul Matsani. Kemudian, banyak ulama-ulama tafsir menamainya dengan sebutan Surat Al-Kanz (pembendaharaan), Al-Wafiyah (Yang melengkapi), Al-Hamd (puji-pujian), Surat ash-Shalah (Solat), Al-Kafiyah (Yang mencukupi), Al-Ruqyah (Mantera), Asy-Syukru (Syukur), Ad-Du’au (doa, seruan, dan permohonan), Asy-Syifa (penawar), Al- Waqiyah (Yang melindungi dari kesesatan), dan Al-Asas (asas segala sesuatu). Semua nama itu merupakan kaitan al-fatihah.

Al-Fatihah Boleh Dijadikan Penawar Racun
QS. al-Fatihah diakui mempunyai banyak keistimewaan. Surat yang dijuluki sebagai Ummul Quran (induknya al-Quran) itu ternyata juga bermanfaat untuk urusan medis (perubatan). Percaya tidak? Hal ini terungkap melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Syeikh, dari Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah. Keduanya menceritakan bahawa Nabi pernah bersabda. “Fatihatul Kitab (iaitu Surat al-Fatihah) itu merupakan Syifa’ (penyembuh) setiap racun.” Lihat juga kitab Fathul Baari, jilid IX. Di sana penjelasannya lebih lengkap.

Latar Belakang Turunnya Surat Al-Falaq dan An-Nas
Menurut sebuah hadis yang diceritakan oleh Aisyah r.a. dan diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Surat al-Falaq dan an-Nas berkaitan dengan peristiwa Nabi Muhammad yang disihir oleh orang Yahudi dari Bani Zuraiq yang bernama Labid bin A’sham. Nabi s.a.w. merasakan seakan-akan melakukan sesuatu, padahal beliau tidaklah melakukannya. Nabi kemudian dibisiki Malaikat Jibril a.s. perihal ini. Nabi lalu pergi ke telaga Dzi Auran dan membongkar ramuan yang dihimpit dengan batu. Di sana ditemukan kain basah yang di dalamnya terdapat guntingan rambut Nabi, patahan sikat, dan potongan kayu yang diikat dengan 11 ikatan dan di tiap ikatan ditusukkan jarum.

Nama Lain dari Surat Al-Ikhlas
Kata ‘Ikhlas’ bererti suci atau murni setelah keruh. Ikhlas adalah keberhasilan mengikis dan menghilangkan kekeruhan itu, sehingga sesuatu yang tadinya keruh menjadi murni. Surat ini memiliki banyak kesitimewaan dan punya banyak nama. Diantaranya adalah Surat At-Tafrid (pengesaan Allah), At-Tajrid (Penafian segala sesuatu bagi Allah), Al-Wilayah (Kedekatan kepada Allah), Al-Ma’arifah (pengetahuan tentang Allah), Al-Jamal (keindahan kerana Allah maha Indah), Qasyqasy (penyembuhan dari kemusyrikan), Al-Mudzakkirah (pemberi peringatan), Al-Shamad (Yang maha bijaksana), Al-Amin (Yang maha mengabulkan doa), dan masih banyak lagi lainnya.

Membaca Surat Al-Ikhlas Masuk Syurga
Banyak hadis menjelaskan tentang keutamaan membaca Surat al-Ikhlas. Nabi s.a.w. pernah bersabda bahawa membaca Surat al-Ikhlas bererti membaca sepertiga kandungan al-Quran. Sebuah hadis dari Ubay dan Anas bahawa Nabi bersabda, “Tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi diasaskan atas surah al-ikhlas. Abu Hurairah juga meriwayatkan “Aku datang bersama Nabi tiba-tiba beliau mendengar seseorang membaca ayat Al-Ikhlas. Maka Nabi bersabda, wajabat (wajiblah). Lalu aku bertanya, “Wajib apanya ya Rasulullah? Beliau menjawab, “Wajib bagi orang yang membaca Al-Ikhlas itu masuk syurga. (HR. Termizi)

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2014 di pasaran...

No comments: