Friday, July 18, 2014

Bermula Dari Kebencian Pada Islam

YA, filem berjudul ‘Fitna’ sempat menggegarkan dunia Islam, lantaran filem itu dinilai telah menghina Nabi Muhammad s.a.w. dan agama Islam. Agama yang dibawa Rasulullah itu digambarkan sebagai agama yang membawa kebencian. Islam digambarkan sebagai agama yang senang peperangan. Ayat-ayat perang pun dimunculkan sebagai pembenaran atas tuduhan itu. Tunjuk perasaan dan protes pun akhirnya bermunculan dari umat Islam di dunia. Kaum muslim menyebut filem tersebut sebagai penghinaan dan jauh dari realiti ajaran Islam. Geert Wilders, pengarah, dikenal luas sebagai ahli politik anti-Islam yang membuat filem ‘Fitna’ pada 2008 lalu. Ia tokoh pendiri Parti PVV atau ‘Parti Kebebasan’ yang dikenal sebagai parti politik berhaluan liberal yang sangat menentang Islam. Namun, rakan karibnya sendiri, Arnoud Van Doorn, yang terlibat dalam pembuatan dan penyelenggaraan filem yang ia gagaskan itu akhirnya justeru mencintai Islam. Ia memutuskan menjadi seorang muslim, setelah mengakui bahawa isi filem ‘Fitna’ sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Hal ini, tentu, bukan sekadar kebetulan, atau bahkan kerana tekanan. Ia memutuskan menjadi seorang muslim setelah melakukan kajian tentang ajaran Islam itu sendiri secara mendalam. Keputusannya menjadi seorang muslim kemudian membuat dirinya dibenci oleh peminatnya di parti yang mengusung kebencian pada Islam itu. Di hadapan peserta konvensyen bertajuk Carry The Light  yang diselenggarakan ICNA (Islamic Circle of North America – Lingkaran Islam Amerika Utara) di Kanada, Doorn menceritakan bagaimana ia membenci Islam dan akhirnya menjadi seorang muslim, bahkan kini sangat mencintai Islam.
Ia bahkan menjadi duta Islam di negeri yang dulu membenci Islam. Berikut ini intisari dari penuturannya.

Benci dan Cinta

Dalam kesempatan ini, aku merasa sangat terhormat kerana berada di hadapan anda semua. Aku bukanlah pembicara yang sangat profesional. Dalam kesempatan ini aku juga tidak membuat banyak persiapan untuk dijadikan bahan dalam konvensyen ini. Aku hanya membuat beberapa catatan kecil tentang hidupku untuk aku sampaikan dalam kesempatan ini.  Aku ingin bicara dari dalam hatiku, sesuai dengan pengalaman dan perjalanan hidupku.  Aku akan menceritakan tentang keluargaku, ibu bapaku, dan karier politikku. Aku juga ingin berbicara tentang pandangan Barat pada Islam dan tentang Islamofobia itu sendiri. Aku ingin membawa anda pada alasan kenapa aku masuk Islam. Ini yang hingga kini masih menjadi pertanyaan besar bagi sebahagian orang di Belanda atau anda yang ada di sini. Namaku Arnoud Van Doorn. Usiaku 47 tahun. Aku lahir dan dibesarkan di Belanda. Semua keluargaku tinggal di Belanda. Aku berasal dari keluarga berlatar belakang agama Kristian. Aku diasuh dan dibesarkan sebagai seorang Kristian dengan semua norma-norma dan nilai-nilai yang ada dalam agama Kristian. Banyak orang yang mengatakan sulit menerima kenyataan bahawa aku yang sejak kecil dibesarkan dalam agama Kristian, akhirnya menjadi seorang muslim. Aku fikir itulah kenyataan yang terjadi. Namun demikian, sebenarnya tidaklah sulit bagi seorang penganut agama Kristian untuk menjadi muslim, kerana dalam agama Islam mengenal ada nama Isa Al-Masih (Nabi Isa a.s.), atau Jesus dalam agama Kristian. Yang justeru rumit dan tidak dapat diterima oleh akal yang sihat adalah jika anda seorang muslim kemudian menjadi seorang Kristian. Tentu sangat tidak mungkin.  Aku dikurniakan empat orang anak angkat. Aku tidak punya anak kandung. Yang kini masih menjadi tanggung jawabku berusia 9 tahun. Sebentar lagi ia akan menjadi seorang muslim. Dia berasal dari Morocco, dan kakaknya sudah berusia 22 tahun. Kakak sudah siap meninggalkan rumahku, dan bekerja sebagai seorang profesional. Sejak kecil menginjak dewasa, aku tinggal di lingkungan yang jauh dari kota, yang sangat dekat dengan kemiskinan dan tingginya kadar jenayah. Aku sangat sedih melihat kenyataan ini. Namun demikian, aku sangat bahagia, kerana hidup di tengah-tengah keluarga yang aku cintai. Di lingkungan rumahku juga ada yang menganut agama Islam. Meski begitu, aku sangat tidak senang dengan agama Islam. Aku boleh dikatakan masuk golongan Islamofobia. Banyak hal yang melatarbelakangi ketidaksukaanku atau bahkan kebencianku pada Islam. Salah satunya adalah ideologi kekerasan yang dimiliki para penganutnya. Bagiku, kala itu, Islam adalah agama kekerasan. Islam mengajarkan permusuhan kepada penganut agama lain. Hal ini lumrah difahami oleh masyarakat Eropah pada umumnya. Agama Islam juga aku pandang sebagai agama yang tidak ramah pada kaum wanita. Agama Islam saya nilai sebagai agama yang menindas kaum wanita. Dalam agama ini, kaum wanita tidak mendapat kedudukan yang terhormat. Ini yang aku fahami. Maka tak hairan, bila akhirnya aku sangat benci pada agama Islam. Semua prasangka itu hadir kerana ketidaktahuanku pada agama Islam itu sendiri. Aku hanya tahu Islam dari permukaan kulitnya saja, dan tidak membaca banyak ilmu pengetahuan tentang Islam yang sebenarnya dan sedalam-dalamnya.  Kebencianku pada Islam kian meluap tatkala aku menjadi anggota dewan Kota Den Haag. Di parti ini, aku memegang jawatan Wakil Ketua Parti PVV atau Parti Kebebasan pimpinan ahli politik anti Islam Geert Wilders. Aku sangat akrab dengan tokoh-tokoh yang benci dengan agama Islam. Hingga kemudian aku bersama Geert Wilders menerbit filem ‘Fitna’ pada tahun 2008 yang sempat menggemparkan dunia Islam, kerana filem itu berisi petikan-petikan ayat al-Quran yang kami selewengkan isinya dari yang sebenarnya. Tujuannya tentu untuk menunjukkan bahawa Islam memang benar-benar agama yang mengajarkan kebencian kepada orang lain, terutama bangsa Barat.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2014 di pasaran...

No comments: