Thursday, August 15, 2013

Variasari Keluaran Ogos 2013


Sudahkah anda memiliki Variasari edisi Ogos 2013? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan... Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai. Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan. Dapatkan segera majalah Variasari keluaran Ogos 2013 sebelum terlambat. 

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin

 

Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Di Dalam Variasari Ogos 2013












Hidayah Ogos 2013












Hidayah keluaran Ogos 2013 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda  tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja


Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. SYAWAL datang lagi. Ianya saling beriringan dengan Ramadan yang sedang kita lalui sekarang ini. Begitulah cepat dan pantasnya usia masa ini. Kita pun semakin berusia (semakin tua...) Dalam tempoh antara Syawal dulu dan Syawal yang mendekat ini sudah ramai kawan-kawan, sahabat handai, kaum keluarga dan mereka yang dekat dalam kehidupan kita sudah pergi. Ada yang tidak sempat menyambut Ramadan seperti kita ini. Sedangkan kita yang lebih berusia dari yang pergi itu masih diberi Allah nafas yang panjang, diberi masa untuk menambah amal ibadat dan bertaubat. Seharusnya kita manfaatkan nafas yang keluar masuk dalam  tubuh kita ini untuk ‘bermuhasabah’ memeriksa diri. Apakah sudah sempurna ibadat kita, sudah cukupkah solat waktu kita, cukupkah puasa kita dan sudahkah tertunai ibadah haji kita? Dan sebagainya... Takut-takutkan diri kita sementara menanti ‘kematian’ yang tidak kita ketahui. Sempatkah kita menyambut Syawal ini? Semoga dengan ‘muhasabah’ diri itu akan dapat menyempurnakan kita menjadi insan yang salih. Tidak menipu, tidak hipokrit, tidak rasuah dan tidak mengejar kemewahan dunia ini.
Pembaca budiman, apalah yang kita hendak rebutkan harta yang sejemput ini berbanding dengan ganjaran pahala yang Allah janjikan di akhirat kelak. Janganlah anda bandingkan diri anda dengan jutawan-jutawan di dunia, tapi bandingkan dengan amalan para alim ulama yang tersohor. Bandingkan diri anda dengan ustaz-ustaz yang terdekat dalam hidup anda. Lihat amalan mereka. Apakah amalan anda melebihi mereka?
Namun janganlah bersikap negatif dalam hidup ini. Bersangka baiklah dengan Allah Taala. Dia Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati anda. Dalam menghadapi detik-detik kedatangan Syawal kali ini Hidayah tetap muncul menemui anda. Anda hayatilah persembahan kami. Apa yang terpapar itu adalah suara hati kami di sini. Kepada pembaca kami pohon maaf lahir batin atas kesilapan yang sengaja dan tidak disengajakan. Terima kasih dengan sokongan anda selama ini.
“Selamat Menyambut Aidilfitri 1434”
Wassalam! 

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Benarkah Perempuan Ramai Menghuni Neraka?

KEBANYAKAN penghuni neraka adalah kaum perempuan. Betulkah begitu? Begitulah pandangan sebahagian besar orang memahami salah satu riwayat hadis. Betulkah pemahaman tersebut? Rina masih bingung. Otaknya kacau bercelaru setelah mendengar ceramah agama dari seorang ustaz di sebuah majlis taklim tazkirah yang menyebut, dihari kiamat nanti, kebanyakan penghuni neraka itu nanti adalah perempuan.
“Teruk ni, penghuni neraka yang banyak terdiri dari jenis kaumku? Adakah memang perempuan memang banyak membuat dosa? Aku ini perempuan dan tempatnya neraka,” katanya dalam hati sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Mungkin, anda tidak pernah merasakan keresahan seperti Rina, ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya atas ungkapan itu. Keresahan adalah tanda bahawa dalam diri kita menginginkan penyelesaian terhadap apa yang diresahkan. Jika anda selalu resah dengan apa yang terhampar dalam layar kehidupan anda, dan anda tidak akan berhenti pada titik resah itu, tetapi selalu berusaha mencari dan mencari, anda akan menemui pemahaman agama yang tidak hanya menyebut: “Kata orang itu atau si anu.” Tetapi, pemahaman agama yang berdasarkan pada pengetahuan diri dari pengalaman diri. Oleh sebab itu, Faqihuddin menegaskan bahawa secara prinsip dalam Islam, seseorang masuk neraka atau syurga bukan kerana jenis jantinanya, dan bukannya kerana nasab keturunannya atau kerana suku bangsanya. Seseorang masuk syurga atau neraka adalah kerana amal perbuatannya. Sesiapa pun yang berbuat buruk akan memperoleh balasan yang buruk, dan sesiapa yang berbuat baik akan mendapat balasan yang baik.  Bahkan secara tegas dalam surah An-Nahl disebutkan, “Barang siapa yang beramal salih, lelaki ataupun perempuan, sedangkan dia beriman, maka akan kami berikan balasan dengan yang lebih baik dari yang mereka lakukan,” (QS. An-Nahl, 19: 97). Jadi bagaimana memahami teks hadis yang menyatakan bahawa perempuan adalah penghuni terbanyak di neraka?

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2013 di pasaran...

Maut Dengan Mata Terjegil, Lidah Terjulur

LELAKI itu bernama Andi. Usianya sudah separuh abad. Dia suami kepada Sukeshi dan memiliki empat orang anak.  Sehari-harinya, Andi adalah bekerja sebagai pemandu angkot, sementara isterinya pula bekerja mengambil upah mencuci pakaian dan mengemas beberapa rumah orang kaya di kawasan sekitarnya.  Anak sulung mereka pun sudah bekerja. Menjual akhbar-akhbar di jalanan. Anak kedua pula menjadi buruh di sebuah kilang yang berhampiran. Sebagai pemandu angkot, dapat diagak berapa pendapatan Andi setiap hari? Bersihnya, mungkin tidak lebih dari Rp100 ribu (RM33) lebih kurang. Kalau saja dia dapat berhemat wangnya dengan baik, mungkin ceritanya akan lain. Apalagi, isteri dan anak-anaknya turut bekerja.  Tetapi, Andi lain. Setiap mendapatkan wang dari kerja sebagai pemandu angkot, dia kerap habiskan rezekinya di meja judi dan mabuk-mabuk. Tentunya, saat pulang ke rumah di malam hari, dia seringkali kehabisan wang. Ketika isterinya menagih wang belanja, Andi akan meledak kemarahannya. Panas barannya memang tak dapat dikawal. Itu perangai buruknya sejak lama. Rupanya, perangai tak baik si bapa ini diikuti oleh anak sulungnya. Tepat macam kata pepatah, ‘Bapa borek anak rintik’. Wang hasil jualan akhbarnya, dia habiskan juga untuk mabuk-mabuk. Begitu juga dengan anak keduanya. Meski tak mabuk macam bapa dan abangnya, tetapi dia juga menghabiskannya untuk kesenangan peribadinya. Yang paling sedih adalah si ibu yang ada di rumah. Sudahlah keletihan mengurus rumah tangganya, dia juga harus ikut bekerja dengan mengambil upah mencuci pakaian dan membersih rumah orang. Pendapatannya pun tak seberapa. Pertengkaran antara suami isteri pun tak terelakkan lagi. Hanya kerana masalah wang ringgit, rumah tangganya hampir ribut saban hari hingga para tetangganya merasa terganggu. Pernah ada yang menasihati, tetapi lama kelamaan mereka tak mempedulikannya lagi. Sebab, saat sedang marah-marah itu Andi selalunya dalam keadaan mabuk-mabuk. Suatu kali, seperti biasa, Andi pulang habis mabuk. Saat itu suasana sudah dinihari (menjelang subuh). Dia tidak langsung masuk ke dalam rumah, tapi lepak-lepak dulu di depan rumahnya. Saat itulah Ustaz Imran lalu dan menyapanya dengan memberi salam, “Hai Andi, mengapa kamu masih duduk di luar apa tak kedinginan ke? Angin tengah tiup sejuk ni!”  Dengan kesal indah tak indah, Andi menjawab, “Ah, terserah saya Ustaz.” “Oh, maaf, saya hanya mengingatkan saja. Saya takut nanti kamu jatuh sakit. Kerana saya perhatikan, kamu sepanjang malam selalu berjaga malam,” kata Ustaz Imran.
Andi kembali menjawab tanpa sopan santun, “Itu bukan urusan Ustaz. Urus saja diri Ustaz sajalah. Jangan selalu sibuk hal saya  ni!” “Astaghfirullahal ‘adziim Andi. Bukan itu maksud saya. Saya hanya merasa khuatir dan kasihan kalau seandainya kamu sampai jatuh sakit. Keluarga kamu pasti susah sama,” tingkah Ustaz Imran. Kesekian kalinya, Andi kembali menjawabnya dengan nada kasarnya, “Allaa...! Jangan nak tunjuk baik la Ustaz! Juga jangan ikut campur urusan keluarga saya,” katanya sambil meneguk botol minuman yang dipegangnya. Tiba-tiba terdengar suara azan subuh dari masjid, tak jauh dari tempat mereka berdua bertegur sapa itu. Ustaz Imran pun kembali berkata, “Alhamdulillah suara azan sudah terdengar tu. Andi waktunya subuh sudah datang. Mari kita solat subuh bersama-sama di masjid,” ajaknya dengan nada lembut. Kembali Andi menjawabnya dengan kasar, “Ah! Buat apa solat, Ustaz! Tidak ada gunanya. Saya saja tidak solat, rezeki selalu ada dan selalu sihat. Jadi, buat apa solat.” Dia menolak ajakan Ustaz dengan nada sombong. “Astaghfirullahal ‘adziim!. Baiklah Andi, maafkan saya kalau ucapan saya tadi menyinggung perasaan kamu. Kalau begitu, saya mohon diri untuk ke masjid, Andi. Assalamu ‘alaikum!” ujar Ustaz Imran sambil geleng-geleng kepala dan pergi meninggalkan Andi seorang diri. “Uhhh! Hahaha..” Andi pun menjawab singkat dan tertawa seorang diri.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2013 di pasaran...

Umat Islam Umat Nombor Satu Di Muka Bumi

HARI RAYA AIDILFITRI, Allah jadikan adalah sebagai perayaan bagi umat Islam. Allah jadikan hari itu sebagai hari gembira kepada umat Islam itu sendiri. Yang demikian, pada saat kita menyambut hari yang mulia itu janganlah ada di antara kita yang bermuram, sedih dan menangis. Ini, biasanya terjadi semasa kita saling maaf bermaafan atas kesalahan, yang telah kita lakukan dalam setahun itu. Apa yang harus kita tunjukkan dalam masa bermaaf-maafan itu ialah dengan senyum, dan kita lontarkan satu tanda kegembiraan kepada mereka. Ini sesuai dengan apa yang dimaksudkan dengan hari kegembiraan, dan bukan hari sedih dan dukacita. Allah menganugerahkan nikmat berupa kegembiraan ini, sehingga pada satu Syawal, kita diharamkan untuk berpuasa. Tujuan Allah memerintahkan demikian kerana kita telah dapat menyelesaikan satu tugas yang besar dan berat mengerjakan satu kewajipan selama satu bulan iaitu berpuasa. Allah telah memberikan kepada kita umat Islam khusus dengan dua hari raya, iaitu hari raya aidilfitri dan hari raya aidiladha. Kedua-dua hari raya besar ini, masing-masing mempunyai dan memiliki manfaat besar, baik dari segi kepentingan duniawinya.  Dan ini, hanya ada pada Islam sahaja. Hakikat hari raya adalah sebagai hari kenikmatan. Hari kemenangan, hari penolong bagi umat Islam terhadap musuh-musuhnya iaitu iblis dan syaitan. Ibadah puasa yang telah kita lalui ini adalah merupakan satu perang iaitu perang melawan hawa nafsu. Kita telah berjaya dalam perang  ini dengan mencapai kejayaan yang cemerlang dan sudah sepatutnya kita bergembira kerana kita berjaya dalam peperangan melawan hawa nafsu dan syaitan yang dianggap tidak akan selesai selagi manusia mendiami bumi ini. Kita yang telah melaksanakan perintah Allah sepanjang bulan Ramadan dengan berpuasa sebulan dan kita juga telah berjaya meruntuhkan kejahatan syaitan. Syaitan sebenarnya tidak akan bosan dan letih untuk berperang dengan kita manusia yang beriman. Kalau kita orang-orang yang beriman ini kalah dalam peperangan ini, maka akan tercampaklah kita ke dalam api neraka. Tetapi ternyata kita telah berjaya dalam perang ini. Kita berjaya melaksanakan puasa, dan dalam pada itu, sebulan pula lamanya kita mendatangi masjid-masjid dan surau-surau bersembahyang isyak, lalu kita solat terawih dan witir.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2013 di pasaran...

Nabi Pun Mengerjakan Urusan Rumahtangga

DALAM al-Quran, Allah dengan menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. adalah teladan yang baik (QS. Al-Ahzab [33]: 21). Itu ertinya bahawa apa yang disabdakan dan dilakukan Rasulullah boleh dijadikan contoh bagi umat Islam dalam menjalani hidup sehari-harian.  Rasulullah itu seorang Nabi, tapi baginda juga seorang manusia biasa. Dalam kehidupan rumah tangga, Nabi s.a.w. berperanan sebagai seorang laki-laki, ayah dan suami. Lalu bagaimana kehidupan Nabi dalam menjalani kehidupan rumah tangganya di antara isteri dan anak-anaknya? Rasulullah adalah seorang laki-laki, suami dan ayah teladan bagi seluruh umat manusia. Di luar rumah, baginda berperanan sebagai seorang panglima perang dan tokoh agama. Tetapi di rumah, baginda mampu berperanan sebagai suami dan ayah terbaik. Sungguh sempurna! Nabi s.a.w. tak menutup mata dengan apa yang dapat dikerjakan. Rasulullah mahu mengerjakan urusan rumah tangga dengan ikhlas. Rasulullah ringan tangan, turut serta mengerjakan dan menyelesaikan pekerjaan isteri-isterinya. Hebatnya lagi, meski baginda seorang Rasul, pemimpin umat Islam terkemuka dan panglima perang, tapi baginda tak pernah merasa canggung, malu atau pun malas mengerjakan pekerjaan rumah tangga. Dari berbagai pekerjaan rumah yang dikerjakan Rasulullah, antara lain ia menjahit pakaian yang koyak, juga membantu memerah susu dan ia pun kerap melayani dirinya sendiri. Aisyah r.a. pernah ditanya: “Apakah yang dilakukan Rasulullah s.a.w. di dalam rumah?” Aisyah menjawab: “Baginda adalah seorang manusia biasa. Ia menjahit pakaian sendiri, memerah susu dan melayani dirinya sendiri.” (HR. Ahmad dan Termizi)

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2013 di pasaran...

Israfil Menyambut Wahyu Dari 'Lauh' Diserah Pada Jibril

Allah Taala menciptakan sangkakala itu sebuah mutiara putih dalam kaca yang sangat bersih, lalu Dia berfirman kepada Arays: “Ambillah sangkakala itu!” Maka, ia bergantung padanya. Lalu Allah berfirman, ‘Jadilah!’Maka jadilah Israfil. Dan dia memerintahkannya untuk mengambil sangkakala itu. Maka, dia mengambilnya, dan bersamanya ada sebuah lubang sejumlah semua roh makhluk dan semua nafas yang dihembuskan. Dua roh tidak akan keluar dari satu lubang. Dan di tengah-tengah sangkakala itu ada lubang angin seperti bulat langit dan bumi. Sementara Israfil meletakkan mulutnya di atas lubang angin itu, lalu Tuhan berfirman kepadanya: “Aku telah menugaskanmu menguruskan sangkakala ini. Maka. Tugasmu adalah meniup dan berteriak.” Lalu Israfil masuk ke bahagian depan Arays, dia memasukkan kaki kanannya di bawah Arays dan mengeluarkan kaki kirinya. Dan dia tidak pernah berkedip sejak Allah menciptakannya untuk menunggu apa yang diperintahkan-Nya.” (Diriwayatkan oleh Abu asy-Syaikh dari Wahb)
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bagaimana aku boleh tenteram, sementara penjaga sangkakala telah menelan tanduk, memalingkan keningnya, dan telah bersiap-siap mendengarkan untuk menunggu bila dia diperintahkanNya untuk meniup.” Mereka bertanya: “Apa yang harus kami ucapkan, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “Katakan “Cukuplah Allah menjadi pelindung kami dan Allah adalah sebaik-baik pelidung, dan kepada Nyalah kami bertawakal”. (Diriwayatkan oleh at-Termizi dan dia menganggapnya hadis hasan, al-Hakim, dan al-Baihaqi dalam al-Ba’ts dari Abu Sa’id al-Khudri) Sesungguhnya sejak ditugaskan, mata penjaga sangkakala itu selalu siap menungu di sekitar Arasy kerana takut disuruh berteriak sebelum matanya berkelip. Kedua matanya seperti dua bintang yang terang.” (Diriwayatkan oleh al-Hakim dan dia menshahihkannya. Abu asy-Syaikh, dan Ibnu Mardawaih dari Abu Hurairah) Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kedua penjaga sangkakala itu masih tetap memegang sangkakala sambil menunggu bila keduanya diperintahkan.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Abu Sa’id al-Khudri) Rasulullah s.a.w. bersabda, “Nama Jibril adalah Abdullah, nama Mikail adalah Ubaidullah dan nama Israfil adalah Abdurrahman.” (Diriwayatkan oleh ad-Dailami dari Abu Umamah) “Pernah seorang lelaki Yahudi bertanya, Wahai Rasulullah, beri tahulah aku tentang malaikat Allah yang berada di sampingNya!” Baginda menjawab: “Sesungguhnya malaikat yanag berada disampingNya adalah Israfil, Jibril, Mikail, lalu Malaikat Maut a.s.” (Diriwayatkan oleh ath-Thabrani, Abu Na’im dalam al-Hilyah, dan Ibn Mardawaih dari Abu Hurairah)
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Israfil adalah penjaga sangkakala, Jibril berada di sebelah kanannya, dan Mikail di kirinya.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Hakim dan Ibn Mardawaih dari Abu Sa’id) “Tidak ada makhluk yang lebih dekat kepada Allah daripada Israfil. Antara dia dan Allah ada tujuh penghalang. Dia memiliki sebuah sayap di Timur, sebuah sayap di Barat, sebuah sayap di bumi yang ketujuh, sebuah sayap di kepalanya, dan dia meletakkan kepalanya di antara kedua sayapnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2013 di pasaran...

Empat Bulan-Bulan Ibadah Yang Agung

DI DALAM ayat ini Allah menjelaskan bahawa dalam setahun ada 12 bulan, salah satunya empat bulan haram. Menurut Syeikh Al-‘Allamah ‘Abdurrahman bin Nasir Asa’di, dinamakan empat bulan haram kerana pada bulan-bulan tersebut diharamkan peperangan dan perbuatan keji dan zalim. Jadi, empat bulan ini termasuk bulan yang suci. Hal ini dipertegas dengan ayat al-Quran yang ertinya, “Mereka bertanya tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: ‘Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar...’” (QS. Al Baqarah: 217) Al-Hafizh Ibnu Katsir menyatakan, “Yang dimaksud ayat ini adalah pemuliaan dan pensucian bulan tersebut dan pengakuan terhadap kemuliaannya serta meninggalkan semua yang dilarang oleh Allah, seperti memulai peperangan dan penegasan terhadap perintah menjauhi hal yang diharamkan.”  Profesor Dr. M. Quraish Shihab dalam Tafsir Al-Mishbah menulis bahawa hampir seluruh masyarakat Arab sebelum Islam mengakui dan mengagungkan empat bulan dalam setahun. Sedemikian besar pengagungan mereka sampai walau seseorang menemukan pembunuh ayah, anak atau saudaranya pada salah satu dari empat bulan itu, ia tidak akan mencederai musuhnya kecuali setelah berlalu bulan haram itu. Namun, kata Quraish, larangan menganiaya atau melakukan dosa pada keempat bulan itu, bukan bererti pada bulan-bulan sisanya dosa dapat dilakukan. Tidak! Yang dimaksud adalah penekanan khusus pada keempat bulan itu, kerana ia merupakan bulan-bulan ibadah lagi agung di sisi Allah s.w.t. Kerana itu pula, maka beribadah pada masa-masa tersebut berkesan positif dan mengundang banyak pahala, demikian pula sebaliknya, berdosa mengakibatkan murka yang besar. Ibnu Jarir ath-Thabari meriwayatkan melalui sanadnya, dari Ibnu Abbas r.a. sehubungan dengan pengagungan Allah terhadap kesucian bulan-bulan ini, beliau berkata, “Allah s.w.t. telah menjadikan bulan-bulan ini sebagai (bulan-bulan yang) suci, mengagungkan kehormatannya dan menjadikan dosa yang dilakukan pada bulan-bulan ini menjadi lebih besar dan menjadikan amal salih serta pahala pada bulan ini juga lebih besar.” Al-Baghawi menuturkan, “Maksudnya bahawa Allah menjadikan bulan-bulan haram ini sebagai penunaian kewajipan kepada manusia untuk menstabilkan keadaan pada bulan-bulan ini dari peperangan.” (Tafsir Al Baghawi dan Zaadul Masiir). Tentang nama bulan-bulan yang haram itu dijelaskan oleh hadis Nabi dalam riwayat Abu Bakrah bahawa Nabi s.a.w. dalam khutbah haji Wada’nya mengatakan: “Sesungguhnya zaman telah berputar sebagaimana bentuknya pada hari diciptakan langit dan bumi. Tahun ada 12 bulan, di antaranya 4 bulan haram. Tiga bulan saling bersamaan, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Sedangkan Rejab ada di antara bulan Jumad dan Syaaban.” (HR. Bukhari-Muslim) Imam Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan, “Bulan-bulan yang diharamkan (disucikan) itu hanya ada empat. Tiga bulan secara berurutan dan satu bulannya berdiri sendiri (tidak berurutan) lantaran adanya manasik Haji dan Umrah. Maka ada satu bulan yang telah diharamkan (disucikan) yang letaknya sebelum bulan-bulan Haji, iaitu bulan Zulkaedah, kerana ketika itu mereka menahan diri dari perang. Sedangkan bulan Zulhijah diharamkan (disucikan) kerana pada bulan ini mereka pergi menunaikan ibadah Haji, dan pada bulan ini mereka menyibukkan diri dengan berbagai ritual manasik Haji. Sebulan setelahnya, iaitu bulan Muharram juga disucikan kerana pada bulan ini mereka kembali dari haji ke negeri asal mereka dengan aman dan damai. Adapun bulan Rejab yang terletak di tengah-tengah tahun diharamkan (disucikan) kerana orang yang berada di pelosok Jazirah Arab berziarah ke Baitul Haram. Mereka datang berkunjung ke Baitul Haram dan kembali ke negeri mereka dengan keadaan aman.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2013 di pasaran...

Hikayat Nabi Yusuf a.s. Dibuang Ke Telaga

MALAM begitu indah dalam suasana hening. Yusuf yang saat itu baru berumur 12 tahun beranjak tidur. Dia berusaha memejamkan matanya. Keheningan malam menghantarnya tidur dalam sekejap. Tapi, dalam tidurnya itu, dia tiba-tiba bermimpi. Dia yang masih kecil merasa hairan dan takjub. Ada sejuta keindahan dan misteri yang tersembunyi dalam mimpinya itu. Sayangnya, dia tidak tahu dan tidak faham erti di balik mimpinya itu. Pagi pun berlalu. Dia masih diliputi rasa penasaran tentang mimpinya itu, dan tak tahu apa erti dari mimpi tersebut. Maka saat hari sudah berganti pagi, dia langsung menghadap ayahnya dan menceritakan mimpinya . “Wahai Bapaku, semalam aku bermimpi sesuatu dalam tidurku,” kata Yusuf membuka pembicaraan. Seraya membelai-belai kepala putera kesayangannya itu, Nabi Ya‘qub a.s. kemudian bertanya dengan penuh penasaran, “Mimpi apakah yang engkau jumpai wahai anakku?” “Wahai Bapaku! Sesungguhnya aku melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan; aku lihat semua bersujud kepadaku.”  (QS. Yusuf: 3). Sejenak, Nabi Ya‘qub terhenyak. Nabi Ya‘qub tahu bahawa “mimpi” itu bukanlah sekadar mimpi. Mimpi yang dialami oleh anak kesayangannya itu jelas bukan mimpi biasa. Mimpi itu –diyakini Nabi Ya‘qub - datang dari Allah. Tak ubahnya seperti Nabi Ibrahim a.s. yang pernah menemui mimpi diperintahkan Allah untuk menyembelih Ismail a.s., mimpi Yusuf juga boleh ditafsirkan seperti wahyu. Seketika itu, dalam fikiran Nabi Ya‘qub terlintas sebuah isyarat bahawa mimpi itu menggambarkan kehidupan Yusuf dan saudara-saudaranya: sebelas bintang itu tak lain adalah saudara Yusuf (termasuk Benyamin), matahari adalah ayah Yusuf dan bulan itu adalah ibu tirinya. Setelah berusaha menafsirkan mimpi yang dialami Yusuf, Nabi Ya‘qub seketika diliputi kegembiraan. Ada setangkup harapan yang terlintas di depan mata bahawa mimpi itu merupakan pertanda. Ya‘qub yakin kalau mimpi itu pesan dari Allah sebagai petunjuk kepadanya bahawa Yusuf nantinya akan menjadi penerus nubuwwat Nabi Ibrahim. Tetapi, Nabi Ya‘qub yang semulanya gembira tiba-tiba diliputi keraguan. Di balik semua itu, Nabi Ya‘qub justeru merasa cemas. Sebab, jika mimpi Yusuf itu sampai ke telinga saudara-saudaranya, pasti akan menambah kebencian mereka kepada Yusuf. Kerana itu, dia berpesan kepada Yusuf, “Janganlah sekali-kali engkau memberi khabar kepada saudaramu tentang mimpi ini, kerana boleh menimbulkan rasa hasad dan dengki.” (Lihat QS. Yusuf: 4-6).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2013 di pasaran...

Dua Biji Kurma Yang Meresahkan

DI BENAK kita, dua biji kurma yang sudah jatuh di tanah dan tak jelas siapa pemiliknya mungkin tak menjadi masalah apabila kita pungut dan kita makan. Tapi, bagi seorang sufi seperti Ibrahim bin Adham, dua biji kurma itu sangat mengganggu fikirannya dan meresahkan hatinya lantaran boleh menjadi penghalang bagi ibadahnya dan amalan-amalan yang dilakukannya. Bagaimana boleh terjadi demikian?

Memungut Buah Kurma di Tanah
Saat musim haji tiba, tentulah suasana Tanah Suci begitu bersemarak. Di sana-sini kaum muslim bersimpang siur dengan menjalani amalan ibadahnya.  Satu di antara jemaah yang hadir di Tanah Suci adalah Ibrahim bin Adham atau yang juga dikenal dengan sebutan “Abu Ishak”. Usai menunaikan ibadah haji, lelaki itu menyempatkan diri singgah di sebuah kedai yang berada di sekitar Masjidil Haram. Ia berbelanja membeli beberapa tandan kurma untuk dimakannya nanti. Tatkala kurma yang dibelinya sedang ditimbang dan dibungkus, dia melihat ada dua biji kurma tergeletak di bawah kakinya. Dia menyangka kurma tersebut bahagian dari kurma yang dibelinya hingga tanpa fikir panjang ia langsung memungutnya dan memasukkan ke dalam begnya. Sepeninggalannya dari kedai kurma itu, buah-buah kurma yang dibelinya dibuka lantas dimakannya termasuk dua biji kurma yang dipungutnya di bawah kakinya. Kala itu, tak ada perasaan apa-apa. Tapi entah mengapa mendadak ada timbul keinginan yang menggebu-gebu untuk berziarah ke Baitul Maqdis. Keinginan itu terus bergejolak sehingga akhirnya ia memutuskan untuk memendekkan harinya tinggal di Makkah. Tatkala ada kafilah yang hendak menuju ke sana, segeralah dia ikut dalam rombongan tersebut. Jarak tempuh menuju Baitul Maqdis tergolong jauh sampai memakan waktu perjalanan lebih kurang dua bulan lamanya, melewati gurun sahara yang panas dan bukit serta lurah. Namun keletihan itu terbayar habis tatkala sampai di tempat tujuan. Sesampai di sana, lelaki itu ingin memasuki tempat suci ketiga setelah Makkah dan Madinah, yakni Qubbatush Shakhra (Dome of The Rock) – tempat yang dipercayai sebagai titik berangkatnya Nabi Muhammad s.a.w. dalam peristiwa Israk Mikraj. Letaknya di tengah-tengah di dalam tembok kompleks al-Haram asy-Syarif (tempat suci yang mulia) yang berada di dalam tembok kota lama Jerusalem (Jerusalem Timur). Tak sangka-sangka, Ibrahim dapat masuk dengan mudah. Hatinya luar biasa gembira. Sebab tempat ini termasuk diimpikan oleh banyak orang dapat diziarahi. Di tempat itu, dia bersolat dan berdoa dengan khusyuk sekali. Dalam zikirnya, ia mendengar percakapan yang menurutnya adalah dialog dua malaikat. “Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah dari Khurasan, Iraq Barat, dimana setiap hari cukup banyak amalnya menuju ke langit,” kata yang satu. “Benar,” jawab malaikat satunya sepontan, “Tapi sekarang sudah tidak lagi, lantaran beberapa bulan yang lalu ia memakan kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat Masjidil Haram,” jawab yang satu lagi. Tentu saja Ibrahim terkejut. Ia terhenyak. Jadi selama beberapa bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh Allah s.w.t. gara-gara ia memakan kurma yang bukan haknya. Sekujur tubuhnya seketika gementaran. Sendi-sendinya seakan-akan lunglai dan air matanya segera membasahi tempat sujudnya.
“Astaghfirullahal ‘adzim...” Ibrahim beristighfar. Dialog tersebut membuat Ibrahim Adham tak tenang. Sehingga tatkala pagi tiba, segeralah ia berkemas untuk berangkat lagi ke Makkah menemui pedagang kurma.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2013 di pasaran...

Nabi Dan Enam Pemuda Madinah

PERISTIWA Israk Mikraj membuat banyak iman orang terguncang. Bukan dalam erti positif, tapi erti negatif. Ya, memang tak mudah memahami perjalanan itu hingga ada pengikut Nabi s.a.w. yang berbalik tak lagi mengimani baginda. Sementara kabilah Quraisy semakin keras menentang baginda hingga Nabi merasa tak ada lagi jalan membuat mereka menjadi beriman. Sahabat-sahabat terbaik memang tetap ada di sisi baginda, seperti Umar, Hamzah dan Abu Bakar. Tapi risalah Islam tentulah tak boleh berhenti pada lingkaran sahabatnya saja. Maka ketika baginda mendengar khabar ada 6 orang dari Yastrib (Madinah) tengah berada di Aqabah, daerah menanjak dan berbukit di tengah-tengah Makkah dan Mina, baginda menemui mereka. Nabi s.a.w. ingin membacakan al-Quran kepada mereka sebagaimana baginda juga membacakannya kepada setiap kabilah Quraisy, tak peduli mereka akan menerima atau menolaknya. Yastrib (Madinah) sebenarnya dekat di hati Nabi. Baginda pernah kesana saat kecil bersama ibunya, Aminah, berziarah ke makam ayahnya, Abdullah. Di sana juga ada keluarga ibunya dari Bani Najjar. Nabi melihat makam ayahnya di usia 6 tahun. Saat kembali ke Makkah, ibunya jatuh sakit di perjalanan dan wafat di Abwa yang merupakan pertengahan Makkah dan Madinah. Nabi s.a.w. menemui keenam orang Madinah yang ternyata dari suku Khazraj. Nabi tak kenal mereka, tapi mereka mengetahui tentang Nabi. Keenam orang itu adalah As’ad bin Zararah, Rafi’ bin Malik, Qutbah bin Amir, ‘Uqbah bin Nabi, ‘Aun bin al-Harits dan Jabir bin ‘Abdillah. Mereka pun berbincang dan Nabi s.a.w. menyampaikan risalahnya. Iman menyusup ke dada enam orang ini hingga mereka mendengarkan setiap perkataan Nabi dengan seksama. “Sungguh, orang ini adalah Nabi yang akan datang kepada kita seperti yang dijanjikan orang-orang Yahudi. Jangan sampai mereka menemuinya pertama kali!” ujar salah seorang pemuda itu kepada temannya. Tak lama kemudian, mereka pun bersaksi dan beriman kepada Nabi: “Kami telah meninggalkan kaum kami. Mereka sudah terkoyak oleh kejahatan dan permusuhan. Mudah-mudahan Allah akan menyatukan mereka melalui dirimu. Sekarang kami akan pergi mengajak mereka untuk menerima agamamu seperti kami. Jika Allah mempersatukan mereka keranamu, maka tidak ada orang yang lebih mulia daripada dirimu.” Keenam orang Khazraj itu menyampaikan dakwah Islam kepada sebanyak mungkin orang dalam kaumnya yang mahu mendengarkan. Musim panas berikutnya, jatuh pada tahun 621 Masehi, lima orang dari mereka menziarahi Makkah lagi. Mereka  juga membawa serta tujuh orang lainnya; dua di antaranya dari suku Aus. Di Aqabah, kedua belas orang ini berbai’at kepada Nabi. Bai’at ini dikenal sebagai Aqabah Pertama. Mereka berikrar: “Kami berbai’at kepada Rasulullah pada malam pertama di Aqabah bahawa kami tidak akan mempersekutukan Tuhan dengan apa pun, tidak akan mencuri, tidak berzina, tidak membunuh bayi, tidak bersaksi palsu, dan tidak akan menderhakai kebenaran.” “Jika kalian memenuhi janji ini, maka syurga menjadi milikmu. Jika kalian melakukan salah satu dosa-dosa itu, kemudian menerima hukumannya di dunia, maka itu sebagai penghapusan. Namun, jika perbuatan kalian tidak terungkap hingga datangnya Hari Kiamat, maka terserah Allah untuk menghukum atau mengampuni kalian di hari itu,” ujar Nabi.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2013 di pasaran...

Pelancongan Rohani Ke Menara Kudus

LETAK masjid ini tidak jauh dari pusat kota. Kira-kira jaraknya 1.5 kilometer dari alun-alun Kudus. Jadi, tidaklah sulit untuk mencarinya. Di penghujung bulan Mac 2013 lalu, saya kebetulan singgah di Kudus. Maka, kesempatan itu saya manfaatkan untuk mengunjungi masjid Menara Kudus. Waktu saya memasuki kota Kudus itu,  siang hari pukul 11.00 pagi (waktu tempatan). Tatkala saya hampir sampai di Masjid Menara Kudus, jalan ke arah Menara Kudus sudah terlihat ramai didatangi pelancong. Matahari agak terik, namun tidak menghalangi para penziarah dari berbagai daerah untuk berkunjung -tentu saja sekaligus menunaikan solat zuhur. Sebilangan bas rombongan dan kenderaan peribadi terlihat berjejeran di tempat yang disediakan khas. Setelah sampai di depan masjid, saya berdiri sejenak seraya mengamati ‘menara Kudus’ yang menjulang tinggi. Sesaat kemudian, saya memasuki masjid. Ada kenangan masa lalu yang masih boleh dirasakan mengingat beberapa bangunan masih dibiarkan seperti bentuk aslinya, dan beberapa bahagian lainnya yang sudah dibaikpulih.

Sejarah  ‘Kota Kudus’
Kudus adalah salah satu kota kecil yang terletak di Jawa Tengah. Luas wilayahnya kurang lebih 425,17 Km2 saja. Tak salah, jika kota Kudus tergolong padat penduduknya. Apalagi, Kudus merupakan kota industeri. Tidak sedikit kilang-kilang rokok yang berdiri di kota ini. Wajar jika kota Kudus pun disebut sebagai ‘kota kretek’. Sejarah kota Kudus tak boleh dilepaskan dari peranan dakwah Sunan Kudus, salah satu wali dari Walisongo [sembilan wali] yang terkenal itu. Bahkan dalam peraturan Daerah atau PERDA No 11 tahun 1990, hari jadi kota Kudus ditetapkan pada tarikh 23 September 1549 M. Sementara dalam catatan sejarah tertulis bahawa Masjid Menara Kudus didirikan pada 956 H atau 1549 M. Catatan tahun pendirian Masjid Menara Kudus ini dapat dilihat dari inskripsi di atas mihrab masjid yang ditulis dalam bahasa Arab.
Sayangnya, tulisan pada inskripsi itu sekarang ini sudah sukar dibaca-kerana banyak huruf yang rosak. Padahal, batu inskripsi itu menurut sejarah dibawa oleh Sunan Kudus dari Jerusalem. Dari cerita batu inskripsi itu ditengarai bahawa penamaan kota Kudus diambil dari nama Al-Quds, sebuah nama lain dari Jerusalem. Hal ini tidak lepas dari perjalanan kisah Sunan Kudus sewaktu pergi ke Timur Tengah. Itulah kisah yang hingga kini ini masih dipercayai kebenarannya. Apalagi, Masjid Menara Kudus dikenal pula bernama “Masjid Al-Aqsa” dan kisah di balik pendiriannya berkaitan erat dengan kota para nabi di Timur Tengah, iaitu Bait Al-Maqdis atau Al-Quds di Jerusalem. Ceritanya, dulu Sunan Kudus - Syeikh Ja’far Shadiq — pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Saat itu, tengah merebak wabak penyakit kudis di Tanah Suci. Segala ikhtiar pencegahan telah dilakukan, tapi sayangnya belum ada hasil. Hingga akhirnya, penguasa Makkah waktu itu meminta Syeikh Ja’far Shadiq turun tangan mencegah wabak penyakit tersebut. Dipendekkan cerita, atas izin Allah, Syeikh Ja’far Shadiq berhasil menghentikan merebaknya penyakit kudis itu. Dari situlah, penguasa Makkah bermaksud memberikan hadiah sebagai tanda terima kasih. Tetapi, Sunan Kudus menolak. Sebagai gantinya, Sunan Kudus meminta jika diizinkan berada di Palestin untuk diperbolehkan mengambil sebuah batu dari Bait Al-Maqdis. Penguasa Makkah mengizinkan. Maka, ketika kemudian pulang ke Jawa, Sunan Kudus membawa batu itu dan dijadikan sebagai batu pertama pembangunan masjid yang diberi nama “Masjid Al-Aqsa” – yang didirikan pada 956 H atau 1549 M.
Itulah sekilas sejarah yang dipercayai oleh masyarakat Kudus Jawa Tengah tentang kisah di balik pendirian  Masjid Al-Aqsa yang kini dikenal dengan nama “Masjid Menara Kudus”. Dan di  balik sejarah tahun pendirian masjid itu, kemudian ditetapkan sebagai tahun jadi kota Kudus. Pendirian Masjid Menara Kudus secara jelas memperlihatkan simbol visual peralihan kepercayaan masyarakat (Kudus) dari Hindu-Buddha ke masyarakat Islam. Hal itu boleh dilihat dari bentuk menara masjid yang boleh dikata mirip candi. Juga, beberapa bangunan gerbang (gapura) di sekitar menara. Bahkan, bentuk gapura itu terlihat mirip bangunan kuil di Bali. Jadi, tidak salah jika simbol itu menjadi ilham kepada Sunan Kudus dalam mengapresiasi bentuk-bentuk lambang Hindu-Buddha ke Islam.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2013 di pasaran...

Datanglah Ke Konya Kerana Rumi Memanggilmu

“Konya adalah jantung Turki dan jika kita mencari jantungnya, Konya itu pekerjaan mudah. Jantung kota Konya ada di sebuah makam berjubin firuz (biru kehijauan). Itu makam Jalaluddin Rumi.” Ini perkataan Kevin Gould, penulis khusus travelling di pejabat berita The Guardian, Inggeris. Ya, orang datang ke Konya mencari Rumi. Daerah yang terletak di pusat Anatolia, di sisi Turki yang masuk sebelah benua Asia, itu mengabadikan Rumi sebagaimana Rumi juga mengabadikan Konya. Rumi dan Konya bertemu hampir 8 abad lalu dan sejak itu mereka tak berpisah. Jutaan orang datang ke Konya setiap tahun. Mencari apa yang boleh mereka lihat mengenai Rumi, menyisir apa saja yang membuat Rumi terilham menulis puisi-puisi indah dan pesan damai yang menyeruak ke mana-mana. Kerana itulah, muzium Rumi menjadi tujuan utama. Muzium yang dianggap destinasi pelancongan terpenting Turki selain muzium Topkapi itu dibuka setiap hari dari pukul 09.00-5.30. Di sana mereka akan mendapati gedung dengan kerucut hijau di atasnya. Itulah prototype topi para darwis, pengikut Rumi yang menjalani jalan kesufian. Mereka juga akan melihat makam Rumi yang berhias kain berjahit benang emas. Kain indah itu hadiah dari Sultan Abdul Hamid II yang berkuasa di akhir abad 19. Para pengunjung juga akan melihat makam anak Rumi, Sultan Walad, yang mewarisi bakat ayahnya menjadi sufi dan sasterawan. Setiap pengunjung muzium Rumi akan menerima banyak kisah mengenai sasterawan muslim yang hidup di abad ke-13 masa Dinasti Seljuk itu dari para pemandu pelancong. Mereka juga akan berkesempatan menyaksikan Samaa, tarian khas para darwis yang melakukan gerak berputar. Samaa sangat sederhana tapi tak pernah bosan dibicarakan. Para darwis awalnya akan berputar pelan, lalu perlahan makin kencang hingga mereka akan tampak seperti bayang-bayang. Putaran itu seperti ibadah tawaf, tapi hanya pada diri sendiri, bak mencari unsur Ilahi dari dalam diri.
Muzium Rumi ada di pusat kota. Halaman muzium itu adalah taman indah dengan bunga-bunga mawar sebagai lambang cinta. Ada pula kolam yang menjadi simbol penyatuan. Setiap tarikh 17 Disember, taman itu akan menggelar tarian Samaa secara beramai-ramai. Itulah peringatan hari kematian Rumi. Orang akan berkumpul dan menyaksikannya dengan berbagai perasaan dalam dadanya. Muzium itu juga menyimpan banyak artefak. Ada pakaian yang pernah dipakai Rumi, sejadah beliau dan alat-alat muzik yang dipakai untuk kegiatan Samaa. Benda-benda itu tetap terawat walau 7 abad lebih waktu menggerogotinya. Ada Ney (sejenis seruling) dari bambu yang kerap dipakai Rumi, serta peninggalan lain terkait kegiatan tasawuf Rumi dan pengikutnya. Setiap orang, terutama muslim, biasanya akan melantunkan doa di dekat makam Rumi, mendoakan beliau. Ada juga yang membaca al-Quran, bertafakur dan lainnya. Pengunjung bukan muslim juga akan tampak khusyuk dan berdoa sesuai menurut keyakinan mereka. “Makam itu seperti mengeluarkan cahaya saat dipandang. Cahaya kedamaian dan kemuliaan,” ujar Kevin. 

Selain Rumi
Tapi di Konya kita juga dapat menikmati hal lain. Di sebelah muzium Rumi ada Masjid Selimiye (Selimiye Camii). Masjid itu memberi gambaran kegemilangan arkitektur Turki Uthmani. Masjid itu dibangun oleh arkitek Sinan pada masa pemerintahan Sultan Salim II yang berkuasa pada abad ke-16. Interior masjid juga amat khas Ottoman dengan lampu hias gantung dan karpet berwarna dominan merah. Dahulu orang-orang dilarang duduk-duduk dan berbual-bual di samping masjid. Sebuah larangan untuk memperlakukan masjid sesuai tujuannya. Ada pula Masjid Alaettin (Alaettin Camiii). Masjid Alaettin adalah tertua, terbesar, dan paling terhormat di Konya. Penamaan masjid ini terkait letaknya. Masjid Alaettin terdapat di bukit Alaettin (Aladdin) yang berada di tengah-tengah Konya. Bukit ini sendiri unik kerana merupakan bukit buatan. Dahulu beribu-ribu orang membangun bukit ini dengan menumpukkan tanah. Masjid Alaettin sudah dibangun sejak abad ke-12 di masa Kesultanan Seljuk di bawah pemerintahan Ruknuddin Mesud. Sultan berikutnya, Kilic Arslan II, Izeddin Keykavus dan Alaeddin Keykubad, melanjutkan pembangunannya. Masjid ini sempurna berdiri pada tahun 1221. Masjid ini memadukan senibina Romawi dan Seljuk. Mihrab yang ada sekarang adalah mihrab asli dari sejak didirikan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2013 di pasaran...

Golongan Manakah Mengalami Kejadian Kiamat?

AL-QURAN dan Hadis Nabi s.a.w. banyak menceritakan mengenai tentang tanda-tanda besar kiamat dan tanda-tanda kecil berlakunya kiamat. Semuanya itu sudah dijelaskan. Dalam kejadian kiamat itu golongan manakah yang akan mengalami atau terkena dengan kejadian kiamat itu? Para ulama memang banyak menulis tentang perkara ini. Mereka membuat ulasan-ulasan tentang hal ini berdasarkan kepada hadis-hadis Rasulullah s.a.w. berhubung dengan kiamat yang amat mengerikan itu. Apakah dalam dunia ini sudah tidak ada lagi orang-orang beriman maka dunia akan dikiamatkan? Memang benar, itulah cerita dan alasan yang sebenarnya. Apabila sudah berada pada penghujung dunia ini hampir mahu kiamat, Allah s.w.t. akan mematikan semua orang-orang yang beriman. Allah akan mengirimkan sejenis ‘angin bak sutera’. Angin itu tidak akan membiarkan seorang pun umat mukminin hidup. Apabila angin itu menyentuhnya, akan matilah orang mukmin itu. Ketika itu yang tinggal diam di muka bumi ini hanyalah orang-orang jahat belaka, yang tidak mengenal lagi apa itu kebaikan dan tidak ada sorang pun yang menyebut nama Allah. Ketika itu Allah tidak memanjangkan usia dunia ini kerana yang ada hanya manusia-manusia jahat saja. Yang pasti, kiamat tidak akan terjadi sebelum di bumi tidak ada lagi yang mengucapkan “Allah, Allah”. Menurut riwayat Muslim dari Anas r.a., dia berkata:  “Bersabda Rasulullah s.a.w., kiamat tidak akan terjadi pada seseorang yang mengucapkan Allah, Allah.” Para ulama kita Rahmatullahi ‘Alaihim menerangkan bahawa lafaz Allah boleh dibaca marfu’ dan boleh juga manshuh. Bila dibaca marfu’, maka ertinya: Bahawa kiamat akan terjadi bila tauhid telah hilang sama sekali. Adapun bila dibaca manshuh, ertinya: kiamat baru terjadi bila telah berhenti amar makruf nahi munkar. Tegasnya kiamat tidak akan terjadi selagi masih ada orang yang menegur/menasihati sesamanya dengan mengatakan, “Takutlah kamu kepada Allah.” Kebenaran takwil ini didasarkan pada sabda Nabi s.a.w. dalam sebuah hadis riwayat Huzaifah, “Kamu sekelian akan benar-benar akan diserbu api dalam keadaan padam...” lalu beliau katakan, “Mereka lebih jahat daripada keldai. Mereka bersetubuh seperti binatang, sementara antara mereka tidak ada lagi seorang pun yang mengatakan “Mah, mah.” Ada yang mengatakan bahawa lafaz “Allah” telah diilhamkan oleh pemiliknya, Allah s.w.t., tanpa ada suatu umat pun yang mengingatkannya, bahkan beredar pada semua bahasa mereka, sejak zaman nenek moyang mereka sampai habisnya dunia ini.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2013 di pasaran...

Hukum Isteri Minta Cerai

ISTERI yang meminta cerai kepada suaminya lalu ia tidak akan boleh mencium bau syurga adalah bagi mereka yang meminta cerai kepada suami yang baik. Saat terjadi Haji Wada’ (Haji Perpisahan), Nabi s.a.w. berkhutbah di hadapan para sahabat. “Wahai para sahabat. Kalian harus hati-hati. Nanti di Hari Akhir banyak perempuan masuk neraka.” Sahabat bertanya, “Siapa mereka, ya Rasulullah?” Nabi menjawab, “Mereka adalah wanita yang kufur.” Lalu sahabat bertanya lagi, “Kufur kepada siapakah, wahai Rasulullah?” Nabi menjawab, “Mereka kufur kepada suami-suami mereka.” Lalu sahabat bertanya lagi, “Apa yang Engkau maksud kufur kepada suami, ya Rasulullah?” Nabi s.a.w. berkata, “Suaminya sudah sangat baik. Nafkah lahir dan batin diberikan. Kasih sayang dan perhatian. Tapi, isterinya minta cerai.” Kalau seorang suami termasuk orang yang tidak memberikan nafkah lahir dan batin, galak, dan suka marah, maka isteri boleh minta cerai.

NIAT SEDEKAH AL-FATIHAH
Niatkan membaca Surat al-Fatihah untuk orang yang membantu dan menolong anda itu, InsyaAllah doanya sampai kepada dia. Allah Maha Tahu, meski tanpa menyebutkan namanya. Kalau berdoa misalnya, “Untuk si Anu, al-Faatihah...!” Itu insyaAllah sampai doanya. Bahkan, kalau kita berdoa dan mengirim Surat al-Fatihah ditujukan kepada seluruh umat Islam, laki-laki dan perempuan, semisal kalimat “Lil muslimiina wal muslimaat al-ahyaa wal amwaat, al-Faatihah...! (untuk seluruh kaum muslim laki-laki dan wanita yang masih hidup dan yang sudah mati, al-Faatihah...!), maka semua umat Islam akan kebahagian doa tersebut. 

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2013 di pasaran...

Hebatnya Fadhilah 'Berselawat'

KEBANYAKAN kita memang mengetahui kelebihan dan ‘kehebatan’ berselawat. Namun atas kelemahan diri dan faktor-faktor tertentu kita lupa dan lalai dalam mengamalkan selawat. Rencana yang disiarkan ini merupakan bahagian terakhir yang disiarkan oleh Hidayah mulai keluaran Jun lalu. Semoga ianya memberi manfaat dan motivasi untuk sama-sama kita amalkan menurut keupayaan masing-masing, InsyaAllah.

1. Shalawat Rahmatan
Lil ‘Alamin [Menyingkap Tabir Fitnah]
Selawat ini bermaksud: “Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami, Nabi Muhammad s.a.w., yang datang dengan membawa kebenaran nyata, dan yang Engkau utus sebagai rahmat bagi alam semesta.”

Fadhilah dan Hikmah:
Jika seorang dituduh atau difitnah orang, perbanyaklah membaca selawat ini untuk membuktikan kebenaran yang sesungguhnya, insyaAllah, akan dibukakan dan diperlihatkan siapa yang benar dan siapa yang salah.

2. Shalawat Sayyidul
Wujud [Menjadi Pemimpin Mulia]
Ertinya: “Ya Allah, limpahkan rahmatMu kepada junjungan kami, Nabi Muhammad s.a.w., penghulu segenap wujud dengan selawat sebanyak bilangan yang maujud tanpa batasan yang terbatas dan bahkan teramat layak diliputi kemuliaan dan kedermawanan. Limpahkan pula rahmatMu kepada para nabi dan rasul, keluarganya dan para sahabatnya, para pengikutnya dan juga semoga kami boleh hidup bersamanya, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.”

Fadhilah dan Hikmah:
Barangsiapa yang melazimkan selawat ini, insyaAllah, ia akan menjadi pemimpin yang mulia di mata rakyatnya dan juga dalam pandangan Allah.

3. Shalawat ad-Darajah
wal-Wasilah [Penggugur Dosa]
Ertinya: “Wahai Tuhan Nabi Muhammad dan Tuhan keluarga Muhammad, limpahkanlah rahmat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Berilah Muhammad darjat dan wasilah di dalam syurga. Wahai Nabi Muhammad dan Tuhan keluarga Muhammad, berilah ganjaran kepada Nabi Muhammad. Semoga Allah melimpahkan rahmat kepadanya sesuai dengan apa yang selayaknya baginya.”

Fadhilah dan Hikmah:
Dalam kitab Syarah Dala’il disebutkan bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda, “Barangsiapa diantara umatku membaca selawat ini, baik di waktu pagi mahupun petang, maka ia telah membuat malaikat pencatat amal kepayahan selama seribu hari, juga diampuni dosa-dosanya dan dosa-dosa kedua ibu bapanya.”
Dalam kitab Syarah al-Fasi dijelaskan bahawa selawat ini diangkat dari hadis Jabir bin Abdullah r.a. dan disebutkan faedah yang banyak baginya. Sementara itu, al-Hafidzh as-Sakhawi berkomentar, “Seandainya ada orang bersumpah hendak mengucapkan selawat yang paling utama, lalu ia membaca selawat ini, pastilah ia telah memenuhi sumpahnya itu.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2013 di pasaran...

Jadikan Sedekah Sebagai Ubat

SUATU hari, ada seorang laki-laki yang bertanya kepada Ibnu al-Mubarak, “Wahai Abu Abdurrahman, ada nanah yang selalu keluar dari luka pada lututku sejak tujuh tahun silam. Aku telah berusaha mengubatinya dengan berbagai ubat. Aku telah bertanya kepada doktor, tapi aku belum mendapatkan terapi atau ubat yang dapat menyembuhkannya.” Setelah mendengar cerita lelaki itu, Ibnu al-Mubarak menasihati, “Pergilah dan carilah  suatu tempat yang penduduknya benar-benar memerlukan air. Kemudian, galilah telaga di sana. Aku berdoa mudah-mudahan kamu mendapatkan mata air. Kemudian basuhlah lukamu yang bernanah itu dengan air dari telaga yang kau gali.” Tanpa membantah, laki-laki itu mengikuti apa yang disarankan oleh Ibnu al-Mubarak. Di luar dugaan, setelah dia berbuat kebaikan dengan memberikan sedekah berupa sebuah telaga, luka di kakinya sembuh dan tak lagi bernanah. Kisah “ajaib” yang dialami oleh lelaki itu bukanlah kisah yang asing dalam sejarah Islam berkaitan keajaiban sedekah yang boleh menjadi ubat bagi bermacam penyakit. Jika difikirkan, kisah yang dialami lelaki itu memang boleh dianggap tak masuk akal. Tetapi, itulah keajaiban sedekah. Keajaiban itu pula yang dijanjikan Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis, “Obatilah penyakit kalian dengan sedekah.” (HR at-Thabrani dan al-Baihaqi). Dalam hadis lain, yang menegaskan bahawa sedekah boleh menjadi ubat, Nabi s.a.w. juga bersabda, “Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah, dan persiapkanlah doa untuk menghadapi datangnya bencana.” (HR. Thabrani) Hadis Nabi di atas menjadi rujukan bagi sebahagian besar umat Islam ketika mengalami sakit dan bahkan tidak menemukan ubatnya kemudian menjadikan sedekah sebagai ubat. Tidak berlebihan jika Ibnu Qayyim – dalam kitab Zaad al Ma‘ad — menegaskan bahawa sedekah itu dapat menjadi ubat penyembuh bagi berbagai penyakit, bahkan penyakit yang hingga saat ini belum ditemukan ubatnya oleh para doktor. Bahkan, ketika ilmu pengetahuan dan penelitian mutakhir belum dapat menemukan rahsia di balik itu. Tapi, itulah keajaiban sedekah, ia boleh menjadi ubat bagi penyakit hati dan jiwa. Jadi, sedekah itu tidak semata-mata bentuk keperihatinan terhadap sesama insan. Tetapi, setelah seseorang menghulurkan tangan untuk bersedekah, ternyata Allah memberikan balasan di dunia ini, yakni rahsia di balik huluran tangan itu yang memiliki manfaat secara perubatan, terutama untuk menyembuhkan penyakit kejiwaan dan penyakit hati.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2013 di pasaran...

Masjid Id Kah Xinjiang: Syiar Yang Berterusan Dari Abad Ke Abad

MASJID ‘ID KAH’ merupakan masjid yang terletak di Kashgar Xinjiang, di bahagian barat China dan disebut-sebut sebagai salah satu masjid terbesar di China. Setiap Jumaat, masjid tersebut dipenuhi 10,000 orang jemaah dan dapat menampung 20,000 orang jemaah sekaligus. Jemaah tak hanya memenuhi kawasan di dalam masjid tapi juga di luarnya. Kelihatan di setiap solat Jumaat, orang berlimpah ke luar masjid dan mesti membuat shaf di sela-sela kenderaan yang di kawasan letak kereta. Tak akan ada masalah solat di luar masjid jika musim panas tiba. Tapi, jika musim dingin tiba, jemaah yang tak berkesempatan tempat mesti melawan dinginnya cuaca Xinjiang yang boleh menyusuk mengilukan tulang. Menurut sejarahnya masjid ini dibangun Saqsiz Mirza pada tahun 1442. Luasnya meliputi 16,800 meter persegi. Wajar saja jika masjid ini disebut sebagai masjid terbesar di China sebab tak ada masjid yang memakan tanah sebesar itu di China. Masjid Guangta di Guangzhao saja hanya menempati tanah 3000 meter saja. Masjid ini memiliki gerbang besar dan dua menara yang mengapitnya. Halaman masjid sangat luas dimana tumbuh pohon-pohon poplar yang tinggi juga pohon rhu (pokok krismas). Pohon-pohon itu sangat segar dan kuat seperti pemuda yang tengah berkembang. Pohon-pohon itu menjadi sumber kesejukan di kawasan masjid hingga pengunjungnya seperti berada di kawasan berhawa dingin. Ada sebuah kolam berair jernih yang tampak seperti cermin yang anggun dan tenang. Ruang utama masjid sangat luas dan dihiasi dengan tiang-tiang berukir dan gambar yang indah. Pada masa revolusi kebudayaan China, masjid ini mengalami kerosakan. Pihak pemerintah kemudian memperbaikinya kembali sekaligus menetapkannya sebagai warisan budaya yang wajib dilindungi. Tak hanya pemerintah otonomi Xinjiang yang memperkenalkan masjid ini sebagai destinasi pelancongan, pemerintah Beijing pun giat mempromosikannya. Masjid ‘Id Kah’ menjadi perhatian banyak petualang sejak dulu kala. Pada tahun 1936, seorang petualang dari Inggeris bernama Skrine dan temannya Aurel Stein mengunjungi Xinjiang dan mengabadikan situasi saat itu. Skrine memotret suasana pasar yang ramai di halaman masjid 'Id Kah'. Orang-orang seperti menyemut dalam foto itu. Skrine barangkali lebih tertarik dengan suasana pasar itu dan tak menyebut bangunan yang menjadi latar sebagai masjid 'Id Kah'. Tapi itu boleh diagak sebagai masjid 'Id Kah' sebab tak ada bangunan seperti itu di Kashgar. Seorang petualang lain bernama E. Techman juga mengabadikan masjid ini dengan memotret bahagian depan masjid yang diapit menara. Pada foto dokumentasi yang lebih moden, Masjid 'Id Kah' sudah tampak berwarna kuning dan mengalami perluasan dengan mengambil kawasan pasar yang ada di sampingnya. Ini dilakukan agar jemaah yang melimpah boleh ditampung.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2013 di pasaran...

Tabahnya Para Ibu Tunggal!

DIA sebenarnya masih muda. Masih boleh berkahwin lagi kalau dia mahu. Masih berpeluang besar untuk mendapat seorang suami lagi. Apatahlagi dia juga seorang terpelajar. Tapi dia memilih sendiri. Dia mahu membesarkan kedua-dua anaknya yang masih kecil itu dengan tangannya sendiri, dengan nafasnya sendiri, dengan keringatnya sendiri dan dengan segenap keupayaan yang ada pada dirinya. Dua orang ‘jaguh’ kecil itu sudah cukup baginya. Tidak perlu jaguhan besar yang kerap nampak ‘hero’ di permukaan, tapi pengecut di pedalaman. Dia mahu membentuk anak-anaknya menjadi lelaki sejati, belas kasih, berbudi bahasa dan tidak mahu menipu lawan jenisnya. Dia mahu menjadi anak-anaknya lelaki yang tidak memandang rendah kepada wanita, lelaki yang melihat wanita adalah makhluk mulia, lelaki yang tahu bahawa Islam juga memuliakan kaum hawa, sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. mengasihi dan mencintai Khadijah sebegitu abadi. Sebagaimana Ali r.a. mengasihi dan mencintai Fatimah r.a... Cukupnya baginya mengenal lelaki dewasa yang pengecut itu, lelaki yang mungkir janji akan menjadi imam keluarga yang baik untuknya dan anak-anaknya, lelaki yang begitu saja mahu menyemai benih dalam rahimnya tanpa memperdulikannya, lelaki yang kini memilih hidupnya bersama ‘sundalnya’. Dia tahu luka tak selamanya kekal. Akan datang cinta yang tidak menipu, yang tidak palsu, yang hatinya seumpama samudera dan laku eloknya begitu rupa. Tapi dia menyakini, itulah lelaki syurga. Bukan penghuni dunia. Ah...! barang kali dia keliru. Biarlah masa akan menjawabnya dengan kesetiaan sikapnya. Dia kini mahu tumbuh menjadi ibu, menjadi wanita sejati bersama Sang Maha Cinta. KepadaNya (Allah), ia berharap lukanya lama-kelamaan akan sembuh jua. Sebab ia tidak menipu. Sebab ia satu-satunya Yang Disembah.

CAHAYA
Dalama usia awal 30-an itu, ia sungguh soerang perempuan rupawan. Muda, berilmu. Bercahaya. Seperti namanya ‘Cahya’. Parasnya cantik dan memang bercahaya. Barangkali kerana wuduknya yang selalu dijaganya. Boleh jadi kerana lakunya yang mulia. Etahlah..! Yang pasti Cahya memilih sendiri. Tidak usah bersuami lagi. Tidak perlu cinta untuk kedua kalinya. Cukup, semuanya sudah cukup mengenal satu cinta sejati yang sudah lima tahun perlu dijemput Illahi. Cukup segenap cintanya sudah tersalurkan begitu penuh pada lelaki ‘tunggal’ jaguh kecil berusia lima tahun yang kerap membuatnya bak bidadari, ‘jaguhan’ yang membuat dirinya sentiasa ingat pada Allahyarham suami.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2013 di pasaran...