Wednesday, February 9, 2011

Variasari Keluaran Februari 2011


Sudahkah anda memiliki Variasari edisi Februari 2011? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan...

Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai.

Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.

Dapatkan segera majalah Variasari keluaran Februari 2011 sebelum terlambat.

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.

Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin


Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari Februari 2011











Hidayah Februari 2011


Hidayah keluaran Februari 2011 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja Dalam Hidayah...

Langganlah Segera Melalui Pos

Salam Kami Februari 2011

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur kita ke hadapan Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kita kini sedang berada dalam bulan Safar. Biasalah apabila datang bulan ini, akan mengembalikan nostalgia lama betapa khurafatnya bangsa kita menyambut bulan Safar khususnya pada tahun-tahun 50an dan 60an. Ada kelompok bangsa kita beramai-ramai ‘mandi safar’ di sana dan di sini kononnya ‘mandi tolak bala’. Maka gegak gempitalah anak-anak buah berpesta ria. Bercampur baurlah lelaki dan perempuan di tepi-tepi pantai, sungai dan sebagainya untuk merayakannya. Dalam mengenang bulan Safar ini moleklah sangat kita mengucapkan syukur ke hadrat Allah Yang Maha Berkuasa yang akhirnya telah menghapuskan adat istiadat sesat itu apabila pihak berkuasa mengharamkan sambutan sedemikian rupa.
Kami di majalah Hidayah ini tetap menemui anda sebagaimana biasa dengan mengemukakan beberapa kisah iktibar dan rencana yang ‘wajib’ anda baca. Anda yang berniat untuk ‘mati’ dalam keadaan yang baik hendaknya membaca kisah iktibar bertajuk “Meninggal Saat Berzikir”. Hendaknya kita juga dimatikan dalam keadaan sedemikian malah jika diperkenankan Allah, Malaikat Maut menjemput kita ketika sedang bersolat, InsyaAllah.
Kami juga mengambil kesempatan di sini mengucapkan terima kasih atas sokongan yang berterusan dari pembaca. Mahunya apabila anda membaca Hidayah, ada ‘berkat’ dan ‘pahala’nya kerana anda menyokong sebuah penerbitan majalah yang bercorak dakwah. Akhir kalam untuk keluaran kali ini suka saya petik kata-kata Abul Laits Assamarqandi yang menyatakan: “Hilangkan rasa menyesalmu dengan memikirkan maut yang akan tiba pada dirimu sendiri seakan-akan telah tiba, sebab seorang yang jika berfikir bahawa ia sendiri akan mati maka tidaklah bersedih, sebab kesedihan tidak dapat menolak maut bahkan akan menghilangkan pahala musibah. Sesiapa yang mengeluh samalah seperti mengadu Tuhannya dan seperti menolak takdirnya.”
Kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang.
Wassalam!

Pengarang

Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Ulama Wahabi Jawab Fitnah

SELAMA ini, sebahagian dari umat Islam hanya dapat membaca dan mendengar berita-berita “yang bersifat fitnah” yang dilontarkan kepada “Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab”, atau lebih dikenali dengan panggilan “Wahabi”. Diantara berita yang bersifat fitnah itu termasuklah beliau mahu meruntuhkan “kubah” yang ada di Masjid Nabawi atau pun mahu meruntuhkan “Hujrah al-Rasul”, Makam Rasulullah. Yang membuat tuduhan-tuduhan tersebut adalah kalangan ulama yang tidak tinggi ilmu pengetahuan mereka dalam bidang-bidang agama, lebih-lebih lagi dizaman mutakhir ini, ramai tokoh agama “mengkafirkan” orang-orang yang berfahaman Wahabi.
Golongan ini bolehlah dianggap sebagai “golongan keledek gheboi” yang barang kali tidak pernah membaca kitab-kitab lain, selain hanya membaca kitab-kitab yang dikarang oleh para ulama yang tidak suka kepada Syeikh Muhammad Abdul Wahab ini. Baru-baru ini saya menemui sebuah kitab agama dihasilkan oleh ulama besar dunia yang berasal dari Makkah, dan apabila saya membaca “manaqibnya” didapati, ulama ini susur galurnya terus dari keturunan Sayyidun Hassan ibn Sayyuduna Ali r.a. Nama ulama yang tersohor itu ialah Sayyid Muhammad ibn Alawi ibn Abbas ibn Abdul Aziz al Maliki al Hassani. Beliau terkenal sebagai keluarga ulama di Makkah. Beliau dilahirkan di Makkah. Dalam kitab tersebut telah menyiarkan satu surat dari Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab kepada seorang “Pendakwah” yang terkemuka di Arab Saudi yang juga seorang ulama terkenal. Nama pendakwah tersebut ialah Abdullah Ibnu Suhaim Motowwi yang juga seorang ahli al Majma’ah. Isi surah tersebut tidak panjang. Cuma memberitahu pendakwah tersebut tentang tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya oleh mereka yang tidak suka dengannya. Tetapi yang menariknya, jawapan dari Tuan Syeikh Imam Muhammad bin Abdul Wahab ini terlalu ringkas dan pendek dengan hanya memetik sebuah firman Allah sebagai jawapannya. Ulama besar Makkah ini menyifatkan Syeikh Muhammad Abdul Wahab sebagai “Imam Tauhid”, pemimpin orang-orang yang mentauhidkan Allah mengungkapkan kata-kata yang cukup tajam, penuh dengan kebijaksanaan sehingga dakwahnya tersibar di seluruh pelusuk dunia. “Cara jalan dakwahnya masyhur baik disisi golongan intelek mahu pun orang awam. Syeikh Imam Abdul Wahhab ini mempunyai pendirian yang penting dan pendapat yang bijaksana,” katanya. Syeikh Imam Abdul Wahab ini menulis surat kepada ulama terkemuka ini bagi menerangkan akidahnya yang dituduh berbagai oleh orang-orang suka menaburkan fitnah. Suratnya seperti berikut: “Setelah jelas hal ini, maka perkara-perkara buruk yang menyebabkan nama saya tercemar diantaranya hanyalah “dusta” belaka. Tuduhan-tuduhan mereka kepada saya:
“Saya menilai kitab-kitab Mazhab yang empat sebagai “bathil”. Mereka juga menuduh saya sebagai berkata: “Sesungguhnya manusia sejak 600 tahun tidak mengikuti sesuatu yang benar. “Mereka juga menuduh saya mengaku melakukan ijtihad atau berlagak sebagai mujtahid. Mereka mengatakan saya telah keluar dari bertaklid.
“Mereka juga mengatakan bahawa saya pernah berkata: “Perselisihan diantara ulama itu adalah bala.” “Mereka juga mengatakan saya mengkafirkan orang yang bertawassul dengan orang-orang salih. Mereka juga menuduh saya mengkafirkan al Busairi, kerana berkata: “Wahai semulia-mulia makhluk!” “Mereka menuduh saya berkata: “Jika saya mampu meruntuhkan “Hujrah al Rasul (Maqam Rasulullah s.a.w.) sudah pasti saya akan menghancurkannya, dan jika saya berkuasa menguasai Kaabah, sudah pasti saya akan mengambil saluran airnya (yang dibuat daripada emas) dan menggantikannya dengan saluran yang diperbuat dari kayu.” “Mereka juga menduduh saya mengingkari perbuatan ziarah “maqam Nabi” Muhammad s.a.w. Dalam tuduhan yang lain, mereka mengatakan, saya mengingkari ziarah kubur kedua orang tua, dan kubur-kubur yang lain. “Saya juga dituduh mengkafirkan orang yang bersumpah dengan selain Allah.” Inilah “dua belas” (12) masalah yang dinisbahkan dan dituduh kepada saya. Demikianlah tuduhan yang dilemparkan kepada Muhammad bin Abdul Wahab, yang dituduh juga membawa dan menganut fahaman “Wahabi” yang setengah dari kita di Malaysia menyifatkannya sebagai “fahaman yang sesat”.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2011 di pasaran...

Ajal Nenek Akibat Perut Membusung

KAMPUNG X, di kota B, jadi gempar. Seorang nenek warga emas berusia 70 tahun, tiba-tiba meninggal dunia dalam keadaan ganjil: perutnya membuncit. Padahal, sebelumnya dia tidak menghadapi sebarang penyakit aneh. Bahkan, tubuhnya sendiri kurus kering. Sehingga perutnya yang besar membuncit itu meninggalkan banyak tanya bagi sebahagian orang setelah kepergiannya ke alam baka. Namanya Warsinah. Ia adalah seorang nenek mempunyai dua orang anak dan empat orang cucu. Ketika zaman mudanya, Warsinah merupakan gadis yang agak cantik. Kerana itu, banyak pemuda yang cuba mendekatinya. Tapi, Warsinah membuat pilihannya pada Wanto, pemuda sekampung dengannya. Kehidupan mereka cukup sederhana. Wanto bekerja sebagai tukang ojek*, tidaklah seberapa pendapatannya. Kerana itu, untuk menutupi keperluan sehari-harinya, Warsinah berjualan gado-gado* sekitar kampungnya. Ia menjajakan dagangannya dengan berjalan seluruh pelusuk kampung dengan penuh semangat. “Gado-gado.. gado-gado...!” begitulah yang dijeritkannya setiap hari.
Ramai orang yang sudah jadi langganan Warsinah, kerana rasa gado-gadonya yang enak dan sedap di lidah. Dengan jualan ini, Warsinah pun dapat menampung keperluan hidup sehari-hari, saat si suami tidak dilanggani penumpangnya atau kurang pendapatannya. Pekerjaan itu dilakukan Warsinah hingga usianya lanjut dan keriput. Tak hairan jika namanya sudah dikenal tidak saja di kampungnya. Ketika orang menyebut nama Warsinah, bererti yang terfikir tentangnya adalah seorang penjual kuih gado-gado. Namun, keadaan berubah ketika penempatan setinggan mereka diruntuhkan untuk dijadikan “Taman Perumahan Mewah”. Selain Warsinah, ramai orang lain yang menjadi korban projek tersebut. Ironisnya, wang pampasan dari tanah setinggan tersebut tidak cukup untuk membeli tanah dan membangun rumah yang selesa seperti sebelumnya. Maka, jadilah Warsinah dan keluarga tinggal di rumah yang kecil, di tempat yang tidak berapa jauh dari taman perumahan mewah tersebut.
Sejak pindah dan tinggal di tempat yang baru, Warsinah tetap meneruskan perniagaan kecil-kecilannya menjual gado-gado secara keliling kampung. Namun, kerana lingkungan baru dan usianya juga tidak mengizinkannya lagi untuk berjalan lebih jauh menjajakan barang dagangannya, akhirnya jualan Warsinah tidak ramai lagi dilanggani seperti dulu. Para pelanggannya yang dulu juga sudah pindah ke tempat lain, sehingga Warsinah pun selalu mengalami kerugian kerana gado-gadonya tidak lagi laku. Akhirnya, Warsinah tukar haluan ‘kerjaya’. Mengikuti ajakan seorang temannya, Warsinah pun beralih menjadi pemungut barang-barang terbuang.

Mengambil Barangan Haram
Jam baru saja menunjukkan pukul 3.00 pagi. Perempuan tua itu telah mengemas karung guninya dan dijinjingnya dengan tangan kiri. Sementara tangan kanannya memegang besi pengait untuk mengambil barang-barang terpakai. Pagi dini hari begitu, Warsinah memang sudah memulai pekerjaannya, di saat sebahagian besar orang masih terlelap dalam tidurnya. Mulanya, barang yang dipungut Warsinah adalah benda-benda yang memang sudah tidak terpakai, yang berserakkan di jalan raya atau di hadapan rumah orang. Namun, makin lama ia mulai berani mengambil barang yang di matanya sudah tidak terpakai, tapi sebenarnya masih digunakan orang.
Menurut pengakuan Warsi, iaitu salah kenalan dan jirannya Warsinah pernah mengaku terus terang kepadanya bahawa ia pernah mengambil tong sampah yang terbuat dari besi yang ada di depan sebuah rumah di taman perumahan mewah tersebut. Warsinah nekad melakukannya kerana kalau dijual harganya agak lumayan juga.
Warsi pernah menasihati Warsinah untuk tidak melakukan hal seumpama itu, tapi tetap saja dilakukannya. Pernah suatu kali Warsinah mengambil besi dari sebuah projek perumahan terbengkalai. Besi itu sebenarnya masih dipakai, tapi tetap diambilnya juga. Tindakan nekadnya itu diketahui juga oleh pengawal keselamatan tempat tersebut dan ia pun dikejar dan dapat ditangkap. Namun atas budi bicara pengawal keselamatan berkenaan dia cuma dinasihat dan diberi amaran jangan melakukannya lagi. Sebab, jika terulang kembali, dia akan didakwa dan jika sabit kesalahannya akan menerima padah untuk ke penjara. Apakah itu perkara biasa yang terjadi pada para pemungut barangan terbuang yang lainnya? Ertinya, mereka pun akan nekad mengambil barangan apa saja yang dilihatnya, meski sebenarnya masih berguna bagi orang lain. Namun menurut pengakuan Warsinah, dia kerapkali mengambil barangan orang lain saat melakukan kerjanya sebagai ‘pemungut barangan terpakai’ itu. Tidak timbul rasa bersalah atau ‘berdosa’ ketika berbuat demikian. Warsi mengakui bahawa apa yang dilakukan oleh Warsinah itu merupakan pekerjaan yang haram. Pekerjaannya memungut barangan terpakai itu saja sudah merupakan kerja yang kurang baik, apalagi mengambil barangan yang bukan haknya. Tentu saja, hal itu pekerjaan yang dilarang oleh agama.

Tidak bersolat
Bagaimana kehidupan peribadi Warsinah? Menurut Warsi, Warsinah mulanya adalah seorang ibu dan nenek yang baik. Namun, sejak dihimpit kemiskinan kerana si suami menjadi penganggur dan dia sendiri pula terpaksa jadi tukang pemungut barangan terbuang, ia mudah menjadi sensitif. Warsinah mudah marah pada hal-hal yang sangat remeh. Misalnya, jika ia mahu pinjam wang kepada jirannya dan apabila tidak diberi pinjam, ia akan melenting marah. Atau, kalau disinggung masalah pekerjaan suaminya, dia juga tersinggung dan sebagainya. Lebih parahnya lagi, ujar Warsih, sepanjang yang dia ketahui Warsinah tidak pernah bersolat pun. Padahal, anak-anaknya tidak demikian. Mereka rajin beribadah. Warsinah sendiri seringkali dinasihati anak-anaknya supaya menunaikan solat lima waktu. Tapi itulah, setiap kali dinasihati, dia selalu menjawab, “Ah, kamu seorang saja yang suci!” Bahkan, Warsinah merasa kalau dirinya belum mendapatkan hidayah dari Allah. Padahal, tetangganya seringkali menasihatinya petunjuk Allah bukan ditunggu, tapi mesti diusaha dan dicari. Demikianlah yang dilakukan Warsinah setiap hari dalam meniti usia tuanya: menjadi pengutip barangan haram dan tidak bersembahyang. Kejadian aneh pun kemudian menghampirinya. Di tengah keadaan tubuhnya yang kurus kering begitu, perutnya malah besar (membuncit) macam perempuan mengandung. Ukurannya tidak sepadan dengan bentuk badannya, sehingga timbul tanda tanya tanda. Ada apa-apa yang tak kena sebenarnya yang terjadi pada Warsinah? Apakah ia terkena penyakit aneh?

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2011 di pasaran...

Diperonyok Dalam Liang Lahad

INI adalah satu kisah teladan untuk kita semua umat Islam. Kisah ini memang menarik. Cerita ini bukan cerita rekaan, tetapi dari seorang ustaz yang menceritakannya. Dalam masyarakat kita ini memang ada orang yang mempunyai macam-macam perangai. Perangai itu satu sifat semula jadi. Ia boleh diubah pada bila-bila masa pun.
Satu peristiwa didalam sebuah kampung, ada seorang lelaki tua meninggal dunia. Ajalnya sudah tiba, Allah perintahkan Malaikat maut, mengambil rohnya. Dia pun meninggalkan dunia yang fana ini. Bagi orang tua ini ada satu cerita disebalik kehidupannya. Apabila dia meninggal dunia, barulah rahsia itu terdedah sebagai teladan untuk orang-orang yang masih hidup untuk dijadikan sebagai iktibar. Pada hari dia meninggal dunia, menurut cerita seorang ustaz, kebetulan orang-orang yang biasa mengendalikan urusan jenazah tidak ada didalam kampung itu.
Mereka semuanya pergi keluar daerah. Ini cara kebetulan. Bukanlah sengaja diatur atau pun dibuat-buat. Apabila orang-orang yang tahu tentang selok belok pengurusan jenazah tidak ada, tentulah menimbulkan “kesukaran” kepada keluarga si mati. Orang nak mandi mayat tak ada. Orang yang nak kafankan pun tidak ada. Penggali kubur tidak ada. Lelaki ini tidak begitu dikenali dalam kampung tersebut.Tak ramai yang tahu namanya, dan tidak tahu asal usulnya. Tidak tahu apa kerjanya. Dimana dia bekerja. Pegawai ke? Ahli perniagaan ke? Tidak ada orang yang tahu apa keadaannya berada dalam kampung itu. Jadi, kematiannya tidak ada orang yang menziarahinya. Yang ada cuma anak dan saudara mara yang terdekat saja. Jiran-jiran pun tidak tahu bahawa di sebelah rumahnya ada “kematian”. Dipendekkan cerita oleh Ustaz tersebut, jenazah itu dapat juga dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. Kemudian anak-anak dan saudara mara mengusungkanya ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Penggali kubur pun juga sudah diberitahu tentang adanya kematian. Kubur pun digali sebagaimana biasa ukurannya. Orang yang ditugaskan untuk membaca talqin juga sudah diberitahu tentang kematian ini. Semuanya dikelolakan oleh anak-anak si mati dan keluarga yang rapat sahaja. Bagaimana pun, beberapa kerat orang kampung yang tahu adanya kematian tersebut turut sama menziarah dan ada diantaranya menghantarnya sehingga ke tanah perkuburan. Biasanya penggali kubur akan memberi arahan kepada mereka yang membawa jenazah itu cara bagaimana untuk menurunkan jenazah itu ke liang lahad. “Berhati-hati...!”, kata penggali kubur ketika jenazah itu diangkat keluar dari keranda. Dua, atau pun tiga orang berada di liang lahad untuk menyambut jenazah itu.Di sini, berlaku satu keanehan dimana liang lahad itu tidak muat. Saiz jenazah itu lebih panjang dari lubang itu. Sedangkan penggali kubur sudah tahu semua liang lahad saiznya adalah “biasa” macam luas ukuran kubur-kubur lainnya. Kaum keluarga terutama anak-anaknya cuba memasukkannya tetapi tidak muat, kerana ianya lebih panjang dari liang lahadnya. Bila berlaku kejadian aneh serupa ini, tentulah menimbulkan kehairanan. Kenapa jadi begini? Apa dosa si mati ini? Usaha lain dilakukan untuk membolehkan jenazah itu dapat dikebumikan segera sebelum matahari terbenam. Sebelum kerja-kerja selanjutnya di buat, penggali kubur memberitahu bahawa kubur yang digali itu ukurannya samalah dengan liang lahad orang lain.
Kemudian penggali kubur memanjangkan lagi liang lahad mengikut saiz mayat tadi. Bila liang lahad itu selesai digali atau pun dikorek, maka jenazah itu diangkat semula untuk dimasukkan ke liang tersebut. Sekali lagi mereka yang hadir menjadi hairan, kerana mayat tersebut tidak juga boleh masuk ke dalamnya, kerana mayat itu lebih panjang lagi dari liang lahad tersebut. Sedangkan penggali kubur sudah pun memanjangkan saiz liang itu mengikut saiz mayat yang semakin memanjang pada anggapan mereka.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2011 di pasaran...

Cerita Kambing Mengeluarkan Susu Dan Madu

ORANG yang berbuat baik, biasanya Allah s.w.t. akan membalasnya lebih baik lagi. Lebih-lebih lagi, orang yang memberi layanan baik kepada tetamunya, dia akan dilayan lebih baik lagi oleh Allah. Demikianlah satu kisah yang telah dinukilkan dalam sebuah kitab tentang seorang wanita salihah yang berhati mulia melayan tetamu yang berkunjung ke rumahnya. Wanita ini dari satu keluarga yang miskin. Dia ada seorang suami yang bekerja sebagai pencari kayu, dan beberapa orang anak.Keluarga ini tinggal dalam sebuah dusun. Hartanya ialah seekor kambing.
Kambingnya sangat terkenal sebagai “kambing keramat”. Seluruh dusun dan dusun-dusun yang berdekatan, tahu mengenainya. Wanita ini disebut sebagai “Alfihdhah” atau ertinya “Perak”. Hatinya sangat mulia. Walau pun kehidupan mereka miskin, tetapi hatinya kaya. Ada sebuah dusun lain, kebetulan ada seorang lelaki sangat teringin benar untuk berkunjung ke rumah wanita ini. Lelaki ini nak tahu cerita sebenarnya “kambing keramat” yang disebut-sebut oleh orang-orang kampungnya, dan penduduk-penduduk dusun lainnya. Tetapi lelaki ini tersangat malu untuk bertemu wanita ini, kerana sepanjang hidupnya, dia tidak pernah bercakap dan bertemu dengan wanita. Oleh kerana keinginannya sangat besar untuk mengetahui cerita kambing keramat itu, akhir digagahinya ke rumah wanita tersebut. Berangkatlah lelaki itu ke dusun di mana wanita salihah itu tinggal bersama keluarganya. “Macamana aku nak cakap nanti? Bisik hati lelaki ini. Dalam keadaan gelisah itu fikirannya menjadi kusut. “Apakah aku akan jumpa suaminya dulu atau pun terus jumpa wanita itu?” bisik hatinya yang ketika itu dalam keadaan bingung. Maklumlah, selama ini dia tidak bercakap dengan wanita, walau pun di kampungnya sendiri. Dia kuatkan tekadnya, dan terus pergi ke rumah wanita tersebut. Dia pergi dengan membawa sebiji gelas. Setibanya di rumah wanita itu diapun memberi salam. “Assalamulaikum”.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2011 di pasaran...

Ekonomi Kita Dibolot Orang Bukan Islam

SEBAHAGIAN dari para jemaah yang menghadiri sembahyang sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Ansar Taman Keramat terkejut apabila khatib dalam khutbahnya bertanya, “Apakah kita tak risau kekayaan negara dibolot oleh bukan Islam?” Ada yang tercengang-cengang betapa drastiknya khatib pada pagi itu telah melontarkan pertanyaan-pertanyaan yang paling “berani” dalam menguji iltizam para umat Islam. Datuk Haji Najmi Ahmad yang juga Nazir Masjid, dan Bekas Brig. Jeneral (B) KAGAT merupakan seorang ilmuan Islam yang paling lantang suaranya apabila menyampaikan khutbah. Sama ada beliau menyampaikan ceramah, kuliah agamanya, talaqinya membaca tafsir al-Quran, biasaya beliau melontar pertanyaan-pertanyaan yang mahukan agar para jemaah atau murid-muridnya berfikir secara rasional. Dalam khutbah “hari raya haji” lalu, Datuk Najmi yang menyediakan sendiri teks khutbahnya telah melontarkan “lima pertanyaan” kepada jemaah termasuk “kita semua” untuk berfikir sejenak menjawab secara ikhlas dan serius pertanyaan-pertanyaan itu. Majalah HIDAYAH merasakan isi khutbah Datuk Najmi itu amat penting, dan cuba menyorotnya supaya kita sama-sama dapat berfikir tentang nasib masa depan umat Islam itu sendiri. Pada penghujung khutbahnya Datuk Najmi bertanya: Sejauh mana kerisauan anda melihat pembolotan bukan Islam dalam kekayaan negara? Komen: Orang nombor satu terkaya di Malaysia bukan orang Islam, dan orang kedua, ketiga dan seterusnya yang paling kaya di negara kita bukan kalangan orang Islam. Kita hanya punya kuasa politik. Itu pun kuasa itu, kita berkongsi. Kadang-kadang kita terpaksa jaga “hati” orang lain, dan orang itu pun ambil kesempatan dari “sikap nak jaga hati” itu. Kedua: Sejauh manakah kerisauan anda bila melihat akhlak umat Islam merudum hingga membawa kepada peningkatan jenayah-jenayah berat? Komen: Sebenarnya, lebih dari risau dimana keruntuhan akhlak itu sudah semacam “tidak ada akhlak lagi”. Kalau tidak, masakan boleh berlaku “bapak balon anak” hingga melahirkan beberapa orang anak. Anak balon emak sendiri. Abang kandung balon adik beradik. Pernah berlaku satu kejadian dimana dalam sebuah kampung, dalam sebuah rumah dimana bapa, abang, adik lelaki buat “kenduri kendara” terhadap keluarganya sendiri dengan “membalon mereka”. Apakah ini mencerminkan satu akhlak yang baik? Akhlak orang Islam? Akhlak orang beriman? Perbuatan tersebut sama dengan apa yang dilakukan “binatang-binatang buas dalam hutan belantara” yang tidak mengenal mana emak, mana anak, mana cucu, semuanya main “bantai”. Dan banyak lagi perbuatan-perbuatan yang menyebabkan akhlak umat Islam sekarang bukan saja merudum, malah “dah masuk dalam gaung pun”. Ketiga: Sejauh manakah kerisauan kita melihat pembolosan pintu-pintu masuk ke negara menyebabkan kebanjiran warga asing terutama bukan Islam?
Komen: Ini risau, malah lebih hebat dari risau. Pembolosan ini kerana orang-orang yang diamanahkan tidak ‘takut kepada Allah” (tidak takwa). Kerana rasuah, makan rezeki haram, makan sumber dari yang tidak halal mereka yang diamanahkan ini memboloskan mereka masuk dengan melakukan pelbagai maksiat. Kejadian pelacuran, kejadian penipuan dari golongan “Pak Hitam” merompak, menyamun, pecah rumah pelbagai jenayah lainnya adalah hasil tidak amanah memboloskan semua penjenayah ini masuk ke negara kita. Saban malam, saban hari pihak polis, pihak berkuasa agama dan pihak-pihak lain melakukan penangkapan terhadap “Sarang maksiat” yang didalamnya ada pelacur, ada tukang urut, ada mandi bogel, dan yang tukang mandinya bogel juga, dan macam-macam hal lain. Semuanya dilakukan oleh orang-orang kita yang tidak amanah dan peduli dengan hukum agama yang melarang dari melakukan semuanya itu. Keempat: Sejauh manakah kerisauan anda melihat ahli-ahli politik kita sama ada dari pihak kerajaan dan pembangkang terlalu lunak dan berlembut dalam melayani tuntutan yang bukan-bukan dari pihak lain sehingga menggugat hak dan kepentingan umat Islam?

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2011 di pasaran...

Siapa Beri Nama Kepada Malaikat Munkar-Nakir?

MASALAH malaikat yang bertanya dalam kubur pun, kadang-kadang menimbulkan isu dikalangan ulama kita. Mereka berselisih dalam masalah ini. Dalam sebuah kitab agama ada menyebutkan dan pertikaikan nama “Dua Malaikat” tersebut yang bertanya mayat dalam kubur. Kata penulis kitab itu: “Siapa yang memberi nama malaikat itu? Dalam kitab manakah ada disebutkan namanya “Munkar dan Nakir”? Dalam isu ini cuma disebut bahawa “dua malaikat” akan datang bertanya si mayat sebaik-baik saja dikuburkan dan orang-orang mengiringinya pulang kerumah masing-masing. Maka datanglah “dua Malaikat” bertanya, dan tidak pula disebut nama dua malaikat itu sebagai “munkar dan nakir”. Apapun, kita tidak perlu pertikaikan namanya, tetapi yang penting bagi kita umat Islam “YAKIN” dengan penuh keimanan bahawa perkara itu akan terjadi. Dimana akan berlaku dua malaikat akan bertanya kepada mayat tersebut. Soal nama tidak perlu dipertikaikan. Dalam kitab agama mengenai pertanyaan “Munkar Nakir” ini ada dinukilkan begini: “Apabila jenazah sudah dimasukkan ke dalam kubur, rohnya dikembalikan ke jasadnya sehingga dia dapat mendengar dan merasa akan sesuatu. “Namun tidak sama dengan keadaan pada waktu hidup didunia. Menurut keterangan hadis, mayat itu masih mendengar gesekan kasut orang yang menguburkannya ketika mereka melangkah kakinya meninggalkan kuburan itu. “Setelah semua orang yang menguburkannya itu pulang, datanglah dua malaikat menjumpai mayat. Bagi malaikat tidak ada kesulitan untuk masuk ke dalam kubur sekali mayat itu dipagar dengan besi waja. “Malaikat adalah makhluk halus, maka semua benda padat dan benda keras yang ada di dunia ini bagi mereka semacam tidak ada. “Malaikat bebas terbang ke sana sini menembusi udara, gunung, batu-batuan dan bangunan. Jadi, bagi mereka benda-benda keras yang ada ini semua sama dengan udara, atau air bagi ikan di air. “Setelah Munkar dan Nakir menjumpai mayat, mereka terus mendudukannya seraya mengemukakan pertanyaan yang bertubi-tubi. Mereka bertanya dengan menggunakan bahasa Arab, bukan bahasa yang lainnya (Ajam).” Kalau kita lihat orang yang pandai bahasa Inggeris sungguh senang, kerana bahasa itu adalah bahasa antara bangsa dan digunakan di seluruh negara. Kerana bahasa Inggeris adalah bahasa yang diiktiraf oleh dunia. Namun demikian apabila seseorang sudah sampai di pintu kubur, bahasa Inggeris yang dia miliki itu tidak berguna lagi kerana Malaikat yang ditugaskan Allah itu akan menyoal mayat dengan bahasa Arab. Memang keistimewaan bahasa Arab itu diiktiraf di dunia dan di akhirat. Jadi, datanglah malaikat Munkar dan Nakir menyoal mayat dengan menggunakan bahasa Arab. Perkara-perkara yang mereka tanya, antara lain maksudnya:
• Siapa Tuhanmu?
• Siapa Nabimu?
• Apa agamamu?
• Apa ikutan (panduanmu)?
• Ke mana kiblatmu?
• Siapa saudaramu?
Orang-orang Mukmin dan beramal salih akan sanggup menjawab soalan di atas dengan betul sekalipun tidak pernah dia hafal atau dia tidak pandai bahasa Arab. Orang-orang yang beramal salih akan menjawab:
• Tuhanku ialah Allah
• Nabiku ialah Muhammad (s.a.w.)
• Agamaku ialah Islam
• Panduanku ialah al-Quran
• Kiblatku ialah Kaabah
• Saudaraku ialah
kaum Muslimin dan Muslimat.
Setelah dia menjawab soalan ini dengan betul, ada lagi pertanyaan terakhir, iaitu: “Apakah anda kenal seorang yang diutus kepadamu; orangnya besar tinggi, hidungnya mancung, kulitnya kuning langsat dan sebagainya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2011 di pasaran...

Lelaki Yang Tak Dapat Melihat Kaabah

INI sebuah kisah tentang kesombongan dan keangkuhan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dia merasa perjuangannya untuk menjadi orang kaya kerana kerja kerasnya. Dia melupakan Allah sebagai Maha Pemberi, sehingga menutup mata batinnya untuk mengasihi orang-orang miskin. Namanya H. Karna (bukan nama sebenar). Sebagai anak lelaki satu-satunya dari lima bersaudara, Karna waktu kecilnya hidup dalam keadaan yang sangat sederhana. Bapanya hanya pekerja buruh biasa, sedang ibunya sekadar suri rumahtangga. Sebab itu, ibu bapa Karna selalu menanamkan kepada anak-anaknya agar dapat menjadi orang yang berdikari secepat mungkin, tidak harus menunggu dewasa. Kerana itu, saat remaja Karna sudah berani merantau ke Jakarta untuk mencari penghidupan sendiri, ikut sama teman-temannya.Selama di Jakarta, dia pernah melakukan pekerjaan sebagai buruh kasar dan beberapa kerja lainnya. Tapi, entahlah bagaimana kisahnya, dia akhirnya dapat mengumpul modal sehingga mampu membuka gerai menjual barangan runcit, yang awalnya di tempat kerja kontraknya. Tapi, makin lama usahanya berjaya sehingga ia mampu membeli sebidang tanah di pinggir jalan yang di atasnya dibangun sebuah kedai untuk jualan. Waktu terus berjalan, usaha Karna semakin mengalami kemajuan. Dia pun seketika berubah menjadi orang yang kaya. Dia juga berjaya membina sebuah cawangan kedainya dan mampu memiliki beberapa orang pekerja. Dia sendiri sudah berkahwin dan dikurniai anak. Kehidupan mereka terjamin. Mempunyai kereta sendiri dan rumah cukup megah. Pendek kata, Karna benar-benar menjelma menjadi insan yang disegani di sekitar tempat tinggalnya. Ironisnya, di tengah kurnia besar yang ia dapatkan tersebut, justeru mata batinnya menjadi tertutup. Ia berubah menjadi orang yang sangat kedekut. Ia menilai kalau mendapatkan rezeki itu tidak mudah, sehingga setiap kali ada permintaan sumbangan dari mereka yang memerlukan untuk kebajikan masyarakat, ia selalu punya alasan untuk tidak menderma. Kalau pun memberi, hanya sedikit dan tidak sesuai dengan kemewahan yang ia dapatkan setiap harinya. Yang lebih mengharukan lagi, matanya benar-benar tertutup untuk kaum dhu’afa, seperti kepada para pengemis. Setiap kali mengendari keretanya dan di pinggir jalan melihat pengemis, dia sering mengejek, “Pemalas sangat jadi orang. Cubalah cari kerja apa-apa untuk jadi orang senang.” Sudah terlalu sering ia mengumpat seperti itu kepada para pengemis jalanan. Bahkan, kalau ada pengemis yang mendatangi rumahnya dan minta sedekah, ia tak pernah memberinya. “Maaf Pak cik, terima kasih!” Tidak ambil peduli, apakah pengemis itu benar-benar mereka yang memang tidak kuat lagi untuk mencari nafkah atau anak muda yang masih gagah? Yang jelas, Karna memandang serong serta merendahkan orang-orang miskin. Sebab, baginya, kekayaan itu akan mudah didapatkan jika mahu bekerja keras. Ia pun sering mencontohkan dirinya kepada orang-orang tentang kejayaannya itu. Kerana terlalu kedekutnya, ketika anaknya sakit demam panas pun tidak dibawa untuk rawtaan doktor. “Ah, demam begitu biasa saja telan panadol,” ujar Karna. Begitulah yang selalu diucapkannya kepada si isteri, ketika perempuan itu mengadu kepada suaminya perihal anaknya yang sedang sakit. Akhirnya, anaknya memang sembuh setelah minum ubat yang diambil dari kedainya sendiri. Tapi, dalam waktu yang agak lama, berhari-hari. Meski begitu, Karna memiliki rasa ‘harga diri’ yang sangat tinggi. Saat dirinya disinggung kenapa tidak ‘naik haji’ padahal wangnya banyak, muka Karna lekas merah. Harga dirinya merasa terinjak-injak. Kerana seringnya mendengar ejekan semacam ini, akhirnya dengan angkuhnya ia mendaftarkan diri dan isterinya untuk naik haji. “Mah, lihat saja nanti, mereka akan melihat kita akan jadi haji,” ujarnya dengan penuh kesombongan kepada isteri.
Si isteri yang memiliki perangai berbeda dengan suaminya hanya mampu mengurut dada. Si suami seringkali dinasihati agar tidak melawati batas dalam berperilaku, tapi tetap saja tidak pernah berubah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2011 di pasaran...

Abu Hanifah: Perintis Bagi Mazhab Hanafi

CERMIN bening-cerah nampak pekat saat kita membuka lembaran seorang fukaha (pakar hukum Islam) yang mulanya bernama Imam Hanafi atau Abu Hanafiah. Nama sebenarnya ialah Nu’man bin Tsabit. Beliau dilahirkan pada tahun 80H atau 699M. Kufah, bandar tempat beliau dilahirkan, adalah kawasan yang menjadi mata rantai penyebaran Islam pada suatu masa. Masjid, para ulama, dan juga benih cendekiawan Islam tumbuh di kota yang pernah didiami oleh Ali bin Abu Thalib, yang mempunyai salasilah dengan Rasulullah s.a.w. Permulaan hidup Nu’man bin Tsabit tidak lepas dari berkah Imam Ali tatkala beliau mendoakan ayah Nu’man agar keturunannya menjadi insan yang berbudi luhur. Rupanya berkah ini mengawali kehidupan Nu’man, keturunan Tsabit.
Nu’man bin Tsabit menjadi seorang kembara ilmu yang gigih. Perlahan-lahan, nama dirinya mengabur. Ia yang sering dipanggil sebagai Abu Hanifa, kerana salah satu puteranya bernama Hanifah, yang lain menisbahkannya kerana perbuatan suci dan lurusnya.

ALIM DAN ZUHUD
Kecintaan pada ilmu merupakan ciri yang menonjol pada diri Abu Hanifah. Dia rela berkelana guna mengadu untung, mencari ketenangan, kebahagian yang mulia adalah segenap perkataan, perbuatan perilaku Rasulullah, junjungan utama orang muslim. Kerana itulah, Abu Hanifah sedia mendatangi setiap orang mahupun madrasah yang mengajarkan butir mulia kehidupan itu. Begitulah ketika Anas bin Malik datang ke Kufah, Abu Hanifah belajar daripadanya. Belajar meriwayatkan hadis pun dilakukannya pada ulama besar seperti Atha’ bin Abi Rabbah, Asy-Sya’bi, Adi bin Tsabit, Abdurrahman bin Hurmuj Al-A’raj, Amru bin Dinar, Thalhah bin Nafi dan masih ramai lagi. Ada pula yang meriwayatkan beliau sempat bertemu dengan 7 sahabat. Keinginan hendak menuntut ilmu membuat dia rela mendampingi guru fikahnya, Hamad bin Abi Sulaiman, yang ditinggalkannya setelah guru meninggal. “Aku putuskan untuk tidak berpisah dengan beliau tatkala ada yang bertanya kepadaku tentang suatu masalah lantas aku tidak mempunyai jawapannya,” Itulah nazar mengikuti alim bernama Syeikh Hamad selama 10 tahun. Selain sibuk dengan hukum Islam (fikah) yang menjadi “primadona” ilmu Islam pada masa itu, Abu Hanifah pun membekali diri dengan ilmu pendukung lainnya, iaitu ilmu kalam, ilmu sastera dan ilmu hikmah. Samudera yang ada dalam dirinya mengalirkan percikan hikmah dan cahaya pada dirinya mahupun orang yang berada dalam jangkauan wibawa ilmunya. Beliau mengetuai satu lembaga yang terdiri dari ahli fikah. Dari lembaga itulah keluar hukum Islam berjumlah 83 ribu buah: 38 ribu berkait dengan urusan agama dan 45 ribu yang lainnya mengenai urusan dunia. Dengan segudang ilmunya, sebenarnya tiada pintu tertutup untuk promosi jabatan, limpahan kekayaan, pergaulan elitis dan kemasyhuran lainnya. namun seorang ilmuan sekaligus seorang guru sejati menemukan kebahagiaan hakikinya pada penyebaran kebenaran itu sendiri. bahkan, apa pun risiko yang mendatang. Bukankah dengan kemudahan yang disediakan pemerintah, penyebaran kebenaran dapat berjalan lancar? Tetapi, ada hal yang kurang menyenangkan. Kerana itulah, Abu Hanifah memilih “tidak”! sebaliknya dia memilih jalan berliku dalam sikap tegar dan zuhud. Yakin pada janji nilai luar biasa yang abadi, kendati konsekuensinya adalah derita dunia berupa seksa penjara dari para pemimpin yang zalim. Begitulah ketika Gabenor Iraq, Yazid bin Amr menawarkan jawatan kadi kepada Abu Hanifah. Bila tawaran itu ditolak, bayangan hukum cambuk sudah membayang dimatanya. Namun Abu Hanifah menolak kedudukan dari pemerintah yang abai terhadap sunnah rasul dan suara kebenaran. “Demi Allah, aku tidak akan menduduki jawatan itu, sekalipun aku dibunuh kerananya,” begitulah jawapan yang dari fukaha ini. Tak hairan, beliau dipenjara selama dua minggu dan didera 10 cemeti pada setiap harinya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2011 di pasaran...

Al-Aziz 99 Kali Disebut Dalam Quran

KELUARAN kali ini, kita rangkumkan “Dua Nama” iaitu “AL MUHAYMIN” bermaksud ‘Allah Yang Maha Memelihara dan Maha Melindungi’, dan juga “AL AZIZ” yang membawa erti ‘Allah Yang Maha Perkasa’.
AL MUHAYMIN, Allah Yang Maha Memelihara dan Maha Melindungi. Allah s.w.t. tidak pernah jemu mengawasi dan melindungi makhlukNya. Bahkan saat makhluk melupakanNya, dia tetap mengawasi dan memenuhi semua keperluannya. Abu Jahm Hudzaifah bercerita: “Pada saat kemuncaknya perang Yarmuk, saya mencari saudara sepupu saya yang sedang ikut dalam peperangan. “Saya membawa satu bekas berisi air untuknya. Saya menemukannya dalam keadaan luka parah dan kehausan. Saya segera memberikan kendi itu kepadanya. “Namun tiba-tiba terdengar seorang merintih dekat saudara sepupu saya. Dengan isyaratnya, dia memerintahkan saya untuk memberikan minuman kepada orang yang merintih tersebut. “Ternyata orang itu pun dalam keadaan merintih hampir meninggal. Kemudian saya mendatanginya, ternyata di tempat yang berdekatan dengannya ada orang merintih kehausan. Dia ialah Hisyam bin Abul Ash. “Ketika saya mendekati orang yang ketiga itu, ternyata dia sudah meninggal dunia. Akhirnya, saya membawa kendi air itu kepada Hisyam. Ternyata Hisyam juga telah meninggal dunia.

• Allah sebagai Al Muhaymin
Al Muhaymin adalah turunan dari kata yang ertinya ‘memelihara’, ‘menjaga’, ‘melindungi’, ‘mengawasi’ dan ‘menjadi saksi terhadap sesuatu serta memeliharanya’. Dengan demikian, asma Allah Al Muhaymin dapat diertikan sebagai ‘Allah Yang Maha Memelihara’ atau ‘Allah Yang Maha Melindungi’. Demikian ungkap Quraish Shihab dalam bukunya Menyingkap Tabir Ilahi. Sifat Memelihara merupakan salah satu sifat Allah Yang Maha Mutlak. Sifat ini melingkupi hal memiliki, menguasai, dan melindungi. Ketiganya mengandung persyaratan sehingga betul-betul memenuhi kaedah dari sifat Memelihara. Menguasai, ertinya mengharuskan adanya pengetahuan. Memiliki mengharuskan adanya kesempurnaan kemampuan atau kekuasaan. Melindungi mengharuskan adanya tindakan. Keluasan pengetahuan, kesempurnaan kemampuan, dan kekuatan tindakan, hanya memiliki secara komprehensif dan mutlak oleh Allah Azza wa Jalla. Allah adalah sumber pengetahuan.
Dia yang menciptakan (Khalik) sekaligus memiliki setiap dan semua yang diciptakanNya (makhluk) dan Dia sendiri yang menjaga serta memelihara makhluk-makhlukNya setiap saat. Sesungguhnya, Allah menciptakan segala sesuatu tidaklah dengan sia-sia. Allah mempunyai kehendak terhadap semua makhlukNya sehingga Dia tidak akan pernah luput dalam menjaga, melindungi dan memelihara makhluk-makhlukNya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2011 di pasaran...

Menangislah, Dan Kau Akan Menjadi Kuat!

PERNAHKAH anda ingin masuk ke bilik anda dan menangis semahu-mahunya? Atau anda ingin tidur lena dan tak bangun-bangun? Anda ingin pergi ke suatu tempat, menghilang, dan berharap tak pernah ada di muka bumi ini? Ya, itu namanya perasaan ‘meleset’. Setiap orang pernah mengalami, dan bagi yang belum pasti akan mengalami. Anda merasa inilah titik terendah dalam hidup anda, dan saat itu rasanya tak ada keinginan selain berlari sejauh mungkin. Berlari dari kenyataan. Atau seperti program komputer, rasanya, ingin di-install ulang. Agar semua memori pahit itu lenyap seketika. Di saat rasa sakit dan pahit melanda - baik itu kerana kehidupan cinta yang menyedihkan, kerana kehidupan sosial yang sepi tanpa teman, kerana kerjaya yang terkandas di tengah jalan, kerana perniagaan yang tak menguntungkan satupun kecuali beban hutang akan muncul ke permukaan. Rasanya tak sanggup melangkah satu detik pun ke depan. Masa depan terasa gelap gelita. Tak ada cahaya. Apa yang harus dilakukan? Tak ada yang boleh dilakukan. Selalu ada sisi tergelap dalam kehidupan seseorang – seandainya anda pernah mengalaminya, atau setidaknya, seandainya anda percaya. Saya sendiri, ya, tentu saja pernah. Bila melihat dari permukaan lahirnya, orang akan menyangka hidup saya baik-baik saja. Ceria dan penuh canda. Di balik itu, di ceruk terjauh masa lalu, ada derita pahit yang membekas hingga kini, sulit terhapus dari kotak memori. Saya masih ingat di saat insan-insan yang amat saya cintai meninggalkan dunia untuk selamanya, rasanya takkan ada derita lebih parah dari itu. Seakan ingin menangis sepuasnya, ingin tidur selamanya. Begitu dalamnya kepedihan yang menyelimuti, hingga seolah terjebak dalam ruang antara realiti dan mimpi. Kerapkali rasa tak percaya hadir, benarkah ini terjadi? Lalu mengapa harus terjadi kepada saya? Mendadak saya merasa jadi ‘objek’ dari suatu adegan yang tak mampu saya fahami. Itu perasaan saya ketika nenek dan bapa saudara saya tercinta meninggal dunia. Banyak orang yang akan tertawa mendengar kata ‘nenek’dan ‘bapa saudara’ mengingat kedekatan kekeluargaan yang tidak terasa terlalu kental. Namun, bagi saya, insan berdua ini tak tergantikan. Mereka adalah orang utama dalam hidup saya. Orang-orang yang menjadi penyokong pertama dalam memupuk keberanian saya menghadapi dunia. Apakah anda juga pernah mengalaminya? Ditinggal insan yang selama ini mendukung hidup anda, menjadi alasan bagi anda lahir ke dunia – insan yang sama sekali tak pernah anda fikirkan akan meninggalkan anda secepat itu? Tak terbayang bagaimana kepahitan para sahabat kita yang saat ini tengah dirundung ujian bencana. Orang-orang terkasih meninggalkan, tempat tinggal yang nyaman digantikan khemah-khemah pelarian. Bolehkah esok hari tetap makan, berteduh, bernafas, dan hidup? Tak ada yang pasti, tak ada yang tahu. Luka fisikal yang menganga tak seberapa dibanding luka batin atas ketidakpastian yang nyata. Takdir itu berbicara melebihi kekuatan kita menjangkaunya. Di saat seperti ini, bolehkah hanya diam dalam lautan air mata? Salahkah mengeluarkan titis demi titis kepedihan, berdosakah bersedu sedan? Ya, boleh saja. Bukankah air mata tercipta untuk membasuh luka? Asalkan setiap titisannya gugur kerana hati yang hanya berpaut kepadaNya. Asalkan setiap isakan hanya tersedu untuk memohon kekuatan dariNya. Bukan tangis penyesalan, bukan tangis penggugatan, bukan tangis penyalahan atas takdirNya. Menangis adalah terapi terbaik. Menangislah, hanya jangan berlama-lama, sebab di balik kepahitan, kebahagiaan sudah siap menunggu untuk disambut, bukan?

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2011 di pasaran...

Setia Dengan Tradisi Kitab Kuning

Ya, inilah keadaan sebenar yang terjadi di Pondok Pesantren Al-Baqiyatussholihat Cibogo, Cibarusah, Bekasi. Mereka masih setia dengan konsep yang ditawarkan oleh Walisongo dulu. Namun, bukan bererti sistem pelajaran yang diberlakukan di sini sepenuhnya salafiyah semata-mata. Mereka tetap memasukkan pengetahuan-pengetahuan moden yang dianggap layak. Hanya saja, kitab rujukan utama mereka tetap kitab kuning.
Mereka menganut kaedah fikih: “memelihara konsep lama yang baik seraya menggali konsep baru yang lebih baik tanpa menghilangkan konsep lama”. Sebagai salah satu pondok pesantren tua di Bekasi, Pesantren Al-Baqiyatussholihat memiliki sejarah yang sangat panjang. Menurut KH. R. Jamaluddin Nawawi, 38, pesantren ini diasaskan kerana keadaan sosial masyarakat saat itu (pra-kemerdekaan), yang seakan-akan ingin membangun dirinya lewat ilmu pengetahuan. Dengan kata lain, penubuhan pesantren sangat diperlukan kerana keadaan sosial masyarakat yang miskin ilmu pengetahuan dan pegangan hidup. Sebagai orang yang berilmu dan memiliki kepedulian yang tinggi terhadap perkembangan Islam, KH. Raden Anwar, yang pernah menjadi murid KH. Hasyim Asy’ari ini, mengutus anaknya yang bernama Raden Ma’mun Nawawi untuk belajar agama di pesantren. Lalu, satu-persatu pesantren dikunjungi untuk digali ilmunya, mulai dari Pesantren KH. Hasyim Asy’ari di Jawa Timur, Pesantren Syekh Ihsan Jampes (Pengarang Kitab Siraj al-Thalibin) di Kediri, hingga Pesantren Tubagus Bakri bin Seda (Mama Sempur) di Plered, Sempur, Bandung. “Kerana kebolehannya dalam bidang ilmu, ayah saya, Raden Ma’mun Nawawi, diambil sebagai menantu oleh Kiai Tubagus saat itu,” ujar KH. R. Jamaluddin Nawawi, yang tidak lain merupakan anak KH.R.Ma’mun Nawawi dan pengelola pesantren sekarang.
Tuntutan ilmu Raden Ma’mun Nawawi tidak berhenti sampai di situ. Setelah itu, beliau belajar lagi ke Pesantren Syeikh Mansyur (pengarang Sulam al-Nairen) di Jembatan Lima, Jakarta. Kitab Sulam al-Nairen berisi tentang ilmu falak. Oleh Raden Ma’mun Nawawi, kitab ini mampu dipelajari dan dikuasainya selama 40 hari saja.
“Beliau memang cerdas orangnya,” ujar KH.R.Jamaluddin. Bahkan, menurutnya, kerana cerdasnya, dalam usia 19 tahun, ayahnya sudah menghafaz 30 juz al-Quran. Dari Jembatan Lima, Raden Ma’mun Nawawi belajar ke Makkah al-Mukarramah, untuk berguru kepada orang-orang pintar di sana. Setelah dianggap berkebolehan untuk mengembangkan dakwah Islamiyah, Raden Ma’mun Nawawi diminta oleh mertuanya, Tubagus Bakri, untuk mendirikan pesantren di Pandeglang, Banten. Namun, sekitar dua tahun kemudian, beliau diminta oleh ayahnya, KH.Raden Anwar untuk kembali ke tempat asalnya di Cibogo, Cibarusah, untuk mendirikan pesantren. Atas biaya si ayah, maka berdirilah Pesantren Al-Baqiyatussholihat pada tahun 1938. Seluruh pelajar pondok (santri) di Pesantren Pandeglang ikut bergabung ke Pesantren Al-Baqiyatussholihat ini. “Jadi, pada tahun pertama hampir sebahagian besar pelajar pondok di sini majoritinya orang-orang Banten,” ujar KH. Jamaluddin.
Pada masa kegemilangannya, pesantren ini pernah menampung sekitar 1,000 santri dalam satu-satu masa. Bahkan, pesantren ini sempat terkenal sebagai Pesantren Ilmu Falak (Hisab). Ketika menyebut pesantren ini, maka yang muncul di benak adalah Pesantren Ilmu Falak. Kerana itu, ketika pihak berkuasa Bekasi, Bogor, Jakarta dan sekitarnya memerlukan masalah perhitungan falakiyyah, selalu merujuk ke pondok pesantren ini. Sekarang masalah falakiyyah juga masih diajarkan di sini. KH. Jamaluddin lalu menunjukkan contoh almanak berdasarkan perhitungan falakiyyah yang masih menggunakan corat-coretan tangan. “Dari dulu hingga sekarang, modelnya adalah seperti ini,” ujarnya. Kini, dalam usianya yang sudah 73 tahun, pesantren yang berdiri di atas tanah 2995 m2 ini masih tetap gigih dan setia dengan tradisi lamanya, iaitu mengajarkan kitab kuning kepada pelajar-pelajar pondok lelaki dan wanita, baik ilmu alat (Nahwu, Sharaf, Balaghah), Faraidh (ilmu waris), Fikih, Falak (Hisab), Tauhid dan sebagainya. Salah satu pelajar pondoknya yang berkali-kali tampil di tv adalah KH. Yahya Anshari di Kalideres, Jakarta Barat. Bekas pelajar pondok lainnya yang masih aktif adalah Kiai Utsman di Citeureup dan sebagainya. KH.R.Ma’mun Nawawi meninggal dalam usia 63 tahun (1912-1975). Selama hidupnya beliau pernah menulis nadzaman ilmu falak sebanyak 63 bait dan menghasilkan setidaknya 63 kitab.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2011 di pasaran...

Bandar Klasik Yang Melintasi Masa

INGAT Khaled Meshaal, pemimpin biro politik Hamas, otomatik akan mengingat Damascus, yang sedang mengasingkan diri di sini kerana berseteru dan dijadikan target utama pembunuhan oleh pemerintah Israel, musuh bangsa Palestin. Bagi para pembelajar sejarah Islam, kota ini diingat sebagai ibu kota dari Bani Umayyah yang membawakan kemajuan dan kejayaan kekhalifahan Islam di saat Eropah masih dalam keadaan abad kegelapan.
Sementara bagi pembaca Perang Salib, ia mengingatkan pada pahlawan Islam Sultan Salahuddin Al Ayyubi yang perkasa dan arif. Namun sebenarnya, hal di atas itu baru sejemput kecil dari begitu banyaknya zamrud kebudayaan yang mengisi kota ini. Begitu pula lilitan tragedi yang menerpanya, yang seiring perjalanan waktu kemudian mengendap menjadi aneka mitologi yang memperteguh keberadaan Damascus.

SEPOTONG KAWASAN BERTUTUR BANYAK HAL
Damascus, dalam bahasa Arab disebut Dimashq ash Syam, sering disingkat dengan sebutan Dimashq atau Asy-Syam (ertinya: utara), sedangkan untuk menyebut Syria secara keseluruhan adalah Bilad Asy-Syam atau Negeri Utara. Sementara ahli menyebut Damascus berasal dari bahasa Aramic kuno Darmeoeeq yang bererti “sebuah tempat yang berpengairan sempurna”, mengingat Damascus dibelah oleh Sungai Barada dan sebuah oasis besar bernama Ghouta. Pola pengairan melewati terowongan dengan memanfaatkan sungai dan oasis tersebut sudah dilakukan semasa pemerintahan Aramic, yang kemudian diteruskan oleh penguasa Rom, Islam, dan sebahagian masih dipakai hingga sekarang ini. Masih ada pula pendapat bahawa asal kota ini bernama Dameoeeq, terambil dari kata Ibrani pada era pra-Aramic. Kota Damascus dibangun dan menjadi sebahagian dari Provinsi Amurru dalam Kerajaan Hyksos (1720 – 1570 SM). Beberapa nama besar yang pernah menguasainya adalah Nebukhadnezzar, penguasa Babylon pada 572 SM, yang berakhir pada 538 kerana serbuan Cyrus, lalu Aleksander Agung hingga runtuhnya penguasaan setelah kematian Alexander pada 323 SM. Penguasa Rom menganeksasinya pada 64 SM. Khalifah Umar Al-Khattab r.a. menaklukkan Damascus pada 636 M, dan semakin bersinar gemerlap setelah dinasti Umayyah menjadikan Islam yang membentang dari Sepanyol di Barat hingga India di sebelah timur (661 – 750 M). Sultan Salahuddin Al Ayyubi menegakkan kembali kecemerlangan Damascus sebagai kota yang melindungi aktiviti intelektual di sela-sela serbuan tentera Salib dari Eropah (1096 – 1191). Namun penguasa keturunan Mongol dari Samarkand, yakni Timurlane, meluluh lantakkannya pada tahun 1400. Damascus akhirnya menjadi salah satu provinsi penguasa Ottoman Turki hingga ke masa moden, hingga direbutnya kembali kawasan ini oleh suku-suku Arab berkat bantuan penjajah Barat, yakni Inggeris dan Perancis. Kota ini terhampar sekitar 80 km² sebelah timur Laut Mediteranean dan dilingkupi oleh Pergunungan Lebanon, dengan topografi setinggi 680 meter dpl. Sebagaimana kota lainnya, secara pusat Damaskus berpusat di satu kawasan yang kini dikenal sebagai Damaskus Lama (Old Damascus), dan melebar seiring perkembang kota. Old Damascus merupakan kota dikelilingi benteng yang membentang di sebelah selatan Sungai Barada. Dari noktah kecil berupa benteng ini, berbagai warisan budaya ditempelkan budaya barat Rom (Romawi) menyisakan sebuah jambatan (dari tujuh jambatan yang menghubungkan benteng dengan wilayah di luar benteng), yakni jambatan bahagian timur yang kini disebut Bab Sharqi. Terdapat pula jambatan bernama Bab Touma atau Jambatan Thomas, di sudut timur laut yang mengarah menuju permukiman kaum Kristian. Sementara Bab Kisan di sisi tenggara yang kini sudah ditutup, dipercayai sebagai tempat lolosnya Saint Paul, salah seorang pewarta Injil, dari Damascus dengan masuk keranjang dan melewati dinding benteng yang paling rendah. Dari nama-nama jambatan itu, terlihat perasaan yang mewakili suasana yang sedang, pernah terjadi atau diharapkan terjadi. Misalnya, Bab Al-Faraj atau jambatan Kebebasan; Bab Al-Faradis, atau Jambatan Syurga; Bab Al-Salam, atau Jambatan Perdamaian. Lalu, sebuah kawasan di sebelah barat laut dan timur laut benteng (kurang-lebih 3 km dari pusat), bermukim keturunan dari para tentera Kurdis muslim di masa Perang Salib dan keturunan pelarian Muslim dari kawasan Eropah Timur yang telah terusir akibat serbuan penguasa Kristian. Di situ juga terletak makam seorang sufi terkenal Muhyidin Ibnu Arabi. Sementara di kawasan Yarmouk, sebelah utara Sungai Barada sekarang ini, pemerintah Syria menyediakan buat ribuan pelarian Palestin yang terusir dari tanah airnya. Adapun kesan sejarah yang paling terkenal berdiri di jantung kota tua adalah Masjid Umayyah. Sebuah tempat yang sampai kini masih berdiri kukuh dan dipakai sebagai tempat beribadah sehari-hari. Masjid Umayyah adalah salah satu karya senibina hebat yang gaungnya bahkan menggema hingga saat ini.

DAMSYIK DI MASA KINI
Kini, Damascus sudah menjadi kota moden yang tiada beza dengan kota lain. Sebagai ibukota negara yang berpenduduk 4.5 juta, dan dibawah pemerintahan penuh Parti Sosialis Baath, kawasan subur telah tumbuh, namun tanpa melenyapkan tempat-tempat bersejarah yang begitu kaya. Warisan kekayaan kebudayaan Damascus telah menyumbang sekian banyak warisan peradaban dunia, yang sebahagiannya telah ditetapkan oleh UNESCO sebagai warisan kekayaan dunia. Kemodenan yang berpadu dengan akar budaya sangat tergambar di kota Damascus (Damsyik), berupa bangunan Arab yang bersentuhan dengan budaya Barat, kedai-kedai tradisional di pasar-pasar tradisional dengan segenap keramahan khas Arab. Pasar itu antara lain Souq al-Hamidiyeh, Souq Midhat Pasha, Souq al-Harir, souq Al-Bzourieh, yang dibangun pada abad ke – 18 – 19 dan masih berlangsung hingga saat ini.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2011 di pasaran...

Zikir Dan Kesedaran Rohani

ZIKIR, sebagai pengantara untuk mengingat Allah s.w.t. adalah sebuah amalan yang sangat penting bagi kehidupan seorang muslim. Ia ibarat jantung dalam tubuh manusia yang harus tetap berdegup setiap waktu. Dan manusia akan mengalami kematian bila jantungnya tak berdegup. Begitu pula dengan zikir; jika ia berhenti, maka matilah seorang muslim secara spiritual. Hatinya membeku dan membatu. Sebaliknya, jika seorang hamba selalu mengingat [menzikir] keberadaan Allah s.w.t., maka ia mampu merengkuh kesedaran rohani. Sebuah kesedaran yang mengantarkannya kepada kehidupan mulia, kerana ia tidak saja mengagungkan, memuji dan mencurahkan kecintaan serta kerinduan kepada Allah semata, melainkan menjadikan Allah itu sebagai Khalik – yang harus selalu diingat setiap saat. Dalam keadaan seperti itulah, seorang muslim akan menjadi tenang. Apa lagi, di tengah kehidupan moden seperti sekarang ini, dimana jiwa dan hati manusia mengalami pelbagai ujian, godaan bahkan penyakit yang tidak saja menjadikan hati membeku, melainkan juga dapat berkarat. Pada titik inilah, zikir memiliki peranan yang sangat bererti. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w. dalam sebuah hadis, “Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana besi berkarat. Cara membersihkannya adalah dengan mengingat Allah (zikrullah).”

Tingkatan Zikir
Meski zikir sudah begitu difahami sebagai media mengingat Allah, tetapi tidak sedikit umat Islam yang memahami zikir dalam konteks permukaan [zahir] semata, tanpa menyentuh hakikatnya. Zikir kerap kali difahami sebagai amalan yang dilantunkan dengan mulut saja, tanpa disertai adanya ketergerakan hati sehingga boleh menumbuhkan rasa cinta mengenal Allah. Dalam konteks inilah, zikir tidak dapat dimungkiri merupakan hakikat ibadah. Tentu, untuk dapat mencapai kesedaran dan ketinggian rohani, zikir itu pun harus dilakukan tidak semata-mata menyebut-nyebut ‘lafaz Allah’ saja. Kerana dengan melantunkan lafaz semata, tanpa didasari kecintaan dan mengenal Allah, maka nescaya tidak akan menyentuh kesedaran. Memang, setiap hamba memiliki tingkatan sendiri dalam mengenal Allah (zikir). Di kalangan ahli sufi, setidaknya, disebutkan ada tiga tingkatan. Pertama, zikir yang diucapkan dengan lisan. Dalam hal ini, zikir dengan melafazkan pujian kepada Allah semata. Yang yang kedua, yakni zikir di dalam hati, zikir agar seseorang yang menuju tingkatan yang lebih dalam dan tinggi. Ketiga, zikir yang “tertanam” kuat, yakni diucapkan secara otomatis di dalam lisan bila-bila saja dan di mana saja seraya tertanam kuat di dalam hati, turut dilakukan pula dengan zikir seluruh tubuh. Dalam hal ini, zikir tingkat ini adalah zikir yang dilakukan dengan penuh cinta dan ma`rifatullah.

Mencapai Kesedaran Rohani
Tetapi, di balik motivasi [niat] seseorang mengingat [zikir] Allah, tidak dimungkiri pula memiliki tingkat yang berbeda. Dunia sufisme, setidaknya, mencatat ada (empat) ajaran utama yang ditekankan. Pertama, zikir itu difahami sebagai sebuah perbuatan yang diwajibkan bagi seluruh umat manusia. Dalam kaitannya dengan perintah itu, al-Quran menjelaskan, “Wahai orang yang beriman, ingatlah Allah dengan mengingat sebanyak-banyaknya”; dan “Sebutlah (ingatlah) nama Tuhanmu dan beribadahlah kamu kepadaNya dengan sepenuh hati.” Kedua, “prinsip timbal balik” dalam berzikir. Kerana, saat seseorang mengingat Allah s.w.t., maka Allah pun akan mengingatnya, sebagaimana ditegaskan dalam al-Quran “Ingatlah kepadaKu, maka aku akan mengingatmu” (QS. Al-Baqarah: 152). Dengan kata lain, ketika seseorang muslim itu “mengingat” Allah, maka Allah membalas orang yang mengingatNya dengan mengingatnya juga. Ketiga, ajaran tentang zikir sebagai sebuah hakikat ibadah dan kemudian diamalkan dalam kehidupan sehari-hari. Jadi, antara ingat, yang mengingat dan Yang Diingat (zikr, zakir dan mazkur) adalah satu. Ini adalah misteri yang sulit diterangkan. Tapi, sebagaimana diterangkan dalam sebuah hadits Qudsi, setidaknya, misteri itu dapat dihurai dengan keberkahan yang dilimpahkan Allah s.w.t. kepada hambaNya yang berzikir. “HambaKu sentiasa mendekatiKu dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, maka Aku menjadi telinganya yang dengannya ia mendengar, menjadi matanya yang dengannya ia melihat dan menjadi tangannya yang dengannya ia mengambil dan menjadi kakinya yang dengannya ia berjalan. Seandainya ia meminta kepadaKu, tentu Aku akan memberinya dan seandainya ia meminta perlindungan kepadaKu, tentu Aku akan memberinya.” (HR. Bukhari). Keempat, niat zikir agar tidak melupakan Allah di mana pun dan dalam keadaan apa pun. Sebab Allah menciptakan manusia untuk tujuan ini, sehingga manusia sudah selayaknya untuk tidak melupai atau melalaikan Allah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2011 di pasaran...

Murid Setia Sunan Kalijaga

NAMA asalnya adalah Raden Mas Cokrojoyo atau ‘Pangeran Bunnabrang’. Ketika masih kecil hingga dewasa, Ki Cokrojoyo dikenal sebagai tukang peras air nira kelapa yang kemudian diolahnya menjadi gula. Anehnya, sebelum memanjat pohon nira, ia selalu menembangkan lagu ‘Kelontang-kelantung, wong nderes buntute bumbung, apa gelem apa ora?’ (Kelontang-kelantung, orang tukang peras, ekornya bumbung/bambu, apa mahu apa tidak?). Lagu ini kononnya sebagai ‘jampi’ untuk mendapatkan nira yang lebih banyak. Memeras air nira dilakukan oleh Ki Cokrojoyo kerana latar belakang keluarganya yang miskin. Dia tinggal di tengah hutan, di kampung Bedhug, Tanah Bagelen (sekarang telah menjadi daerah Bagelen, wilayah Purworejo), berada di bantaran aliran Sungai Watukura/Bagawanta. Dikatakan kerana miskinnya, dia juga dipanggil “Ki Petungmelarat”. Meskipun demikian, orang mengenalnya sebagai seorang yang kuat bertarikat hingga menjadi luhur budinya dan “sakti” ilmunya. Kerananya, Ki Cokrojoyo di-”tua”-kan di wilayahnya. Dalam paparan buku Sunan Geseng: Mubaligh Tanah Bagelen karya Radix Penadi disebutkan bahawa ketika suatu hari Ki Cokrojoyo akan memanjat pohon nira dan siap dengan jampi-jampinya, datanglah seorang yang perwatakannya kelihatan alim menghampirinya. “Kenapa setiap kali kau memanjat batang nira selalu mengucapkan kalimat tadi?”
“Itulah ‘jampi’ agar hasilnya melimpah,” jawab Ki Cokrojoyo. “Ah, tapi yang kau ucapkan itu salah dan kurang tepat”. “Salah dan kurang tepat? Tuan rupanya belum kenal aku. Akulah Ki Cokrojoyo, tukang ambil air nira yang aku lakukan sejak kecil. Itu merupakan ilmu warisan keturunanku dan jampi-jampi itupun bukan sembarang jampi!” “Betul kata-katamu. Tapi aku ada jampi yang lebih unggul, yang akan boleh menghasilkan lebih banyak dari jampimu itu,” kata lelaki alim tersebut dengan penuh yakin. “Buktikanlah!” pinta Cokrojoyo. “Baiklah, izinkanlah aku melihat caramu mengolah air nira itu.” Ki Cokrojoyo lalu mengajak lelaki tadi ke rumahnya dan mengajarinya. Si tetamu kemudian mengambil gula nira tersebut. Gula itu diserahkan pada Ki Cokrojoyo seraya berpesan agar jangan dibuka sebelum dirinya keluar dari kampung Bedhug. Setelah lelaki itu keluar dari kampungnya, Ki Cokrojoyo segera membuka gula tersebut. Matanya terbelalak kerana isinya bukan lagi gula, melainkan segenggam emas yang berkilauan. Ki Cokrojoyo tersedar bahawa tamunya tadi bukanlah orang sembarangan. Diapun mengejar lelaki tersbeut. Dia akhirnya berhasil juga mengejar dan menemukan lelaki misteri itu, yang tidak lain adalah Sunan Kalijaga, salah seorang Wali Songo yang termasyhur di kalangan rakyat jelata.
Dorongan dari rasa ghairahnya itu, Ki Cokrojoyo minta diajarkan “bacaan jampi” dengan bersedia menjadi muridnya. Sunan Kalijaga kemudian mengajarkan kalimat syahadat. Sejak saat itu, Cokrojoyo selalu diajak Sunan Kalijaga mengembara dari satu daerah ke daerah lain sambil menyebarkan dakwah Islam.

Digelari Sunan Geseng
Sunan Geseng adalah murid yang sangat patuh dan setia terhadap semua perintah Sunan Kalijaga. Pada suatu hari, Sunan Kalijaga ingin menguji kesetiaan Sunan Geseng dengan ujian yang cukup berat. Sunan Geseng yang waktu itu masih bernama Ki Cokrojoyo diminta untuk menjaga dan memegangi tongkat yang ditancapkan di sebuah bukit di wilayah Bagelen. Sunan Kalijaga berpesan agar Ki Cokrojoyo tidak meninggalkan tempat itu sampai dia kembali. Ki Cokrojoyo duduk bersila memegangi dan menjaga tongkat yang ditinggalkan Sunan Kalijaga. Hujan, panas, dingin dan ancaman binatang buas selama menunggui tongkat gurunya tak sejengkal pun membuat Ki Cokrojoyo bergerak dari tempat duduknya. Ia tetap tak berganjak dari tempat duduknya, meski hanya sesaat. Hari demi hari, bulan terus berganti, tahun demi tahun tak terasa Ki Cokrojoyo telah duduk bersila memegangi dan menjaga tongkat gurunya selama ‘7 tahun’. Setelah 7 tahun itulah Sunan Kalijaga kembali ke tempat itu untuk menemui muridnya, Ki Cokrojoyo. Namun, apa yang terjadi di luar dugaan? Muridnya tak terlihat lagi di tempat itu. Bukti tempat di mana Ki Cokrojoyo memegangi dan menjaga tongkat Sunan Kalijaga sudah berubah menjadi sebuah hutan yang sangat lebat. Sunan Kalijaga dengan keadaan terpaksa membakar tempat itu untuk mengetahui tempat si murid yang ditinggalkan sendirian selama ‘7 tahun’ tersebut. Dengan keadaan hutan yang sangat menyeramkan, hati Sunan Kalijaga tak yakin apakah Ki Cokrojoyo masih bertahan di tempat itu. Setelah tiga perempat bahagian hutan itu habis terbakar, di sanalah kelihatan Ki Cokrojoyo duduk bersila dalam keadaan sama seperti ketika ditinggalkan dulu. Tubuhnya hitam terpanggang api sambil memegangi erat tongkat Sunan Kalijaga yang ditancapkan di tanah. Bahagian tubuh Ki Cokrojoyo kelihatan ‘terbakar’ akibat terpanggang api, namun dirinya tak berganjak sedikitpun dari tempat duduknya. Hati Sunan Kalijaga terharu saat itu. Dia belum pernah menemui kesetiaan dan ketaatan yang sangat luar biasa dari seorang muridnya itu sebelumnya. Melihat pengorbanan sedemikian besar, maka sejak itu Ki Cokrojoyo dinilai telah lulus dan layak memiliki ilmu setingkat dengan ilmu seorang ‘wali’. Lantas Ki Cokrojoyo pun diberi gelar dengan panggilan Sunan Geseng.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2011 di pasaran...

Hidup Ini Adalah Sebuah Misteri, Singkaplah!

ADA jutaan manusia yang sudah mengharungi dunia ini. Tapi, barangkali, hanya segelintir orang yang berani mempertanyakan tentang siapa dirinya; apa makna hidup untuknya? Ada ribuan manusia, mungkin, yang mempertanyakan dirinya. Tapi, boleh jadi, hanya sejumlah jiwa yang menemukan jawapannya, jawapan sementara hal ehwal tentang ia dan dunianya, ia dan keluarganya, ia dan Tuhannya. Ya, kali ini, izinkan saya menyinggung sekilas perkara demikian, sesuatu yang - menurut saya acapkali dilewatkan seorang anak manusia.
Gelutan jiwa, pendakian diri, atau apapun namanya, tak dapat dimungkirkan adalah hal yang jarang disinggung dan dihayati seseorang. Ia berlalu begitu saja bersama bab-bab kehidupan yang sering terjadi. Lahir, tumbuh, dewasa, bekerja, berkahwin, dan kemudian meninggal dunia. Atau, barangkali yang lebih ekstremnya, pusingan hidupnya boleh jadi begini: menumpang makan, minum, dan seks. Hmm... Apa bedanya kita dengan haiwan ya? Apa betul itu yang diharapkan Tuhan saat menciptakan kita, hamba yang diberikan kedudukan “khalifah”? Padahal, pencarian diri sebenar manusia adalah paling fundamental agar hidup manusia tidak semata-mata berkubang dalam bab-bab menjemukan tersebut. Sayangnya, perkara tersebutlah yang paling tidak diperhatikan. Seakan-akan semuanya sudah begitu adanya. Seolah-olah semuanya ada tanpa perlu dipertanyakan, diselidik, dan difikirkan di dalam lingkaran fikiran; anugerah keunggulan manusia yang disebut sebagai akal. Tidakkah firman Allah yang bermaksud: “Apakah kamu tidak memikirkannya...?” yang diulang-ulang dalam beberapa surah menjadi bahan tafakur kita? Akibatnya, tak aneh, betapa banyak manusia di muka bumi ini yang menyandang kedudukan pengikut, bukan yang diikuti; banyak di antara kita yang lebih memilih menjadi orang yang dipimpin, bukan memimpin [khalifah]; banyak di antara kita yang hanya menjadi penonton, bukan pemain dalam kehidupan; banyak di antara kita yang gerak hidupnya “diwarnai” oleh seseorang atau sesuatu, berbanding “mewarnai” dunia ini. Kesannya, tentu saja, sangat dahsyat. Mereka akan menjadi manusia tanpa dapat memilih yang terbaik dan terbagus untuknya. Imam Ghazali pernah berkata: “Tidak ada yang lebih dekat denganmu kecuali dirimu sendiri. Jika kamu tidak mengenal dirimu, bagaimana kamu akan mengenal yang lain? Kamu harus mencari realitimu sendiri. Benda apakah kamu itu? Untuk apa kamu datang ke tempat [dunia] ini? Mengapa kamu diciptakan? Apa dan dimana kebahagiaanmu? Apa dan dimana kesengsaraanmu?” Untuk itu, dalam tahun baru Hijrah 1432, tak ada salahnya kita merenungi petua Imam Ghazali itu, agar hidup yang sebentar ini tidak sekadar melalui stesen-stesen masa yang melenakan, menjemukan dan membosankan; agar di dalam hidup terpahat semangat yang indah dan berharga. Saya jadi teringat sebuah figura di sebuah hospital bersalin di Cirebon saat menunggu isteri saya melahirkan anak sulung. Di dalamnya terpahat kata-kata motivasi yang menggugah dan saya tergoda ingin membahaginya di kolom ini.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2011 di pasaran...

Tiga Wanita Yang Diberi Kebebasan Oleh Rasulullah s.a.w.

MAKKAH sebelum Islam dikenal mengamalkan sekatan terhadap kaum wanita. Hak-hak mereka banyak diabaikan. Antara lain, kelahiran bayi perempuan dianggap mencoreng arang di muka, yang membawa malu tiada terhingga. Sehingga Umar bin Khattab sendiri di zaman kejahilannya, menanam bayi perempuannya hidup-hidup. Demikian juga dengan lelaki lainnya pada waktu itu. Bila, Islam datang di bumi yang tandus dan panas ini, ianya menyiramkan kesejukan dan peraturan hidup baru yang lebih indah. Para wanita yang dulu tak diakui darjat dan mertabatnya, diberi kedudukan yang sangat tinggi oleh Islam. Bagaimana tidak, seorang anak diwajibkan memuliakan ibunya tiga kali dibanding ayahnya yang sekali; dikenalkannya hadis ‘syurga di bawah telapak kaki ibu, al-Jannatu tahta akhdamil ummahat.’ Tidak hanya itu, Islam juga datang dan memberikan hak kepada wanita, yakni memberikan mertabat kemanusiaan; menetapkan kebebasan dalam keperibadiannya; serta mengakui kebebasannya dalam mengelola hak miliknya. Di bawah kepemimpinan “uswatun khasanah Nabi Muhammad s.a.w.”, keindahan Islam menata dengan indahnya. Di masa ini, tidak benar jika Islam dianggap mengekang kebebasan wanita, bahkan sejak awal Islam telah memberikan kebebasan kepada kaum hawa. Kerana majunya keadaban Islam, penyelidik Islam Marshal G. Hodgson mensifatkan Islam semasa Nabi s.a.w. sebagai masa yang mendahului zamannya. Setakat sekarang ini, jejak mutiara dari masa kenabian itu menjadi pelajaran indah bagi wanita. Inilah kisah tiga orang wanita – Khasana binti Khadzdzam, Barirah dan Kahulah binti Malik – yang mencerminkan adanya hak dan kebebasan yang di perkenalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Kisah Khansa binti Khadzdzam
Khansa binti Khadzdzam adalah keturunan Bani Amr bin Auf bin Aus. Sebagai seorang wanita dewasa, Khansa pernah dilamar oleh dua orang lelaki: pertama oleh Abu Lubabah bin Mundzir, seorang pejuang dan sahabat Rasul; dan kedua, seorang lelaki dari kerabat ayahnya. Khansa sendiri tertarik dengan Abu Lubabah, sedangkan ayahnya lebih tertarik dengan anak bapa saudaranya. Akhirnya Khansa hendak dinikahkan dengan anak bapa saudaranya itu. Namun Khansa tetap tidak bersedia, dan mengadukan persoalan ini ke hadapan Nabi s.a.w., seraya berkata, “Sesungguhnya ayah saya telah memaksa saya, untuk berkahwin dengan orang yang diinginkannya, sedangkan saya sendiri tidak mahu.” Jawab Nabi s.a.w., “Laksanakan apa yang diperintahkan oleh ayahmu.” Lalu Khansa kembali berkata, “Saya tidak suka dengan hal tersebut.” Nabi s.a.w. berkata, “Kalau begitu, pergilah dan menikahlah kamu dengan orang yang kamu sukai.” Selanjutnya Khansa berkata, “saya tak menolak dengan apa yang diingini oleh ayah saya, namun saya ingin agar orang-orang tahu bahwa ayah tidak boleh ikut campur dengan urusan anaknya dalam masalah ini.” Dari kisan ini, sejak zaman Nabi s.a.w. wanita sudah di beri hak dan kebebasan memilih pasangannya. Seorang “wali” tidak berhak memaksa anaknya untuk berkahwin dengan orang yang tidak dicintainya. Atas dasar itulah Rasulullah menghalang perkahwinan Khansa binti Khadzazam. Rasulullah bersabda: “Seorang janda tidak boleh dinikahkan sebelum diminta pertimbangan (musyawarah) dan seorang gadis tidak boleh dinikahkan sebelum di minta persetujuannya.” (HR. Bukhari, Muslim)

Kisah Barirah
Barirah turut mewarnai kisah wanita yang juga diberi kebebasan dalam menentukan pasangan hidupnya. Dia adalah seorang hamba wanita dari Habsyah. Tuannya bernama Utbah bin Abu Lahab yang kemudian mengahwinkannya dengan seorang ‘hamba’ bernama Mughits. Sebenarnya Barirah tidak rela dijodohkan dengan ‘hamba’ tersebut, namun dia tidak boleh menolaknya kerana statusnya sebagai ‘hamba’ yang harus menuruti perintah tuannya. Hal itu kemudian diketahui oleh Aisyah r.a. hingga dibelilah Barirah dan dibebaskannya. Setelah bebas, Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya, “Kamu telah bebas, maka kamu telah berhak atas dirimu dan kamu bebas memilih.” Lalu Barirah memutuskan untuk bercerai dari suami yang tidak dicintainya. Pada saat yang sama, si suami ternyata mengekorinya sambil menangis merayu, namun Barirah tidak menghiraukannya. Melihat hal itu Nabi s.a.w. lalu berkata kepada Barirah, “Takutlah kepada Allah, sesungguhnya dia adalah suamimu dan ayah dari anakmu.” Barirah menjawab, “Apakah Baginda Rasulullah menyuruh saya?” Rasulullah berkata lagi, “Saya hanya menyarankan saja.” Dia berkata, “Kalau begitu saya sudah tidak ada kepentingan lagi dengannya.” Konon suaminya memang tidak memperlakukan Barirah dengan baik sehingga ia merasa tertekan dengan perangai suaminya itu. Kisah Barirah di atas membuktikan bahawa Islam telah memberikan kebebasan bagi kaum wanita untuk menentukan jalan hidupnya. Kebebasan menentukan rumahtangganya, kebebasan yang menghantarkannya menuju kehidupan yang damai dan tenteram. Sesungguhnya suatu toleransi yang tak ternilai dalam sejarah umat manusia.

Kisah Khaulah binti Malik
Dia seorang sasterawati yang ulung sekaligus salihah. Ia selalu mengadukan segala permasalahannya kepada Allah s.w.t. dan RasulNya. Perkataannya didengar oleh Allah dari langit ketujuh. Berawal dari kisah perseteruannya dengan suaminya, Allah s.w.t. menurunkan surat Al-Mujadalah tentang hukum “Dzihar”.
Khaulah adalah isteri dari Aus Ibnu Shamit, seorang suami yang sudah lanjut usia, buruk perangainya dan menjemukan. Pada suatu hari suaminya mengajaknya ‘bersama’, namun ia menolaknya dengan beberapa alasan. Lalu suaminya marah, dan berlaka, “Bagiku, kamu tak ubahnya seperti punggung ibuku.” Setelah itu dia keluar dari rumah dan duduk sebentar bersama kaumnya di halaman. Kemudian dia masuk ke rumah dan mengajak Khaulah ‘bersama’ kembali. Seketika itu Khaulah berkata, “Tidak, demi Allah, jangan cuba-cuba mendekatiku. Kamu telah mengeluarkan kata-kata itu. biarkan Allah dan RasulNya yang menghukum kita.” Namun suaminya tetap berkeras akan keinginannya hingga Khaulah mengalahkannya dan berhasil lari darinya, hingga sampai di rumah Rasulullah. Di hadapan Rasulullah, Khaulah menceritakan apa yang terjadi antara dia dan suaminya. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai Khaulah, suamimu adalah orang yang sudah tua, maka sabar dan bertawakalah kepada Allah.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2011 di pasaran...