Tuesday, April 15, 2014

Hidayah April 2014

Hidayah keluaran April 2014 sudah beredar di pasaran.  Pastikan anda  tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera  sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk  anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja...


Salam Kami


ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Pembaca budiman, keluaran ini kami memilih kisah iktibar yang memaparkan tentang ketulusan doa dan munajat seorang suami yang salih yang akhirnya dengan kehendak Allah s.w.t. jua akhirnya dapat menyembuhkan penyakit yang dideritai isteriya. Si suami ini bukan seorang ‘bomoh’ atau pengamal perubatan tradisional, tapi seorang ‘hamba Allah’ yang jujur dan telus cintanya terhadap pasangan hidupnya. Ianya wajar dijadikan iktibar buat para suami dalam melayani cinta terhadap pasangan hidupnya. Kisah ini memberi kesan positif bahawa kejujuran, pengorbanan dan ketulusan cinta itu adalah lahir dari kalangan orang-orang beriman tidak kira lelaki atau perempuan.
Bagi peminat kisah sufi, kisah penolakan cinta Rabiyah Al-‘Adawiyah memang menarik dan luar biasa. Walaupun tak mungkin ada wanita yang mencapai mertabat ahli sufi terkenal ini, namun dari sudut moralnya kalangan wanita boleh menjadikan kisah ini sebagai sumber inspirasi dalam meningkat ‘kesucian jiwa’ dalam merenangi hidup penuh bergelora ini. Hidayah juga memaparkan rencana bertajuk ‘Berbanggalah menjadi perempuan’ dimana rencana berkenaan mengajak pembaca berfikir bahawa kaum wanitalah pengembang warisan hidup insan dan tokoh-tokoh mulia dunia dari dulu hingga sekarang. Dari belaian tangan mereka lahirnya generasi-generasi lelaki dan wanita yang mempunyai jasa besar dari dulu hingga terkini dan masa-masa mendatang. Tidak lupa dalam keluaran ini, Hidayah juga mengajak pembaca merenungi kehidupan orang-orang Melayu dalam era 50an dan 60an di Kuala Lumpur. ABI mengambarkan  bagaimana daifnya orang Melayu waktu itu baik dalam soal ekonomi atau pegangan agama yang jauh berbeza dengan sekarang ini. Sementara itu banyak lagi rencana-rencana lain dalam majalah ini yang anda boleh hayati dan renungkan tentang hakikat hidup kita ini. Walaupun Hidayah bukanlah majalah untuk orang sufi, namun apalah salahnya kami mengajak anda untuk merintis ke jalan itu. Dengarkanlah apa kata seorang ahli sufi yang bermadah: “Andaikan kamu mengetahui apa yang aku ketahui tentu kamu sedikit tertawa dan banyak menangis, dan andaikan kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya akan sujudlah salah satu kamu hingga putus belakangnya, dan akan menjerit sehingga habis suaranya. Menangislah kamu kepada Allah, jika tidak dapat menangis maka tangis-tangiskanlah sehingga menyerupai orang-orang yang menangis.”
Pembaca budiman, fikir-fikirkanlah dosa-dosa kita yang lalu, sebab ia telah berbuat dosa itu tetap tidak mengetahui apakah ianya dimaafkan atau tidak. Terima kasih yang berterusan kerana anda terus menjadi pembaca setia Hidayah. Kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang, InsyaAllah.
Wassalam!

Pengarang
Suhaimi Hamid.

Jenis-Jenis Air Yang Bertuah Di Muka Bumi

MENURUT ilmu ketabiban Al Imam Jalaluddin As Suyuthi, di muka bumi ini terdapat enam macam air yang berguna untuk kesihatan tubuh manusia, dan boleh sebagai jadi perosak bila tidak cermat menggunakannya. Air apa itu ...? Air yang dalam bahasa Arab disebut Al Maa adalah bahan kehidupan dan penghulu segala minuman. Dia merupakan salah satu unsur penunjang alam, bahkan penunjang pokok. Kerana langit diciptakan dari wapnya, bumi dari buihnya, dan Allah menciptakan kehidupan segala sesuatu itu tergantung kepada air. Para tabib telah berselisih pendapat tentang: “Apakah air itu berfungsi sebagai makanan bagi tubuh, atau hanya sebagai penghantar makanan ke seluruh jaringan tubuh saja?” Segolongan berpendapat bahawa air itu berfungsi sebagai makanan juga, sesuai dengan apa yang dapat disaksikan, seperti: pertumbuhan, kekuatan dalam tubuh, dan lebih-lebih pada saat sangat diperlukan. Mereka mengatakan, “Kami tidak menafikan bahawa sebahagian besar kekuatan itu bersumber kepada makanan, namun yang tidak kami setujui adalah pendapat yang mengatakan bahawa air itu sama sekali tidak berfungsi sebagaimana halnya makanan. Mereka mengatakan pula: “Kerana air itu adalah bahan kehidupan bagi binatang dan tumbuh-tumbuhan, apalagi dia adalah sumber yang utama...” Bagaimana mungkin dinafikan fungsinya sebagai makanan, sedangkan air adalah sumber kehidupan yang mutlak. Sebab seseorang yang haus bila diberikan air kepadanya, maka akan kembalilah kekuatannya. Dan dia dapat bertahan dengan makanan yang sedikit.
Akan tetapi orang yang haus makanan yang banyak tak berguna, dan dia tak akan mendapatkan ghairah daripadanya. Air itulah yang mengirim makanan ke setiap bahagian dalam tubuh dan ke setiap anggota tubuh, dan tidak akan sempurna makanan tanpa air, yang tidak kami setuju adalah anggapan yang mengatakan bahawa ia sama sekali tidak memiliki daya sebagaimana makanan. Air mempunyai sifat DINGIN LEMBAB. Dia meredakan panas, memelihara kelembapan tubuh dan mengembalikannya sebagai ganti yang telah terhurai, dan melunakkan makanan serta menyampaikannya ke seluruh urat-urat dalam tubuh. Dan air yang baik itu ditentukan oleh sepuluh perkara:
1. Warnanya harus jernih
2. Baunya harus tanpa bau sama sekali
3. Rasanya harus terasa tawar
4. Beratnya harus ringan dan halus
5. Tempat mengalirnya harus yang baik
6. Sumbernya harus jauh
7. Tempatnya tak tersembunyi dalam tanah sehingga matahari dapat menyinarinya
8. Gerakannya mengalir harus deras
9. Banyak dan jumlahnya harus banyak agar dapat menolak kotoran-kotoran yang bercampur dengannya
10. Alirannya harus mengalir dari arah utara ke arah selatan atau dari arah barat ke timur.
Menurut Al Imam Jalaluddin as Suyuthy, sifat-sifat yang tersebut diatas tidak dapat dijumpai dengan sempurna kecuali pada empat sungai saja, iaitu; sungai Nil, sungai Gangga, sungai Duphrat, dan sungai Dajlah. Selain itu akan dijelaskan pembahagian jenis air dan manfaat serta mudaratnya masing-masing:

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...

Munajat Doa Suami: Menyembuhkan Penyakit Isteri

SARBINI Marzuki (bukan nama sebenarnya) seperti terbang ketika menyedari isteri tercintanya dipanggil Zat Pemilik Hidup. Ia sedar bahawa setiap ciptaan Allah yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya. Tapi, waktu itu, kesedarannya tertutup oleh besarnya rasa cinta, hingga ia merasa terkejut dan belum siap ditinggal oleh Salama [bukan nama sebenarnya], sang isteri yang puluhan tahun mengisi rongga dadanya dengan rasa kebahagiaan. Ketidaksiapan Marzuki membuat dirinya tidak mengerti bagaimana mengurus jenazah isterinya, padahal ia sering menghadiri jenazah-jenazah, sering membantu tetangga dalam mengurus jenazah, mulai dari memandikan, mengkafani, mensolatkan, hingga turun ke liang kubur. Namun, ketika isterinya meninggal dunia, ia tidak mampu berbuat apa-apa selain merenung dan memandangi isterinya yang terbujur kaku. Meski tidak meraung-raung dalam tangisan, air matanya terus meleleh. “Sudahlah, Zuki. Kamu harus menerima dan ikhlas. Tak baik membiarkan orang yang sudah meninggal dunia tak terurus seperti ini,” nasihat Ustaz Sofyan. “Kamu juga pasti sangat mengetahui bahawa menyegerakan pengurusan jenazah merupakan hal utama yang harus kita lakukan,” tambah Ustaz Sofyan. Marzuki tersedar. Ia kemudian segera melakukan persiapan guna mengurus jenazah isterinya. Ketua Rukun Tetangga (RT) dan jiran-jiran pun membantunya dengan segera. Proses pengurusan surat penguburan, keranda dan segalanya pun diselesaikan dalam tempoh yang cepat. Maka, hanya dalam hitungan beberapa jam saja, proses pemandian, pengkafanan, solat jenazah dan pengkebumian jenazah terlaksana dengan tertib. Sekali lagi, ketika jenazah isterinya masuk ke liang lahad dan tertimbun tanah, Marzuki merasa ikut tertimbun. Ia belum begitu rela atas kepergian isterinya. Ia menangis melayani rasa keharuannya kehilangan isteri tercinta. Kaum keluarga dan tetangga hanya menganggap kalau Marzuki belum mahu beranjak dari kubur isterinya kerana perasaannya masih belum stabil. Tetapi, mendapati Marzuki masih tetap memandangi kubur Salma hingga petang hari, tetangga merasa keadaan itu tidak boleh dibiarkan. Marzuki harus dinasihati dan salah satu orang yang layak menasihati Marzuki adalah Ustaz Sofyan. “Pulanglah, Zuk. Lebih baik kamu melakukan hal-hal yang lebih penting, untukmu dan juga untuk Salma. Waktu-waktumu boleh kamu gunakan untuk ibadah, boleh mendoakan Salma, agar Allah mengampuni dosanya, menerima amal ibadahnya,” begitu nasihat Ustaz Sofyan.
Marzuki tidak berganjak. Ustaz Sofyan kembali berujar. “Mungkin, Salma tidak menyukai apa yang kamu lakukan saat ini, Zuki. Mungkin Salma lebih senang kalau kamu solat dan mendoakannya, bukan menyesali kepergiannya dengan cara seperti ini. Bukankah kelak kamu juga akan menyusul Salama? Nah, lebih baik kamu beribadah sebagai bekal persiapannya.” Lagi, Marzuki tersentak dengan ucapan Ustaz Sofyan. Seketika ia berdiri dan mencium tangan ustaz. “Terima kasih, ustaz” ucap Marzuki yang dengan segera meninggalkan Ustaz Sofyan sendirian.

HIDUP UNTUK IBADAH
Kematian Salama membuat hidup Marzuki berubah drastik. Hari-harinya dijalani hanya dengan sedikit rutin kerjanya. Kebanyakan waktunya digunakan untuk beribadah. Solat dan zikir menjadi amalannya. Ketika Marzuki hendak melaksanakan solat subuh, persiapan yang dilakukannya sudah dimulai dari pukul tiga dinihari. Tak jarang, setelah melaksanakan solat subuh berjemaah, ia tidak kembali ke rumah dan memilih berdiam diri sambil berzikir di masjid sampai waktu zuhurnya. Beberapa jemaah masjid memperhatikan laku Marzuki. Beragam komentar pun meluncur dari bibir mereka. “Marzuki sudah tak punya semangat hidup,” begitu komentar salah seorang jemaah masjid. “Benar,” sahut yang lainnya. “Dia boleh jatuh sakit kalau setiap hari seperti itu.” “Kasihan, perutnya tak terurus. Apa Marzuki tidak merasakan lapar dan haus?”
Dari dialog yang terjadi, kemudian salah seorang jemaah mendekati Marzuki. “Apa mahu saya bawakan segelas teh manis, Zuki?” Marzuki menoleh sebentar, kemudian balik pada posisi semula. Dari mulutnya keluar ucapan yang pelan. “Terima kasih. Saya sudah tidak memiliki dunia ini lagi. Dan berharap secepatnya menyusul Salama.” Jemaah masjid terkejut mendengar ucapan Marzuki. Tapi hanya rasa hairan saja yang membuat mereka saling menatap antara satu sama lainnya. Mereka tidak dapat melarang apa yang sudah menjadi keputusan Marzuki. Kerana itu, jemaah pun meninggalkan Marzuki yang kembali terbenam dalam khusyuknya berzikir.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...

Jenazahnya Terkoyak-Koyak

Tersebutlah Rudi [bukan nama sebenarnya], pemuda berusia sekitar 25 tahun. Pendidikannya hanya sampai SMA (Menengah). Setelah lulus SMA, Rudi bercita-cita bekerja di perusahaan atau pejabat swasta yang berjaya. Ia tidak mempersoalkan pekerjaan yang digelutinya. Ia mahu bekerja di bahagian apapun, asalkan ia bekerja di perusahaan atau dalam pejabat. Tetapi niatnya itu tidak kesampaian, kerana untuk memperoleh pekerjaan di perusahaan atau dalam pejabat yang hebat, ia harus bersaing dengan lulusan dari sekolah yang lebih tinggi darinya. Tidak seperti teman-temanya yang mahu bekerja di tempat lain, Rudi sudah bertekad hanya mahu bekerja di pejabat atau perusahaan bagus saja. Maka, ketika teman-temannya mulai berniaga kecil-kecilan di pinggir pasar dekat rumahnya, Rudi hanya duduk-duduk saja. Ia masih yakin bahawa suatu saat nanti dirinya akan mendapat panggilan dari perusahaan atau pejabat tempatnya memohon pekerjaan.
Tetapi, hingga setahun setelah kelulusannya dari SMA, Rudi belum juga mendapat pekerjaan yang diidam-idamkannya itu. Kerjanya setiap hari hanya berkumpul dan lepak-lepak di pinggir pasar bersama teman-temannya yang tidak bekerja. Ia seringkali tidak pulang ke rumah walaupun hari sudah larut malam.
Hampir setiap malam ia habiskan waktunya di pinggir pasar bersama teman-temannya dengan berbotol-botol minuman keras yang memabukkan. Menjelang fajar ia baru pulang ke rumah dengan terhuyung-hayang, merasakan berat kepalanya. Tidak hanya mabuk, Rudi juga sering meminta wang daripada para peniaga di pasar. Ia akan marah jika tidak diberi wang oleh orang-orang yang dimintanya. Beberapa peniaga kecil di pasar pernah dipukulnya kerana tidak mahu memberikan uang kepadanya. “Kamu mesti bayar wang perlindungan!” bentak Rudi kepada setiap orang yang enggan memberinya wang. “Maaf, Bang! Belum dapat wang. Belum ramai,” ujar penjual sayur. Peniaga itu berlembut memanggilnya ‘abang’ walaupun usianya lebih tua dari samseng kampung itu. “Pasar ramai begini kamu bilang belum ramai?” herdik Rudi lagi. “Maksud saya belum ada yang beli, Bang,” jawab si pedagang sayur itu agak ketakutan. Mendengar orang yang dimintanya masih terus menjawab bentakannya, Rudi semakin marah. Dengan geram ia memukul tukang sayur itu. Tukang sayur yang kurus itu tidak dapat mengelak dari pukulan Rudi. “Jangan, Bang. Jangan, Bang!” pinta tukang sayur sambil mengeluarkan wang Rp500 (RM15) dari kocek seluarnya dan memberikannya kepada Rudi yang hendak memukulnya lagi. Demikianlah setiap hari Rudi meminta wang dari para peniaga di pasar. Wang yang diperasnya itulah yang ia pergunakan untuk minum-minum bersama kawan-kawannya setiap malam. Tetapi rupanya ajal manusia memang tidak dapat diduga. Seperti kata orang bijak, ajal manusia itu seperti buah kelapa. Layaknya buah kelapa, tidak ada jaminan bahawa hanya buah kelapa yang sudah tua saja yang boleh jatuh ke tanah. Kadang-kadang, buah kelapa yang masih muda pun jatuh juga. Begitu pula ajal manusia. Tidak ada jaminan bahawa kita akan meninggal pada masa tua. Sedangkan anak-anak dan bayi pun meninggal dunia sebelum mereka merasakan alam remaja. Demikian pula yang terjadi pada Rudi. Pada suatu  hari ia jatuh sakit. Seharian ia tidak keluar rumah. Ibunya yang tahu anaknya sakit terpaksa membawakan makanan ke biliknya. Sebagai seorang ibu, ia sebenarnya berniat membawa anaknya ke klinik terdekat, namun Rudi tidak mahu. “Alaah, Bu. Nanti sembuh la. Cuma panas saja. Sudah biasa...” jawab Rudi kepada ibunya ketika ibunya mengajaknya ke klinik. Hingga malam, panas Rudi tidak mahu turun. Menjelang subuh Rudi menghadapi sakaratul maut dengan susah payah. Akhirnya Rudi meninggal di sisi ibunya. Dalam waktu yang singkat, rumah Rudi pun penuh dengan para tetangga yang datang berziarah. Bapa Rudi sibuk menerima para tetangga yang turut membantunya menyiapkan kubur dan mengurus surat izin pengkebumian bagi anaknya. Jenazah Rudi hendak dikebumikan di tanah perkuburan yang tidak jauh dari rumahnya. Tanah perkuburan itu merupakan Tempat Perkuburan Umum (TPU) yang sangat luas. Ribuan jenazah telah dikuburkan di sana.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...

Saat Bumi Dikuasai Bangsa Jin

SEBELUM Nabi Adam a.s. diturunkan dari langit, bumi dipenuhi dengan berbagai jenis makhluk hidup. Namun, adakah makhluk berakal yang membangun dan yang mendapat tugas (mukallaf) dari Allah s.w.t. untuk memakmurkan bumi? Memang tidak ada bukti sahih yang dapat digunakan sebagai landasan untuk menjawab pertanyaan tersebut, selain menjadikan mitos dan lagenda yang muncul di berbagai negara sebagai bahan rujukan. Di samping penemuan para arkeologi yang berupa artifak, peninggalan sejarah, gambar, dan tulisan yang menegaskan bahawa kehidupan masa lalu telah memenuhi bumi ini sebagai suatu komuniti. Mereka menghuni lembah dan gunung serta membangun peradaban. Boleh jadi, peninggalan-peninggalan mereka kini telah menghilang ke dalam kerak bumi, di dasar yang paling dalam, serta menjadi pasir dan mineral. Tetapi, akar dari peninggalan mereka belum tercabut secara keseluruhan. Sehingga masih dapat diidentifikasi oleh manusia zaman sekarang yang tidak pernah berhenti melakukan penyelidikan untuk mengungkap masa lampau yang seringkali mengejutkan. Sebagai contoh, ditemukannya ornamen-ornamen di Mesir Kuno dan Iraq yang berasal dari 5,000 tahun sebelum Masehi. Ornamen-ornamen yang pembuatannya harus melalui proses pencelupan dengan elektrik itu memang sulit dipercaya.  Bagaimana tidak! Pengetahuan tentang proses pencelupan dengan tenaga elektrik itu sendiri baru diketahui dan dikembangkan oleh manusia moden pada abad ke 19. Contoh lainnya adalah, ditemukannya tembikar-tembikar di Iraq yang berasal dari masa 3,000 tahun SM. Tembikar-tembikar itu memiliki lapisan dari tembaga dan potongan-potongan besi yang dilapisi dengan bisyumin (bahan pencegah kebocoran).
Hal ini menunjukkan, bahawa pada masa itu telah dikenal beberapa jenis asid, serta dikenal pula adanya tenaga elektrik. Kedua contoh di atas hanya sebahagian kecil saja dari berbagai penemuan yang menyiratkan adanya makhluk berakal yang menempati bumi ini jauh sebelum manusia, atau tepatnya sebelum Nabi Adam a.s. diturunkan. Masih banyak contoh-contoh penemuan lainnya yang terlalu panjang untuk dihuraikan dalam tulisan yang sederhana ini, termasuk di dalamnya manuskrip-manuskrip kuno. Manuskrip-manuskrip yang ditemukan di berbagai negara, namun dengan isi yang hampir sama, iaitu tentang keberadaan makhluk yang memiliki akal dan kecerdasan tinggi. Mereka menguasai pengetahuan dan teknologi, dan membangun peradaban di atas bumi ini. Makhluk yang menguasai bumi beribu-ribu tahun sebelum adanya manusia. Siapakah mereka? Yang pasti, makhluk itu memiliki bentuk menyerupai manusia namun dilengkapi dengan sayap pada tubuhnya. Siapakah makhluk berakal yang mendapat tugas dari Allah s.w.t. untuk memakmurkan bumi sebelum datangnya manusia tersebut? Sebagaimana disebutkan di awal tulisan, bahawa tidak ada bukti kuat yang dapat menjelaskan tentang keberadaan makhluk berakal yang menempati bumi ini sebelum manusia. Kerana itulah rujukan yang paling tepat untuk mencari jawapan atas keberadaan makhluk tersebut, tidak lain adalah kitab yang memiliki kebenaran azali, yakni Al-Quran Al-Karim. Dalam Qs. Al-Hijr: 27, Allah s.w.t. berfirman; “Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.” Kandungan ayat tersebut menegaskan bahawa jin lebih dahulu ada, sebelum manusia diciptakan. Pertanyaannya, setelah jin diciptakan, dimanakah dia ditempatkan?

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...

Menolak Cinta Cara Rabi'ah Al-Adawiyah

RABI’AH AL–ADAWIYAH salah seorang sufi wanita dan wali Allah yang sangat terkenal. Ia membelakangi dari segala sesuatu yang fana agar dapat lebih memusatkan perhatian kepada yang bersifat abadi. Pandangan ini mungkin dapat disejajarkan  dengan ungkapan yang dikatakan oleh ST. Paul, “Kita melihat bukanlah pada segala sesuatu yang nampak jasadnya, tetapi pada yang tidak dapat dilihat oleh mata, sebab yang terakhir ini lebih bersifat abadi, sedang yang pertama adalah sementara.” Rabia’ah Al-Adawiyah berada dalam kesucian roh dan keintiman jiwa. Namun, Al-Jahiz mengatakan bahawa Rabi’ah sangat takut pada reputasinya sebagai seorang yang suci atau sufi. Ia mengisahkan, “Rabi’ah Al-Adawiyah ditanya oleh seseorang, ‘Pernahkah engkau melakukan suatu keajaiban sehingga dengan itu engkau dapat dikatakan sebagai orang suci?’ Ia menjawab, ‘Andaipun ada, aku takut hal itu akan menguntungkanku.’ Ucapan lain dari Rabi’ah mengenai hal ini ialah, ‘Apa yang nampak baik dari pekerjaanku aku anggap sebagai tidak ada apa-apanya.’ Demikianlah Rabi’ah.” Rabi’ah tidak ingin memerlihatkan kesuciannya, bahkan pujian kepada sesama makhluk Allah s.w.t. Salah satu nasihat Rabi’ah kepada para muridnya adalah, “Sembunyikanlah perbuatan baikmu sebagaimana menyembunyikan perbuatan burukmu.” Wanita suci ini dikenal sangat dekat dengan Allah s.w.t.(taqarrub ilallah). Keinginannya telah digantikan dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, perbuatannya tidak didasarkan pada akal fikirannya sendiri, tetapi kehendakNya. Rasa sakit dan penderitaan pun diterimanya sebagai kehendak Ilahi atas dirinya. Ia menahan semua itu dengan penuh ketabahan serta keikhlasan. Dikisahkan, bahawa pada suatu hari kepalanya terantuk sebatang pokok dan berdarah, tetapi ia tidak memperhiraukannya. Seseorang pun menanyakannya, “Tidakkah engkau merasakan sakit?” Jawab Rabi’ah, “Perhatianku hanyalah tertuju pada kehendakNya. Dia telah menyibukkan diriku dari yang lainnya yang dapat engkau lihat,” ujarnya dengan tegas. Rabi’ah ialah seorang yang redho kepada Allah s.w.t. Penderitaan yang dikirim olehNya diterima dan dijalaninya dengan penuh rasa ikhlas. Dalam menjalaninya ia melihat si pencipta sedang mencuba mengujinya. Beberapa orang berkata bahawa pada suatu saat. Rabi’ah Al-Adawiyah didatangi seseorang yang hidup di antara timbunan barang-barang terbuang. Orang itu berkata, “Apa salahnya jika seorang hamba yang  disenangi oleh Allah memohon makanan dengan berbagai macam cara?” Rabi’ah menjawab, “Diamlah engkau, wahai orang yang tidak berguna, tidakkah engkau sedar bahawa orang suci itu akan selalu  redho kepada Allah, bahawa hamba itu  harus menerima kehendakNya bagaimana pun Dia yang melakukannya.” Abu Thalib menceritakan bahawa suatu hari, Sufyan Ats-Tsauri yang sedang bersama Rabi’ah dan Ja’far bin Susman Ad-Dubai berkata, “Ya Allah, Illahi Rabbi, semoga Engkau redho dengan kami semua.” Lalu, Rabi’ah menyahut, “Tidak malukah engkau memohon redho Allah, sementara engkau sendiri belum redho kepadaNya? “Sufyan menjawab, “Aku mohon ampun kepadaMu, Ya Allah.” Ja’far lalu berkata kepadanya, “Bilakah seorang hamba akan redho kepada Allah?” Rabi’ah menjawab, “Apabila seorang hamba itu merasa bahagia pada saat kesengsaraannya adalah sama ketika ia merasa senang pada saat kebahagiaannya datang.” Keredhoan Rabi’ah tidak memperhitungkan kerugian yang terjadi, sebab keredhoan kepada Allah s.w.t. merupakan suatu manifestasi kuasaNya. Oleh kerana itu, pekerjanan-pekerjaan yang istimewa dapat dilaksanakan berkat redhoNya. Rabi’ah mengabdikan dirinya hanya kepada cinta Allah s.w.t. Oleh kerana itu, ia memilih untuk menjadi kekasih Allah s.w.t. dan tidak menikah. Menurutnya, dalam kehidupan bersuami ia akan sibuk dengan urusan rumah tangga, sehingga melupakan cintanya kepadaNya. Dengan tidak menikah, ia dapat melakukan pencarian tanpa halangan.
Sebenarnya ramai lelaki terhormat yang melamar Rabi’ah, salah seorang ialah Abdul Wahid bin Zyad yang terkenal dengan kezuhudan dan kesucian hidupnya. Ia adalah seorang filosof dan ulama yang hidup dalam pengasingan untuk mencari jalan Allah s.w.t. Ia juga pendiri salah satu jemaah pemondokan di dekat Basrah pada 793 M.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...

Bidadari Tercantik Di Syurga

BIDADARI adalah wanita cantik di syurga yang memiliki perangai yang sangat baik. Allah s.w.t. berfirman, “Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (QS. Ar-Rahman [55]: 70) Para bidadari itu sama sekali belum disentuh oleh siapapun, termasuk oleh bangsa jin. Allah berfirman, “Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.” (QS. Ar-Rahman (55): 74) Mengapa bidadari itu tak tersentuh? Sebab, Allah sengaja memingitnya di dalam sebuah rumah yang sangat megah di syurga, “(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.” (QS. Ar-Rahman (55): 72). Dikatakan, salah satu bidadari yang paling cantik di syurga itu bernama ‘Ainul Mardhiyah. Bidadari yang satu ini hanya diberikan untuk mereka yang berjihad di jalan Allah. Secara bahasa Ainul Mardhiyah bererti mata yang diredhoi atau setiap pandangan yang melihatnya pasti akan menemukan keredhoan di hati. Kisah tentang Ainul Mardhiyah diceritakan dalam hadis Nabi s.a.w. riwayat Termizi: Ketika pagi hari di bulan Ramadan, Nabi s.a.w. sedang memberikan targhib (ajakan untuk semangat berjihad) kepada pasukan Islam, Nabi s.a.w. pun bersabda, “Sesungguhnya orang yang mati syahid kerana berjihad di jalan Allah, maka Allah akan menganugerahkannya Ainul Mardhiyah, bidadari paling cantik di syurga”. Salah satu sahabat yang masih muda yang mendengar cerita itu menjadi penasaran. Namun, kerana malu kepada Nabi dan sahabat-sahabat lain, sahabat ini tidak jadi mencari tahu lebih dalam mengenai Ainul Mardhiyah. Waktu zuhur sebentar lagi, sesuai sunnah Rasul, para sahabat dipersilakan untuk tidur sejenak sebelum pergi berperang. Bersama kafilah perangnya pun sahabat yang satu ini tidur terlelap dan sampai bermimpi. Di dalam mimpinya dia berada di tempat yang sangat indah yang belum pernah ia kunjungi sebelumnya. Dia pun bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik yang belum pernah ia lihat sebelumnya. Ia pun bertanya kepada wanita tersebut, “Di manakah ini?”  “Inilah syurga.”, jawab wanita itu.  Kemudian sahabat ini bertanya lagi, “Apakah anda ‘Ainul Mardhiyah?” “Bukan, saya bukan Ainul Mardhiah. Kalau anda ingin bertemu dengan Ainul Mardhiyah, dia sedang berada di bawah pohon yang rindang itu.” Didapatinya oleh sahabat itu seorang wanita yang kecantikannya berkali-kali lipat dari wanita pertama yang ia lihat. “Apakah anda ‘Ainul Mardhiyah?” tanya sahabat itu. “Bukan, saya ini penjaganya. Kalau anda ingin bertemunya di sanalah singgasananya,” jawab si bidadari.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...

Mayat Perlukan Doa Dari Orang Luar

KITA biasa ke tanah perkuburan untuk menguburkan jenazah. Kebanyakan dari kita-kita ini apabila tiba di kawasan kuburan, kita akan mencari tempat duduk. Setelah mayat itu dikuburkan, kita terus pulang. Dalam agama, kita diajar supaya mendoakan kepada si mayat itu. Kita telah menyerahkan kepada Allah seorang mayat. Mayat itu, menurut keterangan agama, memerlukan doa dari kita semua. Nabi s.a.w. sendiri mendoakan kepada mayat kalau Rasulullah bersama dalam upcara pengkebumian. Kita boleh berdoa kepada Allah apa saja yang baik-baik kepada si mayat itu. Kita mohon supaya Allah ampunkan dosanya. Kita mohon agar Allah lapangkan kuburnya dan lain-lain lagi. Rasulullah sendiri mendoakan sahabatnya yang meninggal dunia dengan doa ketika dikebumikan dengan menyebut agar Allah menerangi kuburannya.
Dalam kitab-kitab agama ada menyebut tentang mayat tersebut memerlukan doa dari kita yang hidup ini.
Para ulama telah menukilkan dalam kitab-kitab mereka berhubung dengan masalah ini dengan jelas dan terang. Menurut Imam Al-Ajiri Rahimullah, setelah menguburkan mayat, maka orang-orang yang menguburkan di sunnahkan untuk berdiri sebentar menghadap kiblat, seraya mendoakan mayat agar diberi keteguhan, dengan berkata: “Ya Allah, inilah hambaMu, Engkau lebih tahu daripada kami, dan kami tidak mengetaui padanya kecuali kebaikan. Kini Engkau telah mendudukkannya untuk Engkau tanyai. Ya Allah, teguhkan ia dengan jawapan yang tepat di akhirat, sebagaimana Egkau telah meneguhkan ketika di dunia. Ya Allah, sayangilah dia dan pertemukanlah dia dengan NabiMu. Janganlah Engkau menyesatkan kami setelahnya, dan jangan Engkau haramkan pahalanya untuk kami.” Berdiri dikubur dan memohon keteguhan pada saat pengkebumian merupakan pertolongan bagi seorang mayat selain solatnya. Sebab, solat bagi sekelompok orang yang beriman, laksana bala tentera bagi yang sudah berkumpul di depan pintu istana raja; mereka semua memberi syafaat kepadanya. Sementara berdiri di depan kuburan dalam memohon keteguhan merupakan pertolongan bagi bala tenteranya. Pada saat itu adalah saat yang paling menyebukkan (bagi si mati), kerana dia sedang menghadapi suatu yang menakutkan dan pertanyaan yang mendebarkan. (Termizi, Al-Hakim) Rasulullah s.a.w. pun pernah mencontohkan beberapa doa pada saat berdiri di kuburan seorang mayat, setelah beliau selesai menguburkannya, baginda s.a.w. pernah betucap: “Inna lillah wa inna ilaihi raaji’un.” Ya Allah dia telah datang kepadamu, sementara Engkau adalah sebaik-baik penerimanya. Jauhkan tanah dari kedua sisinya, bukalah pintu-pintu langit untuk rohnya, sambutlah dia dengan sambutan yang baik serta teguhkanlah ucapan pada saat diajukan pertanyaan kepadanya.” Baginda s.a.w. juga berdoa: “Ya Allah jauhkanlah dia dari syaitan,” (Al-Hakim) Baginda s.a.w. juga berdoa: “Ya Allah, sahabat kami telah datang kepadaMu. Jadikanlah dunia di belakang punggungnya. Ya Allah, teguhkanlah jawapannya pada saat diajukan pertanyaan kepadanya, dan janganlah Engkau mengujinya dengan sesuatu yang diluar kemampuannya.” (Said bin Manshur) Rasulullah s.a.w. berdoa ketika Abu Salamah meninggal dunia:
“Ya Allah, lapangkanlah baginya kuburnya serta terangilah dia dalam kuburya.” (Muslim) Sedangkan Ali bin Abi Thalib r.a. mengajarkan: Jika jenazah telah sampai di kuburan dan orang-orang telah duduk, maka janganlah duduk, tetapi berdiri di tepi liang kubur. Dan ketika jenazah sudah dimasukkan ke dalam kubur, maka ucapkanlah yang ertinya:atas nama Allah dan agama Rasulullah s.a.w. Ya Allah, HambaMu telah datang kepadaMu, dan Engkau sebaik-baik penerima. Tempatkanlah di dunia di belakang punggungnya dan jadikanlah apa yang akan dijalaninya lebih baik daripada yang dijalaninya, kerana engkau telah berfirman: “Apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang berbakti.” (HR. Bazzar)

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...

Nabi Musa a.s. Menundukkan Tukang Sihir Firaun

Nabi Musa a.s. masih takut kerana dulu pernah membunuh orang Mesir. Allah menjanjikan perlindungan, hingga Musa beroleh tenteram. Bahkan untuk memantapkan dakwah tersebut, Nabi Musa a.s. memohon agar Musa ditemani saudaranya Nabi Harun a.s., abangnya, kerana Harun amat fasih dalam berbicara dan berdebat. Permintaan Musa dikabulkan Allah (lihat QS. Al-Qashash [28]: 32-35 dan QS Thaha [20]: 42-47). Setelah itu, Musa pun melanjutkan perjalanan ke Mesir. Musa bergegas ke Selatan kota Mumfis, di mana anak-anak keturunan Ya‘qub menetap di situ.

Berdakwah di Hadapan Firaun
Di hadapan mereka, Musa memberi khabar gembira ehwal risalah yang dibawanya. Ia berjanji akan menyelamatkan mereka dari penindasan Firaun. Harun berdiri di samping Musa, membuat Musa tidak merasa gentar. Lalu, Musa dan Harun memutuskan pergi ke istana Firaun, berjalan lewat pinggiran sungai Nil ke arah Utara. Dari jauh, tampak istana Firaun berdiri megah. Sebuah istana yang dibangun berlantai marmar dan dipenuhi perabotan menawan yang terbuat dari emas. Kemudian keduanya memasuki istana dan menemui Firaun. Musa dengan santun memberi salam, tapi Firaun menyambut dengan angkuh.
“Siapa kalian?” tanya Firaun. “Kami, Musa dan Harun, adalah pesuruh Tuhan untuk datang kepadamu agar engkau membebaskan Bani Isra’il dari perhambaan dan penindasan dan menyerahkan mereka pada kami agar menyembah Allah dengan bebas dan menghindari dari seksaanmu.” “Bukankah kami telah mengasuhmu sejak masa bayi dan tinggal bersama kami dalam istana sampai mencapai usia remaja mendapat pendidikan dan pengajaran yang menjadikanmu pandai? Dan, bukankah engkau yang melakukan pembunuhan terhadap seorang dari golongan kami? Sudahkah engkau lupa itu semuanya dan tidak ingat akan kebaikan dan jasa kami pada kamu?” “Engkau memeliharaku sejak masa bayiku, bukankah itu suatu jasa yang dapat engkau banggakan. Kerana jatuhnya aku dalam tanganmu adalah akibat kekejaman dan kezalimanmu tatkala engkau memerintah agar orang-orangmu menyembelih setiap bayi laki-laki yang lahir, sehingga ibuku terpaksa membiarkan aku terapung di permukaan sungai Nil di dalam sebuah peti kemudian dipungut isterimu dan selamatlah aku. Sedangkan mengenai pembunuhan yang telah aku lakukan itu akibat godaan syaitan yang menyesatkan, namun peristiwa itu akhirnya merupakan suatu rahmat dan berkah yang terselubung bagiku. Sebab dalam perantauanku setelah aku melarikan diri dari negeri Mesir, Allah mengurniakan hikmah serta ilmu lantas mengutusku sebagai Rasul dan pesuruhNya. Maka dalam rangka tugasku sebagai Rasul, datanglah aku padamu atas perintah Allah untuk mengajakmu dan kaummu menyembah Allah dan meninggalkan kezaliman dan penindasanmu terhadap Bani Isra’il.” “Hai Musa, siapakah Tuhan yang engkau sebut-sebut itu? Adakah tuhan di atas bumi ini selain aku yang patut disembah?” “Tuhan langit dan bumi dan segala apa yang ada antara langit dan bumi.” Firaun memandang para penasihatnya dan pembesar kerajaan. “Sungguh, Rasul yang diutus kepada kalian ini adalah seorang yang gila!”  Firaun berseru pada Musa dan Harun: “Siapa Tuhan kalian?” “Tuhan kami ialah Tuhan yang memberikan pada tiap-tiap makhluk suatu bentuk kejadiannya, kemudian memberi petunjuk kepadanya.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...

Al-hambra (Cordova) Seville: Musnahnya Sebuah Kejayaan

Alhambra, sering juga dijuluki “Istana yang Hilang” atau “Kejayaan yang Sirna”. Alhambra yang terletak di CORDOVA, Andalusia (nama yang diberikan umat Islam untuk Sepanyol) menyimpan rakaman sejarah kehebatan ilmu pengetahuan, karya sastera, seni dan arkitektur umat Islam. Bahkan Cordova, wilayah dimana Alhambra berdiri disebut sebagai puncak kecemerlangan ilmu pengetahuan Islam, di saat Barat sedang dalam Abad Kegelapan. Menurut Washington Irving dalam bukunya berjudul “Al-Hamra”, penyebab kemunduran umat Islam di Andalusia, bukan kerana kehebatan dan kekuatan tentera Salib (seperti banyak disimpulkan oleh para ahli sejarah) tetapi kerana pertikaian dalaman. Dan sayangnya, istana yang begitu megah itu tak lagi diurus, bahkan dijarah dan dihancurkan, termasuk Perpustakaan Cordova yang menyimpan banyak dokumen penting bagi ilmu pengetahuan. Awal kedatangan pasukan Islam di Sepanyol bermula khabar dari Julian, seorang Gabenor Ceuta, yang memohon kepada Musa bin Nusair, raja Muda Islam di Afrika untuk memerdekakan negerinya, kerana di negerinya (Andalusia) sedang dilanda kekacauan yang hebat. Kemudian atas perintah Raja Muda tersebut tersebut, beliau memerintahkan Tariq bin Ziyad keturunan Barbar salah seorang Panglima Islam untuk Raja Muda iaitu Musa bin Nusair, maka Tariq dan pasukannya mengunjungi tanah Andalusia. Tariq membawa pasukannya lebih kurang 12,000 orang ke Gibraltar pada Mei tahun 711 M. Tarikh 19 Julai 711 M, Raja Muda dan Tariq bin Ziyad bersama pasukannya telah mengalahkan pasukan Kristian di daerah Muara Sungai Barbate. Kemudian, Tariq membahagi pasukannya ke-4 (empat) wilayah penting yaitu, Toledo, Cordoba, Malaga dan Granada.
Timbullah untuk mendirikan kerajaan Islam di tanah Sepanyol. Dengan Raja Mudanya di Teledo yang berkuasa tahun 711-756 M berada di bawah pengawasan Bani Umayyah di Damascus. Kemudian disusul oleh kerajaan-kerajaan Islam lainnya dan juga berdiri Mulukuth Thawaif atau raja-raja kecil, seperti di Malaga di bawah Raja Hamudian (1010-1057); Saragoza di bawah pimpinan Raja Tujbiyah (1019-1039) yang dilanjutkan Raja Huddiyah (1039-1142); Valencia di bawah pimpinan Raja Amiriyah (1021-1096); Badajos dengan Raja Aftasysyiyah (1022-1094); Sevilla di bawah Raja Abbadiyah (1023-1069); Toledo di bawah pimpinan Raja Dzun Nuniyah (1028-1039). Istana Alhambra didirikan oleh kerajaan Bani Ahmar atau bangsa Moor (Moria) ( bangsa yang berasal dari daerah Afrika Utara), satu kerajaan Islam terakhir yang berkuasa di Andalusia (sekarang Sepanyol). Kerajaan ini adalah Daulat Bani Ahmar yang berkuasa antara 1232-1492 M, didirikan oleh Sultan Muhmmad bin Al-Ahmar atau Bani Nasr yang masih keturunan Sa’id bin Ubaidah, seorang sahabat Rasulullah s.a.w., yang berasal dari suku Khazraj di Madinah. Bangunan Istana Alhambra dibangun kurang lebih tahun 1238 dan 1358 M oleh sultan tersebut yang diteruskan oleh keturunan raja-raja Bani Ahmar. Istana Alhambra tidak langsung didirikan, namun secara bertahap. Bangsa Berber atau Moor pertama kali menundukkan Andalusia dalam cahaya Islam. Berabad-abad umat Islam berusaha memakmurkan negeri yang gersang, tandus dan penduduknya yang angkuh dan keras itu, hingga kemudian menjadi sebuah negeri yang subur, makmur, dan menjadi pusat peradaban dunia. Istana ini dilengkapi dengan taman mirta semacam pohon myrtuscommunis dan juga bunga-bunga yang indah harum semerbak, serta suasana yang nyaman. Kemudian, ada juga Hausyus Sibb (Taman Singa), taman yang dikelilingi oleh 12 tiang yang terbuat dari marmar. Di taman ini pula terdapat kolam air pancur yang dihiasi dengan dua belas patung singa yang berbaris melingkar, yakni dari mulut patung singa-singa tersebut keluar air yang memancar. Di dalamnya terdapat berbagai ruangan yang indah, iaitu, Ruangan Al-Hukmi (Baitul Hukmi), yakni ruangan pengadilan dengan luas 15 m x 15 m, yang dibangun oleh Sultan Yusuff I (1334-1354);. Ruangan Bani Siraj (Baitul Bani Siraj), ruangan berbentuk bujur sangkar dengan luas bangunan 6.25 m x 6.25 m yang dipenuhi dengan hiasan-hiasan kaligrafi Arab; ruangan bersiram (Hausy ar-Raihan), ruangan yang berukuran 36.6m x 6.25 m yang terdapat pula “al-birkah” atau kolam pada posisi tengah yang lantainya terbuat dari marmar putih. Luas kolam ini 33.50m x 4.40 m dengan kedalaman 1.5 m, yang di hujungnya terdapat teras serta deretan tiang dari marmar; ruangan dua perempuan bersaudara (Baitul al-Ukhtain), iaitu ruang yang khusus untuk dua orang bersaudara perempuan Sultan Al-Ahmar; Ruangan Sultan (Baitul al-Mulk); dan masih banyak ruangan-ruangan lainnya seperti ruangan Duta, ruangan As-Safa’, ruangan Barkah, ruangan peristirehatan sultan dan permasisuri di sebelah utara ruangan ini ada sebuah masjid yakni masjid al-mulk.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...

Kaum Perempuan Jadi Penghuni Neraka?

KEBANYAKAN penghuni neraka adalah kaum perempuan. Begitulah sebahagian besar orang memahami salah satu riwayat hadis. Betulkah pemahaman itu? Ina masih bengong. Otaknya kacau setelah mendengar ceramah agama dari seorang ustaz di sebuah majlis taklim tazkirah yang menyebut, dihari kiamat, kebanyakan penghuni neraka itu nanti adalah perempuan. “Teruk ni, penghuni neraka yang banyak terdiri dari jenis kaumku? Adakah memang perempuan memang banyak membuat dosa? Aku ini perempuan dan tempatnya neraka,” katanya dalam hati sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Mungkin, anda tidak pernah merasakan keresahan seperti Ina, ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya atas ungkapan itu. Keresahan adalah tanda bahawa dalam diri kita menginginkan penyelesaian terhadap apa yang diresahkan.
Jika anda selalu resah dengan apa yang terhampar dalam layar kehidupan anda, dan anda tidak akan berhenti pada titik resah itu, tetapi selalu berusaha mencari dan mencari, anda akan menemui pemahaman agama yang tidak hanya menyebut: “kata orang itu atau si anu.” Tetapi, pemahaman agama yang berdasarkan pada pengetahuan diri dari pengalaman diri. Oleh sebab itu, Faqihuddin menegaskan bahawa secara prinsip dalam Islam, seseorang masuk neraka atau syurga bukan kerana jenis jantinanya, dan bukannya kerana nasab keturunannya atau kerana suku bangsanya. Seseorang masuk syurga atau neraka adalah kerana amal perbuatannya. Sesiapa pun yang berbuat buruk akan memperoleh balasan yang buruk, dan sesiapa yang berbuat baik akan mendapat balasan yang baik. Bahkan secara tegas dalam surah An-Nahl disebutkan, “Barang siapa yang beramal salih, lelaki ataupun perempuan, sedangkan dia beriman, maka akan kami berikan balasan dengan yang lebih baik dari yang mereka lakukan,” (QS. An-Nahl, 19: 97). Jadi bagaimana memahami teks hadis yang menyatakan bahawa perempuan adalah penghuni terbanyak di neraka?
Masih kata Faqih, kita tidak perlu melakukan penelitian soal ketepatan sanad, kerana sudah dilakukan para ulama hadis terdahulu. Dan teks hadis ini memang diriwayatkan Imam Bukhari, seorang yang memiliki kredibiliti tinggi dalam periwayatan hadis. Hanya, kita seringkali membaca teks hadis tidak secara sempurna, dengan membaca semua redaksi dan dalam berbagai riwayat yang ada, apalagi mengaitkan dengan konteks dan sebab kewujudan teks tersebut (asbab al-wurud). Kita hanya mengambil kesimpulan secara sederhana, bahkan dilandasi perasaan kebencian untuk menyudutkan perempuan. Jika kita merujuk kepada kitab Jamil al-Ushul(jilid VII, hal 87 – 95, no. hadis: 4236-4246), karya Ibnu al-Atsir (w. 606H), salah satu kitab yang secara lengkap menghimpun seluruh hadis dari kitab-kitab utama (kutub as-sittah), di situ disebutkan berbagai redaksi dan riwayat yang saling melengkapi satu sama lain. Bahwa ungkapan “perempuan sebagai penghuni terbanyak di neraka”, terkait dengan khutbah hari raya di hadapan umat Islam, lalu secara khusus di hadapan para perempuan yang ditemui Nabi s.a.w., anjuran Nabi s.a.w. terhadap sedekah, dan kegiatan derma yang saat itu jesteru lebih banyak dilakukan para perempuan. Cara yang agak singkat menyatakan, bahawa Nabi s.a.w. berkhutbah pada hari raya, dan berkata, “bersedekahlah, bersedekahlah, dan yang paling banyak bersedekah adalah orang perempuan (hal 92). Dengan kata lain, “Bahawa Nabi s.a.w. berkhutbah, kemudian menemui orang perempuan untuk menasihati dan mengingatkan mereka, serta menasihatkan orang perempuan itu untuk bersedekah, lalu mereka menyerahkan hiasan yang mereka pakai kepada Bilal sebagai sedekah.”(hal. 91) Susunan kata yang agak lengkap menyebutkan, bahawa Nabi s.a.w. berkhutbah, kemudian menemui orang perempuan, memberikan nasihat dan peringatan, seraya berkata, “Bersedekahlah kalian (wahai perempuan), kerana kebanyakan di antara kamu adalah penghuni neraka,” Kemudian ada seorang perempuan separuh umur, yang wajah kemerah-merahan, berdiri dan bertanya, “Mengapa ya Rasulullah (kami menjadi penghuni terbanyak di neraka)? Nabi s.a.w. menjawab, “Kerana kamu sering mengadu (yang bukan-bukan) dan mengingkari (tidak berterima kasih atas pemberian) keluarga.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...

Kisah Jin Masuk Islam

Berikut ini adalah beberapa contoh praktis yang sudah dialami dalam menghadapi berbagai kes penyakit yang disebabkan sihir dan jin. Dalam peristiwa-peristiwa yang akan saya tuturkan ini, saya tidak akan menyebutkan nama orang-orang yang terlibat didalamnya, kerana banyak faktor tentunya.

1. Jin Bernama Bahlul yang Menipu masyarakat Umum
Seorang pemudi dari daerah Ma’adi datang kepada saya pada hari Jumaat, setelah selesai solat ia mendatangi saya dan berkata, “Ada sebuah permasalahan yang ingin saya katakan pada tuan.” Saya menjawab, “Dengan senang hati silakan.” Ia berkata, “Sudah tiga tahun saya dirasuki oleh syaitan, apakah tuan bersedia apabila saya, ibu saya, dan saudara saya datang kepada tuan untuk menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi pada diri saya?” Saya katakan, “Silakan, tapi perlu kamu ketahui bahawa kerjaya saya bukanlah seorang pembaca rukyah upahan, akan tetapi saya hanya akan menguasakan masalah-masalah yang dia suka kepada saya.” Ia berkata, “Saya mengetahui semua itu, akan tetapi saya juga tahu bahawa sudah banyak penyakit-penyakit dan masalah sukar dapat disembuhkan melalui anda dengan izin Allah s.w.t.” Saya katakan, “Semua itu hanyalah sebuah keutamaan yang dianugerahkan Allah kepada saya.”
Kemudian wanita tersebut datang ke rumah saya bersama keluarganya pada waktu yang sudah saya tentukan. Kemudian saya mulai membacakan ayat-ayat rukyah kepadanya, mulai dari ayat al-Kursi sampai dua ayat penutup surah al-Baqarah, dan saya menyentuhkan sebuah pena logam pada keningnya, kemudian saya mendengar dari wanita itu suara jin – setelah wanita itu merasa gemetaran yang sangat kuat, jin itu berkata:
Jin: Jangan ganggu saya, apakah yang kamu inginkan?
Saya: Siapakah nama kamu wahai makhluk terkutuk?
Jin: Nama saya Bahlul.
Saya: Dari bangsa jin mana kamu?
Jin: Dari kelompok Bani al-Ahmar (Bangsa Merah).
Saya: Apakah yang menyebabkan sehingga kamu memasuki jasad wanita ini?
Jin: Aku masuk ke dalam dirinya, kerana sebuah pekerjaan sihir yang dibuat oleh tetangganya bernama si A yang tinggal rumah tingkat bawah.
(Perhatian: Jawapan seperti ini tidak boleh dipercayai oleh ahli rukyah dan orang-orang yang mendengarnya, kerana jin suka menciptakan permusuhan sesama manusia)
Saya: Siapakah tukang sihirnya?
Jin: Seorang pendeta yang berada pada gereja B, dan nama si C.
Saya: Baik, akan tetapi bagaimanapun juga kamu harus keluar dari tubuh wanita ini.
Jin: Tidak, kerana saya mencintai dia, dan saya tidak ingin dia menikah agar saya dapat selalu bersamanya.
Saya: Tidak ada tawar-menawar dalam hal ini, dan jika kamu tetap tidak mahu keluar, maka saya akan menahanmu dalam tubuhnya, kemudian saya akan membakarmu.
Jin: Berilah aku waktu.
Saya: Baik, saya akan memberimu waktu dengan syarat kamu mahu masuk Islam.
Jin: Saya kenal dengan agama Islam, dan bahkan saya ingin masuk ke dalamnya, akan tetapi kaumku dari Bani al-Ahmar akan membunuhku apabila aku masuk Islam.
Saya: Sesungguhnya dengan Islam, kamu akan menyelamatkan dirimu dari api neraka.
(Saya menyetujui memberinya waktu selama satu minggu. Setelah berlalu satu minggu, wanita tersebut kembali datang kepada saya, kemudian saya membacakan untuknya ayat-ayat rukyah, lalu syaitan Bahlul muncul lagi kepada saya, dan saya berkata padanya)
Saya: Sudah datang waktu yang kita janjikan, lantas apakah kamu akan menyatakan keIslamanmu pada saat ini?
Jin: Ya, dan saya tidak takut pada ancaman bangsa saya, akan tetapi saya meminta anda untuk menuliskan ayat-ayat pelepas sihir di atas setimba air, lalu air itu dia minum sedangkan sebahagiannya dia pakai untuk mandi, lalu saya akan segera keluar dari tubuhnya. Saya minta doa pada anda agar saya mendapat petunjuk dari Allah s.w.t.
Kemudian saya melakukan hal-hal yang dikatakan oleh jin tersebut, lalu ia keluar dari tubuh wanita itu dan tidak pernah kembali lagi, dan kini wanita tersebut sudah menikah, puji-pujian hanyalah pantas kita ucapkan kepada Allah s.w.t. Yang Esa.
Wanita ini juga mengatakan kepada saya bahawa sejak pertama kali jin itu memasuki tubuhnya, ia mengakui mengetahui hal-hal ghaib dimana banyak anggota masyarakat yang bertanya kepadanya tentang pencurian-pencurian yang terjadi pada mereka atau tentang barang-barang hilang. Kemudian jin tersebut melalui tubuh wanita itu menunjukkan kepada mereka siapa yang mencuri dan dimana barang itu berada, namun seringkali ia menunjukkan pencuri itu orang-orang terhormat, dicintai dan berperibadian tinggi dalam masyarakat, kemudian jawapan-jawapan jin Bahlul yang bohong tersebut banyak menimbulkan permusuhan dan pertengkaran dalam masyarakat.

2. Jin Bernama Murtas yang Berasal dari Daerah Syarqiyah.
Pada suatu petang telefon rumah saya berdering, saya mengangkat gagang telefon, lalu mendengar seseorang berkata, “Assalamu’alaikum wr.wbt.” Setelah saya menjawab salamnya, ia kembali berkata, “Wahai Tuan Syeikh, nama saya Haji Mahmud Hammad, seorang pedagang makanan masin, dan saya mempunyai seorang puteri yang baru kahwin sejak empat bulan yang lalu. Puteri saya tersebut menyaksikan beberapa bayangan dan mendengar suara-suara yang tidak jelas datangnya dari mana, ia sangat sedikit boleh tidur, dan sangat suka menyendiri serta tidak suka didekati oleh suaminya. Saya mengetahui nombor telefon anda dari sebuah buku karya tulis anda berjudul Bismillahi Urqika (Dengan Nama Allah, Aku Bacakan Rukyah Untukmu).”
Setelah menceritakan semua keadaan yang menimpa puterinya secara detail, saya berkata kepadanya, “Puteri anda terkena sihir.” Ia berkata, “Kalau begitu, kami ingin hadir menemui anda”, saya menjawab, “Hubungi saya esok hari, dan insyaAllah, saya akan menetukan tempat dan waktu pertemuan kita.”
Pada hari berikutnya Haji Mahmud Hammad kembali menghubungi saya melalui telefon, dan berkata, “Wahai Tuan Syeikh, kami sudah berkata kepada puteri kami tersebut bahawa kami akan datang menemui anda, lalu rona wajahnya berubah dan menggigil, kami mendengar ada yang berkata melalui dirinya, ‘Saya ingin datang kepada Tuan Syeikh, kerana sebenarnya saya tidak punya kepentingan dengan wanita ini, dan saya ingin meninggalkannya. Saya tahu siapa Tuan Syeikh itu, ia telah melepaskan banyak pekerjaan sihir dan membakar sebahagian syaitan,’ dan yang lebih menghairankan ia menuliskan kepada kami alamat Tuan Syeikh. Saya sangat terkejut melihat kenyataan seperti ini.” Kemudian saya menetukan waktu dan tempat pertemuan pada Haji Mahmud Hammad. Pada petang hari Jumaat berikutnya Haji Mahmud bersama puteri dan menantunya datang ke rumah saya. Saya meminta wanita itu duduk di sebelah kanan saya, ayahnya di sebelah kiri, sedangkan suaminya di sebelah kanannya. Saya bertanya kepada wanita itu, “Masalah apa yang kamu deritai wahai saudari?” ia menjawab, “Saya menyaksikan mimpi-mimpi yang menyeramkan, di depan saya sering muncul bayangan-bayangan, saya sering terkejut setiap kali saya bangun dari tidur, saya juga banyak mendengar suara-suara ucapan dengan kata-kata aneh dan tidak sopan.” Saya katakan padanya, “Mendekatlah pada saya lalu pegang hujung pena logam ini.” Selanjutnya saya membaca beberapa ayat rukyah, maka ia menggigil, rona wajahnya berubah dan saya mendengar seseorang (jin) berkata melalui mulutnya:
Jin: Saya pasti akan keluar, saya pasti akan keluar, berilah saya tempoh waktu, berilah saya tempoh waktu.
Saya: Siapakah yang berbicara dengan kami?
Jin: Nama saya Murtas, saya Murtas wahai tuanku.
Saya: Apakah yang kamu inginkan darinya wahai makhluk terkutuk?
Jin: Jangan sebut saya “makhluk terkutuk”, sebenarnya saya memasuki tubuhnya hanya kerana sebuah perbuatan sihir yang ditujukan kepadanya.
Saya: Siapa yang melakukanya?
Jin: Ibu saudaranya yang bernama si A, bahan sihir tersebut terletak di bawah jendela ruang keluarga.
Saya: Bagaimana kalau nantinya ternyata engkau berdusta?
Jin: Jika saya bohong, bunuhlah saya wahai tuanku, penjarakan saya, bakarlah saya, dan lakukanlah apa yang anda sukai terhadap saya.
Sampai di sini, saya menghentikan dialog dengan jin tersebut. Saya meminta pada keluarga Haji Mahmud Hammad untuk mengeluarkan bahan sihir tersebut, lalu saya bacakan ayat-ayat khusus pembatal sihir.
Terhadap wanita tersebut, saya menugaskannya untuk melakukan amalan-amalan zikir khusus, tetap menjaga solat, dan beberapa doa. Kemudian saya meminta mereka agar datang lagi seminggu yang akan datang.
Setelah berlalu satu minggu, wanita tersebut datang lagi bersama keluarganya kepada saya, mereka mengatakan bahawa bahan sihir tersebut memang mereka temukan pada tempat yang dikatakan oleh jin tersebut. Lalu saya kembali membacakan ayat-ayat rukyah padanya, lalu saya bertanya kepada Murtas:
Saya: Apakah engkau masih di sini wahai Murtas?
Jin: Benar, dan saya akan keluar sebagaimana yang sudah saya janjikan pada tuan. Saya ingin membuktikan pada tuan bahawa saya bukanlah pembohong sebagaimana yang tuan katakan.
Saya: Jika kamu seorang jin yang benar, maka apakah halangannya jika kamu mahu masuk ke dalam agama Islam dimana dengannya kamu akan menyelamatkan dirimu dari azab neraka?
(Sambil tertawa, jin itu menjawab:).
Jin: Kami tercipta dari api, dengan demikian mana mungkin kami akan dapat diseksa dengan api neraka?
Saya: Tidak ada halangan pada hal yang demikian, kerana seperti manusia yang tercipta dari tanah, ia dapat diseksa dengan tanah, lalu ia akan terseksa dan mati kerananya.
Jin: Anda benar, akan tetapi anda harus menerangkan kepada saya, apakah Islam itu?
(Kemudian saya menerangkan pada jin tersebut tentang dasar-dasar dan akhlak agama Islam, lalu jin itu kembali berkata:).
Jin: Sungguh, pada mulanya saya sudah berniat untuk tidak akan keluar dari tubuh wanita ini, kerana janjiku kepada anda hanyalah bersifat rencana saja.
Saya: Bukankah kamu sudah menyatakan bahawa kamu seorang yang jujur?
Jin: Benar, namun apakah anda mengizinkan saya untuk datang sekali lagi agar anda dapat menerangkan kepada saya tentang agama Islam sekali lagi, kerana Islam adalah sebuah agama yang indah, setelah itu saya benar-benar akan keluar dari tubuhnya.
Saya: Boleh.
Kemudian wanita tersebut datang lagi kepada saya untuk kali yang ketiga, lalu Jin Murtas tersebut menyatakan keislamannya, keluar dari tubuh wanita tersebut dan tidak pernah kembali lagi, sedangkan puji-pujian hanyalah pantas kita ucapkan kepada Allah s.w.t.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...

Bagaimana Orang Sakit Menunaikan Haji?

Menunaikan ibadah haji adalah sesuatu yang amat dirindukan oleh setiap umat Islam, bahkan oleh yang telah menunaikannya berkali-kali sekalipun. Kerana itu, bagi yang dimudahkan Allah untuk boleh menunaikan ibadah haji tahun ini agar menggunakan kesempatan emas itu dengan sebaik-baiknya. Sebab, belum tentu kesempatan menunaikan ibadah haji itu datang berulang kali. Orang yang berhaji tentu ingin ibadah hajinya berjalan lancar. Selain diperlukan kesiapan mental dan spiritual, juga dituntut kesiapan fizik yang matang. Hal ini kerana ibadah haji merupakan salah satu ibadah yang cukup menggunakan tenaga. Tawaf (berjalan mengelilingi kaabah), sa’i (berlari-lari kecil diantara bukit shafa dan marwa) sebanyak tujuh pusingan, dan melempar jumrah yang memerlukan waktu untuk berjalan dan berdesak-desakan merupakan gambaran betapa keadaan kesihatan sangat diperlukan untuk kelancaran jalannya ibadah haji. Sebelum berangkat, jemaah sangat dianjurkan untuk melakukan aktiviti olahraga rutin atau riadhah. Seperti rutin berjalan kaki cepat, atau melakukan jogging ringan. Dan diingatkan juga agar tubuh dijaga agar tidak terlalu lelah menjelang hari keberangkatan ke Tanah Suci. Olahraga sangat dianjurkan untuk rutin dilakukan sejak lama sebelum bertolak ke Makkah. Bagi yang sudah biasa berolahraga, tentu sudah tidak menjadi masalah lagi ketika dituntut untuk melatih fiziknya. Namun, bagi yang tidak biasa berolahraga, barangkali sulit sekali untuk memulai melatih fizik sehingga diperlukan motivasi dan perencanaan yang matang sebelumnya. Apalagi jika sudah lanjut usia dan lama tidak melakukan olahraga. Berolahraga yang dimaksud disini bukanlah olahraga berat yang memakan waktu lama. Kerana olahraga berlebihan dan terlalu dipaksakan justeru kurang baik untuk kesihatan. Jogging, jalan kaki dan berbasikal boleh menjadi alternatif olahraga yang boleh dipilih. Calon jemaah haji cukup meluangkan waktu 20-30 minit tiap harinya. Latihan fizik ini sebaiknya rutin dilakukan sebanyak 3 kali tiap seminggu. Olahraga yang dipilih harus disesuaikan dengan kemampuan fizikal masing-masing orang. Jika perlu, sebelum mulai melakukan latihan, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Banyak manfaat yang boleh didapatkan dengan olah raga secara teratur dan berkesinambungan, antara lain tubuh terasa segar, dapat mencegah kegemukan kerana membuang kelebihan kalori, dapat mengawal kadar gula dalam darah, dapat menurunkan kadar kolesterol, dan baik untuk kesihatan jantung. Dengan keadaan tekanan darah stabil, kadar gula darah dan kolesterol dalam batas normal, maka calon jemaah haji insyaAllah akan lebih siap dalam melakukan semua rangkaian manasik haji. Jadual makan yang sihat sangat mendukung kesihatan dan kebugaran calon jemaah haji. Oleh kerana itu, sebelum berangkat ke tanah suci, hendaknya calon jemaah haji sudah mengatur supaya apa yang dimakan benar-benar makanan yang cukup jumlahnya dan lengkap zatnya. Bagi yang memiliki penyakit tertentu, seperti sakit gastrik, kencing manis (diabetes mellitus), hipertensi (tekanan darah tinggi), asam urat tinggi dan kolesterol tinggi, hendaknya menghindari makanan-makanan yang dapat memudarat penyakitnya. Mengatur pola makan tidak hanya dilakukan menjelang keberangkatan, tapi diusahakan untuk dilakukan sejak jauh-jauh hari sebelumnya. Dengan membiasakan jadual makan yang sihat, insyaAllah penyakit-penyakit yang diderita boleh terkawal dan membaik.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...

Hidup Sihat Ikut Teladan Rasulullah s.a.w.

SEBAGAI seorang muslim, tidak ada tokoh yang patut dan layak untuk diteladani dalam segala apapun, kecuali Rasullullah s.a.w. “Sesungguhnya telah ada dalam diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Q. al-Ahzab: 21) Apa yang ada dalam diri Rasulullah adalah contoh yang harus ditiru dan diamalkan. Cara hidupnya juga mencerminkan cara hidup yang sihat. Maka, tak hairan, apabila Rasulullah tidak pernah sakit. Menurut Haekal dalam Sejarah Hidup Muhammad, penyakit yang pernah menderita tak lebih dari kehilangan nafsu makan yang pernah dialaminya dalam tahun keenam Hijrah, tatkala ada tersiar khabar bohong bahawa ia telah disihir oleh orang-orang Yahudi. Oleh kerana itu, kita sebagai umat Islam hendaknya mengikuti jejak dan gaya hidup yang dicontohkan oleh Rasulullah. Berikut ini beberapa hal yang menjadi kebiasaan Rasulullah, yang mencerminkan hidup sihat dan jauh dari sakit.

A. Aktiviti Harian Rasulullah
Para pakar kesihatan menyatakan bahawa udara sepertiga malam terakhir sangat kaya dengan oksigen dan belum terkotori oleh zat-zat lain, sehingga sangat bermanfaat untuk optimalisasi metabolisme tubuh. Hal ini jelas sangat besar pengaruhnya terhadap vitaliti seseorang dalam aktivitinya selama seharian penuh. Rasulullah setiap subuh selalu mendapat manfaat udara segar. Rasulullah bangun sebelum subuh dan melaksanakan qiyamul lail. Biasanya orang yang memulai kehidupan di pagi hari dengan bangun subuh, akan menjalani hari dengan penuh semangat dan optimisme. Berbeda dengan orang yang tidak bangun di subuh hari, biasanya lebih mudah diserang rasa malas untuk beraktiviti. Rasulullah tidur lebih awal dan bangun lebih awal. Rasulullah selalu mengajak umatnya agar selalu bangun sebelum waktu subuh serta melaksanakan solat subuh di masjid. Selain mendapat pahala, dengan berjalan ke masjid (ke surau), kita akan menghirup udara subuh yang segar dan mengandung oksigen. Kerana itu orang yang suka bangun pagi dan menghirup udara pagi mempunyai paru-paru yang lebih kuat dan sihat. Disamping itu, udara subuh dapat memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan. Keuntungan yang akan diperolehi adalah badan sihat, otak cerdas, penghidupan lapang dan mendapatkan kebaikan di dunia akhirat. Sebelum tidur dianjurkan untuk berdoa, sebagaimana Rasulullah mencontoh doa sebelum tidur: “Dengan namaMu ya Allah, aku hidup dan aku mati.” (HR Bukhari-Muslim). Kemudian ketika bangun tidur kita juga dianjurkan untuk berdoa: “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah Ia mematikan kami. Dan kepadaNya kita semua berkumpul.” (HR. Bukhari) Prinsipnya, cepat tidur dan cepat bangun. Beliau tidur di awal malam dan bangun pada pertengahan malam kedua. Biasanya Rasulullah s.a.w. bangun dan bersiwak (memberus/menggosok gigi dengan kayu siwak), lalu berwuduk dan solat sampai waktu diizinkan Allah. Beliau tidak pernah tidur melebihi keperluan. Penelitian yang dilakukan di Jepun dan di Amerika Syarikat selama enam tahun dengan responden berusia 30 sampai dengan 120 tahun menyimpulkan bahawa orang yang biasa tidur lebih dari 8 jam sehari memiliki risiko kematian yang lebih cepat. Sangat berlawanan dengan mereka yang hanya tidur 6 – 7 jam sehari. Rasulullah s.a.w. biasa tidur selepas isyak untuk kemudian bangun malam. Jadi beliau tidur tidak lebih dari 8 jam. Cara tidur Rasulullah s.a.w. pun sarat makna. Ibnu Qoyyim, seorang intelektual Islam berkata: “Barangsiapa yang memperhatikan pola tidur Rasulullah, nescaya ia akan memahami pola tidur yang benar dan paling bermanfaat untuk badan dan organ tubuh.” Ibnu qayyim Al Jauziyyah dalam buku Metode Pengubatan Nabi mengungkapkan bahawa Rasulullah tidur dengan memiringkan tubuh kearah kanan, sambil berzikir kepada Allah hingga matanya terasa berat. Terkadang beliau memiringkan badannya kesebelah kiri sebentar, untuk kemudian kembali ke sebelah kanan. Tidur seperti ini merupakan tidur paling efisien.
Untuk menjaga kesihatan mulut dan giginya pada pagi hari, Rasulullah s.a.w. biasa memakai siwak. Siwak mengandung flour yang sangat bermanfaat dalam menjaga kesihatan gigi dan gusi. Mulut dan gigi merupakan organ tubuh yang sangat berperanan dalam menerima makanan. Apabila mulut dan gigi sakit, maka biasanya proses menerima makanan menjadi terganggu.

B. Pola Makan Rasulullah
Rasulullah s.a.w. membuka menu sarapannya dengan air dingin (air sejuk) yang dicampur dengan madu. Dalam Al Quran, madu merupakan syifaa (ubat) yang diungkapkan dengan isim nakiroh, menunjukkan erti umum dan menyeluruh. Pada dasarnya madu boleh menjadi ubat atas berbagai penyakit. Madu berfungsi untuk membersihkan perut, mengaktifkan usus-usus, dan menyembuhkan sembelit, buasir, luka bakar, dan peradangan. Salah satu makanan kegemaran Rasul adalah madu. Beliau biasa meminum madu yang dicampur air untuk membersihan air liur dan pencernaan. Rasulullah bersabda, “Hendaknya kalian menggunakan dua macam ubat, iaitu madu dan Al-Quran.” (HR. Ibnu Majah dan Hakim). Rasulullah tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan yang dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu waktu dan juga tidak langsung tidur setelah makan malam, kerana tidak baik bagi jantung. Beliau juga mengambil sedikit dalam pemakanan daging, sebab terlalu banyak daging akan berakibat buruk pada persendian dan ginjal. Pesan Umar r.a., “Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan-haiwan ternak!” Tujuh biji kurma ajwa (matang) menjadi kebiasaan Rasulullah s.a.w. menjelang siang. Beliau pernah bersabda, “Barang siapa yang makan tujuh biji kurma, maka akan terlindungi dari racun.” Hal ini terbukti ketika seorang wanita Yahudi menaruh racun dalam makanan Rasulullah pada sebuah percubaan pembunuhan di perang Khaibar, racun yang tertelan oleh beliau kemudian dapat dineutralkan oleh zat-zat yang terkandung dalam kurma. Sementara itu Bisyir ibu al Barra’, salah seorang sahabat yang ikut makan racun tersebut akhirnya meninggal, tetapi Rasulullah s.a.w. selamat dari racun tersebut. Rahsianya adalah tujuh biji kurma yang biasa diambil Rasulullah sebagao pemakanannya.
Menjelang petang, menu Rasulullah biasanya adalah cuka dan minyak zaitun.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...

Rahsia Disebalik Solat 5 Waktu

Ali bin Abi Talib r.a. berkata, “Sewaktu Rasulullah s.a.w. duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata: ‘Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.’ Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Silakan bertanya.’ Berkata orang Yahudi, ‘Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.’ Sabda Rasulullah s.a.w.: ‘Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya. Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku. Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.’ Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasulullah saw, lalu mereka berkata:
‘Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.’ Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.’ Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: ‘Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.’ Selepas itu Rasulullah s.a.w. membaca ayat yang bermaksud: ‘Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.’ Sabda Rasulullah s.a.w.: ‘Sembahyang Isyak. Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjemaah, Allah s.w.t. haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.’

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...

Terapi Rukyah Dengan Dakwah Islam

SAYA mengimbau pada setiap ahli rukyah untuk memanfaatkan kesempatan ini sebagai media dakwah kepada masyarakat, kerana masyarakat percaya kepada anda sedangkan si sakit yang sudah sembuh, insyaAllah, akan bersedia mengikuti nasihat anda. Jadi, hendaklah anda menjadi seorang penyeru pada kebaikan, “Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dan pengajaran nasihat yang baik.” (QS. an-Nahl: 125) Pertama-tama, jadikanlah diri anda sebagai teladan bagi masyarakat dan bagi orang yang anda ubat dalam hal kekuatan iman anda, kesucian jiwa, kesucian diri, kesopanan bicara, kebaikan perilaku dan cara menarik masyarakat sekeliling anda. Apabila anda sudah mempunyai sifat-sifat seperti ini, maka perkataan anda akan didengar oleh masyarakat:
1. Suruhlah si sakit dan keluarganya untuk disiplin dalam melakukan solat, mendorong mereka untuk terus solat berjemaah, motivasi mereka untuk mendapatkan redho dan rahmat Allah, dan jadikanlah mereka takut kepada azab Allah s.w.t.
2. Jadilah anda sebagai orang yang jujur sehingga masyarakat akan belajar kejujuran dari anda, dan janganlah anda mahu menuruti kebohongan yang dikatakan jin.
3. Janganlah anda meminta untuk mengubati si sakit. maksud saya, janganlah anda mencari-cari orang yang akan diubati, akan tetapi datangilah orang-orang yang memanggil anda saja. Janganlah bersikap sombong dan janganlah menjaga jarak dengan masyarakat.
4. Jadikanlah diri anda sebagai seorang da’i yang selalu dalam keadaan suci dan zikir, berpenampilan baik, dan ajak pulalah masyarakat untuk melakukan hal tersebut.
Sesungguhnya mukjizat Al-Quran, akan terus menampakkan dirinya dari ke hari, sebagai bukti anda menyaksikan sendiri dengan mendengar suara Al-Quran saja, maka syaitan akan terusir dan bahkan akan terbakar kerananya. Janganlah anda mengaku-ngaku mampu mengubati, apabila anda bukan seorang pengubat yang benar-benar ahli, kerana bukanlah suatu kesalahan apabila anda mahu belajar dari orang lain, sehingga anda tidak akan menimbulkan bahaya terhadap orang lain dan diri anda sendiri.

Syarat-syarat Ahli Rukyah
Seorang ahli rukyah Al-Quran pada hakikatnya sedang menghadapi sebuah alam lain, iaitu roh-roh yang berbeza tabiatnya dengan alam manusia, iaitu alam jin. Jin adalah makhluk yang diciptakan Allah dari percikan api, Allah memberikan pada mereka kemampuan mengubah bentuk mereka dalam bentuk yang bermacam-macam, di antara mereka ada yang salih dan ada pula yang ingkar, mereka mampu melihat manusia, sedangkan manusia tidak mampu melihat mereka. Sesungguhnya dia (jin) itu dan pengikut-pengikutnya dapat melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang yang tidak beriman. (QS. al-A’raf: 27)

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...

Memetik Hikmah Seorang Penggali Kubur

BAGI Yahaya menggali kubur dan menjaga kawasan kubur seluas kurang lebih tiga hektar bukanlah perkara mudah. Kewaspadaan tinggi terhadap keamanan kawasan kubur agenda utama dalam tugasnya.
“Banyak suka dukanya selama menjadi penggali dan penjaga kubur, “ ujar lelaki yang sudah lapan tahun menjadi penjaga kubur yang terletak di Kampung Garap tidak berapa jauh jaraknya dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Bekerja sebagai penjaga kubur dan penggali liang kubur sudah mendarah daging baginya. Sebahagian besar sanak keluarganya pun membuat kerja yang sama dengan dirinya. “Dulu semasa saya tinggal di Melaka, saya juga bekerja sebagai penjaga kubur dan setelah pindah ke sini, saya kembali diamanatkan menjaga kubur dan, korek kubur,” papar lelaki yang dilahirkan 58 tahun lalu di Taiping, Perak.
Ayah tiga anak ini juga mengungkapkan bahawa selama menjaga kawasan (komplek) perkuburan tersebut, banyak kejadian yang diluar dugaan kerap dilakukan orang tidak bertanggungjawab yang datang dari luar daerah. “Selama saya menjaga kawasan kubur ini banyak kejadian yang sebelumnya tidak pernah terfikirkan oleh saya, boleh berlaku terjadi agak aneh,” ujarnya dengan mimik muka sedikit bingung. Namun dari pengalamannya yang sudah puluhan tahun menjadi penjaga kubur hal yang paling ditakuti bila terjadi usaha mencuri mayat. Ia mengatakan bahawa dulu di kampungnya, ada sebuah tanah kubur yang menjadi tumpuan sebagai sasaran mencuri mayat. “Saya pernah terserempak dengan mereka mengorek kubur budak yang baru di tanam. Saya sergah, mereka lari bertempiaran”, katanya. Menurutnya, mungkin perbuatan itu dilakukan mereka yang menuntut ilmu hitam untuk menyempurnakan ilmunya. Anehnya tidak pernah jumpa sarang para pencuri tersebut ataupun mayat yang telah dicurinya. Ternyata hal tersebut membuatnya kini kian waspada pada penjagaan kubur. Meskipun begitu sudah beberapa kali ia menemui kubur yang baru di gali sedikit, namun ia menganggap bahawa mayat yang tertanam di kubur tersebut masih ada. “Saya juga sering menemukan kubur seperti bekas galian, saya rasa ada orang yang bercadang menggali kubur untuk mencuri mayat, tapi tak jadi mungkin ada sesuatu yang menganggu mereka,” terangnya dengan senyum sinis.

TANAH DAN AIR
Lebih jauh lelaki yang sudah dua kali berkahwin mengatakan banyak hal lain selain kes curi mayat. Kejadian yang tak kalah anehnya ialah ketika ia melakukan kerja-kerja mengorek kubur untuk menguburkan jenazah seseorang. Dari mula menggali ia seperti terbaca karekter si mayat semasa masih hidup, “Dari penggalian tanahnya saja boleh kita ketahui karekter mayat sewaktu hidupnya,” tegasnya saat mengungkapkan kejadian ganjil lain yang ditemui. Yahaya mendakwa jika tanah yang di korek untuk liang kubur keras, menurutnya sebagai satu tanda bahawa mayat yang akan dikuburkan sedikit sulit di terima bumi. Biasanya ketika proses penguburan mayatnya menjadi sedikit panjang, dugaannya semasa hidup si mayat kerap ada masalah yang berhubungan dengan masyarakat dan agama. “Saya tidak boleh menerangkan secara terperinci, hanya secara gambarannya seperti itu,” ujarnya mantap. Dari berbagai keanehan yang dialami salah satunya membuatnya ia terasa amat hairan dan tidak dapat dilupakan bila berdepan dengan keganjilan bila terdapat air di dua kubur yang di galinya. Kejadian itu sudah lama, terus terang saja pada awalnya saya juga bingung,” kata lelaki yang masih nampak tegas diusianya yang menjelang senja. Menurut ceritanya ketika selesai proses penguburan seorang mayat, mendadak air muncul disekitar lokasi kubur berubah warna menjadi merah serta menyebarkan semerbak harum bau bunga melati. “Saya juga tidak tahu maksudnya apa, apa yang jelas setelah proses pengebumian selesai hal itu terjadi, tapi anehnya air tersebut tidak mempengaruhi kolam air penduduk yang terletak di sekitar kawasan kubur tersebut,” tambahnya. “Kejadian tersebut tidak lama hanya beberapa jam saja penduduk sepertinya sudah terbiasa dengan hal itu, buktinya mereka tidak ada yang heboh, hanya saja bagi penduduk yang baru duduk di kampung tersebut sedikit hairan seperti saya masa itu,” tambahnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...

Terimalah Munajat Istighfar Kami...

Rabb, jika ada zikir yang layak kami panjatkan untuk menujuMu, maka itu adalah istighfar. AmpunanMu. Bukan Asma-asmaMu yang teramat indah dan sempurna itu. Sebab kami tak kuasa menggapainya, sebab kami tak sanggup merengkuhnya ke dalam jiwa kami yang ringkih dan keruh. Bukan juga wirid-wirid QuranMu yang aduhai meluluhlantakkan jiwa itu. Semua itu terlalu suci untuk lidah kami yang suka menggunjing dan menuding ini, lidah yang kerap mendedahkan yang tidak-tidak tentangMu, tentang ciptaanMu. Istighfar, ya istighfar, barangkali sepaling patut zikir untuk kami yang tidak menikmati raga pada tempatnya yang hak; yang tidak memanfaatkan matanya untuk memandang yang Engkau redhoi, yang tidak menjadikan tangannya untuk berkarya bagi orang banyak, yang tidak melangkahkan kakinya untuk menyigi jejak CintaMu.  AmpunanMu, Rabb, ampunanMu, kiranya sepaling hakiki wirid agar Kau memeluk kami kembali. Akal, nikmat terindah untuk mengejaMu, telah kami khianati. Kami terlena memikirkan hal-ehwal yang tidak keranaMu. Kami kufuri itu. Hati, anugerah terlembut untuk menafsir dan merasakanMu, sudah kami keruhi. Cerminya pekat. Berjelaga dengan nafsu rendah, nafsu duniawi. Kami kufuri semua itu, Rabb.
Al-Quran, wahyu kudus nan mulia yang tiada tandinganya itu, sudah kami “jual” dengan harga yang murah. Kami “perdagangkan” di hadapan jemaah, kami suguhkan sekadar penarik massa. Kami khianati Kalam suciMu itu, Rabb. Hadis, senarai sabda KinasihMu, sering kami “sulap” menjadi mantra religi bahawa kamilah pengikut setia Nabi Muhammad s.a.w. Kami mengutip sunnahnya, tapi kami punya niat tersembunyi untuk merasa paling benar. Kami memerangkap pesan nubuwwah Baginda Rasul demi tafsir kami, kami memenjarakan pesan-pesan indahnya demi pendapat kami semata. Kami melupakan nasihatnya agar menjadi hamba yang berbudi. Kami melalaikan taushiyahnya agar  menjadi manusia yang beradab. Kami begitu jumawa dengan mazhab kami. Kami begitu bangga dengan golongan kami. Apakah kami masih layak Kau tengok sebagai hamba-Mu? Rabb, kami membaca karya ulama-ulama salihmu. Kami membaca begitu fasih kitab fiqih mereka. Kami membaca buku-buku tasawuf mereka. Kami membaca kitab-kitab akhlak mereka. Tapi, kami membaca dengan lisan. Kami tidak membaca dengan hati, kami tidak membaca dengan laku. Kami barangkali hamba-hambaMu yang Kau sebut-sebut dalam QS. As-Shaf, ayat 3 itu: “Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...