Tuesday, April 15, 2014

Terapi Rukyah Dengan Dakwah Islam

SAYA mengimbau pada setiap ahli rukyah untuk memanfaatkan kesempatan ini sebagai media dakwah kepada masyarakat, kerana masyarakat percaya kepada anda sedangkan si sakit yang sudah sembuh, insyaAllah, akan bersedia mengikuti nasihat anda. Jadi, hendaklah anda menjadi seorang penyeru pada kebaikan, “Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan cara yang bijaksana dan pengajaran nasihat yang baik.” (QS. an-Nahl: 125) Pertama-tama, jadikanlah diri anda sebagai teladan bagi masyarakat dan bagi orang yang anda ubat dalam hal kekuatan iman anda, kesucian jiwa, kesucian diri, kesopanan bicara, kebaikan perilaku dan cara menarik masyarakat sekeliling anda. Apabila anda sudah mempunyai sifat-sifat seperti ini, maka perkataan anda akan didengar oleh masyarakat:
1. Suruhlah si sakit dan keluarganya untuk disiplin dalam melakukan solat, mendorong mereka untuk terus solat berjemaah, motivasi mereka untuk mendapatkan redho dan rahmat Allah, dan jadikanlah mereka takut kepada azab Allah s.w.t.
2. Jadilah anda sebagai orang yang jujur sehingga masyarakat akan belajar kejujuran dari anda, dan janganlah anda mahu menuruti kebohongan yang dikatakan jin.
3. Janganlah anda meminta untuk mengubati si sakit. maksud saya, janganlah anda mencari-cari orang yang akan diubati, akan tetapi datangilah orang-orang yang memanggil anda saja. Janganlah bersikap sombong dan janganlah menjaga jarak dengan masyarakat.
4. Jadikanlah diri anda sebagai seorang da’i yang selalu dalam keadaan suci dan zikir, berpenampilan baik, dan ajak pulalah masyarakat untuk melakukan hal tersebut.
Sesungguhnya mukjizat Al-Quran, akan terus menampakkan dirinya dari ke hari, sebagai bukti anda menyaksikan sendiri dengan mendengar suara Al-Quran saja, maka syaitan akan terusir dan bahkan akan terbakar kerananya. Janganlah anda mengaku-ngaku mampu mengubati, apabila anda bukan seorang pengubat yang benar-benar ahli, kerana bukanlah suatu kesalahan apabila anda mahu belajar dari orang lain, sehingga anda tidak akan menimbulkan bahaya terhadap orang lain dan diri anda sendiri.

Syarat-syarat Ahli Rukyah
Seorang ahli rukyah Al-Quran pada hakikatnya sedang menghadapi sebuah alam lain, iaitu roh-roh yang berbeza tabiatnya dengan alam manusia, iaitu alam jin. Jin adalah makhluk yang diciptakan Allah dari percikan api, Allah memberikan pada mereka kemampuan mengubah bentuk mereka dalam bentuk yang bermacam-macam, di antara mereka ada yang salih dan ada pula yang ingkar, mereka mampu melihat manusia, sedangkan manusia tidak mampu melihat mereka. Sesungguhnya dia (jin) itu dan pengikut-pengikutnya dapat melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang yang tidak beriman. (QS. al-A’raf: 27)

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...

No comments: