Tuesday, April 15, 2014

Kaum Perempuan Jadi Penghuni Neraka?

KEBANYAKAN penghuni neraka adalah kaum perempuan. Begitulah sebahagian besar orang memahami salah satu riwayat hadis. Betulkah pemahaman itu? Ina masih bengong. Otaknya kacau setelah mendengar ceramah agama dari seorang ustaz di sebuah majlis taklim tazkirah yang menyebut, dihari kiamat, kebanyakan penghuni neraka itu nanti adalah perempuan. “Teruk ni, penghuni neraka yang banyak terdiri dari jenis kaumku? Adakah memang perempuan memang banyak membuat dosa? Aku ini perempuan dan tempatnya neraka,” katanya dalam hati sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Mungkin, anda tidak pernah merasakan keresahan seperti Ina, ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya atas ungkapan itu. Keresahan adalah tanda bahawa dalam diri kita menginginkan penyelesaian terhadap apa yang diresahkan.
Jika anda selalu resah dengan apa yang terhampar dalam layar kehidupan anda, dan anda tidak akan berhenti pada titik resah itu, tetapi selalu berusaha mencari dan mencari, anda akan menemui pemahaman agama yang tidak hanya menyebut: “kata orang itu atau si anu.” Tetapi, pemahaman agama yang berdasarkan pada pengetahuan diri dari pengalaman diri. Oleh sebab itu, Faqihuddin menegaskan bahawa secara prinsip dalam Islam, seseorang masuk neraka atau syurga bukan kerana jenis jantinanya, dan bukannya kerana nasab keturunannya atau kerana suku bangsanya. Seseorang masuk syurga atau neraka adalah kerana amal perbuatannya. Sesiapa pun yang berbuat buruk akan memperoleh balasan yang buruk, dan sesiapa yang berbuat baik akan mendapat balasan yang baik. Bahkan secara tegas dalam surah An-Nahl disebutkan, “Barang siapa yang beramal salih, lelaki ataupun perempuan, sedangkan dia beriman, maka akan kami berikan balasan dengan yang lebih baik dari yang mereka lakukan,” (QS. An-Nahl, 19: 97). Jadi bagaimana memahami teks hadis yang menyatakan bahawa perempuan adalah penghuni terbanyak di neraka?
Masih kata Faqih, kita tidak perlu melakukan penelitian soal ketepatan sanad, kerana sudah dilakukan para ulama hadis terdahulu. Dan teks hadis ini memang diriwayatkan Imam Bukhari, seorang yang memiliki kredibiliti tinggi dalam periwayatan hadis. Hanya, kita seringkali membaca teks hadis tidak secara sempurna, dengan membaca semua redaksi dan dalam berbagai riwayat yang ada, apalagi mengaitkan dengan konteks dan sebab kewujudan teks tersebut (asbab al-wurud). Kita hanya mengambil kesimpulan secara sederhana, bahkan dilandasi perasaan kebencian untuk menyudutkan perempuan. Jika kita merujuk kepada kitab Jamil al-Ushul(jilid VII, hal 87 – 95, no. hadis: 4236-4246), karya Ibnu al-Atsir (w. 606H), salah satu kitab yang secara lengkap menghimpun seluruh hadis dari kitab-kitab utama (kutub as-sittah), di situ disebutkan berbagai redaksi dan riwayat yang saling melengkapi satu sama lain. Bahwa ungkapan “perempuan sebagai penghuni terbanyak di neraka”, terkait dengan khutbah hari raya di hadapan umat Islam, lalu secara khusus di hadapan para perempuan yang ditemui Nabi s.a.w., anjuran Nabi s.a.w. terhadap sedekah, dan kegiatan derma yang saat itu jesteru lebih banyak dilakukan para perempuan. Cara yang agak singkat menyatakan, bahawa Nabi s.a.w. berkhutbah pada hari raya, dan berkata, “bersedekahlah, bersedekahlah, dan yang paling banyak bersedekah adalah orang perempuan (hal 92). Dengan kata lain, “Bahawa Nabi s.a.w. berkhutbah, kemudian menemui orang perempuan untuk menasihati dan mengingatkan mereka, serta menasihatkan orang perempuan itu untuk bersedekah, lalu mereka menyerahkan hiasan yang mereka pakai kepada Bilal sebagai sedekah.”(hal. 91) Susunan kata yang agak lengkap menyebutkan, bahawa Nabi s.a.w. berkhutbah, kemudian menemui orang perempuan, memberikan nasihat dan peringatan, seraya berkata, “Bersedekahlah kalian (wahai perempuan), kerana kebanyakan di antara kamu adalah penghuni neraka,” Kemudian ada seorang perempuan separuh umur, yang wajah kemerah-merahan, berdiri dan bertanya, “Mengapa ya Rasulullah (kami menjadi penghuni terbanyak di neraka)? Nabi s.a.w. menjawab, “Kerana kamu sering mengadu (yang bukan-bukan) dan mengingkari (tidak berterima kasih atas pemberian) keluarga.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...

No comments: