Tuesday, April 15, 2014

Munajat Doa Suami: Menyembuhkan Penyakit Isteri

SARBINI Marzuki (bukan nama sebenarnya) seperti terbang ketika menyedari isteri tercintanya dipanggil Zat Pemilik Hidup. Ia sedar bahawa setiap ciptaan Allah yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya. Tapi, waktu itu, kesedarannya tertutup oleh besarnya rasa cinta, hingga ia merasa terkejut dan belum siap ditinggal oleh Salama [bukan nama sebenarnya], sang isteri yang puluhan tahun mengisi rongga dadanya dengan rasa kebahagiaan. Ketidaksiapan Marzuki membuat dirinya tidak mengerti bagaimana mengurus jenazah isterinya, padahal ia sering menghadiri jenazah-jenazah, sering membantu tetangga dalam mengurus jenazah, mulai dari memandikan, mengkafani, mensolatkan, hingga turun ke liang kubur. Namun, ketika isterinya meninggal dunia, ia tidak mampu berbuat apa-apa selain merenung dan memandangi isterinya yang terbujur kaku. Meski tidak meraung-raung dalam tangisan, air matanya terus meleleh. “Sudahlah, Zuki. Kamu harus menerima dan ikhlas. Tak baik membiarkan orang yang sudah meninggal dunia tak terurus seperti ini,” nasihat Ustaz Sofyan. “Kamu juga pasti sangat mengetahui bahawa menyegerakan pengurusan jenazah merupakan hal utama yang harus kita lakukan,” tambah Ustaz Sofyan. Marzuki tersedar. Ia kemudian segera melakukan persiapan guna mengurus jenazah isterinya. Ketua Rukun Tetangga (RT) dan jiran-jiran pun membantunya dengan segera. Proses pengurusan surat penguburan, keranda dan segalanya pun diselesaikan dalam tempoh yang cepat. Maka, hanya dalam hitungan beberapa jam saja, proses pemandian, pengkafanan, solat jenazah dan pengkebumian jenazah terlaksana dengan tertib. Sekali lagi, ketika jenazah isterinya masuk ke liang lahad dan tertimbun tanah, Marzuki merasa ikut tertimbun. Ia belum begitu rela atas kepergian isterinya. Ia menangis melayani rasa keharuannya kehilangan isteri tercinta. Kaum keluarga dan tetangga hanya menganggap kalau Marzuki belum mahu beranjak dari kubur isterinya kerana perasaannya masih belum stabil. Tetapi, mendapati Marzuki masih tetap memandangi kubur Salma hingga petang hari, tetangga merasa keadaan itu tidak boleh dibiarkan. Marzuki harus dinasihati dan salah satu orang yang layak menasihati Marzuki adalah Ustaz Sofyan. “Pulanglah, Zuk. Lebih baik kamu melakukan hal-hal yang lebih penting, untukmu dan juga untuk Salma. Waktu-waktumu boleh kamu gunakan untuk ibadah, boleh mendoakan Salma, agar Allah mengampuni dosanya, menerima amal ibadahnya,” begitu nasihat Ustaz Sofyan.
Marzuki tidak berganjak. Ustaz Sofyan kembali berujar. “Mungkin, Salma tidak menyukai apa yang kamu lakukan saat ini, Zuki. Mungkin Salma lebih senang kalau kamu solat dan mendoakannya, bukan menyesali kepergiannya dengan cara seperti ini. Bukankah kelak kamu juga akan menyusul Salama? Nah, lebih baik kamu beribadah sebagai bekal persiapannya.” Lagi, Marzuki tersentak dengan ucapan Ustaz Sofyan. Seketika ia berdiri dan mencium tangan ustaz. “Terima kasih, ustaz” ucap Marzuki yang dengan segera meninggalkan Ustaz Sofyan sendirian.

HIDUP UNTUK IBADAH
Kematian Salama membuat hidup Marzuki berubah drastik. Hari-harinya dijalani hanya dengan sedikit rutin kerjanya. Kebanyakan waktunya digunakan untuk beribadah. Solat dan zikir menjadi amalannya. Ketika Marzuki hendak melaksanakan solat subuh, persiapan yang dilakukannya sudah dimulai dari pukul tiga dinihari. Tak jarang, setelah melaksanakan solat subuh berjemaah, ia tidak kembali ke rumah dan memilih berdiam diri sambil berzikir di masjid sampai waktu zuhurnya. Beberapa jemaah masjid memperhatikan laku Marzuki. Beragam komentar pun meluncur dari bibir mereka. “Marzuki sudah tak punya semangat hidup,” begitu komentar salah seorang jemaah masjid. “Benar,” sahut yang lainnya. “Dia boleh jatuh sakit kalau setiap hari seperti itu.” “Kasihan, perutnya tak terurus. Apa Marzuki tidak merasakan lapar dan haus?”
Dari dialog yang terjadi, kemudian salah seorang jemaah mendekati Marzuki. “Apa mahu saya bawakan segelas teh manis, Zuki?” Marzuki menoleh sebentar, kemudian balik pada posisi semula. Dari mulutnya keluar ucapan yang pelan. “Terima kasih. Saya sudah tidak memiliki dunia ini lagi. Dan berharap secepatnya menyusul Salama.” Jemaah masjid terkejut mendengar ucapan Marzuki. Tapi hanya rasa hairan saja yang membuat mereka saling menatap antara satu sama lainnya. Mereka tidak dapat melarang apa yang sudah menjadi keputusan Marzuki. Kerana itu, jemaah pun meninggalkan Marzuki yang kembali terbenam dalam khusyuknya berzikir.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...

No comments: