Tuesday, April 15, 2014

Bidadari Tercantik Di Syurga

BIDADARI adalah wanita cantik di syurga yang memiliki perangai yang sangat baik. Allah s.w.t. berfirman, “Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (QS. Ar-Rahman [55]: 70) Para bidadari itu sama sekali belum disentuh oleh siapapun, termasuk oleh bangsa jin. Allah berfirman, “Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.” (QS. Ar-Rahman (55): 74) Mengapa bidadari itu tak tersentuh? Sebab, Allah sengaja memingitnya di dalam sebuah rumah yang sangat megah di syurga, “(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.” (QS. Ar-Rahman (55): 72). Dikatakan, salah satu bidadari yang paling cantik di syurga itu bernama ‘Ainul Mardhiyah. Bidadari yang satu ini hanya diberikan untuk mereka yang berjihad di jalan Allah. Secara bahasa Ainul Mardhiyah bererti mata yang diredhoi atau setiap pandangan yang melihatnya pasti akan menemukan keredhoan di hati. Kisah tentang Ainul Mardhiyah diceritakan dalam hadis Nabi s.a.w. riwayat Termizi: Ketika pagi hari di bulan Ramadan, Nabi s.a.w. sedang memberikan targhib (ajakan untuk semangat berjihad) kepada pasukan Islam, Nabi s.a.w. pun bersabda, “Sesungguhnya orang yang mati syahid kerana berjihad di jalan Allah, maka Allah akan menganugerahkannya Ainul Mardhiyah, bidadari paling cantik di syurga”. Salah satu sahabat yang masih muda yang mendengar cerita itu menjadi penasaran. Namun, kerana malu kepada Nabi dan sahabat-sahabat lain, sahabat ini tidak jadi mencari tahu lebih dalam mengenai Ainul Mardhiyah. Waktu zuhur sebentar lagi, sesuai sunnah Rasul, para sahabat dipersilakan untuk tidur sejenak sebelum pergi berperang. Bersama kafilah perangnya pun sahabat yang satu ini tidur terlelap dan sampai bermimpi. Di dalam mimpinya dia berada di tempat yang sangat indah yang belum pernah ia kunjungi sebelumnya. Dia pun bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik yang belum pernah ia lihat sebelumnya. Ia pun bertanya kepada wanita tersebut, “Di manakah ini?”  “Inilah syurga.”, jawab wanita itu.  Kemudian sahabat ini bertanya lagi, “Apakah anda ‘Ainul Mardhiyah?” “Bukan, saya bukan Ainul Mardhiah. Kalau anda ingin bertemu dengan Ainul Mardhiyah, dia sedang berada di bawah pohon yang rindang itu.” Didapatinya oleh sahabat itu seorang wanita yang kecantikannya berkali-kali lipat dari wanita pertama yang ia lihat. “Apakah anda ‘Ainul Mardhiyah?” tanya sahabat itu. “Bukan, saya ini penjaganya. Kalau anda ingin bertemunya di sanalah singgasananya,” jawab si bidadari.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...

No comments: