Tuesday, April 15, 2014

Jenazahnya Terkoyak-Koyak

Tersebutlah Rudi [bukan nama sebenarnya], pemuda berusia sekitar 25 tahun. Pendidikannya hanya sampai SMA (Menengah). Setelah lulus SMA, Rudi bercita-cita bekerja di perusahaan atau pejabat swasta yang berjaya. Ia tidak mempersoalkan pekerjaan yang digelutinya. Ia mahu bekerja di bahagian apapun, asalkan ia bekerja di perusahaan atau dalam pejabat. Tetapi niatnya itu tidak kesampaian, kerana untuk memperoleh pekerjaan di perusahaan atau dalam pejabat yang hebat, ia harus bersaing dengan lulusan dari sekolah yang lebih tinggi darinya. Tidak seperti teman-temanya yang mahu bekerja di tempat lain, Rudi sudah bertekad hanya mahu bekerja di pejabat atau perusahaan bagus saja. Maka, ketika teman-temannya mulai berniaga kecil-kecilan di pinggir pasar dekat rumahnya, Rudi hanya duduk-duduk saja. Ia masih yakin bahawa suatu saat nanti dirinya akan mendapat panggilan dari perusahaan atau pejabat tempatnya memohon pekerjaan.
Tetapi, hingga setahun setelah kelulusannya dari SMA, Rudi belum juga mendapat pekerjaan yang diidam-idamkannya itu. Kerjanya setiap hari hanya berkumpul dan lepak-lepak di pinggir pasar bersama teman-temannya yang tidak bekerja. Ia seringkali tidak pulang ke rumah walaupun hari sudah larut malam.
Hampir setiap malam ia habiskan waktunya di pinggir pasar bersama teman-temannya dengan berbotol-botol minuman keras yang memabukkan. Menjelang fajar ia baru pulang ke rumah dengan terhuyung-hayang, merasakan berat kepalanya. Tidak hanya mabuk, Rudi juga sering meminta wang daripada para peniaga di pasar. Ia akan marah jika tidak diberi wang oleh orang-orang yang dimintanya. Beberapa peniaga kecil di pasar pernah dipukulnya kerana tidak mahu memberikan uang kepadanya. “Kamu mesti bayar wang perlindungan!” bentak Rudi kepada setiap orang yang enggan memberinya wang. “Maaf, Bang! Belum dapat wang. Belum ramai,” ujar penjual sayur. Peniaga itu berlembut memanggilnya ‘abang’ walaupun usianya lebih tua dari samseng kampung itu. “Pasar ramai begini kamu bilang belum ramai?” herdik Rudi lagi. “Maksud saya belum ada yang beli, Bang,” jawab si pedagang sayur itu agak ketakutan. Mendengar orang yang dimintanya masih terus menjawab bentakannya, Rudi semakin marah. Dengan geram ia memukul tukang sayur itu. Tukang sayur yang kurus itu tidak dapat mengelak dari pukulan Rudi. “Jangan, Bang. Jangan, Bang!” pinta tukang sayur sambil mengeluarkan wang Rp500 (RM15) dari kocek seluarnya dan memberikannya kepada Rudi yang hendak memukulnya lagi. Demikianlah setiap hari Rudi meminta wang dari para peniaga di pasar. Wang yang diperasnya itulah yang ia pergunakan untuk minum-minum bersama kawan-kawannya setiap malam. Tetapi rupanya ajal manusia memang tidak dapat diduga. Seperti kata orang bijak, ajal manusia itu seperti buah kelapa. Layaknya buah kelapa, tidak ada jaminan bahawa hanya buah kelapa yang sudah tua saja yang boleh jatuh ke tanah. Kadang-kadang, buah kelapa yang masih muda pun jatuh juga. Begitu pula ajal manusia. Tidak ada jaminan bahawa kita akan meninggal pada masa tua. Sedangkan anak-anak dan bayi pun meninggal dunia sebelum mereka merasakan alam remaja. Demikian pula yang terjadi pada Rudi. Pada suatu  hari ia jatuh sakit. Seharian ia tidak keluar rumah. Ibunya yang tahu anaknya sakit terpaksa membawakan makanan ke biliknya. Sebagai seorang ibu, ia sebenarnya berniat membawa anaknya ke klinik terdekat, namun Rudi tidak mahu. “Alaah, Bu. Nanti sembuh la. Cuma panas saja. Sudah biasa...” jawab Rudi kepada ibunya ketika ibunya mengajaknya ke klinik. Hingga malam, panas Rudi tidak mahu turun. Menjelang subuh Rudi menghadapi sakaratul maut dengan susah payah. Akhirnya Rudi meninggal di sisi ibunya. Dalam waktu yang singkat, rumah Rudi pun penuh dengan para tetangga yang datang berziarah. Bapa Rudi sibuk menerima para tetangga yang turut membantunya menyiapkan kubur dan mengurus surat izin pengkebumian bagi anaknya. Jenazah Rudi hendak dikebumikan di tanah perkuburan yang tidak jauh dari rumahnya. Tanah perkuburan itu merupakan Tempat Perkuburan Umum (TPU) yang sangat luas. Ribuan jenazah telah dikuburkan di sana.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...

No comments: