Tuesday, April 15, 2014

Hidup Sihat Ikut Teladan Rasulullah s.a.w.

SEBAGAI seorang muslim, tidak ada tokoh yang patut dan layak untuk diteladani dalam segala apapun, kecuali Rasullullah s.a.w. “Sesungguhnya telah ada dalam diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Q. al-Ahzab: 21) Apa yang ada dalam diri Rasulullah adalah contoh yang harus ditiru dan diamalkan. Cara hidupnya juga mencerminkan cara hidup yang sihat. Maka, tak hairan, apabila Rasulullah tidak pernah sakit. Menurut Haekal dalam Sejarah Hidup Muhammad, penyakit yang pernah menderita tak lebih dari kehilangan nafsu makan yang pernah dialaminya dalam tahun keenam Hijrah, tatkala ada tersiar khabar bohong bahawa ia telah disihir oleh orang-orang Yahudi. Oleh kerana itu, kita sebagai umat Islam hendaknya mengikuti jejak dan gaya hidup yang dicontohkan oleh Rasulullah. Berikut ini beberapa hal yang menjadi kebiasaan Rasulullah, yang mencerminkan hidup sihat dan jauh dari sakit.

A. Aktiviti Harian Rasulullah
Para pakar kesihatan menyatakan bahawa udara sepertiga malam terakhir sangat kaya dengan oksigen dan belum terkotori oleh zat-zat lain, sehingga sangat bermanfaat untuk optimalisasi metabolisme tubuh. Hal ini jelas sangat besar pengaruhnya terhadap vitaliti seseorang dalam aktivitinya selama seharian penuh. Rasulullah setiap subuh selalu mendapat manfaat udara segar. Rasulullah bangun sebelum subuh dan melaksanakan qiyamul lail. Biasanya orang yang memulai kehidupan di pagi hari dengan bangun subuh, akan menjalani hari dengan penuh semangat dan optimisme. Berbeda dengan orang yang tidak bangun di subuh hari, biasanya lebih mudah diserang rasa malas untuk beraktiviti. Rasulullah tidur lebih awal dan bangun lebih awal. Rasulullah selalu mengajak umatnya agar selalu bangun sebelum waktu subuh serta melaksanakan solat subuh di masjid. Selain mendapat pahala, dengan berjalan ke masjid (ke surau), kita akan menghirup udara subuh yang segar dan mengandung oksigen. Kerana itu orang yang suka bangun pagi dan menghirup udara pagi mempunyai paru-paru yang lebih kuat dan sihat. Disamping itu, udara subuh dapat memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan. Keuntungan yang akan diperolehi adalah badan sihat, otak cerdas, penghidupan lapang dan mendapatkan kebaikan di dunia akhirat. Sebelum tidur dianjurkan untuk berdoa, sebagaimana Rasulullah mencontoh doa sebelum tidur: “Dengan namaMu ya Allah, aku hidup dan aku mati.” (HR Bukhari-Muslim). Kemudian ketika bangun tidur kita juga dianjurkan untuk berdoa: “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah Ia mematikan kami. Dan kepadaNya kita semua berkumpul.” (HR. Bukhari) Prinsipnya, cepat tidur dan cepat bangun. Beliau tidur di awal malam dan bangun pada pertengahan malam kedua. Biasanya Rasulullah s.a.w. bangun dan bersiwak (memberus/menggosok gigi dengan kayu siwak), lalu berwuduk dan solat sampai waktu diizinkan Allah. Beliau tidak pernah tidur melebihi keperluan. Penelitian yang dilakukan di Jepun dan di Amerika Syarikat selama enam tahun dengan responden berusia 30 sampai dengan 120 tahun menyimpulkan bahawa orang yang biasa tidur lebih dari 8 jam sehari memiliki risiko kematian yang lebih cepat. Sangat berlawanan dengan mereka yang hanya tidur 6 – 7 jam sehari. Rasulullah s.a.w. biasa tidur selepas isyak untuk kemudian bangun malam. Jadi beliau tidur tidak lebih dari 8 jam. Cara tidur Rasulullah s.a.w. pun sarat makna. Ibnu Qoyyim, seorang intelektual Islam berkata: “Barangsiapa yang memperhatikan pola tidur Rasulullah, nescaya ia akan memahami pola tidur yang benar dan paling bermanfaat untuk badan dan organ tubuh.” Ibnu qayyim Al Jauziyyah dalam buku Metode Pengubatan Nabi mengungkapkan bahawa Rasulullah tidur dengan memiringkan tubuh kearah kanan, sambil berzikir kepada Allah hingga matanya terasa berat. Terkadang beliau memiringkan badannya kesebelah kiri sebentar, untuk kemudian kembali ke sebelah kanan. Tidur seperti ini merupakan tidur paling efisien.
Untuk menjaga kesihatan mulut dan giginya pada pagi hari, Rasulullah s.a.w. biasa memakai siwak. Siwak mengandung flour yang sangat bermanfaat dalam menjaga kesihatan gigi dan gusi. Mulut dan gigi merupakan organ tubuh yang sangat berperanan dalam menerima makanan. Apabila mulut dan gigi sakit, maka biasanya proses menerima makanan menjadi terganggu.

B. Pola Makan Rasulullah
Rasulullah s.a.w. membuka menu sarapannya dengan air dingin (air sejuk) yang dicampur dengan madu. Dalam Al Quran, madu merupakan syifaa (ubat) yang diungkapkan dengan isim nakiroh, menunjukkan erti umum dan menyeluruh. Pada dasarnya madu boleh menjadi ubat atas berbagai penyakit. Madu berfungsi untuk membersihkan perut, mengaktifkan usus-usus, dan menyembuhkan sembelit, buasir, luka bakar, dan peradangan. Salah satu makanan kegemaran Rasul adalah madu. Beliau biasa meminum madu yang dicampur air untuk membersihan air liur dan pencernaan. Rasulullah bersabda, “Hendaknya kalian menggunakan dua macam ubat, iaitu madu dan Al-Quran.” (HR. Ibnu Majah dan Hakim). Rasulullah tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan yang dingin secara bersamaan. Beliau juga tidak makan ikan dan daging dalam satu waktu dan juga tidak langsung tidur setelah makan malam, kerana tidak baik bagi jantung. Beliau juga mengambil sedikit dalam pemakanan daging, sebab terlalu banyak daging akan berakibat buruk pada persendian dan ginjal. Pesan Umar r.a., “Jangan kau jadikan perutmu sebagai kuburan bagi haiwan-haiwan ternak!” Tujuh biji kurma ajwa (matang) menjadi kebiasaan Rasulullah s.a.w. menjelang siang. Beliau pernah bersabda, “Barang siapa yang makan tujuh biji kurma, maka akan terlindungi dari racun.” Hal ini terbukti ketika seorang wanita Yahudi menaruh racun dalam makanan Rasulullah pada sebuah percubaan pembunuhan di perang Khaibar, racun yang tertelan oleh beliau kemudian dapat dineutralkan oleh zat-zat yang terkandung dalam kurma. Sementara itu Bisyir ibu al Barra’, salah seorang sahabat yang ikut makan racun tersebut akhirnya meninggal, tetapi Rasulullah s.a.w. selamat dari racun tersebut. Rahsianya adalah tujuh biji kurma yang biasa diambil Rasulullah sebagao pemakanannya.
Menjelang petang, menu Rasulullah biasanya adalah cuka dan minyak zaitun.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...

No comments: