Tuesday, April 15, 2014

Bagaimana Orang Sakit Menunaikan Haji?

Menunaikan ibadah haji adalah sesuatu yang amat dirindukan oleh setiap umat Islam, bahkan oleh yang telah menunaikannya berkali-kali sekalipun. Kerana itu, bagi yang dimudahkan Allah untuk boleh menunaikan ibadah haji tahun ini agar menggunakan kesempatan emas itu dengan sebaik-baiknya. Sebab, belum tentu kesempatan menunaikan ibadah haji itu datang berulang kali. Orang yang berhaji tentu ingin ibadah hajinya berjalan lancar. Selain diperlukan kesiapan mental dan spiritual, juga dituntut kesiapan fizik yang matang. Hal ini kerana ibadah haji merupakan salah satu ibadah yang cukup menggunakan tenaga. Tawaf (berjalan mengelilingi kaabah), sa’i (berlari-lari kecil diantara bukit shafa dan marwa) sebanyak tujuh pusingan, dan melempar jumrah yang memerlukan waktu untuk berjalan dan berdesak-desakan merupakan gambaran betapa keadaan kesihatan sangat diperlukan untuk kelancaran jalannya ibadah haji. Sebelum berangkat, jemaah sangat dianjurkan untuk melakukan aktiviti olahraga rutin atau riadhah. Seperti rutin berjalan kaki cepat, atau melakukan jogging ringan. Dan diingatkan juga agar tubuh dijaga agar tidak terlalu lelah menjelang hari keberangkatan ke Tanah Suci. Olahraga sangat dianjurkan untuk rutin dilakukan sejak lama sebelum bertolak ke Makkah. Bagi yang sudah biasa berolahraga, tentu sudah tidak menjadi masalah lagi ketika dituntut untuk melatih fiziknya. Namun, bagi yang tidak biasa berolahraga, barangkali sulit sekali untuk memulai melatih fizik sehingga diperlukan motivasi dan perencanaan yang matang sebelumnya. Apalagi jika sudah lanjut usia dan lama tidak melakukan olahraga. Berolahraga yang dimaksud disini bukanlah olahraga berat yang memakan waktu lama. Kerana olahraga berlebihan dan terlalu dipaksakan justeru kurang baik untuk kesihatan. Jogging, jalan kaki dan berbasikal boleh menjadi alternatif olahraga yang boleh dipilih. Calon jemaah haji cukup meluangkan waktu 20-30 minit tiap harinya. Latihan fizik ini sebaiknya rutin dilakukan sebanyak 3 kali tiap seminggu. Olahraga yang dipilih harus disesuaikan dengan kemampuan fizikal masing-masing orang. Jika perlu, sebelum mulai melakukan latihan, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Banyak manfaat yang boleh didapatkan dengan olah raga secara teratur dan berkesinambungan, antara lain tubuh terasa segar, dapat mencegah kegemukan kerana membuang kelebihan kalori, dapat mengawal kadar gula dalam darah, dapat menurunkan kadar kolesterol, dan baik untuk kesihatan jantung. Dengan keadaan tekanan darah stabil, kadar gula darah dan kolesterol dalam batas normal, maka calon jemaah haji insyaAllah akan lebih siap dalam melakukan semua rangkaian manasik haji. Jadual makan yang sihat sangat mendukung kesihatan dan kebugaran calon jemaah haji. Oleh kerana itu, sebelum berangkat ke tanah suci, hendaknya calon jemaah haji sudah mengatur supaya apa yang dimakan benar-benar makanan yang cukup jumlahnya dan lengkap zatnya. Bagi yang memiliki penyakit tertentu, seperti sakit gastrik, kencing manis (diabetes mellitus), hipertensi (tekanan darah tinggi), asam urat tinggi dan kolesterol tinggi, hendaknya menghindari makanan-makanan yang dapat memudarat penyakitnya. Mengatur pola makan tidak hanya dilakukan menjelang keberangkatan, tapi diusahakan untuk dilakukan sejak jauh-jauh hari sebelumnya. Dengan membiasakan jadual makan yang sihat, insyaAllah penyakit-penyakit yang diderita boleh terkawal dan membaik.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2014 di pasaran...

No comments: