Thursday, August 26, 2010

Variasari Keluaran September 2010

















Setiap hari orang bercerita tentang majalah Variasari. Ada macam-macam cerita yang dihebahkan....anda bagaimana?

Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Tindakbalas yang cukup memberansangkan dari para pembaca amat kami hargai.

Kami sajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.

Dapatkan segera majalah Variasari keluaran September 2010 sebelum kehabisan.

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.

Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin


Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Wednesday, August 25, 2010

Antara Yang Menarik Dalam Variasari September 2010









Hidayah September 2010













Hidayah keluaran September 2010 sudah beredar di pasaran.
Pastikan anda memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda. Isi kandungannya tetap padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Langganlah Segera Melalui Pos

Salam Kami September 2010


ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur kita ke hadapan Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Entah mengapa, sudah jadi semacam tradisi bila masuk saja Ramadan, sebilangan kita sudah bersiap sedia untuk menyambut raya. Malah ada yang sebelum puasa lagi dah sibuk-sibuk cakap pasal sambut raya. Seolah kedatangan Ramadan tidak sah kalau tidak cakap pasal raya. Musim inilah dikatakan banyak yang berbelanja lebih. Lebih berbelanja untuk juadah berbuka puasa. Lebih berbelanja untuk urusan balik kampung, lebih persiapan untuk siap ‘duit raya’ dan sebagainya. Ramadan seolah-olah bulan habis-habisan berbelanja.
Habis Ramadan dan selepas seminggu saja beraya, masing-masing ‘poket kering’. Sepatutnya kita janganlah begitu... Islam mengajar kita supaya bersederhana dalam segala hal. Malah puasa itu sendiri mengajar agar kita lebih bersifat sabar menahan hawa nafsu untuk berbelanja lebih. Sepatutnya kita tidak perlu berbelanja lebih pun... Sewajarnya kita lebih menumpukan kepada menghayati amal ibadat sepanjang Ramadan. Seharusnya bulan Ramadan kita dapat berjimat cermat. Belanja makan waktu siang hari dapat dijimatkan. Malam pula kita sibuk dengan amalan sunat bersolat terawih dan beriktikaf di masjid dan surau. Jadi tidak ada masa untuk kita boros berbelanja. Hendaknya kita mengajar diri kita, anak-anak kita dan ahli keluarga kita agar menjadikan bulan Ramadan sebagai bulan muhasabah, bulan memeriksa diri masing-masing... Hendaknya apabila kita keluar dari Ramadan, kita akan menjadi ‘orang baru’ dengan mendapat keampunan dari Allah Taala. Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dari ayahnya, dari Ibnu Mas’ud r.a. berkata: “Tiada seorang hamba yang puasa Ramadan dengan tenang dan diam, selain berzikir, dan melaksanakan yang halal dan meninggalkan yang haram, dan tidak membuat kekejian, melainkan ia akan keluar dari bulan Ramadan sudah diampun semua dosa-dosanya, dan dibangunkan untuk tasbih dan tahlil(nya) sebuah rumah di syurga dari zamrud yang hijau di dalamnya ada yaqut yang merah, sementara didalam yaqut itu ada khemah dari permata yang berlubang dan didalamnya ada bidadari yang memakai dua gelang emas bertaburkan yaqut merah yang dapat menerangkan bumi semuanya.”
Pembaca budiman, mahunya kita begitulah. Dan ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Tunggulah imbuhannya apabila kita sudah berada di bawah bumi dan memasuki alam barzakh dan alam akhirat. Hidayah kali ini terus menemui anda untuk sekian kalinya. Bacalah dan hayatilah setiap rencana yang dipaparkan. Beritahulah kami sekiranya ada kelemahan dan salah silap kami, sementara itu beritahulah apa baiknya Hidayah kepada saudara mara, rakan handai, sahabat taulan agar mereka juga sama-sama dapat menjadi pembaca Hidayah. Amal kebaikan anda itu akan terbalas juga di akhirat kelak, InsyaAllah. Wassalam.

Pengarang

Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Surat Pembaca

KEKALKAN IMEJ HIDAYAH
Saudara Pengarang,
Saya amat tidak setuju Hidayah diterbitkan dua kali seminggu. Ini disebabkan belum sempat pembaca menghabiskan bacaan Hidayah sebelumnya, Hidayah keluaran berikut telah muncul di pasaran. Membaca Hiayah bukan seperti baca ‘majalah hiburan’ atau akhbar harian. Main selak-selak muka saja. Membaca Hidayah perlu diberi perhatian kepada mesej yang mahu disampaikan oleh penulisnya. Walaupun Hidayah bukanlah majalah akademik, namun sebagai majalah bercorak agama ianya perlu kepada penghayatan apabila membacanya.
Saya berharap Hidayah kekal pada imejnya sekarang. Sederhana dan bersesuaian dengan pelbagai peringkat umur untuk membacanya. Diharap juga agar Hidayah turut mengutamakan isu-isu yang berkaitan dengan kewanitaan agar menjadi panduan kepada para pembacanya. Hidayah tidak perlu gopoh untuk memenuhi kehendak pembaca. Pertahankanlah kualiti yang ada sekarang.

Muhammad Jamil Zaidi,
Kulai, Johor.

• Menjadi hasrat Hidayah bukan saja mengekalkan imejnya, malah menambahkan lagi bilangan para pembacanya dari masa ke semasa, insyaAllah. - Pengarang

JANGAN PERCAYA RAMALAN...
Saudara Pengarang,
Saya masih terkenang-kenang dengan riuh rendahnya Piala dunia FIFA 2010. Bagi saya, sukan bola sepak merupakan sukan paling popular di dunia. Sampaikan ustaz-ustaz yang buat kuliah agama di masjid dan surau-surau turut menyentuh atau menyebut isu-isu mengenai bola sepak ini baik dari sudut positif atau negatifnya.
Apa yang menariknya ada ustaz-ustaz cakap, kalau peminat bola sepak boleh bangun jam 1 atau 2 pagi semata-mata untuk menonton siaran langsung bola sepak, apalah salahnya sebelum itu buat ‘solat tahajud’ dulu.
Bagi saya apa yang disarankan oleh ustaz-ustaz itu ada positifnya bagi mana-mana individu untuk mendapatkan kebaikan. Satu lagi yang menarik perhatian saya ialah mengenai ramalan seekor sotong gurita mengenai keputusan pertandingan bola sepak. Kebetulan semuanya ‘mengena’ belaka. Bagi saya yang lebih ‘menarik’ apabila ada pegawai bola sepak pasukan yang bertanding yang mengingatkan mereka jangan percaya dengan ramalan sotong gurita itu kerana perbuatan tersebut adalah kepercayaan ‘syirik’. Hah...! itu orang kafir yang cakap tu...Saya tersenyum membaca komennya kerana tenyata ‘orang kafir’ juga faham maksud ‘syirik’ itu dan saya berharaplah kalangan orang-orang Islam hendaknya lebih maklum mengenai akidah kita sebagai pemeluk agama tauhid ini. Harap komen berkenaan ada kesan positifnya kepada mereka yang suka membuat ramalan-ramalan bagaikan mendulukan takdir Tuhan, na’udzubillah...

Salbiah Haji Mokhtar,
Sabak Bernam,
Selangor.

• Apa yang anda katakan itu memang betul. Harap mereka yang telanjur mempercayai apa-apa ramalan selama ini hendaklah segera bertaubat agar tidak tergelincir akidah masing-masing... - Pengarang

SYIRIK PERCAYA PADA KUBUR
Saudara Pengarang,
Saya tersentuh apabila membaca rencana oleh Ibnu Idris bertajuk “Melayu Dulu Lebih Percayakan Kubur Yang Dianggap Keramat” (Hidayah – Ogos 2010 halaman 106). Rencana tersebut mengingatkan saya betapa pada awal-awal tahun 60an dulu saya sendiri menyaksikan bagaimana sebuah kubur yang dianggap ‘keramat’ bertempat di Kamunting, Taiping, Perak yang disebut ‘Keramat Tok Bidan Lanjut’ begitu dimuliakan oleh sesetengah pihak siap diberi kelambu dan kalau tak silap batu nisannya turut dibalut dengan ‘kain kuning’.
Yang mengharukan adanya kepercayaan apabila berhajat sesuatu bolehlah berbuat demikian dengan menzirahi kubur berkenaan siap dengan persembahan ‘pulut kuning’nya. Saya bersyukur kerana kepercayaan atau perbuatan tersebut dapat dibanteraskan oleh Jabatan Agama Perak dan pihak yang berkewajipan dengan membuang segala kepercayaan karut marut itu. Sekarang saya mendapati tanah perkuburan yang menempatkan kubur yang dianggap keramat itu telah bersih kawasannya dan dijaga dengan sempurna oleh pihak berkenaan.
Saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada penjaga tanah perkuburan berkenaan yang prihatin dengan kebersihan kawasan perkuburan berkenaan. Untuk makluman tanah kubur tersebut turut menempatkan perkuburan ayah saya, datuk dan opah saya serta beberapa ahli keluarga yang lain.
Kepada Ibnu Idris saya berharap akan terus menulis dan membongkar kisah-kisah lama yang saya fikir ada manfaatnya untuk kita jadikan iktibar dan renungan bersama. Terima kasih Hidayah kerana menyiarkan rencana yang menarik itu.

Marzita Abdul Hamid,
Kampung Pinang,
Taiping, Perak.

• Tidak ada ‘dulu’ tidak adalah ‘sekarang’. Dulu lain, sekarang lain. Bersyukurlah dengan anugerah Allah s.w.t. yang membuka minda umat Islam/Melayu daripada yang tidak baik kepada yang lebih baik, Alhamdulillah. - Pengarang

JADIKAN IKTIBAR BAHAN RENUNGAN
Saudara Pengarang,
Memang menginsafkan apabila mengikuti rencana iktibar 1 bertajuk ‘Jenazah Ditimbun Batu Kerikil’ yang disiarkan bulan Ogos lalu. Kecurangan pasangan suami isteri antara satu sama lain baik lelaki curang atau suami yang curang sudah menjadi lumrah dalam kisah masyarakat. Namun bagi saya, apa saja kisah yang berlaku dalam kehidupan pasangan suami isteri adalah merupakan satu tragedi yang menyedihkan. Cuma balasan dosa yang dilakukan oleh seseorang itu tidak semuanya dibalas secara nyata di dunia ini. Begitulah keadilan Allah s.w.t. Andai sekiranya setiap pembalasan dosa itu ditunjukkan di dunia ini lagi maka tidak berertilah ‘balasan yang ghaib’ seperti yang diberi oleh Tuhan dan janji-janjiNya di alam barzakh dan akhirat kelak. Berkaitan dengan rencana iktibar itu saya terkesan, bahawa kecantikan ternyata tidak memberi jaminan kebahagiaan bagi wanita berkenaan atau lelaki manapun. Begitu juga dengan ‘Sakiyem’ kalaulah rupanya tidak cantik, tidak mungkin dia akan digoda oleh lelaki lain atau dia menggoda jantan lain. Namun begitulah kehendak Tuhan. Kecantikan itu tidak kekal. Yang kekal ialah akhlak yang baik dan amalan kebajikan. Oleh itu janganlah berbangga dengan kecantikan. Andainya mahu mencari jodoh, janganlah utamakan rupa paras yang menawan sahaja. Utamakan akhlak dan keagamaan seseorang itu. Bertuahlah mana-mana individu mendapat anugerah pasangan yang baik paras rupanya dan baik pula pekertinya. Namun kalau tidak mendapat yang cantik pun, tapi baik akhlaknya itu juga merupakan anugerah Allah jua. Andainya pula mendapat jodoh yang kurang paras rupanya dan kurang baik pula perangainya, juga merupakan ‘ujian’ Allah kepada seseorang itu yang menjadi pasangannya. Sifat ‘bersabar’ akan memperolehi ganjaran pahala yang besar di sisi Allah s.w.t.

Haji Abdul Rauf Osman,
Kota Bharu, Kelatan.

• Benarlah apa yang anda katakan itu. Semoga ianya menjadi renungan kita bersama. – Pengarang.

Sakaratul Maut Seperti Anjing

“Astaghfirullah al-adzim...astaghfirullah al-adzim,” kalimat itu seringkali diucapkan orang-orang saat menyaksikan Sayekti sedang bergelut menghadapi sakaratul maut. Mulai dari anaknya sendiri yang tekun merawatnya sampai beberapa orang jiran yang menjenguknya. Semuanya melontarkan rasa keperihatinan yang mendalam atas apa yang dialami Sayekti. Berkali-kali Sayekti meregang nyawanya, mengalami nazak yang luar biasa. Mukanya menyeramkan, matanya membelalak. Dan yang lebih membuat rasa terharu adalah lidahnya yang menjulur-julur terus seperti anjing. Naudzu billahi min dzalik. Kadang-kadang dia menjulurkan lidahnya agak lama yang nampak lebih panjang dari lidah manusia biasa, kemudian dia memasukkan lidah itu ke dalam mulutnya. Setelah itu, kembali lagi pemandangan yang sama terlihat. Begitulah seterusnya... Tubuh perempuan tua yang sudah tak berdaya di atas katilnya itu sungguh menyedihkan. Kulit tubuhnya mulai berkeriput, rambutnya mengerbang serta pakaian yang dipakainya berserebeh kerana setiap kali masa itu datang, perilaku Sayekti sungguh aneh. Bukan di bahagian muka saja yang ganjil, melainkan juga tangan dan badannya bergetar hingga membuat seperti katil serta pakaiannya tak karuan. Di tepi katilnya, Sunarti, si anak yang setia menemani ibunya, tak henti-hentinya menyeka air matanya yang sembab lantaran sering menitiskan air mata. Wajahnya begitu sedih. Dari cara duduknya, dia teramat gelisah serasa menyimpan banyak pertanyaan berkaitan keanehan yang ada pada ibunya. Namun, semua itu tak kuasa ia katakan, hanya disimpan di dalam hatinya. Masih teringat pesanan ibunya ketika sakaratul maut belum mendatanginya. Ibunya berpesan agar anaknya tidak perlu lagi mengikuti jejak pekerjaannya sebagai ceti (peminjam wang) atau (ah long). “Jangan ikut kerja ibumu, ya nak! Mungkin sakit ibumu ini akibat kerja ibu,” nasihatnya tanpa menjelaskan panjang lebar. Namun Sunarti dan juga orang ramai di kampung itu sudah maklum tentang pekerjaan Sayekti. Bisnes apa lagi yang dikerjakan Sayekti kalau tidak jadi ceti itulah. Di samping Sunarti, dua keluarga rapatnya tak kalah sedihnya. Akan tetapi keduanya lebih tabah seraya selalu mengingatkan agar Sayekti menyebut nama Allah. “Istighfar...istighfar...,” kata mereka sambil mengajarnya dengan bacaan kalimat thayyibah. Sayangnya, Sayekti tidak sanggup mengikutinya. Ia tak menghirau ajakan tersebut; justeru yang ditampakkannya adalah pemandangan serupa, lidahnya menjulur-julur seperti anjing. Rupanya kesedaran Sayekti sudah hilang berganti dengan penderitaan yang tak ada hujungnya. Dalam sekejap, khabar mengenai sakaratul maut Sayekti ini menjadi buah bibir jiran tetangga terdekat. Khabar ini bermula setelah salah seseorang yang menjenguk dan melihat kejadian aneh itu lalu menceritakan kepada yang lain. Desas desus yang berkembang di masyarakat adalah keanehan yang dialami oleh Sayekti berkait dengan bisnesnya yang sudah digeluti sejak masih muda hingga menjelang sakitnya.

‘Mencekik’ Orang
“Aduh...mencekik sekali kerjanya. Kalau boleh janganlah, carilah cara lain berbanding minta pinjam pada Sayekti,” jawab Sisri pada Marni. “Pasal apa tak boleh? Kamu sendiri meminjam wang dengannya,” tanya Marni setengah tak percaya. Sisri menghela nafas sejenak setelah merasa enak, dia pun menjelaskan tentang perempuan yang dianggapnya pernah “mencekik”-nya itu. “Ya... aku dulu memang pernah melakukan hal yang salah. Aku meminjam wang padanya kerana keperluan yang sangat mendesak. Jalan meminjam ke beberapa orang menemui jalan buntu, padahal aku harus mendapatkan segera untuk membayar belanja pengubatan anakku. Tanpa fikir panjang kesan meminjam padanya, aku menyetujui saja semua syarat yang dikatakannya itu. “Syarat-syarat inilah sebenarnya yang kukatakan telah mencekik aku. Akalku waktu itu tak boleh berfikir jernih, yang ada wang harus segera kudapatkan lantaran bayar rawatan yang sudah semakin membengkak. Aku khuatir jika tidak segera kubayar, biaya rawatan itu terus bertambah dan aku semakin tidak mampu membayarnya.” “Memang syaratnya apa, Sri?” tanya Marni. “Aku harus membayar hutang yang tidak sedikit itu dalam tempoh 7 hari berserta bunganya 10%. Jika tidak mampu membayarnya dalam tempoh yang disyaratkan, maka bunga itu akan terus bertambah.” “Oh... oh...” “Lantas kamu boleh membayarnya tepat pada waktunya berserta bunganya?”
“Tidak boleh, Mar. Bahkan berbulan-bulan, aku baru boleh membayarnya. Kerana aku tidak boleh membayar sekaligus, aku membayarnya dengan bunga yang besar. Sampai semua barang yang aku miliki habis aku jual untuk membayar pinjamanku kepadanya.” Kedua wanita tersebut tenggelam dalam perbincangan sepak terajang Sayekti. Ternyata dalam kenyataannya, bukan Sirsi saja yang menjadi korbannya tetapi juga banyak orang lain di kampung itu. Akibat berhutang pada Sayekti, mereka terus terjerat hutang yang tak pernah mereka fikirkan.
Sekali mereka menyetujui perjanjian pengembalian hutang, jika sedikit saja meleset dari pembayaran yang telah dijanjikan, maka mereka harus siap mengganti bunga-bunga tambahan yang makin lama memang mencekik mereka.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2010 di pasaran...

Dahulukan Wahyu Dari Akal

SEDIKIT masa dulu, kita dihebohkan dengan cerita mengenai “ajaran sesat”. Maksud ajaran sesat ialah ajaran yang berlawanan dengan ajaran Islam yang suci. Di antara contohnya ialah ajaran yang dibawa oleh “Ayah Pin” dan kumpulannya yang terang-terang berlawanan dengan ajaran Islam. Kedua: Ajaran yang disebarkan oleh “Haji Kahar”. Ini juga dianggap sebagai berlawanan dengan ajaran Islam yang suci. Pihak-pihak yang berkuasa nampaknya sudah pun “membenterasnya” dan mereka yang terlebih sudah dihukum. Itu pun mengambil masa yang agak lama, barulah dapat diatasi. Selesai cerita “ajaran sesat”, maka timbul pula cerita “menyesatkan orang”. Cerita menyesatkan orang timbul setelah kisah ajaran sesat sudah reda dan tidak timbul lagi. Cerita menyesatkan orang ini wujud bila pandangan mengenai agama tidak selari dengan pendapat umum. Sedangkan pendapat itu bukannya dari masalah “pokok”, tetapi hanya soal “cabang” sahaja. Soal “cabang” kalau buat pun tidak salah atau pun tidak “sesat”, kalau kita tidak buat pun tidak dapat dosa dan tidak jadi kafir atau pun “sesat”. Tetapi oleh kerana soal itu boleh menjejaskan “income” dan kepentingan pihak tertentu, maka pandangan itu orang yang “sesat” dan perlu bertaubat. Kemunculan ilmuan-ilmuan Islam dalam negara kita ialah hasil dari ramainya para penuntut kita yang sudah menghabiskan pengajian mereka di luar negara dan pulang membawa ilmu yang dimiliki itu. Para penuntut kita ini belajar di merata tempat dan negara Islam yang pusat-pusat pengajian dan juga para pengajarnya diiktiraf oleh pemimpin-pemimpin Islam yang bertaraf ulama dan memiliki ilmu Islam yang tinggi dan luas. Diantara negara-negara dan tempat yang para penuntut kita belajar itu termasuk negara Arab Saudi iaitu di Makkah, Madinah, dan beberapa ibu kota di negara Islam itu. Ada sebahagian yang lain pula belajar di Mesir, Jordan, Yaman, dan beberapa buah negara lain di timur Tengah. Universiti-universiti tempat mereka menuntut ilmu ini diiktiraf oleh dunia Islam seluruh dunia Islam. Tenaga-tenaga pengajar disediakan untuk mengajar para penuntut kita ini adalah ilmuan-ilmuan Islam yang mempunyai ilmu yang luas dan pakar dalam bidang masing-masing. Kitab-kitab yang diajar kepada para penutut kita itu adalah kitab-kitab dari para ulama tersohor dan terkenal dalam dunia Islam. Selain dari mempelajari ilmu yang terkandung dalam kitab-kitab yang dikarang oleh para Imam mazhab yang empat yang terkenal itu, mereka juga membaca dan mempelajari ilmu dari kitab-kitab yang ditulis oleh para ulama terkini. Sumber ilmu dan hukum yang terkandung dari kitab-kitab karya para ulama itu adalah dari “Al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.”. Para ulama ini lebih mengutamakan sumber hukum itu dari kedua-duanya dari sumber lain iaitu “qiyas” dan “ijmak”. Kalau hukum-hukum itu sudah ada nas-nasnya “Quran” dan sunnah, para ulama ini tidak akan mengambil kedua-dua jalan ini, kerana mereka mendahulukan wahyu Al-kitab dan Wahyu As-sunnah dari akal. Inilah ilmu yang di pelajari para penuntut itu yang menghabiskan masa bertahun-tahun atas biasiswa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, dan ilmu inilah dibawa pulang. Para ulama kita yang ada di kampung-kampung dan Bandar yang sudah pun memegang jawatan-jawatan penting ditempat tertentu merasa terkejut apabila ada pandangan pandanganyang seolah-olah macam “menongkah arus” yang dilontarkan oleh para penuntut kita itu. Oleh kerana ilmu dan pandangan itu berlawanan, dengan ilmu yang mereka miliki, maka mereka membuat tuduhan bahawa penuntut kita “kurang beradab”, dan ada sebahagian darinya mengatakan mereka ini “Sesat” dan perlu bertaubat segera. Hakikatnya, kitab-kitab yang dibaca dan dipelajari oleh para penuntut kita itu bukan sahaja belum dibaca oleh tokoh-tokoh agama lama kita di sini, malah barang kali melihatnya pun belum lagi. Sepatutnya apa yang harus dilakukan ialah kalau ada padangan-pandangan yang berlawanan iaitu perkara yang tidak disyariatkan dianggap sebagai syariat, misalnya, soal cabang eloklah berbincang, dan masing-masing mengemukakan hujah dari nas Quran dan hadis dan kitab-kitab yang menjadi rujukan masing-masing. Bukannya kita “bertengkar” sesama sendiri, sehingga timbul “sesat menyesatkan orang lain” dan “kafir mengkafirkan” pihak-pihak lain semata-mata kita tidak setuju dengan pandangan mereka. Kalau memang ada hujah sesuai dengan nas Quran dan hadis, kita terima. Kalau tidak ada nas yang sahih dari dua sumber itu kita tolak.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2010 di pasaran...

Apakah Jiwa Dan Roh Itu Satu?

Menurut sebahagian ahli hadis, fikih dan tasawuf, roh itu bukanlah jiwa. Muqatil bin Sulaiman berkata, “Manusia itu memiliki kehidupan, roh dan jiwa. Jika ia tidur, maka jiwanya keluar dan ia boleh memikirkan segala hal, namun tidak meninggalkan badan. Yang keluar darinya seperti benang yang panjang dan memiliki sinar, sehingga orang yang bersangkutan bermimpi dengan jiwa yang keluar darinya. Sementara kehidupan dan roh tetap berada di dalam badan, membolak-balik dan bernafas. Jika dia bergerak, maka jiwa itu secepat kilat kembali kepadanya, lebih cepat daripada kerdipan mata. Jika Allah hendak mematikannya di dalam tidur, maka Dia memegang jiwa yang keluar tadi.” Lebih lanjut Muqatil mengatakan, “Jika seseorang tidur maka jiwanya keluar dan naik ke atas. Jika dia bermimpi maka jiwa itu kembali dan mengkhabarkan kepada roh. Kerana roh ini diberitahu, maka dia pun mengetahuinya bahawa dia telah bermimpi begini dan begitu.” Abu Abdullah bin Mandah berkata, “Kemudian mereka saling berbeza pendapat tentang makrifat roh dan jiwa. Sebahagian orang berpendapat, jiwa itu bersifat liar dan memiliki unsur api. Sementara roh memiliki unsur api dan rohani. Yang lain berpendapat, roh itu bersifat ketuhanan dan jiwa itu bersifat kemanusiaan, yang dengan tabiat inilah manusia diuji.” Golongan lain dari ahli atsar berkata, “Roh itu bukan jiwa, dan jiwa bukan roh. Tegaknya jiwa dengan roh. Jiwa merupakan gambaran hamba (manusia), sedangkan hawa nafsu, syahwat dan ujian merupakan adunan di dalam jiwa.” Jiwa adalah unsur batiniah manusia yang tidak dapat dilihat. Atau, ada yang mengertikannya sebagai “badan halus” manusia. Sementara tubuh kita adalah badan kasarnya. Jiwa manusia meliputi beberapa unsur, fikiran, emosi (perasaan) dan kehendak. Dengan fikirannya, manusia dapat berfikir. Dengan perasaannya manusia dapat mengasihi dan dengan kehendaknya, manusia dapat memilih. Jiwa memiliki indera penglihatan dan pendengaran, yang disebut juga indera jiwa atau indera batin. Dari situlah syaitan (dan jin) memberikan pengaruhnya ke jiwa, berupa suara-suara di hati kita yang mengajak ke perbuatan negatif. Sementara kalbu [hati] adalah jantungnya jiwa. Kalbu yang menentukan baik-buruknya jiwa. Gelap-terangnya jiwa. Jiwa biasa pergi dari jasad manusia, iaitu ketika bermimpi atau pengsan. Jiwa memiliki tingkat-tingkat yang menyebabkan manusia dicap sebagai makhluk sosial, makhluk cerdas, dan makhluk spiritual (kalbu). Jiwa yang menanggung semua akibat perbuatan tubuh fizikal dan tubuh dalam. Jiwa diciptakan sempurna tanpa cacat. Tidak ada yang terlahir sakit jiwa. Tidak ada bayi cacat. Jiwa adalah putih bersih ketika dilahirkan, lingkungan dan pengalamanlah yang membuatnya tetap putih atau kotor. Jiwa mampu menyimpan semua memori dari semenjak lahir sampai jasad meninggal dunia. Ibarat sebuah ‘server’ yang besar, mampu menyimpan data yang besar pula. Tidak ada yang luput dari ‘server’ ini, semua tersimpan dengan baik. Baik itu data kejahatan mahupun data kebaikan. Berbeza dengan memori otak yang sangatlah terbatas. Data kejahatan membuat jiwa menjadi redup cahayanya atau bahkan padam sama sekali. Sedangkan data kebaikan membuat jiwa bersinar terang. Dan sinar ini mampu menghalau cahaya gelap. Di akhirat, kelak, data di ‘server’ ini akan ditampilkan semua. Di dalam system DOS, misalnya, kita biasa mengetik perintah DIR, maka semua file akan muncul. Begitu pula dengan jiwa, semua akan ditampilkan sebutir-butirnya dari yang sekecil-kecilnya. Namun, sebenarna file kejahatan tidak semuanya akan ditampilkan. Kerana ada fungsi Delete File atau Hidden File. Siapa yang boleh melakukan ini? Tentunya Allah. Dia mengampuni siapa yang di kehendakinya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2010 di pasaran...

Tewasnya Parsi Ditangan Rom

“Alif. Laam. Miim. Telah dikalahkan bangsa Rom di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam beberapa tahun lagi. Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan di hari (kemenangan bangsa Rom) itu bergembiralah orang-orang yang beriman, kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah Maha Perkasa lagi Penyayang. (Sebagai) janji yang sebenarnya dari Allah. Allah tidak akan menyalahi janjiNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia, sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai. (Ar-Ruum: 1 – 7) Al-Quran mengungkap keajaiban yang tak seorang pun dapat menandinginya. Kalam Allah itu tak semata-mata memuat kisah yang terjadi di masa lalu, tapi boleh menembus batas waktu dengan menyatakan peristiwa yang akan terjadi di masa mendatang. Salah satu peristiwa masa depan yang disebut dalam al-Quran adalah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman yang akhirnya menaklukkan Makkah, yang saat itu dikuasai kaum kafir (penyembah berhala). Hal itu ditegaskan Allah, “Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada RasulNya, tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (iaitu) sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, insyaAllah dalam keadaan aman dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tiada kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat.” (Al-Fath: 27). Allah tak pernah ingkar janji. Apa yang disebutkan dalam al-Quran itu menjadi kenyataan. Makkah berhasil ditaklukkan, bahkan tanpa pertumpahan darah.

Kemenangan Bangsa Rom
Sepenggal khabar gembira lain terkait peristiwa masa mendatang disebut pada tujuh ayat pertama surah Ar-Ruum, yang merujuk kepada raja Bizantium, wilayah timur pemerintahan Rom. Dalam ayat itu, Allah menceriakan raja Bizantium telah mengalami kekalahan besar, tetapi akan segera memperoleh kemenangan.
“Alif Laam Miim. Telah dikalahkan bangsa Rom di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam beberapa tahun lagi. Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan di hari (kemenangan bangsa Rom) itu bergembiralah orang-orang yang beriman kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendakiNya. Dan Dialah Maha Perkasa lagi Penyayang. (Sebagai) janji yang sebenarnya dari Allah. Allah tidak akan menyalahi janjiNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai.” (Ar-Ruum: 1 – 7) Bangsa Rom – Romawi Timur yang berpusat di Konstantinopel – dan bangsa Parsi sudah lama dicekam perang. Bangsa Nasrani, yang mempunyai kitab suci. Bangsa Parsi merupakan bangsa yang beragama Majusi, menyembah api dan berhala. Kaum musyrik Makkah berada di pihak bangsa Parsi. Kaum muslimin di belakang bangsa Rom (Raja Bizantium). Ketika tersiar kabar bangsa Rom dikalahkan oleh bangsa Parsi, kaum muslimin dilanda dukacita. Sebaliknya, kaum musyrik Makkah bersukacita. Dalam suasana penuh kegembiraan itu, kaum musyrik Makkah mengejek kaum muslimin, “Kami pun – seperti halnya Parsi – akan mengalahkan kalian, sebagaimana Bizantium terkalahkan.” Kekalahan Rom itu, seperti diungkapkan oleh Quraish Shihab, tak lain sebab Parsi menyerbu daerah Syam, dan Palestin yang merupakan wilayah di bawah kekuasaan Rom. Raja Aboris (putera Hurmuz, penguasa Parsi yang dikenal di kalangan Arab dengan nama Kisra) berhasil menguasai Anthakiah, Damaskus dan mengepung Baitul al-Maqdis yang kemudian merebut, membakarnya, merompak dan membantai penduduknya. Ini terjadi pada tahun 615 M. Kemudian, Allah menurunkan ayat pertama dan ayat berikutnya – surah ar-Ruum yang menerangkan; sesudah bangsa Rom mengalami kekalahan itu akan mendapat kemenangan dalam masa beberapa tahun lagi.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2010 di pasaran...

Tuesday, August 24, 2010

Islam Di Cameroon: Berdakwah Dalam Damai

KALAU tidaklah kerana bola sepaknya, kita mungkin kurang mengenali Cameroon. Negara di Afrika ini telah membuktikan mereka sebagai sebuah kuasa bola sepak dunia apabila beberapa kali memasuki pusingan akhir Pertandingan Bola sepak Piala Dunia FIFA. Bagi peminat bola sepak nama seperti Samuel Eto’o penyerang Inter Milan itu dan bekas pemain veterannya Roger Milla bukan asing lagi. Kemuncak sejarahnya bola sepak Cameroon ialah kemampuannnya pernah mengalahkan gergasi bola sepak dunia Argentina pada tahun 1990 yang waktu itu turut disertai oleh legenda bola sepak dunia Maradona. Selain bola sepaknya, mungkin tidak ramai yang menyedari bahawa di negara itu masyarakat Islamnya turut berkembang. Perkembangan terbaru dilaporkan bahawa para penduduk lapan buah perkampungan di sana telah memeluk Islam yang diketuai oleh ketua-ketua sukunya mengucapkan dua kalimah syahadah. Seorang pedakwah berasal dari Cameroon bernama Abdul Karim Abu Yerima yang juga seorang pengarah Pejabat Majlis Antarabangsa Pemuda Islam Cameroon memaklumkan bahawa penduduk di lapan buah kampung tersebut telah masuk Islam dengan kerelaan hati masing-masing tanpa sebarang paksaan. Sebelumya, masyarakat di kampung-kampung berkenaan merupakan penyembah berhala (animisme) dan sebahagiannya ada yang memeluk Kristian yang selama ini banyak mengirim misionaris mereka ke sana. Seiringan dengan itu, dakwah Islam juga turut dilakukan oleh para pendakwah di sana. Tiga perkampungan di Cameroon itu, iaitu Kampung Koadi, Tulum dan Bezil, sebuah demi sebuah masuk Islam hingga tidak kurang sejumlah tiga ribu penduduk kampung kini telah menyatakan keislamanannya,” ujar Abdul Karim. Kelompok saudara-saudara baru (para mualaf) itu kemudiannya menyebarkan Islam ke kampung-kampung lain hingga menyentuh lima perkampungan jirannya. Dakwah para mualaf ini meningkatkan bilangan umat Islam hingga tujuh ribu orang. Menurut Abdul Karim, para da’i itu melakukan usaha dakwah dalam dua cara: terhadap umat Islam dan bukan Islam. Pada kalangan sesama Islam, Islam diperkenalkan lebih dalam lagi agar mereka lebih faham tentang agama dan tumbuhnya kesedaran untuk mematuhi syariatnya. Sementara kepada yang belum Islam diperkenalkan asas-asas Islam serta ajaran toleransi yang dikandung Islam dengan harapan mereka mendapat hidayah untuk memeluk agama tauhid ini, InsyaAllah. Usaha tersebut tidak sia-sia kerana ketua-ketua suku salah sebuah kampung di sana kemudian menyatakan memeluk Islam dan diikuti oleh anggota dari sukunya. Perkembangan dakwah ini menjadi salah satu cerita yang mengembirakan tentang Cameroon. Cerita lainnya adalah tetap terjaganya kehidupan aman damai dan harmoni antara umat beragama di sana. Sekalipun memiliki beberapa penganut agama yang berbeza, hampir tidak pernah terdengar adanya konflik agama yang terjadi di Cameroon. Kesedaran itu mendapat perhatian dari Paus Benekditus XVI yang memuji komuniti muslim Cameroon sebagai pemegang penting dasar toleransi antara umat beragama. Kedamaian yang indah itu harus dipertahankan dan disebarkan ke negara-negara Afrika lainnya. Menurut data, jumlah umat Islam di Cameroon dewasa ini lebih kurang sekitar lapan belas peratus dari populasi sebanyak 17.2 juta penduduknya. Ada catatan yang menyebut umat Islam di Cameroon kini berjumlah seramai 3,498 juta. Ada pun penganut Katolik dan Animesma masing-masing berjumlah 27 peratus dan bakinya merupakan penganut Protestan. Tentunya apa yang perlihatkan oleh Cameroon itu menjadi titik tolak penting dalam kehidupan dunia saat ini yang mengalami banyak radikal agama. Sekalipun relatifnya memiliki jumlah penganut agama yang seimbang, namun mereka membuktikan boleh sama-sama tumbuh dalam damai dan harmoni.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2010 di pasaran...

Apakah Mayat Dalam Kubur Boleh Diajar?

Kita biasa pergi ke kubur. Biasanya kita ke sana kerana menziarahi kubur. Kadang-kadang kita ke kubur kerana menghantar jenazah yang mahu dikebumikan, sama ada saudara mara, jiran dan sahabat handai yang mati. Kebiasaannya, setelah jenazah itu dikebumikan, maka imam atau pun mereka yang berkenaan tentang agama akan duduk di atas kubur itu setelah dibentangkan tikar. Imam atau pun ustaz akan membaca apa yang disebut “talkin”. Tetapi kalau kita menghantar jenazah di Ma’lla iaitu di Makkah atau pun di Baqi’ di Madinah, selepas di kebumikan semua pulang. Tidak ada majlis baca talkin sebagaimana yang berlaku di sini. Apa erti “talkin”? Menurut kamus DBP (Dewan Bahasa Dan Pustaka) ‘Talkin’ bermaksud: perihal membisikkan kalimah syahadat kepada orang yang meninggal (mayat yang baharu dikebumikan). Erti talkin juga ialah mengajar orang-orang yang sudah mati. Dijelaskan ini dalam kitab-kitab agama yang ditulis oleh ustaz-ustaz kita mengenai masalah jenazah.
Masalah talkin ini, ada berbagai persoalan wujud, kerana ada sebahagian umat Islam “memfatwakan” mentalkin mayat yang sudah dikuburkan adalah sunat. Timbul persoalan: “Apakah mayat seseorang itu boleh diajar? Apakah ada manfaatnya? Apa ada fedahnya untuk yang sudah mati? Persoalan ini ditimbulkan oleh para ulama dulu. Kalau kita baca dalam kitab-kitab yang dikarang oleh mereka, masalah ini akan dibahaskan oleh mereka.
Jawapan dari pertanyaan-pertanyaan di atas dijawab oleh para ulama yang berwibawa. Jawab mereka: Mentalkinkan mayat atau mengajar mayat yang sudah dikuburkan tidak ada sama sekali manfaatnya untuk yang sudah mati didalam kubur itu. Perbuatan ini, kata ulama-ulama ini, sengaja diada-adakan. Perbuatan mengada-adakan didalam Islam adalah bidaah, terutama sekali hal-hal yang ghaib. Dalam sebuah kitab agama yang menghuraikan bab ini menjelaskan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat, imam-imam Mazhab yang masyhur tidak seorang pun diantara mereka yang memfatwakan sunat mentalkinkan mayat dari atas kuburnya.
Imam Izzuddin, seorang ulama salaf yang terkenal dan termasyhur memberi keterangan begini: “Talkin mayat itu adalah perbuatan bidaah. Tidak ada satu keterangan yang sah padanya, iaitu tidak ada dalil yang boleh dipertanggungjawabkan mengenai talqin mayat.” Dalam kitab suci Al-Quran Allah s.w.t. berfirman dalam surah An-Naml ayat 80 yang mafhumnya: “Bahawasanya Engkau Ya Muhammad tidak boleh mendengarkan orang yang sudah mati.” Maksudnya: Engkau Ya Muhammad tidak boleh mengajar orang yang sudah mati.” Sesungguhnya orang yang sudah mati dapat mendengar apa yang dikatakan oleh orang yang masih hidup. Dalam hal ini tidak seorang ulama pun yang membantahnya. Jelaslah bahawa yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah: Tidak dapat diajar. Tidak ada faedahnya orang yang sudah mati itu diajar. Mereka bukan tidak boleh mendengar, tetapi tidak dapat diajar. Firman Allah yang bermaksud: “Ya Muhammad, engkau tidak dapat mengajar orang yang sudah mati di dalam kuburnya.” (Al-Fatir: 22) Ayat di atas membawa maksud Engkau ya Muhammad, tidak dapat mengajar orang yang sudah mati di dalam kubur. Orang yang sudah mati tidak ada faedahnya untuk diajar walaupun mereka yang di dalam kubur itu mendengar pengajaran orang yang mentalkinkan di atas kuburnya.
Kedua ayat di atas ditujukan kepada orang kafir dan munafik yang tidak mahu mendengar seruan dan pengajaran Nabi Muhammad s.a.w. kerana itu Allah serupakan (menyamakan) mereka dengan orang yang sudah mati. Sama-sama sudah tidak boleh diajar lagi. Tidak ada manfaatnya mengajar jika mereka tidak mahu mendengar.
Orang kafir dan munafik yang dimaksudkan dalam ayat di atas tadi bermaksud, mereka itu tidak pekak, mereka semua boleh mendengar. Akal yang sihat tidak akan mengalami kesukaran untuk memahami bahaya ayat di atas cukup mudah untuk difahami. Dimana orang yang sudah mati itu, faedah dan manfaat pengajaran untuk mereka sudah tidak berguna lagi. Talkin mayat atas kubur orang yang sudah mati, mengajar mayat dari atas kuburnya sama sekali tidak ada manfaatnya untuk orang yang sudah mati dalam kubur.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2010 di pasaran...

Mengekalkan Perkahwinan Tanpa Cahaya Mata

“Abah...abah...mak...mak...” Terdengar celotehan tanpa erti, keluar dari mulut mungil si anak kecil itu. Bayi lelaki berkulit putih kuning yang comel itu tengah senang-senangnya meracau sambil tertatih-tatih berjalan. Apalagi bila mendengar suara motorsikal diletakkan di depan rumah, cepat-cepat ia merangkak keluar rumah sambil teriak-teriak. “Abah...abah...” seraya menghentakkan tangannya minta didukung. Demikian rutin yang sangat digemari anak kecil itu saat ayahnya kembali setelah seharian bekerja. Wajah letih si ayah menghilang sudah, terhapus oleh pesona ceria yang ditebarkan si anak. Tak peduli esok ia akan kembai mengulangi rutin yang sama, memasrahkan dirinya untuk kesejahteraan anak dan isterinya. Perasaan yang sama juga dirasakan oleh para ibu. Aktiviti dua puluh empat jam untuk menata kehidupan keluarganya sehari-hari bukanlah hal mudah dilakukan. Peluh dan tingkat “stress” yang tinggi sama mudahnya akan menyerang mereka. Akan tetapi, lagi-lagi, motivasi untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga, khusus untuk anak-anaknya menjadi penggerak yang kuat sehingga mereka boleh bertahan menjalankan aktiviti yang sangat meletihkan. Bahkan, anak pula yang membuat setiap ibu rela mengorbankan dirinya, agar anak yang telah dikandungnya dengan susah payah selama sembilan bulan boleh keluar dari rahimnya dengan selamat, walau apapun caranya. Kerananya, sangat mudah difahami bila kehadiran anak dalam kehidupan berumahtangga merupakan salah satu faktor penentu kebahagiaan perkahwinan meskipun faktor tersebut bukan hal yang utama. Namun, siapa yang dapat menyangkal kebenaran umum ini? Sebaliknya, ketiadaan anak di tengah-tengah keluarga amat sangat mudah meruntuhkan “bangunan perkahwinan”. Nikmat memiliki anak merupakan kebahagiaan yang tak boleh diukur oleh apapun bagi setiap ibu bapa. Anak merupakan bukti kekuatan, kesuburan dan kemampuan para ibu bapa dalam melaksanakan fungsinya sebagai khalifah di muka bumi ini. Di samping itu, anak-anak juga merupakan ladang untuk dapat digunakan menanam cita-cita atau harapan-harapan para ibu bapa yang belum berhasil diwujudkan. Lebih jauh lagi, bahkan sebagai ‘penjamin’ mereka di Hari Kiamat nanti ketika doa-doa anak-anaknya yang salih mampu membebaskan mereka dari seksa neraka. Maka, setidaknya, atas sejumlah alasan-alasan tersebutlah setiap pasangan berusaha sekeras mungkin agar rumahtangga mereka dikurniai anak-anak. Tapi, bagaimana bila tidak? Bagaimana jika anak yang iharapkan ternyata tak jua hadir walaupun segala upaya sudah dikerahkan? Akan rapuhkah hubungan perkahwinan yang sudah terbangun kukuh?

Hubungan yang sepi
Banyak pasangan yang sudah menjalani kehidupan rumahtangga bertahun-tahun belum juga dianugerahkan keturunan. Bahkan, mungkin sampai umur mereka sudah tak layak lagi disebut muda. Di saat pasangan lain telah memasuki tahap menimang cucu, sebahagian pasangan masih saja menunggu-nunggu kehadiran anak. Kalaulah Allah pada akhirnya menurunkan kurniaNya pada mereka, tempoh waktu yang harus dilalui mereka sudah terbilang lama. Pasangan Nur - Rahman, misalnya. Kehadiran puteri kecil yang baru berusia dua tahun baru hadir tatkala usia perkahwinan mereka memasuki tahun kesebelas. Walau penantian itu terlalu lama, tentu saja ini jauh beruntung berbanding nasib kawan karibnya, Hasan - Mimi, yang telah melewati perkahwinannya selama hampir dua puluh tahun. Tak mudah bagi mereka melewati hari-hari yang begitu sepi tanpa kehadiran anak di tengah-tengah mereka. Rona kebahagiaan yang sering mereka lihat tatkala pasangan lain sudah asyik bercengkerama dengan putera-puterinya menyisakan luka yang samar dan sedikit demi sedikit menumpuk di relung-relung kalbu pasangan macam Hasan - Mimi mahupun Nur -Rahman. Apalagi jika kenyataannya tak ada faktor yang membuat mereka musykil dikurniai keturunan. Lama-lama, luka yang ada menebal sehingga harapan yang semestinya terpupuk pun pudar bahkan memicu konflik. Dalam keadaan ini, berbanding pihak suami, perempuan (isteri) biasanya lebih cepat tertekan, rendah diri, bahkan cenderung menyalahkan dirinya sendiri. Mereka mudah dihinggapi kekhuatiran akan ditinggal pasangannya kerana menganggap dirinya tidak subur dan ideal sebagai isteri atau ibu. Alih-alih usaha memiliki anak tercapai, rumahtangga malah di ambang kehancuran. Tak mudah memang melewati masa penantian dan sepinya hari-hari tanpa kehadiran anak. Benih-benih konflik yang memicu perpecahan amat mudah tercetus. Sedikit saja gesekan muncul mampu menyeret pada jurang perpisahan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2010 di pasaran...

Kisah Anjing Neraka Dan Ibu Bapanya Babi

Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu’az, “Wahai Mu’az, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan:
• Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
• Bacalah Al-Quran
• Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
• Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
• Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
• Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
• Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
• Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
• Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
• Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.
Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, “Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain.” Sabda Rasulullah s.a.w., “Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya.” Kata Mu’az, “ Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?” Sabda Rasulullah s.a.w., “Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah s.w.t.”

Pemuda beribu bapakan babi
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t.. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t.. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”. Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid,” jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu,” kata Nabi Musa. “Wahai tuan hamba,” kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t.. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku,” sambungnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2010 di pasaran...

Kisah Menyayat Hati Di Sebuah Negara Afrika

NAMA-NAMA Allah yang baik-baik kedua dan ketiga ialah “Ar-Rahman dan Ar Rahim”. Ertinya Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. “Telah Aku ciptakan rahim dan memberinya nama yang berasal dari namaKU. Barang siapa menjaganya (rahim atau persaudaraan) AKU akan menjaga ikatan dia denganKU, dan barang siapa memutuskannya, AKU akan memutuskannya dia dariKU.” Alkisah, di sebuah negara Afrika terjadi perang saudara yang merenggut puluhan ribu nyawa. Peperangan ini tidak saja menyisakan duka yang mendalam, tetapi juga meninggalkan kepedihan yang berkepanjangan. Inilah yang dialami sebuah keluarga saat kampungnya di musnahkan. Si anak harus rela melihat ayahnya dibunuh dan si ibu pun diperkosa di depan matanya. Setelah itu kedua tangan si ibu dipotong. Kemudian, dengan tanpa perasaan, tangan si anak itupun dipotong. Hanya atas kurnia Allah, mereka tidak mati. Setelah kejadian yang sangat cepat itu berlalu, seluruh sudut kampung dibakar hingga tidak meninggalkan rumah satupun. Semua penduduk tewas kecuali mereka berdua. Demi menyelamatkan diri dan anaknya, dengan tangan terputus dan masih mengeluarkan darah, si ibu berusaha mengendong anaknya dari tempat itu. Sambil menahan rasa sakit yang luar biasa, si ibu terus berjalan. Setelah beberapa hari, tibalah keduanya di sebuah kampung yang cukup besar. Perjuangan mereka tidak sia-sia, penduduk di kampung tersebut membawa mereka ke sebuah klinik dan akhirnya nyawa mereka dapat diselamatkan. Apa yang menyebabkan si ibu mampu berjalan sejauh itu? Padahal, ia harus menggendong anaknya dalam keadaan yang tidak normal. Tangannya terputus dan darahnya masih keluar, yang tentu saja sakitnya tidak terperikan. Kekuatan apa yang mendorong si ibu melakukan hal yang di luar fikiran itu? Kekuatan itu adalah kekuatan cinta. Atas dasar kasih sayanglah, si ibu rela berjalan jauh demi menyelamatkan anak kesayangannya. Kisah serupa pernah diungkapkan pula oleh Rasulullah s.a.w. Pernah, suatu hari Rasulullah bersama para sahabat dalam perjalanan kembali dari perang melihat seorang ibu lari menyerbu ke tengah-tengah bekas pertempuran. Ia gelisah, wajahnya menyimpan kekhuatiran yang mendalam. Ia sedang mencari anaknya. Ia berlari dihadang debu yang berterbangan disapu angin. Akhirnya, ia menemukan anaknya tersebut. Didekapnya si anak penuh kerinduan bercampur kecemasan. Diberinyalah minum air susu. Matahari menyengat panas mengenai kulit anak itu. Dengan perlahan, ibu tersebut menggerakkan tubuhnya, dihadangnya sengatan matahari itu dengan belakangnya. Rasulullah menyaksikan kejadian itu lalu ia berkata kepada sahabat yang lain: “Lihat, betapa sayangnya ibu itu kepada anaknya. Mungkinkah ibu yang sedemikian itu akan melemparkan anaknya ke api neraka?” Para sahabat menjawab: “Tidak mungkin, ya, Rasulullah.” Lalu, Rasulullah berkata: “Kasih sayang Allah jauh lebih besar daripada kasih sayang ibu itu.”

• Allah sebagai Ar Rahman dan Ar Rahim
Sudah menjadi fitrah bahawa setiap ibu memiliki kasih sayang yang amat besar kepada buah hatinya seperti yang ditunjukkan oleh si ibu dalam kisah di atas. Demikian pula makhluk yang lain. Sejak lahir, mereka dianugerahi rasa kasih sayang. Perasaan ini tidak datang sendiri, tetapi dipancarkan dari sumber kasih sayang yang amat besar. Kasih sayang ini terpancar dari rahmat Allah s.w.t. Dialah Ar Rahman dan Ar Rahim. Zat Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa kasih sayang yang kita miliki berasal dari satu bahagian dari seratus bahagian yang dimilikiNya. Baginda bersabda: “Allah s.w.t. menjadikan rahmat itu seratus bahagian, disimpan di sisiNya Sembilan puluh Sembilan dan diturunkanNya di bumi ini satu bahagian: yang satu bahagian inilah yang dibahagi kepada seluruh makhluk, yang tercermin antara lain pada seekor binatang yang mengangkat kakinya dari terpijak anaknya, terdorong oleh rahmat dan kasih sayang, khuatir jangan sampai menyakitinya.” (HR. Muslim). Dilihat dari banyaknya penyebutan dalam Al-Quran, kedua nama ini termasuk yang paling sering disebut. Ar Rahman disebut sebanyak 57 kali, sedangkan Ar Rahim sebanyak 95 kali.
Oleh kerana itu, ada ulama yang menyatakan bahawa banyaknya penyebutan menunjukkan bahawa kedua nama sekaligus sifat inilah yang paling dominan dibanding sifat-sifat Allah yang lain, bahkan semua sifat Allah merujuk pada Ar Rahman dan Ar Rahim. Dalam bahasa Arab, kedua kata ini berbentuk kata sifat tertinggi. Ar Rahman digunakan khusus untuk Allah. Para penterjemah memberikan beberapa erti, di antaranya ‘Pemurah’ dan ‘Penyayang’, ‘Pengasih’, serta ‘Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih’. Kedua kata tersebut berasal dari kata yang sama, yakni rahim, yang secara umum bererti ‘rahmat’ atau ‘belas kasih’. Dari akar kata yang sama, muncul kata rahim ‘kandungan’. Menurut Ibnu Faris, seorang ahli bahasa semua kata yang terdiri atas huruf, mengandung makna ‘kelemah lembutan, kasih sayang dan kehalusan’. Kata ar rahman setanding dengan fa’lan yang menunjukkan pada kesempurnaan atau kesementaraan, sedangkan rahim setimbang dengan fiil (kata kerja) yang menunjukkanpada kesenimbungan dan kemantapan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2010 di pasaran...

Walau Hanya Secebis Kurma

Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Tidaklah salah seorang di antara kalian (nanti dibangkitkan) kecuali Tuhannya akan berbicara dengannya tanpa seorang penterjemah. Ia melihat ke arah kanan, ia pun tidak melihat apapun kecuali sesuatu yang dipersembahkannya. Ia melihat ke arah kiri, ia pun tidak melihat apapun kecuali sesuatu yang dipersembahkannya. Lantas ia melihat apa yang berada di depannya, ia pun tidak melihat apapun kecuali kobaran api neraka. Maka takutlah engkau dari api neraka meskipun hanya dengan secebis kurma.” (HR. Bukhari) Lihatlah, begitu bernilainya sedekah. Hanya secebis buah kurma saja, mungkin dapat menyelamatkan kita dari jilatan api neraka. Seandainya kita tidak mempunyai apapun selain satu biji buah kurma, kita mesti membelahnya menjadi dua, sebahagian untuk kita makan dan sebahagian yang lain kita sedekahkan kepada orang lain. Cuba renungkan, hanya dengan secebis buah kurma, mungkin dapat menyelamatkan diri kita dari panasnya api neraka, dapat menyelamatkan diri kita dari kobaran Neraka Jahanam yang amat ditakuti dan dijauhi oleh banyak orang. Jadi, apa yang kita tunggu? Mari kita bersedekah! Mari kita keluarkan sebahagian harta yang paling kita cintai. Allah s.w.t. berfirman: “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai, dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Ali Imran: 92) Jangan sampai kita biarkan hari-hari kita berlalu begitu saja tanpa disertai dengan bersedekah di jalan Allah. Di sana masih banyak orang yang menanti sedekah kita. Jika pada suatu hari tidak ada orang yang bersedekah, maka mereka akan diselimuti kesedihan yang amat mendalam.
Sedang di tempat lain, ada orang yang telah berbulan-bulan, bahkan bertahun-tahun, tidak mengeluarkan sedekah meskipun sedikit. Allah Taala berfirman: “...dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) seksa yang pedih.” (at-Taubah: 34) Anas bin Malik r.a. menyampaikan sebuah hadis, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya sedekah akan memadamkan kemarahan Tuhan, dan menghindarkan dari kematian yang buruk (suu-ul khaatimah).” (HR. Termizi) Jika engkau melakukan suatu kesalahan, maka bersedekahlah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2010 di pasaran...

Tempat Tinggal Roh

Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad, maka berkata Abu Bakar r.a.: “Roh itu menuju ke tujuh tempat” :-
• Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
• Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
• Roh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
• Roh para syuhada berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.
• Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
• Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
• Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.
Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: “Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah” :-
• Orang-orang yang mati syahid.
• Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadan.
• Orang yang puasa hari Arafah.

Kelebihan bersalawat
Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail a.s. telah berkata kepadaku: Berkata Jibril a.s.: “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.” Berkata pula Mikail a.s.: “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.” Berkata pula Israfil a.s.: “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah s.w.t. dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah s.w.t. mengampuni orang itu.”

Selanjutnya dapat Hidayah September 2010 di pasaran...

Sunan Gunung Jati, Pengasas Negara Islam Moden Di Jawa

Sunan Gunung Jati atau Syarif Hidayatullah lahir sekitar 1448 M (ada yang menyebut tahun 1450 M). Ayahnya bernama Sultan Syarif Abdullah, salah seorang Raja Mesir. Sedang ibunya bernama Nyai Rara Santang. Ia adalah puteri dari Sri Baduga Maharaja Prabu Siliwangi dan Nyai Sbang Larang, serta adik dari Kian Santang atau Pangeran Walangsungsang yang bergelar Cakrabuana/Cakrabumi atau ‘Mbah Kuwu Cirebon Girang’.
Bonda Syarif dan kakaknya pernah berguru kepada Syeikh Djatul Khafi atau Syeikh Nurul Jati, seorang mubaligh asal Baghdad yang bernama asalnya Idhafi Mahdi bin Ahmad. Kerana itu pula, mereka akhirnya masuk Islam. Dikatakan, setelah keduanya khatam al-Quran, mereka disuruh Syeikh ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji. Selama berhaji, mereka tinggal di rumah Syeikh Bayanillah. Seperti dikisahkan dalam ‘Carita Purwakan Caruban Nagari’, ketika menunaikan haji itulah mereka bertemu dengan Patih Kerajaan Mesir, Jamalullail. Patih ini ditugasi Sultan (Raja) Mesir, Syarif Abdullah, mencari calon isteri yang wajahnya mirip dengan permaisurinya yang baru meninggal dunia. Rara Santang kebetulan mirip, lalu di bawa ke Mesir dan berkahwin dengan raja. Nama Rara Santang sendiri kemudian diganti dengan Syarifah Muda’im. Dari perkahwinan inilah lahir Syarif Hidayatullah. Ketika berusia 20 tahun, Syarif Hidayatullah disuruh bapanya pergi ke Makkah untuk memperdalami pengetahuan agama. Selama empat tahun ia berguru kepada Syeikh Tajuddin Al-Kubri dan Syeikh Ata’ullahi Sadzili. Kemudian ia ke Baghdad untuk belajar tasawuf, lalu kembali ke negerinya, Mesir. Namun, belum saja usia Syarif bertambah dewasa, ia sudah ditinggal oleh ayahnya. Oleh bapa saudaranya, Raja Onkah, Syarif hendak diserahi kekuasaan sebagai Raja Mesir. Namun Syarif menolak. Ia malah menyerahkan kekuasaan itu kepada adiknya, Syarif Nurullah. Syarif dan ibunya lebih memilih pulang ke tanah Jawa untuk berdakwah. Ketika kembali ke Jawa, Syarif Hidayatullah dan ibunya datang di negeri Caruban Larag pada tahun 1475 setelah singgah dahulu di Gujarat dan Pasai untuk menambah pengalaman. Kedua orang itu disambut gembira oleh Pangeran Cakrabuana dan keluarganya. Syarifah Muda’im kemudian minta izin untuk tinggal di Pasambangan atau Gunung Jati, agar lebih dekat dengan gurunya, Syeikh Nurul Jati, yang telah meninggal dunia. Izin pun didapatkan. Syarifah Muda’im dan Syarif Hidayatullah lalu meneruskan usaha Syeikh Datuk Khafi untuk membuka pondok Pesantren Gunung Jati. Dari sinilah Syarif Hidayatullah kemudian lebih dikenali dengan sebutan Sunan Gunung Jati. Demi perjalanan dakwahnya, Sunan Gunung Jati kemudian dikahwinkan dengan Nyi Pakungwati, puteri Pangeran Cakrabuana. Selanjutnya, tahun 1479, kerana usianya sudah lanjut, Pangeran Cakrabuana menyerahkan kekuasaan Negeri Caruban kepada Sunan Gunung Jati dengan gelar Susuhunan ertinya orang yang dijunjung tinggi. Jawatan itu diterimanya dengan penuh amanah. Disebutkan, pada tahun pertama pemerintahannya, Sunan Gunung Jati berkunjung ke Pakakaran untuk mengunjungi datuknya, Prabu Siliwangi. Prabu diajak untuk masuk Islam kembali tapi tidak mahu. Meski Prabu Siliwangi tidak mahu masuk Islam, dia tidak pula menghalangi cucunya menyiarkan agama Islam di wilayah Pajajaran. Sunan Gunung Jati kemudian melanjutkan perjalanannya ke Serang. Kedatangan Sunan Gunung Jati disambut baik oleh adipati Banten. Bahkan ia dijodohkan dengan puteri Adipati Banten yang bernama Nyi Kawungten. Dari perkahwinan sinilah Sunan Gunung Jati dikurniai dua orang putera iaitu Nyi Ratu Winaon dan Pangeran Sebakingking. Tidak lama kemudian, Sunan Gunung Jati mendirikan Kesultanan Pakungwati dan dirinya sebagai Raja yang pertama dengan gelar Sultan. Dengan berdirinya kesultanan tersebut, Cirebon tidak lagi mengirim wang emas kepada Pejajaran yang biasanya disalurkan melalui Kadipaten Galuh. Tindakan ini dianggap sebagai pembangkangan oleh Raja Pajajaran. Raja Pajajaran tak peduli siapa yang berdiri di balik Kesultanan Cirebon itu. Maka dikirimkannya sepasukan perajurit pilihan yang dipimpin oleh Ki Jagabaya. Tugas mereka adalah menangkap Sunan Gunung Jati yang dianggap sewenang-wenangnya melantik dirinya sebagai raja tandingan Pajajaran.
Tapi tindakan ini tidak berhasil. Ki Jagabaya dan anak buahnya malah tidak kembali ke Pajajaran. Mereka mendapat hidayah masuk Islam dan menjadi pengikut Sunan Gunung Jati. Dengan bergabungnya perajurit dan perwira pilihan ke Cirebon, maka makin bertambah besarlah pengaruh Kesultanan Pakungwati.

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2010 di pasaran...

Orang Islam Buka Mata Sebelah

KELUARAN lalu saya telah menceritakan bagaimana orang Melayu-Islam yang tua-tua yang tidak mengambil berat dan mengambil tahu tentang ilmu “agama” telah terjebak dengan pelbagai kemungkaran, bukan saja dari segi perbuatan bahkan juga dari segi pemakanan. Dalam tahun 60an dan hujung tahun 50an pula, orang-orang Melayu-Islam di ibu kota atau pun di bandar-bandar besar ataupun kecil tidak ambil peduli tentang soal pemakanan. Apa juga jenis makanan yang dimasak oleh orang bukan Islam, semuanya disapu. Tidak kira, sama ada makanan yang dimasakkan itu “halal” atau pun sebaliknya. Apa tidaknya, pada ketika itu “nasi ayam” jadi kegemaran orang. Orang-orang Melayu belum ada yang berniaga nasi ayam. Yang berniaga orang-orang bukan Islam. Yang menjadi kegemaran makan nasi jenis itu ialah orang-orang Melayu-Islam. Adakah mereka tahu bahawa ayam yang dimakan itu disembelih atau pun tidak? Masalah “logo halal” sebagaimana yang dikuatkuasakan tidak wujud pada Melayu-Islam main “bantai”. Semua restoran sama ada ia diusahakan oleh bukan Islam mereka masuk dan makan. Saya sendiri bersama kawan-kawan saban hari makan mi rebus atau pun mi goreng yang diusahakan oleh orang bukan Islam. Saban malam kami ke Campbell Road (sekarang Jalan ‘Dang Wangi’), makan “laksa asam” dan “laksa lemak” yang diusahakan oleh orang bukan Islam yang berasal dari Pulau Pinang. Ramai lagi orang Melayu-Islam yang saban malam makan di situ. Zaman itu tidak ada restoran “tomyam”. Tidak ada nasi beryani gam dari Johor. Tidak ada mi rebus dari Singapura atau pun dari Johor yang diusahakan oleh orang-orang Melayu. Zaman sebelum 13 Mei, dimana orang Melayu-Islam tidak begitu prihatin terhadap makanan dan lain-lainnya. Zaman itu tidak ada “kedai mamak” yang menjual atau pun mengusahakan “kari kepala ikan”. Allah Maha Mengetahui, Allah Maha berkuasa, Allah Maha segala-galanya. Ekoran dari peristiwa 13 Mei itu orang-orag Melayu-Islam baru “buka mata sebelah” dan tahu apa yang dibuat selama ini tidak betul. Allah ubah cara hidup orang-orang Melayu-Islam di ibu kota. Allah Yang Maha Mengetahui tentang hamba-hambanya telah menjadikan peristiwa 13 Mei itu untuk mengubah cara hidup, gaya hidup orang Melayu-Islam di Ibu kota dan dimana-mana saja pun di Malaysia. Angin perubahan mula meniup. Sedikit demi sedikit keadaan semakin berubah. Kalau dulu-dulu tidak ada kuliah agama, tetapi sesudah itu mula diadakan.
Zaman peralihan kelihatan terserlah kepada orang-orang Melayu-Islam dimana-mana pun. Kedai-kedai makan (gerai-gerai makanan) mula diusahakan oleh orang-orang Melayu-Islam. Kalau dulu roti canai diusahakan oleh mamak-mamak yang datang dari India, tetapi sesudah peristiwa yang berdarah itu, anak-anak Melayu-Islam sudah mula buat roti canai sendiri. Warung-warung teh tarik dulu-dulu dikuasai oleh mamak-mamak, tetapi anak-anak Melayu-Islam sudah membuat teh tarik, walau pun tidak begitu sedap tetapi bolehlah tahan...

Selanjutnya dapatkan Hidayah September 2010 di pasaran...

Wednesday, August 4, 2010

Variasari Keluaran Ogos 2010

Permintaan makin bertambah. Orang banyak memperkatakannya. Kami risau kiranya tidak dapat memenuhi kemahuan anda.

Diucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Tindakbalas yang cukup baik dari para pembaca amat kami hargai.

Kami sajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.

Dapatkan segera majalah Variasari keluaran Ogos 2010 sebelum kehabisan.

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.

Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin


Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari Ogos 2010








Hidayah Ogos 2010













Hidayah keluaran Ogos 2010 sudah berada di pasaran.
Pastikan anda memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan...
Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!

Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda. Isi kandungannya tambah padat, cukup menawan sesuai dibaca semua golongan...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Langganlah Segera Melalui Pos

Salam Kami Ogos 2010

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur kita ke hadapan Allah s.w.t serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah kerana masih dihidupkan lagi kita ini hingga saat ini. Dan untuk kesekian kalinya kita bakal menyambut kedatangan Ramadan 1431. Sungguh bertuahlah kita yang masih dapat menghirup rahmat Allah di bulan Syaaban ini. Bulan ini sebenarnya menjadi jembatan persiapan kita untuk menghadapi ibadat puasa Ramadan nanti. Memang setiap kali datang bulan yang mulia itu, wajarlah kita saling ingat mengingati, pesan memesan agar hadirnya dapat dimanfaatkan oleh kita semua. Betapa besarnya fadilat Ramadan dapat kita fahami dari Hadis Nabi s.a.w. dimana Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda: Allah Taala berfirman bermaksud: “Semua amal anak Adam dilipat gandakan dari sepuluh sampai tujuh ratus lipat ganda, kecuali puasa, maka puasa itu melulu untukKu dan Aku yang membalasnya, ia meningalkan syahwat, makan dan minum keranaKu, dan puasa itu sebagai perisai, dan untuk orang yang puasa dua kegembiraan, gembira ketika menghadapi saat berbuka puasa, dan gembira kelak bila bertemu kepada Tuhan pada hari kiamat.” Dalam menanti Ramadan nanti hendaknya kita mempersiapkan fizikal dan mental kita agar ‘melulu’ semata-mata untuk beribadat sebanyak-banyaknya dan seikhlasnya. Janganlah terfikir untuk buat kuih muih dan persiapan menyambut raya sahaja. Jadikanlah Ramadan kali ini seolah-olah Ramadan terakhir dalam hayat kita. Entah Ramadan akan datang, entah saya, entahkan anda tidak lagi berpeluang untuk menemuinya kerana waktu itu kita telah bersemadi di perut bumi. Hendaknya dapatlah kita menunaikan solat sunat terawih sepanjang Ramadan ini. Janganlah pertikai benda yang remeh temeh tentang bilangan rakaatnya, lapan atau dua puluh rakaat. Yang penting kita lakukan solat terawih. Yang patut kita pertikai dan persedarkan ialah golongan yang tidak langsung bersolat terawih. Dalam keadaan menyambut bulan yang syahdu itu, Hidayah tetap menemui anda. Hidayah muncul dengan pelbagai kisah iktibar, rencana dan ilmu yang wajar kita manfaatkan bersama. Bagi kami, pembaca adalah segala-galanya. Tanpa anda, kami tidak bererti apa-apa. Hidayah terus wujud bulan demi bulan, tahun demi tahun dengan adanya anda. Terima kasih kerana terus memberi sokongan berterusan kepada Hidayah. “Selamat Berpuasa Ramadan” untuk semua.
Wassalam!

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Surat Pembaca

DOA DALAM BAHASA ARAB
Saudara pengarang,
Saya tertarik mengikuti rencana bertajuk: “Manusia menempuhi lima alam” melalui bilangan 121 keluaran September 2008. Yang menariknya ialah zikir yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada umat Islam di halaman 111 iaitu: (1) “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya pagi-pagi saya meminta saksikan kepadaMu dan kepada malaikatMu penjaga ‘ArasyMu kepada seluruh makhlukMu, bahawa sesungguhnya Engkau, Engkaulah Allah Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Engkau sendiri, tidak ada sekutu bagiMu bahawa pemimpin kami Muhammad (s.a.w.) itu adalah hamba dan Rasul utusanMu.” (2) “Wahai Tuhanku! Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah melainkan Engkau. Engkaulah yang telah menjadikan aku, dan akulah hambaMu dan aku adalah di atas perjanjian denganMu itu sekuasa-kuasaku. Aku berlindung denganMu dari kejahatan apa yang telah aku perbuat atau kulakukan. Aku mengakui akan segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui segala dosa-dosaku. Oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tiada yang dapat mengampuni segala dosa itu kecuali Engkau.” Saya ingin mengamalkan zikir-zikir tersebut, tetapi saya tidak tahu lafaznya dalama bahasa Arab kerana Hidayah menulisnya dalam bahasa Melayu. Jadi saya harap, Hidayah dapat memaparkan zikir-zikir berkenaan dalam bahasa Arab. Semoga dengan itu saya dan para pembaca lain juga dapat mengamalkannya, InsyaAllah. Semoga perjuangan karyawan Hidayah mendapat keredhoan dari Allah s.w.t. jua.

Muhammad Hanis Khalid,
Lintang Sg Ara 2, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

• Masalah anda itu kami fahami. Namun dari segi teknikalnya, Hidayah tidak dapat menyiarkan doa-doa atau zikir dalam bahasa Arab atas beberapa sebab kerana ianya mengandungi nama Allah dan ayat-ayat Al-Quran. Adalah amat sukar untuk menjamin dan menjaga kemuliaan nama-nama Allah tersebut sejak dari proses percetakan hingga ke pasaran dan seterus sampai ke tangan pembaca. Nasihat kami anda boleh dapatkan khidmat nasihat dengan para ustaz yang berdekatan atau boleh juga mendapatkan apa-apa doa dan zikir yang dimaksudkan dari kitab-kitab agama dan buku-buku doa yang terdapat di pasaran. Harap maklum – Wassalam. – Pengarang.

BOLEHKAH USTAZ JADI PERANTARAAN DOA?
Saudara pengarang,
Saya keliru dengan sesetengah individu kita yang meminta doa para ustaz atau tuan guru kita untuk melariskan perniagaan atau syarikat mereka untuk mendapat keuntungan. Bukankah dalam kaitan ini individu berkenaan boleh berdoa sendiri terus kepada Allah s.w.t. dan tidak berantung kepada permohonan orang lain. Begitu juga dengan tradisi menggantung ayat-ayat seribu dinar di kedai-kedai makan, gerai-gerai dan sebagainya. Seolah-olah mereka yang menggantungkan ayat-ayat tersebut bukan sekadar sebagai hiasan saja, malah macam menjadi semacam ‘azimat’ melariskan perniagaan. Harap perkara ini dapat dibincangkan dalam satu rencana khas mengenainya buat panduan pembaca Hidayah.

Noor Azizah Zamri,
Kuala Sungai Baru, Melaka.

• Akan kami usahakan rencana tersebut dalam keluaran-keluaran mendatang, InsyaAllah! – Pengarang.

MAHU NASKHAH HIDAYAH TUAN GURU SAID GANTAM
Saudara Pengarang,
Baru-baru ini saya berziarah ke rumah seorang teman lama di Sungai Buloh, Selangor. Beliau yang berusia setengah abad itu memang gemar membaca. Banyak majalah yang dilangganinya setiap bulan, termasuk majalah Hidayah. Yang mengkagumkan, beliau masih menyimpan naskhah Hidayah keluaran Ogos 2002. Istimewanya keluaran tersebut ialah memaparkan kisah Allahyarham Tuan Guru Haji Said Gantam lengkap dengan wajah foto tuan guru. Saya tertarik apabila dapat mengikuti sekilas kisah tuan guru yang terkenal itu yang ramai para muridnya terutama di Kuang dan Gombak, Selangor. Pertanyaan saya, bagaimanakah saya boleh mendapatkan naskhah berkenaan untuk simpanan koleksi saya. Apakah Hidayah masih menyimpannya dan boleh menjualnya pada pembaca yang berminat untuk memiliki naskah tersebut?

Yusuf Yop Amin,
Pondok Tanjung, Taiping, Perak.

• InsyaAllah, anda boleh menghubungi dengan surat ke Bahagian Langganan Hidayah, Penerbit Hidayah, 2719B, Jalan Permata 4, Taman Permata, 53300 Kuala Lumpur. Sertakan nama, alamat dan telefon anda. – Pengarang.

Jenazah Ditimbun Batu Kerikil

SAKIYEM dan MAHMUD (bukan nama sebenarnya) adalah sepasang suami isteri yang sudah beberapa tahun berumahtangga. Mahmud sehari-harinya bekerja di sebuah pusat pelancongan yang jauh dari kampungnya. Kerana pekerjaannya ini, Mahmud terkadang hanya ada beberapa hari saja di rumah untuk bersama-sama isterinya terutama pada hujung minggu. Sebahagian besar masanya dia berada di tempat pekerjaannya. Mahmud bekerja di salah sebuah pusat pelancongan yang terkenal di pulau Jawa. Isteri Mahmud, Sakiyem, seorang wanita yang memang terkenal dengan kecantikannya. Dikatakan wajahnya iras macam aktres bollywood terkenal Kajol. Tapi Sakiyem yang merupakan suri rumah biasa saja ini sehari-hari berada di rumah. Dia dikatakan ada daya tarikan bukan kerana cantiknya saja, tapi ternyata yang dikenali warga kerana kelakuannya juga mendapat sorotan. Bertiup desas desus orang bahawa Sakiyem kerap melakukan kecurangan selama suaminya tidak ada di rumah berhari-hari. Gosip mengenai kelakuan Sakiyem tentu saja di dengar oleh keluarga Mahmud. Tapi mereka tak mahu mempercayainya kerana semua hanya desas desus. Warga juga hanya sampai pada tahap bercakap-cakap saja tanpa mahu menyelidik lebih lanjut kerana tentulah tak manis mencampuri urusan rumahtangga orang. Namun beberapa warga sempat mengkhabarkan terlihat Sakiyem melayani lelaki lain di rumahnya ketika suaminya tidak ada di rumah. Dikatakan tidak hanya seorang lelaki saja, bahkan ada yang masih tetangganya sendiri dia terima masuk ke rumahnya. Terdorong oleh rasa tidak tidak sedap hati kerana cakap-cakap orang atas rumahtangga anak menantunya, bapa Mahmud ingin membuktikan sendiri. Tak baik membiarkan menantu dalam kesalahan dan juga tak baik membuat warga terus menerus mengumpat tanpa ada bukti atas masalah itu. Segala maklumat awal sudah di terima bapa Mahmud. Segala laporan mengenai bila saja waktu-waktu Sakiyem menerima lelaki lain di rumahnya juga sudah disimpan. Sampailah kemudian bapa Mahmud membuktikan sendiri kebenaran dari khabar tak baik tersebut. Waktu itu siang hari. Sakiyem terlihat menerima seorang tetamu lelaki di rumahnya. Dari kejauhan bapa Mahmud melihat Sakiyem menutup pintu. Segeralah bapa Mahmud menyelidik. Melalui jendela yang terbuka sedikit, dia dapat melihat menantunya tengah berbuat sesuatu yang tak wajar di dalam rumahnya dengan lelaki yang menjadi tetamunya itu. Di tengah rasa marah, sedih yang menggelodak bapa Mahmud hanya mampu mengelus dada. Tapi amarahnya ternyata dapat dikendalikannya, hingga bapa Mahmud tak sampai mengamuk atau menyerang menantunya itu. Walaupun hatinya pedih dan perih sekali, bapa Mahmud meninggalkan rumah anaknya tanpa pengetahuan menantunya. Dia kini tak ragu-ragu lagi perihal cakap-cakap orang mengenai keburukan menantunya. Dia kini telah menyaksi dengan mata kepalanya sendiri.

Diperangkap suami
Bapa Mahmud segera menceritakan semua yang dia lihat kepada anaknya. Tapi Mahmud tak langsung dapat menerimanya bulat-bulat. Hatinya tak mempercayai hal itu. Isterinya terlihat mencintainya dan demikian pula dirinya. Sungguh tak mungkin isterinya tergamak serendah itu melayani lelaki lain ke rumah saat ia bekerja dan sampai melakukan hal-hal yang mengaibkan. Pendek kata Mahmud tutup telinga. Baginya semua itu hanyalah fitnah semata-mata ke atas isterinya. Namun Mahmud tetap juga tak dapat menyembunyikan kekhuatirannya. Kalau semua yang diucapkan itu betul, bagaimana? Kalau memang isteri yang cantik itu benar-benar curang, apakah yang harus ia lakukan? Hati kecilnya memang menolak semua itu kerana ia sungguh menyayangi isterinya dan tak ingin kehilangannya, tapi jika memang benar, bagaimana? Dua minggu setelah bercakap-cakap dengan bapanya, Mahmud dilanda gelisah. Terbersit niat di hatinya untuk membuktikan sendiri semua desas-desus tentang isterinya. Setelah menimbang-nimbang akhirnya dia bulatkan tekad untuk menyelidik kesahihannya.
Seperti biasa, setelah dua hari bercuti di rumah, Mahmud memaklumkan pada isterinya untuk pergi memulai pekerjaannya minggu ini. Sakiyem melepas Mahmud dengan mesra sebagaimana biasanya. Tapi Mahmud rupanya tak benar-benar pergi ke tempat kerja, dia berbelok jalan untuk kemudian kembali semula ke rumahnya setelah setengah jam kemudian. Dan demikianlah akhirnya Mahmud diperlihatkan semuanya mengenai isterinya. Awalnya Mahmud terasa aneh melihat rumahnya kelihatan sepi. Dia bertanya-tanya apakah isterinya sedang pergi atau berada di rumah. Pintu dan jendela dilihat tertutup rapat dan tak ada apapun pergerakan dari dalam rumah. Akhirnya Mahmud memberanikan diri masuk ke dalam rumah. Pintu rumah ternyata tidak terkunci. Tapi suasana di dalam rumah juga terlihat sepi. Mahmud kemudian beranjak ke bilik tempat dia dan isterinya biasanya tidur. Pemandangan di dalam rumah sungguh membuat jantungnya terasa terhenti. Sakiyem amat terperanjat melihat suaminya. Ia sama sekali tak menyangka suaminya akan kembali. Di atas katil Sakiyem tak sendirian, tapi bersama-sama seorang lelaki. Dia tak dapat mengelak atau membantah. Mahmud segera naik pitam. Hatinya hancur. Dia mengamuk sejadi-jadinya memukul dan menendang semua perabotan di rumahnya. Almari, kerusi, pintu, meja dan benda lainnya tak luput dari kemarahan Mahmud. Lelaki yang melakukan curang dengan Sakiyem lari tunggang langgang menyelamatkan diri. Melihat itu semua Sakiyem hanya mampu menangis tersedu-sedu sambil memohon ampun maaf daripada suaminya. Terdorong rasa sayang yang luar biasa kepada isterinya, marah Mahmud kemudian mereda dan memaafkan kecurangan isterinya. Sakiyem juga berjanji tak akan mengulangi perbuatan curangnya. Pasangan suami isteri itupun kembali rukun damai seperti sedia kala.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2010 di pasaran...