SEBENARNYA, berhaji itu untuk mendapatkan keredhoan Allah. Kerana itu, hindarilah tujuan yang macam-macam saat kita pergi ke sana. Sebab, apapun niat hati kita selama berada di sana, biasanya langsung dikabulkan oleh Allah. Ini pula yang terjadi pada insan yang bernama Haji Saman. Kerana niat hajinya mencari tangkal pelaris buat usaha niaganya, dia malah terperosok ke dalam lembah yang kelam. Kakinya terhantuk batu saat berjalan hingga membuat ibu jarinya terluka. Ironinya sakit itu masih dia rasakan hingga sekarang – beberapa tahun setelah gelar haji berjaya disandangnya.
Tradisi kenduri
Malam itu, di rumah Saman terlihat agak ramai orang. Sebahagian ada yang memakai baju putih dan berkopiah hitam. Sebahagian lagi ada yang tidak mengenakannya, hanya berpakaian baju Melayu warna hitam. Sedang bagi kaum perempuannya, rata-rata mereka berkerudung dan nampak sekali-kali terlihat bersenda gurau. Rupanya, mereka berkumpul untuk mengikuti pengajian atau kenduri yang diadakan oleh Saman yang akan berangkat menunaikan ibadah haji. Memang, di kampung X, selalu ada tradisi menyelenggarakan pengajian beberapa malam sebelum keberangkatan seseorang beribadah haji ke tanah suci. Dalam tradisi Islam, tradisi ini merupakan salah satu rangkaian acara walimah al-shafar. Malam tu, shahibul hajat memanggil da’i dari Karawang, yang suaranya begitu lantang. Kerana kalau sudah bercakap di atas membar, suaranya keras dan tidak boleh berhenti, sehingga banyak pendengar dibuat terpingkal-pingkal kerana geli hati. Saman sendiri kelihatan gagah dengan kopiah warna hijau dan berbaju Melayu. Selain pegajian sebagai malam puncak walimah al-shafar, beberapa hari sebelumnya, di rumah Saman diadakan bacaan tahlil. Dan inilah tradisi yang kerapkali diselenggarakan di Kampung X, Bogor. Apalagi, bagi seorang peniaga jaya seperti Saman.
Peniaga Berjaya
Pergi ke tanah suci adalah puncak kejayaan seorang yang bernama Saman ini. Dengan biaya mahal, orang kerapkali menilai mereka yang sudah berhaji adalah simbol kejayaan. Sebab, orang yang tidak berjaya/belum berjaya, belum tentu akan boleh pergi ke tanah suci – meski untuk berhaji itu boleh saja dari wang warisan harta pesaka atau menang hadiah. Tapi, itulah kemuncak hasil usaha yang dirintis oleh Saman selama beberapa tahun. Dia boleh memiliki rumah mewah, kereta yang mahal dan kini akan menyandang gelar haji di depan namanya. Ya, siapapun orangnya pasti akan bangga dengan status semua ini – meski haji sebenarnya bukan untuk mencari kedudukan dalam masyarakat, tapi kedudukan agama dimata Allah. Usaha Saman dimulai dari membuka kedai runcit di pinggir jalan. Selama beberapa tahun mengembangkan usahanya itu, dia berhasil membangun usaha baru sebagai kontraktor. Dia memang hebat. Atas kejayaan ini, banyak orang yang dibuat terkejut dan takjub kepadanya. Bagaimana dia boleh mengembangkan usahanya hingga seberhasil begitu? Apa saja tipsnya.
Ternyata Saman tak punya tips khusus. Dia hanya berusaha mengembangkan usahanya itu secara biasa saja, katanya. Ramah dan sopan kepada pelanggan, serta harga yang terjangkau, hanya itu yang boleh dia berikan kepada orang yang mengharapkan khidmatnya. Kerana itulah, usahanya boleh berkembang dengan pesat.
Ilmu Pelaris
Namun, di tengah keberhasilannya itu terhembus isu yang tidak baik tentang dirinya. Konon, sebelum dia meraih kejayaan itu, sebenarnya selama beberapa tahun Saman pernah jatuh bangun dalam membangun usaha berniaga kedai runcitnya. Tak pernah berjaya dan sulit sekali bersaing dengan usaha-usaha serupa itu yang banyak berkembang di daerah sekitarnya. Setelah dia pergi menemui “orang pintar” dan katanya mencari ilmu pelaris, sekonyong-konyong usahanya cepat berkembang. Usahanya tiba-tiba seperti dinaungi aura positif, sementara usaha-usaha orang lain nampak dinaungi aura negatif. Saman sendiri tidak pernah mengakui kalau dirinya memakai azimat pelaris. Namun, dia hanya mengaku bahawa dia pernah menemui orang pintar untuk mendapatkan “khidmat nasihat” berurusan perniagaannya. Tidak lebih dari itu. Baginya, itu adalah hak siapa saja untuk boleh melakukannya. Dikatakan, “orang pintar” yang ditemui oleh Saman itu jauh berada di luar Jawa. Saat menemui orang itu, Saman tidak pulang ke rumah beberapa hari. Hingga para pelanggannya sempat menanyakan ehwal keberadaannya. Oleh isterinya selalu dijawab, ia sedang silaturahim beberapa orang sahabatnya di luar Jawa.
Berangkat Haji
Akhirnya, Saman pun pergi ke tanah suci. Banyak orang yang mengiringi keberangkatannya. Semua orang berharap ia akan mendapat haji yang mabrur. Namun, dari semua kisah yang membahagiakan ini, ada satu yang tersisa, iaitu Saman tidak mengajak isterinya untuk pergi haji bersama-sama. Khabar yang terhembus menyebutkan bahawa mentalnya belum siap untuk menyandang gelar “hajah”. Sebab, selama ini dia jarang sekali mengikuti pengajian majlis ilmu. Orang yang berhaji dari kampung X, selain Saman ada beberapa orang lagi, termasuk saksi yang bercerita kepada Hidayah ini. Namun, dia tidak mahu dibukakan identitinya kerana tidak berkenan akan menyakiti hati sahabatnya tersebut. Nah, dari si saksi inilah kita tahu apa yang dilakukan oleh Saman selama berhaji. Menurutnya, selama berhaji, Saman selalu tidak kelihatan di maktab. Entahlah, apa yang ia lakukan? Awalnya, dia menduga kalau Saman akan melakukan solat di Masjidil Haram atau melakukan kebaikan-kebaikan lainnya. Namun, ketika ditanya oleh si saksi ini, Saman selalu menjawabnya hanya jalan-jalan keliling kota Makkah.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2010 di pasaran...
Wednesday, August 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment