ANDA kini sudah terbaring di liang lahad. Anda sudah ‘lemas’ (padahal anda sudah mati) apabila wajah anda ditempel ke tanah (menciumi kepalan tanah). Beberapa orang di dalam kubur sibuk mengiringkan jasad anda agar menghadap kiblat. Sementara di atas kubur seorang dua sibuk mengarah mereka buat itu dan ini untuk menyempurnakan pengkebumian anda. Semasa itu dimanakah roh anda? Dari Ka’ab bin Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya jiwa seorang Mukmin (akan berwujud seekor) burung yang sedang makan di pepohonan syurga, hingga dikembalikan ke jasadnya pada hari kiamat.” (HR. An-Nasa’i, Malik dan As-Syafi’i juga meriwayatkannya). Hadis ini menjelaskan bahawa roh merasakan hikmat bersama-sama dengan badan di dalam kubur, jika Allah s.w.t. menghendaki. Bahawa roh itu merasakan nikmat sendirian mahupun bersama dengan badan di syurga, adalah sebuah kepastian. Ibnu Abi Ad-Dunya meriwayatkan dalam kitab “Dzikrul Maut”, dari Malik bin Anas r.a. Ia berkata, “Dikhabarkan kepadaku bahawa roh akan dibebaskan pergi ke mana saja.” Ini sesuai dengan yang diriwayatkan, “Sesungguhnya roh kadang-kadang berada dalam kubur yang fana.” Mujahid berkata, “Roh berada dalam kubur selama tujuh hari sejak dikuburnya mayat tidak terpisah (dari badannya). Kadang-kadang roh dikembalikan ke badan dalam waktu yang belum ditentukan.” Sebagaimana dalam hadis yang disahihkan oleh Ibnu Abdi Al-Barr, dari Nabi s.a.w. bahawa baginda berkata, “Tak ada seorang yang melewati kubur orang yang dikenalnya di dunia, kemudian ia mengucapkan salam kepadanya, kecuali Allah akan mengembalikan roh itu ke jasadnya sehingga mampu menjawab salam tadi.” Dalam Sunan Abi Dawud, dari Aus Ats-Tsaqafi dari Nabi s.a.w., baginda bersabda: “Sesungguhnya hari terbaik bagi kalian adalah hari Jumaat. Maka perbanyaklah selawat kepadaku pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Sesungguhnya selawatmu akan sampai kepadaku.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana akan sampai kepadamu, sedangkan jasadmu telah hancur?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah melarang bumi untuk memakan jasad para Nabi.” Dalam bab ini terdapat beberapa hadis dan atsar yang menunjukkan bahawa badan si mayat dalam kubur dapat merasakan nikmat dan azab, kalau dikehendaki Allah. Juga bahawa roh itu tetap kekal dan dapat merasakan azab dan nikmat kubur, meskipun telah berpisah dari badannya.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2010 di pasaran...
Wednesday, August 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment