ADA sebuah sebuah akhbar Arab telah menyiarkan satu “temubual” seorang wartawan wanita Inggeris dengan seorang tokoh agama mengenai dengan “hijab” atau tudung yang dipakai oleh wanita-wanita Islam. Di antara temubual itu ada satu pertanyaan yang jawapannya agak menarik untuk kita baca dan berkongsi bersama terutama kaum wanita yang tidak suka “bertudung”. Wartawan itu bertanya: “Mengapa agama Islam melarang wanita mengenakan pakaian apa pun yang mereka suka? Mengapa Islam menyekat atau pun menghadkan kebebasan mereka untuk memilih dan mengenakan pakaian atas kemahuan hati mereka? Bukankah itu merupakan satu pelanggaran kebebasan?” Tokoh agama itu kelihatan begitu bijak dalam berdepan dengan pertanyaan serupa itu. Dia tidak menjawabnya pertanyaan secara terus, tetapi dia mahu wartawan wanita dan dia bersedia untuk bersetuju dulu denga satu point. Katanya: “Manusia yang hidup dalam sebuah masyarakat tidak mungkin dapat menikmati kebebasan yang mutlak. Kebebasan yang dimiliki itu adalah kebebasan yang relative.
“Bolehkah kita melakukan segala hal sesuka hati kita? Bolehkah kita berjalan di khalayak umum tanpa menggunakan pakaian dengan alasan kita orang yang merdeka? “Bolehkah kita menyuruh tukang rumah membina atau pun membaiki rumah kita di tengah malam ketika orang sedang tidur. Sekiranya kita pergi ke sebuah bank mahu mengambil wang dan melihat orang ramai beratur panjang, apakah kita boleh terus ke depan juruwang?
“Bolehkah kita meletakkan kereta (parking) di tengah jalan dengan alasan tidak boleh ada aturan yang mengganggu kemerdekaan kita? Soal pokoknya, tidak ada di namakan kebebasan individu yang mutlak.”
Katanya lagi: “Kita bebas melakukan apa saja yang kita sukai selama mana perkara itu tidak mengganggu orang lain. “Satu-satunya cara untuk mendapatkan kebebasan itu ialah kita kena hidup sendiri di satu tempat yang tidak ada orang tinggal di situ, dan di tempat itu kita boleh buat apa saja tanpa orang lain melihatnya apa yang kita lakukan atau pun buat. Bagaimana pun hal ini tentulah bertentangan dengan lojik agama dan kita mengundur kebelakang dengan sistem Tuhan. Sudah tentu tidak mungkin Allah s.w.t. menginginkan terbentuknya sebuah masyarakat serupa itu tanpa aturan dan tujuan. Sesiapa pun yang memilih Islam sebagai agamanya, dia mesti mematuhi aturan-aturan yang ditetapkan oleh Islam, tanpa peduli apakah aturan-aturan itu menyekat kebebasan ataupun tidak. Demikian jawapan tohahahakoh agama itu sebagai menjelaskan pertanyaan wartawan wanita Inggeris itu yang penuh dengan sentimen anti Islam. Sebenarnya, ramai di kalangan kita terutama kaum wanita yang salah sangka dan salah mengerti tentang “hijab” ini. Mereka merasakan itu sebagai satu “penyekatan” kebebasan mereka. Pada hakikatnya, apa yang dilihat sebagai penyekatan kebebasan itu sebenarnya merupakan satu kebaikan kepada manusia itu sendiri. Kita mestilah faham bahawa Allah s.w.t. lebih mengetahu tentang diri kita daripada kita sendiri. Sebenarnya, aturan-aturan yang menyekat kebebasan itu adalah untuk memberi kebaikan dan mencegah keburukan. Tidak ada agama yang ditegakkan tanpa aturan. Wanita-wanita yang menolak atau pun tidak suka pakai tudung (jilbab hijab) kerana khuatir kebebasan mereka terganggu, mestilah faham bahawa sikap itu boleh mengundang lelaki lain berkeinginan kepadanya. Wanita juga tentulah tidak boleh marah jika ada wanita-wanita lain yang tidak memakai tudung merebut perhatian suaminya pula. “Jika kita boleh menggoda suami orang, mengapa wanita lain tidak boleh melakukan hal yang sama kepada suami kita?”
Kaum wanita haruslah memahami bahawa tujuan “hijab” adalah untuk menjaga masyarakat dari fitnah memberikan rasa aman bagi wanita. Percayalah! Para isteri tidak perlu khuatir suaminya keluar rumah, kerana dia akan pulang semula tanpa tergoda dengan wanita lain. Bagitu juga Islam melarang wanita untuk menampakkan perhiasan mereka dengan cara apa pun, termasuk dengan menghentakkan kaki. Masa puncak kecantikan seorang wanita sangatlah singkat, tidak lebih dari 15 tahun. Bayangkan saat-saat seorang isteri mulai “memudar kecantikkannya”, sementara suaminya masih segar dan sihat, apa yang terjadi jika suami ini keluar dan menemukan wanita-wanita muda di jalanan yang mendedahkan aurat?
Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2010 di pasaran...
Wednesday, August 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment