BARANG KALI ramai orang tidak tahu apa sebenarnya terjadi dan apa yang dilakukan oleh orang-orang Melayu yang menghayati ilmu agama tahun-tahun sebelum awal tahun 40an-50an dan 60an dulu. Apabila diimbau kembali perkembangan Islam pada tahun-tahun yang disebutkan itu, kita merasa amat sedih dan amat mendukacitakan. Generasi sekarang barang kali tidak tahu. Kalau pun tahu cuma sikit-sikit saja, kerana mereka ketika itu masih anak-anak atau pun ada di antaranya belum lahir. Zaman-zaman tersebut kita masih dijajah oleh British. Tidak ramai orang Melayu yang berpendidikan tinggi. Cuma bersekolah Melayu semuanya. Paling tinggi darjah tujuh. Kelulusan darjah tujuh zaman itu diiktiraf sebagai lulus SPM sahaja. Zaman itu tidak ada ilmuan Islam seperti sekarang. Di kampung-kampung tidak ada guru-guru agama yang bijak dan berilmu dalam erti kata sebenarnya. Cuma ada ilmu tahu angkat air sembahyang (berwuduk), Sembahyang, bacaan-bacaan dalam sembahyang. Sedikit-sedikit tentang fardu dalam mengelolakan memandi, mengkhafan, menyembahyang dan mengkebumikan jenazah. Masalah akidah lintang pukang. Cuma sedikit sahaja orang yang tahu. Di kampung-kampung orang dulukan keramat. Apapun mereka lakukan untuk masyarakat kampung pergi ke keramat dulu.
Sesudah tanam padi, dan musim menuai ambil padi akan ke keramat dulu untuk minta izin. Semuanya ini melibatkan akidah yang berlawanan dengan kemahuan agama. Islam tidak suruh kita buat macam itu. Islam suruh kita mohon kepada Allah, bukan minta pada kubur. Tahun-tahun berkenaan hukum-hukum agama “main langgar” saja. Kalau ada perbuatan-perbuatan yang menyalahi hukum agama, tidak ada orang menegur. Kalau berlaku “perzinaan” misalnya dan kita tahu “ibu tunggal” itu hamil, kerana dia dihamili oleh orang yang tidak bertanggungjawab, dan orang-orang kampung tahu dan kenal pasti orang yang melakukannya, tetapi tindakan tidak diambil. Zaman-zaman itu tidak ada undang-undang yang ketat, terutama undang-undang agama. Ketika itu tidak ada pejabat kadi. Tidak ada pejabat agama Islam. Tidak ada Pusat Islam dan lain-lain tempat untuk orang mengadu dan bertanyakan sesuatu. Orang-orang zaman itu lebih mengutamakan “Adat” resam bagi sesebuah masyarakat itu. Mereka boleh ketepikan hukum agama, dan perkara-perkara yang dituntut oleh agama, tetapi mereka akan lebih mengutamakan adat dulu. Anak yang dilahirkan hasil dari perbuatan “zina” itu hanya dianggap sebagai perkara biasa saja. Ornag ramai tidak mahu ambil tahu hal orang lain. “Lu-lu, gua-gua” itulah konsep hidup zaman-zaman tersebut. Dalam kampung-kampung tersebut apa yang disebut ada “pegawai syarak”. Ada imam, ada bilal, ada guru agama, ada guru mengajar al-Quran, tetapi tindakan-tindakan drastik sebagaimana zaman ini tidak dilakukan. Dibiarkan saja peristiwa dan kejadian itu berlalu. Penjajahan British dan Jepun yang pernah menjajah negara kita, barang kali tidak mahu ambil tahu tentang masalah agama. Kalau ada pun orang-orang Melayu yang berpendidikan Inggeris. Mereka tidak tahu dan “buta kayu” dalam soal agama. Mereka pun sama dengan pemerintah Inggeris ketika itu. Dalam masyarakat Islam apa yang disebut “kahwin cina buta” popular pada zaman-zaman tersebut. Maksud “cina buta” itu ialah seorang suami yang menceraikan isterinya dengan “talak tiga”. Menurut hukum agama, apabila ada kejadian seperti itu, si suami tidak boleh “rujuk” semula kepada isterinya. Menurut hukum dan peraturan agama, si isteri itu mestilah berkahwin dengan orang lain, dan perkahwinan itu tidak boleh diatur dengan perjanjian-perjanjian dan syarat tertentu oleh bekas suami. Islam tidak membenarkan cara begini. Tetapi apa yang berlaku dimana ada pasangan berkahwin tetapi berlaku penceraian dengan “talak tiga”. Bekas suami mahu rujuk semula, tetapi hukum tidak membolehkan. Bekas suami aturkan supaya bekas isterinya berkahwin dengan orang lain kemudian menceraikan semula pada hari itu juga, bagi membolehkan bekas suami itu bernikah semula dengan bekas isterinya itu. Bernikah dan bercerai semula cara begini “tidak sah” dari segi hukum agama. Sebabnya: Pertama: Si suami baru mestilah “mendohol” dulu isterinya sebelum diceraikan. Kedua: Pernikahan dan perceraian tidak boleh “diaturkan” (nikah, kemudian cerai). Ia mesti berlaku mengikut prosesnya. Bukan dijanji-janjikan. Bukankah ertinya pasangan hidup dalam “berzina”.
Malangnya zaman-zaman “semi jahiliyah”, orang tidak faham kepada hukum hakam agama, maka hal itu dibiarkan berlalu begitu saja. Kadang-kadang kita melihat di bandar-bandar besar atau pun kecil dimana orang-orang yang beragama Islam minum arak dengan bebas dan dimana-mana saja termasuk dalam kedai-kedai kopi.
Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2010 di pasaran...
Wednesday, August 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment