Friday, August 10, 2012

Variasari Keluaran Ogos 2012

Sudahkah anda memiliki Variasari edisi Ogos 2012? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan...

Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai.

Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.Dapatkan segera majalah Variasari keluaran Ogos 2012 sebelum terlambat. 

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin

 




Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari Ogos 2012













Thursday, August 9, 2012

Hidayah Ogos 2012

Hidayah keluaran Ogos 2012 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja Dalam Hidayah


Langganlah Segera Melalui Pos

Kepada pembaca yang melanggan secara online e-maikan kepada kami salinan resit bayaran bersama maklumat peribadi serta tarikh mula majalah yang anda ingin kami hantarkan...ke alamat: majalahhidayah@yahoo.com

Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah...bulan yang dinanti-nantikan muncul jua. Walaupun telah sekian kali menjadi ‘tetamu Ramadan’ namun debarnya tetap terasa. Khudus dan mendamaikan. Bersyukurlah kerana kita antara yang diizinkan oleh Allah Taala untuk bersama-sama di bulan mulia ini. Ramai saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga kita sudah tidak ada lagi di dunia ini, namun kita masih terus bernafas dan diberi kesihatan sihat walafiat untuk menunaikan ibadat puasa Ramadan. Hidayah juga turut menemui anda dengan resepinya yang tersendiri. Kisah-kisah iktibar kali ini memaparkan antara lain mengenai seorang bomoh palsu yang akhirnya bertaubat setelah memperdayakan sekian jumlah mangsanya dan dia juga nyaris menjadi korban dari mereka yang ditipunya. Namun dalam iktibar berikutnya pula kisah seorang penghulu yang salih yang menemui ajalnya dalam keadaan husnul Khatimah menjadi penyejuk dada kita. Semoga kebaikan dan kesalihannya dapat menjadi ikutan kepada kita bersama. Sementara itu dalam iktibar 3, dipaparkan pula bagaimana seorang wanita suri rumah terpedaya dengan seorang dukun durjana yang menodai kehormatannya hingga menyebabkan wanita itu menjadi ‘orang bingung’. Begitulah warna warni kehidupan ini. Ianya berlaku dimana-mana. Di sekitar kita dan ditengah masyarakat yang penuh dengan cubaan dan pancaroba ini. Pembaca budiman, kami juga mengalu-alukan anda membaca rencana bertajuk ‘Gambaran orang-orang berdosa dalam kubur’, ‘Diakhir zaman nanti matahari enggan terbit’, ‘Sekelumit catatan umrah’ dan lain-lain lagi dengan harapan ianya akan dapat memberi keinsafan bersama. Terima kasih kepada pembaca yang menghubungi kami melalui e-mail, telefon dan surat untuk memberi kritikan dan pandangan bernas untuk kebaikan Hidayah. Benarlah, tanpa pembaca (tanpa anda) Hidayah tidak akan wujud menjangkau usia belasan tahun sekarang ini. Jutaan terima kasih atas sokongan baik anda itu. Semoga kita memperolehi pahalanya bersama.
“Selamat menjalani ibadat puasa Ramadan 1433”
Kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang.
Wassalam.

Pengarang.
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Zakat Fitrah Bersihkan Ibadat Puasa Kita

SEBAGAI umat Islam, kita telah pun menjalani latihan untuk menjadi manusia yang baik dalam bulan Ramadan al-mubarak. Allah itu “baik”, dan Allah memang suka yang baik-baik. Ibadat puasa telah memaksa kita setiap umat Islam menjadi yang baik, dengan mematuhi banyak pantang larangnya. Sekiranya dapat kita menjaga dan mengekalkan peraturan dan pantang larang-undang-undangnya yang kita amalkan sepanjang bulan Ramadan, maka sudah tentu kita akan menjadi orang yang baik, sesuai dengan tuntutan agama Islam.
Kita sekarang berada dalam bulan Syawal. Bulan yang Allah suruh kita gembira tanpa melupakan tugasan kita dan melalaikan apa yang sudah disyariatkan. Mudah-mudahan bulan Syawal menjadi kita bersyukur kepada Allah s.w.t. Dalam masa kita menjalani ibadah puasa itu, kita telah menghadapi banyak cabaran, kesabaran melatih fizikal dan mental kita. Sebenarnya, itulah perjuangan yang besar dan hebat serta berat bagi kita mengendalikan hawa nafsu yang menjadi kebiasaan manusia. Pada hakikatnya, kita telah pun berjaya menjalani ujian berat itu dengan penuh sabar, dan aidilfitri ini kita sambut dengan penuh kesyukuran sebagai tanda kemenangan bagi mereka yang menjalani ujian Ramadan itu. Dalam masa kita berpuasa sebulan, peluang-peluang besar telah kita gunakan dengan amalan-amalan tambahan yang digalakkan oleh Islam. Dengan amalan-amalan tersebut dengan sendirinya telah melembutkan rohani dan fikiran untuk memahami peranan kita sebagai insan yang kecil dan kerdil. Sekarang ini kita sama-sama menyambut aidilfitri dimana kita dilarang berpuasa  pada satu Syawal. Satu Syawal kita dilarang berpuasa kerana sebenarnya mengandungi hikmah dimana Allah mahukan supaya kita menikmati rezekinya dipagi raya setelah menahan diri tanpa makan dan minum di siang hari selama sebulan. Inilah satu hikmah yang tersembunyi disebalik rahsia aidilfitri ini. Ia merupakan satu hikmah yang tidak terkira besar hikmahnya yang diberikan oleh Allah kepada kita yang berpuasa. Bila Allah memberikan satu pelepasan kepada kita untuk menikmati rezekinya, maka janganlah kita campur adukan dengan perkara nafsu dan hal-hal yang dilarang sehingga menimbulkan kemurkaan Allah kepada kita. Sebenarnya dalam menyambut aidilfitri ini, ada satu tugas penting yang tidak boleh  kita lalaikan. Tugas itu ialah kepada fakir miskin yang memerlukan bantuan dengan kita mengeluarkan zakat fitrah. Dengan zakat fitrah yang kita keluarkan itu dapatlah fakir miskin itu menyambut aidilfitri bersama-sama dengan umat Islam lainnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2012 di pasaran...

Taubatnya Seorang Bomoh

TIBA-TIBA saja beberapa orang muncul di depan rumah Warso. Langkah mereka terburu-buru, penuh amarah dan wajah yang mengancam. Di tangan sebahagian mereka terdapat rotan, sebahagian lagi menggenggam batu-batu yang siap untuk dilemparkan. Dari muka mereka tergambar marah yang menyala-nyala. “Warso! Warso! Keluar kau, penipu! Jangan sembunyi! Kembalikan wang kami atau kalau tidak, kami akan hancurkan rumah ini!” Lelaki yang dipanggil itu sejak tadi mengintip dari bilik kecil tempatnya. Melihat sekelompok orang yang meledak-ledak marah dan menjerit memanggil namanya, Warso ketakutan. Tapi dia harus mencari akal dan segera mengambil keputusan; apakah menemui mereka dengan risiko bakal dibantai habis-habisan hingga babak belur ataukah lebih baik cabut lari menyelamatkan diri? “Cepat keluar Warso! Temui kami atau kami akan paksa ajar kamu!” teriak mereka. Belum ada jawapan dari dalam. Diam-diam, Warso ambil langkah seribu melalui pintu belakang. Gerakannya pelan-pelan tak bersuara agar tak ada yang curiga kalau dirinya ternyata sudah keluar. “Kami akan kira sampai tiga kali. Jika dalam kiraan ketiga, kau belum juga keluar, jangan salahkan kami bila berbuat yang tidak-tidak,” teriak salah seorang.
“Satu..! Dua..! Tiga..!” Setelah tak mendengar jawapan apa-apa, beberapa orang segera menyerbu. Mereka menendang pintu kayu itu, “Brakkk!”. Kemudian mulailah mereka menggeledah, apapun yang ada di tempat itu dibongkar dan disepah-sepahkan. Jadilah, semuanya berserakan tak tentu ke hala... Kemarahan mereka memuncak manakala tak diditemukan orang yang dicari. Kekesalan itu dilampiaskan dengan merosak apa saja yang dijumpai. Apa yang boleh diambil, mereka sapu saja. Tak hairan dalam sekejap, tempat itu sudah tak berupa tempat tinggal lagi. “Celaka! Warso sudah lari. Rupanya dia lebih cekap dan tahu rancangan kita.” Rumah Warso yang sederhana itu, yang sebelumnya digunakan untuk amalan bomohnya, kini sudah berantakan. Semuanya dihancurkan oleh beberapa orang yang tengah mengamuk itu. Sementara Warso yang tadinya cabut lari secara senyap-senyap, sekarang sudah berada di suatu tempat yang dirasa cukup aman baginya. Dia tidak kisah dengan apa yang berlaku terhadap rumahnya yang pastinya sudah berantakan bahkan mungkin sudah dihancurkan. Yang terpenting baginya dia terselamat dari amukan segerombolan orang yang sedang marah-marah itu. Di tempat persembunyiannya itu, kepala Warso masih terbayang segerombolan orang yang mengamuk itu. Mereka berteriak-teriak untuk menagih kembali wang mereka yang ditipunya. “Wang yang mana ya?” sejenak Warso bertanya kepada dirinya sendiri sambil menyandarkan badannya pada sebuah batu besar. Lelaki yang menyamar ‘bomoh’ ini masih belum faham, apa sebenarnya kesalahannya hingga orang-orang itu mengamuk kepada dirinya. “Kulihat tadi, ada salah seorang di antara mereka yang pernah datang ke tempatku untuk meminta bantuan.” “Mungkinkah, mereka digerakkan olehnya. Tapi apa yang salah dariku?” “Oh... ya, mereka tadi juga menyebut aku penipu.” Mendadak, Warso menangis teresak-esak. Warso baru tersedar oleh caci-maki mereka. Ia pun tak menafikan dengan tuduhan mereka yang memanggilnya penipu. Peristiwa di rumahnya tadi betul-betul membekas dalam otaknya. Untung saja Warso masih selamat, padahal mereka benar-benar garang mahu melanyaknya.
Warso pernah menonton filem P. Ramlee ‘Do Re Mi’ yang disiarkan berkali-kali oleh TV Malaysia. Dia ingat bagaimana orang ramai mengejar Do Re Mi kerana tertipu dengan jualan ubat mereka. Nasibnya kini lebih  buruk dari Do Re Mi. Peristiwa itu sekadar filem cereka komedi. Tapi yang ini, benar-benar terjadi pada dirinya betul-betul. Namun setelah difikir-fikir secara mendalam, Warso tidak menyesal atas kemarahan mereka, sekali pun mungkin tempat tinggalnya sudah rata dengan tanah. Justeru Warso merasa mendapatkan pengajaran penting bahawa apa yang menyebabkan mereka marah-marah itulah yang perlu direnungkan.

Malam Muhasabah
Petang beranjak. Warso tak berani keluar kemana-mana. Ia memutuskan bermalam di situ, di gua yang gelap berbanding keluar namun keselamatan jiwanya terancam. Ia khuatir, beberapa orang yang mendatangi rumahnya masih mencari-carinya. Lelaki itu tak mempedulikan perutnya yang sebenarnya menggeliat-geliat kerana lapar. Ia basuh mukanya dengan air yang ada di tempat itu sambil berucap, “Bismillah...”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2012 di pasaran...

Jadi Bingung Setelah Dinodai Dukun

SABAR dan bersyukur adalah kunci mujarab yang mahal di dalam hidup ini, dua kunci dalam meraih kejayaan. Tapi, dua hal itu rasanya berat dilakukan oleh Menik, 30. Dia memang hidup cukup-cukup makan saja. Suaminya, Maman, 34, bekerja sebagai buruh kasar. Kadang-kadang dia ambil upah mengerjakan sawah; mencangkul atau menajak di bendang, menebas rumput di kebun, bahkan siap mengerjakan apa pun selama masih dapat dia lakukan dengan tenaga mudanya itu. Tentu saja, bekerja dengan pendapatan yang tidak tetap itu, rezeki yang didapat tidak seberapa dan tidak menentu pula. Padahal, mereka sudah memiliki dua anak perempuan dan perbelanjaan harian turut bertambah. Maklum, anak yang sulung sudah belajar darjah tiga. Maka, hal itu dirasakan berat hingga Menik ikut membantu mencari sumber tambahan dengan berniaga secara kecil-kecilan barangan keperluan harian dapur seperti menjual cili, tomato, bawang dan aneka sayur-sayuran yang lain. Meski Menik sudah ikut membantu kerja sebagai peniaga kecil, hal itu ternyata belum memberikan angin segar bagi keluarganya. Apalagi, dia merasa jualan di pasar itu tidak semudah yang disangka. Sebab, di pasar ternyata banyak saingannya. Akibatnya, jualannya kerap tak laku. Tak jarang, dia pulang ke rumah hanya membawa wang tak seberapa dan cuma membawa penat, kerana jualannya tak laku. Keadaan seperti itu rupanya membuat Menik gusar. Apalagi, dia mendengar tidak sedikit pedagang yang menggunakan “tangkal pelaris” dari dukun hingga membuat dagangan mereka laris. Hal itu semakin membuat Menik merasa panas.

Tak Mendapat Restu Suami

Petang itu, dia pulang dari pasar dengan wajah lesu dan gusar. Maklumlah dagangannya tak laku. Badan pun terasa penat. Bahkan, keadaan itu tak saja terjadi hari itu tetapi sudah dia alami beberapa hari lalu. Dia merasa kecewa, bahkan cepat panas baran. Semua itu menggumpal menjadi satu di ubun-ubun kepala. Dan dia tak sabar dengan semua itu. Padahal, semua itu boleh jadi adalah ujian Allah. Jika dia mahu bersabar, rasanya keadaan itu belum boleh dikatakan petaka. Sebab, masih banyak keluarga lain yang jauh lebih menderita dari keluarga Menik. Sementara itu, dia masih sihat walafiat. Ada rupa pula tu... Suami dan kedua anaknya pun sihat. Cuma dia belum merasa hidup senang. Tapi, dia menganggap itu sudah seperti kiamat kecil yang mengikis fikiran dan tenaga. Dalam keadaan susah seperti itu, dia bukan ingat kepada Allah, malah dilingkupi pikiran dangkal. Dia termakan pujuk rayu syaitan. Maka ketika malam tiba, saat dia dan suaminya sedang berehat-rehat sebelum masuk tidur, dia menceritakan kegundahan hatinya. “Sabar sajalah, siapa tahu besok dagangan kamu tu laris,” jawab Maman, suaminya, menenangkan hati isterinya yang gundah berserabut itu. Tapi, Menik tak ingin jawapan seperti itu. “Sudah berhari-hari jualan tak laku, masih juga disuruh sabar? Lalu sampai bila?” dengan rasa jengkel Menik bertanya balik. “Ya, sampai tiba waktunya. Sebab, kesabaran itu akan berbuah manis,” lagi-lagi, jawapan Maman itu tak seperti yang diharapkan Menik. “Tak boleh, bang! Rasanya sulit barang-barang jualan saya laris jika saya masih seperti ini.”
“Maksudmu?” tanya Maman. “Abang ini seperti tak tahu saja! Di pasar itu, mereka yang laris adalah peniaga yang memiliki ‘tangkal pelaris’ dari dukun. Jadi kerana saya tak memiliki tangkal pelaris dari dukun, maka sebab itu jualan saya tak laku.” Maman tertawa sinis. “Siapa cakap?

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2012 di pasaran...

Singa Muncul Dari Bumi Selamatkan Umar Al-Khattab

SELAIN dari kejadian-kejadian ajaib berlakunya di zaman Nabi s.a.w.,  kejadian serupa ini juga iaitu “keajaiban” (keramat) atau pun aneh turut berlaku di zaman para sahabat r.a. Abu Bakar as-Siddiq sendiri juga ada berlaku kejadian yang aneh. Beliau ialah khalifah yang pertama sesudah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. Para khalifah ini hidup mereka sungguh zuhud. Walau pun mereka ini merupakan saudagar-saudagar Arab yang terkenal dan ternama, tetapi harta-harta mereka diinfaqkan untuk perjuangan Islam. Walau pun mereka dilantik sebagai “Khalifah”, tetapi hidup mereka tidaklah seperti khalifah atau pun “raja-raja” yang memerintah sesebuah negara. Kisah yang dipaparkan ini ialah mengenai Khalifah Umar Al-Khattab.
Umar semasa menjadi khalifah merupakan seorang pemerintah yang tegas, dizaman Rasulullah s.a.w., beliau seorang sahabat Nabi yang paling berani. Orang –orang kafir Quraisy memang takut dengannya. Pernah ketika hijrah berlaku, Umar telah pergi ke Kaabah lalu berdiri dan berucap: “Aku Umar, esok akan berhijrah ke Madinah. Aku mahu melihat siapa mahu menghalangku, kalau ada diantara kamu kaum Quraish yang mahu isterinya jadi janda, anak mereka menjadi yatim, cubalah haling aku dari pergi berhijrah,” tegas Umar ketika berucap di depan Kaabah. Esoknya, Umar keluar dari Makkah bersama beberapa orang lainnya, tetapi ternyata tidak seorang pun yang menghalangnya di perjalanan. Umar berjalan bersama rakan-rakannya dengan tenang dan aman. Kaum Quraish pun agaknya tentu berfikir, jangan nak cari nahas dengan Umar...
Dalam satu kisah yang ajaib mengenai diri Umar semasa beliau menjadi khalifah. Diceritakan oleh mereka yang tahu tentang kisah ini, bahawa pada suatu hari ada seorang utusan dari negara Rom datang ke Madinah.
Tujuan utusan ini ke Madinah semata-mata untuk bertemu dengan Khalifah Umar bin Khattab. Utusan dari Rom ini telah membayangkan bagaimana nanti dia mahu bertemu dengan Umar tentulah sukar. Utusan dari Rom itu membayangkan Istana Umar tentulah besar. Temboknya tinggi. Ada pengawal-pengawal yang menjaga dan mengawal sekeliling istananya. Utusan ini membayangkan dalam fikirannya, Umar sedang bersandar pada sebuah kerusi yang panjang beralaskan dengan bantal-bantal dan tilam-tilam yang empok.
Sesampainya utusan ini di bandar Madinah, lalu ia bertanya salah seorang penduduk Madinah. “Di manakah Istana Khalifah Umar? Orang Madinah itu bertanya pula: “Siapa anda?” Utusan itu menjawab: “Aku datang dari Rom. Aku ada tugas penting mahu bertemu dengan Umar. Di mana Umar? Di mana Istana besarnya?”
Orang Madinah itu agak terpinga-pinga bila mendengar pertanyaan yang bertubi-tubi dari Utusan Rom itu.
Dia memberitahu utusan Rom: “Saidina Umar tidak mempunyai Istana. Umar hidup biasa dan amat sederhana, macam kami semua.” “Bukankah beliau seorang khalifah Islam di Madinah ini?” tanya utusan Rom itu. “Betul, dia seorang khalifah, tetapi Umar tidak tinggal dalam Istana sebagaimana Raja kamu di Rom,” jawab orang Madinah itu dengan sungguh-sungguh. “Jadi! Di mana Umar sekarang. Di mana dia tinggal?” tanya utusan Rom itu yang tak sabar bertemu dengan Khalifah Umar. Lalu orang Madinah itu menunjukkan arah Umar berada sekarang. “ya! Kamu pergi ke padang pasir sana, kamu akan temu Umar sedang memerah  susu.” Utusan Rom agak terkejut bila mendengarnya, lalu dia berfikir, biasanya seorang khalifah merupakan Raja, dan tentulah dia akan tinggal dalam sebuah Istana besar?

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2012 di pasaran...

Wednesday, August 8, 2012

Bila Dunia Tidak Menyebut Nama Allah Lagi

AL-QURAN dan Hadis Nabi s.a.w. banyak menceritakan mengenai tentang tanda-tanda besar dan kecil berlakunya kiamat. Semuanya itu sudah dijelaskan. Dalam kejadian kiamat itu golongan manakah yang akan mengalami atau terkena dengan kejadian kiamat itu? Para ulama memang banyak menulis tentang perkara ini. Mereka membuat ulasan-ulasan tentang hal ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. berhubung dengan kiamat yang mengerikan itu. Apakah dalam dunia ini sudah tidak ada lagi orang-orang beriman, maka dunia akan dikiamatkan? Memang benar, itulah cerita dan alasan yang sebenarnya, apabila sudah tiba pada penghujung dunia ini hampir mahu kiamat, Allah s.w.t. akan mematikan semua orang-orang beriman.
Allah akan mengirimkan sejenis “angin bak sutera”. Angin itu tidak akan membiarkan seorang pun umat mukminin hidup. Apabila angin itu menyentuhnya, maka akan matilah orang mukmin itu. Ketika itu yang tinggal di muka bumi ini hanyalah orang-orang “jahat” belaka, yang tidak mengenal lagi apa itu kebaikan, dan tidak ada seorang pun yang menyebut nama Allah. Ketika itu Allah tidak lagi memanjangkan usia ini, kerana yang ada hanya manusia jahat saja. Yang pasti, kiamat tidak akan terjadi sebelum di bumi tidak ada lagi yang mengucapkan, “Allah, Allah!” Menurut riwayat Muslim dari Anas r.a., dia berkata: “Bersabda Rasulullah s.a.w., ‘Kiamat tidak akan terjadi sebelum di bumi tidak ada lagi ucapan “Allah! Allah!” Dalam riwayat lainnya, “Kiamat tidak akan terjadi pada seseorang yang mengucapkan, “Allah! Allah!”. Para ulama kita menerangkan, bahawa lafaz Allah boleh dibaca marfu’, dan boleh juga manshub. Bila dibaca marfu’, maka ertinya: bahawa kiamat barulah terjadi bila tauhid telah hilang sama sekali. Adapun bila dibaca manshub, ertinya: kiamat baru terjadi bila telah terhenti amar ma’ruf nahi munkar. Tegasnya, kiamat tidak akan terjadi selagi masih ada orang yang menegur sesamanya dengan mengatakan, “Takutlah kamu kepada Allah.”
Kebenaran takwil ini berdasarkan pada sabda Nabi s.a.w. dalam hadis riwayat Hudzaifah: “Kamu sekalian benar-benar akan diserbu api dalam keadaan padam...” Lalu beliau katakan, “Mereka lebih jahat daripada keledai. Mereka bersetubuh seperti binatang, sementara di antara mereka tidak ada lagi seorang pun yang mengatakan, “Mah, Mah”. Ada yang mengatakan, bahawa lafaz “Allah” telah diilhamkan oleh pemiliknya, Allah s.w.t. pada mulut bangsa manapun sejak Nabi Adam a.s., tanpa ada satu umat pun yang mengingkarinya, bahkan beredar pada semua bahasa mereka, sejak zaman nenek-moyang mereka sampai habisnya dunia. Dan, hal ini didasarkan pula pada sikap kaum Nabi Nuh a.s., ketika mereka berkata:
“Dan kalau Allah menghendaki, tentu Dia mengutus beberapa orang malaikat...” (Al-Mu’minun: 24)
Dan, ucapan kaum Nabi Hud a.s., “Apakah kamu datang kepada kami, agar kami hanya menyembah Allah saja?” (Al-A’raf: 70) Dan mereka berkata pula: “Dan tidak lain hanyalah seorang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah.” (Al-Mu’minun: 38)] Dan lain-lain seterusnya. Begitu pula, Allah s.w.t. berfirman: “Dan, sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka, “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” tentu mereka akan menjawab, “Allah.” (Luqman: 25) Apabila Allah menghendaki lenyapnya dunia, maka dia mencabut nyawa orang-orang mukmin, dan mencabul nama “Allah” ini dari lidah orang-orang ingkar. Maka, ketika itulah mereka didatangi kebenaran yang menyakinkan (kiamat) dan itulah yang disabdakan Nabi s.a.w. “Kiamat tidak akan terjadi selagi di muka bumi masih ada orang mengucapkan, “Allah. Allah” Dan, dalam sebuah khabar diceritakan, bahawa Allah s.w.t. berfirman kepada Israfil a.s.,
“Kalau kamu mendengar seseorang mengucapkan “La ilaha illallah”, maka tundalah tiupan sangkakala selama empat puluh tahun, demi memuliakan orang yang mengucapkan itu.” Menurut riwayat Muslim dari Abdurrahman bin Syamasah Al-Mahdi, dia berkata: “Pernah saya berada di sisi Maslamah bin Makhlad. Waktu itu di sisinya ada Abdullah bin Amr bin Al-Ash. Maka, berkatalah Abdullah, “Kiamat tidak terjadi kecuali pada makhluk-makhluk yang jahat, iaitu mereka lebih jahat daripada orang-orang jahiliyah dulu. Mereka tidak berdoa kepada Allah meminta sesuatu, kecuali Allah menolak doa mereka.” Ketika dalam keadaan demikian, datanglah Uqbah bin Amir. Maka, Ibnu Syamasah berkata kepadanya, “Hai Uqbah, dengarlah apa yang dikatakan Abdullah.” Uqbah menjawab, “Dia lebih tahu. Adapun aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang berperang atas perintah Allah, dan mengalahkan musuh mereka. Mereka tidak terpedaya dengan orang-orang yang tidak sejalan dengan mereka, sehingga kiamat datang kepada mereka, sedang mereka tetap dalam keadaan seperti itu.”
Mendengar itu, maka Abdullah berkata, “Ya.” “Kemudian, Allah mengirim angin, baunya seperti kasturi. Belaiannya seperti belaian sutera. Angin itu tidak membiarkan seorang pun yang di dalam hatinya terdapat iman, meskipun hanya seberat zarah, melainkan dicabut nyawanya. Kemudian, tinggallah makhluk-makhluk yang jahat saja. Dan, atas merekalah kiamat terjadi.” Sementara itu, dalam hadis riwayat Abdullah bin Mas’ud r.a. dinyatakan, “Kiamat tidak akan terjadi kecuali pada manusia-manusia jahat, iaitu mereka yang tidak mengenal yang ma’ruf dan tidak mengingkari yang mungkar. Mereka bersetubuh seperti keledai bersetubuh.” “Bersetubuh” di sini adalah terjemahan dari: “yatahaarjuun”, yang menurut keterangan Al-Ashma’i, sama ertinya dengan sabda rasul pada hadis lain: “yatasaafadaun”. Bila orang berkata: “Baata Fulan yahruju”, ertinya: fulan tadi malam bersetubuh. Tapi, kata al-haraj pada selain ini, boleh bererti: kekacauan dan pembunuhan. Muslim mengeluarkan sebuah hadis dari Aisyah r.a., dia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Malam-malam dan hari-hari tidak akan sirna sebelum Lata dan Uzza disembah lagi.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2012 di pasaran...

Dan Nabi s.a.w. Juga Bergurau Senda

DALAM kehidupan sehari-hari, Nabi Muhammad s.a.w. memang serius. Maklum, tugas dakwah yang harus dijalaninya menuntut ketegasan, bijaksana dan tidak main-main. Tapi, bukan bererti Nabi s.a.w. tidak memiliki rasa humor. Bahkan dalam saat-saat tertentu, Rasulullah pun bergurau senda dengan para sahabat r.a. Pernah, suatu hari, seorang lelaki menemui Rasulullah dan berkata, “Wahai Rasulullah, bawalah aku!” Rasulullah pun menjawab, “Ya, kami akan memberimu anak unta.” Lelaki itu pun bertanya, “Apa yang boleh aku lakukan dengan anak unta?” Dan Rasulullah menjawab, “Bukankah unta dewasa juga dilahirkan oleh seekor unta yang pernah kecil?” (HR. Abu Daud dan Termizi). Itulah salah satu cara Nabi bergurau di hadapan para sahabat. Bahkan, Nabi s.a.w. juga tidak jarang bergurau dengan anak-anak kecil, termasuk dengan cucu-cucunya. Dikisahkan bahawa Rasulullah pernah menjulurkan lidahnya kepada Hasan bin Ali. Ketika anak yang masih kecil itu melihat lidah Rasulullah yang berwarna kemerah-merahan, anak itu pun segera berlari ke arah Rasulullah kerana takjub. Walaupun suka bergurau dengan para sahabatnya, gurauan Rasulullah bukanlah senda gurau yang dapat menimbulkan dendam, melainkan mempererat hubungan dan menunjukkan rasa keakraban dan kemesraan. Salah satu contoh adalah humor Rasulullah kepada Zahir bin Hiram. Zahir itu orang kampung pedalaman dan dia kerap membawa ‘oleh-oleh’ (buah tangan) dari kampung untuk Nabi. Demikian juga dengan Nabi. Saat dalam perjalanan, tak jarang baginda menyiapkan buah tangan buat Zahir. Walaupun Zahir bukanlah orang kacak, raut wajahnya tidaklah lawa macam orang Arab lainnya, Rasulullah tetap mencintai Zahir. Suatu hari, saat Zahir sedang berjualan di pasar, tiba-tiba ada orang yang mendekap atau memeluk tubuhnya dari belakang. Tentu, Zahir terkejut dan berteriak, “Lepaskan aku!” Saat menoleh dan dia melihat bahawa yang memeluknya itu, tidak lain dan tak bukan, adalah Rasulullah, dia pun tak mahu melepaskan belakangnya yang melekat dengan dada Rasulullah. Dan setelah itu, Nabi s.a.w. berkata, “Siapa yang ingin membeli budak?”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2012 di pasaran...

Daerah Islam Di Kota Ho Chi Minh

SUASANA ala Malaysia dan Indonesia akan terasa saat kita berkunjung ke Daerah 8 kota Ho Chi Minh, ibu kota Vietnam. Saat sayup-sayup suara azan berkumandang di menara masjid di daerah itu, orang-orang berkain pelikat dan berkopiah putih (orang di sana menyebutnya kapea) akan kelihatan berjalan seorang demi seorang menuju masjid. Pakaian mereka sangat khas muslim di wilayah Asia Tenggara yang membuat kita terasa bagaikan berada di sebuah kampung di Malaysia atau Indonesia. Daerah 8 memiliki kelompok muslim yang besar walau mereka tetap hanya sekumpulan minoriti dari warga Ho Chi Minh. Daerah 8 adalah tumpuan muslim yang cukup terkenal, terbukti sering dijadikan destinasi bagi para pelancong muslim yang berkunjung ke Ho Chi Minh yang masih popular dengan nama Saigon. Di daerah ini lazim kita temui, orang-orang tua, yang duduk di beranda rumahnya dengan pakaian muslim. Mereka juga duduk-duduk di masjid beristirehat sehabis solat Jumaat dan saling berbual mesra. Daerah ini dihuni sekitar 1,300 warga dan memiliki masjid, restoran halal dan sebuah madrasah yang menganjurkan pengajian agama Islam. Madrasah ini ada kaitan dengan beberapa lembaga pendidikan Islam di Malaysia yang secara berterusan mengirim murid mereka ke sana untuk belajar lebih lanjut. Etnik Cham atau Champa secara umum menetap di wilayah Selatan dan Tengah negara Vietnam. Jumlah mereka secara keseluruhan ada 100 ribu orang, bercampur baur bersama 86 juta rakyat Vietnam lainnya yang majoriti beragama Buddha. Etnik Cham adalah etnik muslim asli Vietnam. Dulu etnik ini sempat berkuasa di Vietnam saat kerajaan Cham memerintah wilayah itu selama berabad-abad. Dalam catatan sejarah orang Champa sangat dekat dengan Melayu. Champa awalnya beragama Hindu. Islam lalu menjadi agama majoriti sejak raja mereka memeluk Islam pada abad ke-17. Raja beragama Islam itu berjasa menghapus perhambaan manusia. Saat kerajaan Champa runtuh dan digantikan raja Vietnam, terjadi pelarian masyarakat Champa ke Malaysia. Hingga saat ini sebuah negeri di pantai timur, Terengganu, masih menjadi lokasi bersejarah “Kampung Cham” yang dihuni warga muslim Cham. Pelarian juga terjadi saat perang Vietnam berkecamuk terutama di tahun 70-an. Sebahagian mereka bahkan ada yang berhijrah ke negara Eropah dan Amerika Syarikat. Seorang warga Vietnam menyebut bahawa daerah yang diisi etnik Cham memang unik. Dengan tradisi Islam yang menyelimutinya, daerah yang diisi warga Cham boleh sangat lain suasananya dibanding wilayah kota Ho Chi Minh yang lain.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2012 di pasaran...

Peristiwa Aneh Dialami Ketika Berwukuf

PAK JOKO bekerja sebagai petani di kampungnya. Memang, Pak Joko mahu tunaikan haji bersama isterinya bila wangnya sudah cukup. tulah sebabnya Pak Joko mengusahakan tanahnya dengan bercucuk tanam. Sejak ditanamkan niat mahu tunai haji, tanaman Pak Joko begitu subur. Hasilnya cukup lumayan. Kumpul demi kumpul wang dari kerja kuat Pak Joko menjual hasil tanamannya itu, akhirnya Pak Joko boleh ke Makkah bersama isteri yang disayanginya. Bila tiba masanya, dan semua keperluan sudah sedia, maka Pak Joko pun berangkat ke Makkah bersama isterinya. Bersama dengan para jemaah lainnya, Pak Joko tinggal bersama-sama dengan rakan setempatnya, dimana kediamannya itu tidaklah begitu jauh dari Masjidil Haram. Apa yang hendak diceritakan di sini ialah tentang dua cerita dari Pak Joko sendiri semasa berada di tanah Suci itu. Dua cerita ini memang menarik. Pengalaman pertama dialami oleh Pak Joko berada di Padang Arafah semasa wukuf. Manakala, pengalaman kedua pula semasa berada di Mina ketika melontar.
Menurut cerita Pak Joko:  “Kami tinggal dalam satu khemah bersama dengan para jemaah lain.
“Bila masuk waktu wukuf, kami di beritahu oleh Mutawif yang bertugas. Mutawif memberitahu apa harus dilakukan setelah masuk waktu Wukuf. “Mutawif selaku ketua dalam khemah itu memulakan iaitu dengan bersembahyang jemaah iaitu sembahyang zuhur dalam khemah itu. “Pak Mutawif sendiri sebagai imamnya, dan kami yang berada dalam khemah adalah sebagai makmum. “Setelah selesai sembahyang zuhur, Mutawif memulakan zikir dan kemudian berdoa memohon kepada Allah supaya diberkati umur yang tinggal itu, dikuatkan iman dan berbagai yang lain.” Pak Joko berhenti bercerita. Dia diam sebentar untuk menghisap rokoknya. Asap rokoknya dikeluarkan dari mulutnya berkepul-kepul. Sekali-sekali dia melihat wajah- wajah yang ada di sekelilingnya. Di depannya ada segelas kopi o, dan dihirupnya sedikit demi sedikit. Setelah rokoknya hanya tinggal puntong sahaja, Pak Joko kelihatan meraba-raba dalam saku seluarnya. Entah apa yang diraba dan dicarinya tidaklah diketahui. Kemudian Pak Joko bercerita lagi: “Setelah wirid dan berdoa, Pak Mutawif beritahu, kita berehat sebentar.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2012 di pasaran...

Bacalah Surah Al-Mulk Elak Seksa Kubur

ALLAH itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah itu Maha Pemurah dan Maha Adil dalam segala-galanya. Kalau seseorang itu melakukan kesalahan dan melanggar perintahnya akan menerima dosa.
Tetapi Allah yang bersifat Maha Adil memberikan kita satu perkara yang membolehkan hambanya menghapuskan segala perbuatan-perbuatan dosa yang melanggar perintahnya itu. Misalnya, dalam soal seksa kubur yang disebutkan dalam keluaran-keluaran lalu diantaranya tertawa dalam masjid, dan kencing tanpa thaharah (bersuci) dan perkara-perkara lainnya yang sudah diingatkan oleh Allah, tetapi kita melanggar perintah itu. Dalam menghapuskan dosa, dan Allah memaafkan kita kerana pelanggaran itu dengan Allah menunjukkan amalan-amalan yang boleh menghapuskan seksa dan dosa-dosa itu. Diantaranya termasuklah “melihat atau pun menziarahi orang sakit”. Dari Abu Bakar Ash-Siddiq r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Musa pernah bertanya: “Rabbku”, apa yang diberi kepada orang-orang yang menziarahi orang sakit? Allah berfirman: “Ditugaskan kepada para malaikat yang akan menjengoknya di alam kuburnya sehingga dia dibangkitkan.” Hadis diriwayatkan oleh Dailami. Terdapat beberapa amalan yang diberitakan dapat membantu penderitaan kelak di kubur. Di sebabkan keistimewaan amalan tersebut, maka Allah memberikan kemuliaan kepada pengamalnya, iaitu diantaranya dengan menyelamatkannya dari seksa kubur.
Diantara amal perbuatan tersebut adalah:

Mati Syahid
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Di sisi Allah, orang yang mati syahid itu memiliki enam kriteria (keutamaan), iaitu:
a)Diberikan ampunan kepadanya pada percikan pertama dari darahnya.
b)Diperlihatkan kepadanya tempat di syurga.
c)Diselamatkan dari azab kubur
d)Diberikan keamanan dari rasa takut pada hari kiamat.
e)Diletakkan di atasnya mahkota kemuliaan, sementara batu mulia yang ada padanya lebih baik daripada dunia seisinya.
f)Dinikahkan dengan tujuh puluh dua bidadari dan boleh memberi syafaat kepada tujuh puluh orang dari kaum kerabatnya.” (Termizi, Ibnu Majah)
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barang siapa meninggal dalam keadaan sakit, bererti dia meninggal dalam syahid. Dia akan diselamatkan dari fitnah kubur dibawakan rezekinya dari syurga pada pagi dan petang hari.” (Ibnu Majah, Baihaqi). Al-Qurthubi berkata: “Hadis tersebut bersifat umum, berlaku pada seluruh penyakit, tetapi dipersempit dengan hadis lain yang berbunyi: “Barang siapa dibunuh oleh (penyakit) perutnya, dia tidak akan diazab dalam kuburnya.” (An-Nasa’i dan lain-lain). Yang dimaksud oleh hadis di atas adalah penyakit usus buntu. Ada juga yang berpendapat bahawa yang dimaksud adalah penyakit dalam perut. Hikmah dari hal itu adalah bahawa orang tersebut meninggal dunia dalam keadaan berakal dan mengenal Allah Taala, sehingga tidak perlu lagi ditanya di dalam kuburnya. Berbeza dengan orang yang meninggal dunia disebabkan berbagai penyakit, dan ketika dia meninggal dunia tidak dalam keadaan berakal.
Namun menurut kesepakatan para huffazh (penghafal hadis), dalam sanad hadis tersebut terdapat perawi yang ghalath, kerana lafaz yang sebenarnya berbunyi: “Barang siapa meninggal kerana berjihad”, bukan “Barang siapa meninggal kerana sakit.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2012 di pasaran...

Rejab Ada Kaitan Dengan Peristiwa Israk Mikraj

REJAB telahpun berlalu. Namun bulan ini akan terus datang pada tahun mendatang. Kerana itu kita jangan ketinggalan untuk mengetahui keistimwaan bulan Rejab itu. Zaman dulu, bangsa Arab sangat memuliakan bulan ini. Secara bahasa, Rejab boleh bererti mulia, boleh juga diertikan dengan agung. Namun ada pula yang menyebut bahawa Rejab adalah bulan yang terdiri dari Ra-Jim-Ba, yang masing-masing bererti Rahmatullah, Jarmil ‘Abdi dan Birrullahi Ta’aala. Selain itu, ada pula yang menyebutkan bahawa Rejab merupakan singkatan dari Rasulullah, Jibril dan Buroq, mengingat pada bulan ini ada satu peristiwa luar biasa yakni Israk Mi’raj Rasulullah bersama Malaikat Jibril dengan kenderaan Buroq. Wallahualam. Di dalam Quran disebutkan bahawa Rejab termasuk satu dari empat bulan yang mulia (syahrul hurum). Allah berfirman dalam QS. At-Taubah: 36, “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” Ulama sepakat bahawa empat bulan yang dimaksudkan dalam ayat di atas adalah Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Sedangkan bulan Ramadan adalah bulan istimewa (syahrul mubarak). Menurut Ibnu Abbas r.a., melakukan maksiat pada bulan-bulan tersebut dosanya lebih besar dan bila ada amal salih (kebaikan) yang dilakukan akan menuai pahala yang lebih banyak. Lalu, amalan apa saja yang mesti kita lakukan ketika bulan Rejab tiba? Dalam riwayat Anas bin Malik disebutkan, bahawa beliau berkata, “Ketika tiba bulan Rejab, Rasulullah s.a.w. biasa mengucapkan “Ya Allah, berkahilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan perjumpakanlah kami dengan bulan Ramadan.” Selain itu, kerjakanlah  sunnah solat dan puasa sunnah. Diterangkan dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim bahawa di syurga ada sebuah sungai yang bernama “Sungai Rejab” yang airnya putih dari susu, rasanya manis lebih manis dari madu dan baunya harum lebih harum dari minyak wangi yang terharum. Barang siapa yang berpuasa di bulan Rejab, maka ia dapat memanfaatkan sungai tersebut.
Ada satu kisah menakjubkan tentang keistimewaan bulan Rejab yang diceritakan dalam Kitab Zubdatul Wa’idin. Dari Tsauban dan ia berkata, “Adalah kami pernah bersama Rasulullah s.a.w. melewati suatu kuburan, lalu beliau (Rasulullah) menangis dan berdoa.” Ketika ditanyakan kepada Rasulullah, baginda menjawab, “Ya Tsauban, mereka yang berada di dalam kubur sedang menderita kerana seksaan, lalu aku berdoa kepada Allah untuk meringankan seksa mereka.” Kemudian sabdanya, “Ya Tsauban, seandainya mereka berpuasa sehari di bulan Rejab, dan tiada tidur di malam harinya, pasti mereka tidak akan menderita seksa kubur.” Lalu aku pun bertanya, “Ya Rasul, benarkah berbuat demikian dapat meringankan seksa kubur?” Jawabnya, “Ya Tsauban, demi Allah yang mengutusku menjadi Nabi, tiada seorang muslim lelaki ataupun wanita puasa sehari di bulan Rejab dan beribadah di malam harinya secara ikhlas kerana Allah, kecuali Allah akan mencatatnya seperti ibadah satu tahun, puasa di siang hari dan beribadah/solat di malam harinya.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2012 di pasaran...

Gambaran Orang-Orang Berdosa Dalam Kubur

PERHATIKAN firman-firman Allah dalam ayat-ayat berikut iaitu bilangan 10 - 14 ini yang terdapat dalam surah As-Sajdah Ayat 10: 
Dan mereka berkata: “Apakah bila kami telah lenyap (hancur) di dalam tanah, kami benar-benar akan berada dalam ciptaan yang baru?” Bahkan (sebenarnya) mereka engkar akan menemui Tuhannya.”
Ayat 11.
Katakanlah: “Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa)mu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan.”
Ayat 12.
Dan (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal salih, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin.”
Ayat 13.
Dan kalau kami mengkehendaki, nescaya Kami akan berikan kepada tiap-tiap jiwa petunjuk (bagi)nya, akan tetapi telah tetaplah perkataan (ketetapan) daripadaKu: Sesungguhnya akan Aku penuhi neraka Jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama.
Ayat 14.
Maka rasailah olehmu (seksa ini) disebabkan kamu melupakan akan pertemuan dengan harimu ini (Hari Kiamat); sesungguhnya Kami telah melupakan kamu (pula) dan rasakanlah seksa yang kekal, disebabkan apa yang selalu kamu kerjakan. Kepercayaan kepada Hari Kemudian adalah salah satu mesej utama para Rasul (QS Al Mu’min (40): 15, QS Asy Syuura (42):7). Manusia bukan hanya berhadapan dengan permasalahan untuk mengenali Rabb dan Ilah mereka (QS Al An’aam (6): 74-79), tetapi mereka juga sering tertanya-tanya kesudahan yang bakal mereka lalui. Malangnya pengutusan para Rasul ke dunia untuk memecahkan permasalahan-permasalahan ini sering diengkari oleh kebanyakan manusia. Allah s.w.t. berfirman menggambarkan kata-kata Nabi Yusuf a.s. kepada teman-temannya di penjara: “Sesungguhnya aku telah meninggalkan agama orang-orang yang tidak beriman kepada Allah sedang mereka engkar kepada Hari Kemudian.” (Yusuf: 37) Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menggandingkan iman kepada Allah dengan iman kepada Hari Akhirat. Antaranya ialah: “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taati Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian.” (An-Nisa’: 59) “Orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak ikut) berjihad dengan harta dan diri mereka.” (At-Taubah: 44) “Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya.” (Al-Mujaadilah: 22) (Ayat-ayat lain termasuklah 2: 8, 62, 4:39; 5: 69; 9:29 dan 24:2) Di dalam hadis, keimanan kepada Hari Akhirat juga sering dikembarkan dengan keimanan kepada Allah. Contohnya: “Siapa yang ingin masuk syurga, hendaklah mati dalam keadaan beriman kepada Allah dan Hari Kemudian dan berbuat kepada sesama manusia apa yang ia suka diperbuat orang begitu.” (HR. Muslim)

Selanjutnya dapatkan Hidayah 2012 Ogos di pasaran...

Ilmu Agama Diajarkan Ganti Wang Ringgit

MENGENAI hadis Nabi s.a.w. yang panjang ada menyebut tentang 72 perkara akan terjadi di mana  menunjukkan kiamat tidak lama lagi. Banyak perkara yang disebutkan dalam hadis tersebut sudah pun wujud dalam masyarakat kita sekarang. Pak Syeikh berpendapat bahawa “tanda-tanda” yang diberitahu oleh Rasulullah mengenai hal itu, janganlah kita pandang dalam negara kita sahaja, tetapi sebaliknya kita hendaklah melihatnya kejadian tersebut berlaku dalam negara-negara luar juga. Misalnya, terjadi pertumpahan darah iaitu perang. Di negara-negara Arab terjadi perang dan pertumpahan darah, walau pun dalan negara kita tidak terjadi. Kerajaan yang dilantik sebagai kerajaan zalim berlaku di negara-negara luar sana. Lihat contoh Mesir, Libya, Yaman dan beberapa buah negara lain di mana pemimpin-pemimpinnya telah melakukan kezaliman dengan membunuh rakyatnya semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan mereka, walau pun di negara kita tidak terjadi semuanya itu. Dalam hadis yang panjang itu Rasulullah ada menyebutkan juga tentang bagaimana “ilmu agama” yang dituntut oleh para ulama sekarang bukan kerana mahu menyebarkan agama Allah, tetapi kerana “dirham” dan “dinar”. Pak Syeikh fikir bab ini ada berlaku dalam negara-negara Islam lainnya termasuklah di Malaysia. Sekarang ini, orang menuntut ilmu agama dan mengajar ilmu agama bukan kerana mahu menyebarkan “agama Allah” tetapi mahu cari wang ringgit. Kadang-kadang ada sebahagiannya terpaksa “berbohong” dengan menggunakan nama agama kerana “Wang dan ringgit.” Pak Syeikh ada dengar cerita ada sesetengahnya pula akan membuat tawaran. Mereka yang bayar lebih, maka yang bayar lebih itulah akan didahulukan. Yang bayar sedikit tak sampai angka “ribu”, tunggu dulu “next week”  atau pun bila-bila ada jadual kosong. Itulah di antara yang Rasulullah s.a.w. sebutkan dalam hadis di mana Nabi beritahu kepada orang yang bertanya tentang “tanda-tanda” kiamat itu, maka Nabi menjawab sebelum terjadi “72 perkara” dalam hadisnya itu. Para tokoh agama kita tak baca ke hadis yang panjang ini? Pak Syeikh tak fikir mereka tidak baca, kerana bab ini ada dihuraikan dalam bab “Hari akhirat”. Apabila para ustaz kita memberikan kuliah agama yang membicarakan hal kiamat, tentulah bab tanda-tanda kiamat itu akan disentuh, dan hadis ini terkenal dalam kitab-kitab agama.

Selanjutnya dapatkan Hidayah 2012 di pasaran...

"Masjid Soeharto" Di Sarajevo

Soeharto tidak hanya meninggalkan jejaknya di Indonesia. Presiden kedua Indonesia itu juga meninggalkan satu hal yang tak mudah dilupakan di Sarajevo, ibukota negara muslim di Eropah Timur, Bosnia Herzegovina.
Mantan Presiden Soeharto meninggalkan sebuah masjid megah di Sarajevo yang sangat terkenal dengan sebutan Masjid Soeharto. Nama masjid ini juga dikenal sebagai Masjid Istiqlal, sama dengan nama masjid Indonesia di Jakarta, yang juga kerap disebut Masjid Indonesia. Masjid Istiqlal di Sarajevo dibangun atas sumbangan para dermawan muslim Indonesia, rakyat, kakitangan kerajaan dan pemerintah Indonesia. Itulah yang membuat masjid ini sangat Indonesianya. Jika ada yang bersimbolik menyebut Masjid Istiqlal boleh dipenuhi salji maka itu bukanlah Masjid Istiqlal di Jakarta, melainkan masjid yang ada di Sarajevo ini yang ketika musim sejuknya akan berubah putih tersiram salji. Masjid ini dibangun mengambil masa agak lama. Niat pembangunannya sudah dimulai oleh Presiden Soeharto pada kunjungan ke Sarajevo tahun 1995 dan baru dirasmikan pada tahun 2001 oleh Presiden Indonesia ke-5 Megawati Soekarno Putri. Jadi masjid ini dibangun di masa pemerintahan empat Presiden, iaitu Soeharto, Habibie, Gus Dur, dan Megawati, dari tahap perencanaan hingga selesai pembangunannya. Idea pembangunan masjid ini muncul ketika Soeharto melakukan lawatan rasmi negara ke Sarajevo. Kunjungan itu sangat bersejarah sebab dipandang sebagai kunjungan ketua sebuah negara yang teramai di dunia. Sarajevo saat itu pula tengah dilanda perang sengit.
PBB bahkan sampai memberikan surat pernyataan kepada Soeharto dan rombongannya yang isinya tidak akan bertanggungjawab jika terjadi sesuatu yang tak diingini pada Presiden Indonesia era orde baru itu. 
Tarikh 13 Mac 1995 Soeharto dan rombongan mendarat di Sarajevo dengan mengenakan pakaian anti peluru. Alhamdulillah, rombongan selamat dan bertemu Presiden Bosnia, Alija Izetbegovic. Masjid Istiqlal ini terletak di kawasan perumahan di daerah Otoka dan tidak jauh dari halte trem kota Sarajevo. Dari beberapa sudut panorama masjid ini terlihat berlatar belakang bangunan-bangunan di wilayah tersebut. Tidak sukar untuk menemukan masjid ini, kerana dapat dilihat dari laluan trem sebagai satu-satunya masjid megah di jalan itu. Di sekitar masjid juga ada madrasah tua dari abad ke-16 yang masih aktif menganjur program pendidikan sampai saat ini. Suasana khas Indonesia begitu menonjol di bahagian dalaman masjid. Ukiran kayu khas Indonesia menghiasi mihrab, mimbar dan kusyen masjid. Masjid Soeharto dirancang oleh arkitek Indonesia, Fauzan Noe’man, arkitek kenamaan yang juga merancang masjid-masjid besar di Indonesia, termasuk Masjid Raya Batam dan Masjid Baiturrahim di komplek Istana Merdeka, Jakarta. Reka bentuk masjid ini termasuk unik untuk masjid di Eropah, terutama kerana senibina dalamannya yang bercirikan Indonesia. Masjid dibangun dengan dana 2.7 juta Dollar di atas tanah seluas hampir 2,800 meter persegi. Dilengkapi kubah berdiameter 27 meter setinggi 27 meter. Kubah masjid dilengkapi dengan tiga susun celah sebagai ruang masuk cahaya ke dalam masjid. Dua menara kembarnya setinggi 48 meter. Dua menara itu digambarkan sebagai simbol persahabatan kedua negara, Indonesia dan Bosnia.

Selanjutnya dapatkan Hidayah 2012 di pasaran...

Tuesday, August 7, 2012

Matahari Enggan Terbit Menyinari Manusia

ADA satu cerita yang menarik yang barang kali ramai di antara kita belum tahu mengenai matahari  terbit dari barat, tidak dari timur sebagaimana sekarang. Apa puncanya matahari itu tidak terbit dari timur lagi? Ketika itu apa jadi dengan manusia? Dalam sebuah kitab agama yang menerangkan bab mengenai hari akhir menyebut dengan terbitnya matahari dari barat, maka pintu taubat umat sudah tertutup. Ketika itu sesiapa pun yang memohon taubat dari Allah sudah tidak diterima lagi. Terbitnya matahari itu dari barat sebagai tanda tutupnya pintu taubat. Sejak itu berapa lamakah manusia akan berada di muka bumi ini? Sejak kejadian tersebut iaitu matahari tidak lagi terbit dari timur apa yang manusia buat dimuka bumi ini? Menurut riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a., dia berkata: “Bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya: “Ada tiga perkara, yang apabila telah muncul, maka iman seseorang yang sebelumnya tidak beriman tidak bermanfaat, atau (sebelumnya, tidak) melakukan kebaikan dalam imannya iaitu: Terbitnya matahari dari barat, Dajjal dan binatang melata dari dalam bumi.” (Sahih Muslim) Sementara itu, At-Termizi dan Ad-Daruquthni mengeluarkan dari Shafwan bin Assal Al-Muradi, dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:  “Sesungguhnya di arah barat ada sebuah pintu yang selalu terbuka untuk bertaubat, (lebarnya) sejauh perjalanan tujuh puluh tahun. Pintu itu tidak akan ditutup sebelum matahari terbit dari arahnya.” (kata At-Termizi, hadis ini hasan shahih) Dan, menurut Sufyan, “(Pintu itu ada) di arah Syam, Allah menciptakan pada hari Dia menciptakan langit dan bumi. Pintu itu selalu terbuka, kerana tangisan mata yang bertaubat, dan tidak akan ditutup sampai matahari terbit darinya.” (Kata At-Termizi, ini juga hadis hasan shahih) Abu Ishaq Ats-Tsa’labi dan para mufassir lainnya menuturkan dalam sebuah hadis yang panjang, dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., yang maksudnya; “Bahawasanya matahari setiap malam bertahan di bawah Arsy, menyatakan keengganannya untuk terbit lagi menyinari manusia, kerana banyaknya kemaksiatan di muka bumi dan hilangnya kebaikan. Hingga, pada suatu ketika tidak ada lagi orang yang menyuruh melakukan kebaikan, sementara kemungkaran bermaharajalela di mana-mana, tidak ada seorang pun yang melarangnya. Namun, setiap kali matahari bersujud dan meminta izin kepada Tuhan, serta menanyakan dari mana dia harus terbit, dia tidak mendapat jawapan. Sehingga dia di susul oleh bulan, yang kemudian bersujud bersamanya, meminta izin dan menanyakan dari mana dia mesti terbit. Namun, bulan pun tidak mendapat jawapan. Dan, akhirnya keduanya duduk seukuran waktu tiga malam bagi matahari. Dan dua malam bagi bulan. Panjangnya malam itu tidak ada yang menyedari, kecuali para ahli tahajud di muka bumi, yang pada waktu itu jumlah mereka di seluruh bumi sangat sedikit di setiap negeri kaum muslimim.
Apabila telah genap seukuran waktu tiga malam, maka Allah s.w.t. mengutuskan Jibril a.s. mendatangi matahari dan bulan, lalu berkata: “Sesungguhnya Tuhan telah memerintahkan kalian bedua agar kembali ke tempat terbenam kalian, dan terbitlah dari sana, dan sesungguhnya kalian tidak di beri sinar dan cahaya lagi dari Bumi.” Maka, keduanya pun terbit dari barat dalam warna hitam. Matahari tidak bersinar, dan bulan pun tidak bercahaya. Keadaan keduanya seperti keadaan di saat gerhana. Itulah yang difirmankan Allah Taala yang mafhumnya: “Dan matahari dan bulan dikumpulkan.” (Al-Qiyamah: 9) Dan firmanNya pula pada ayat lain yang mafhumnya: “Apabila matahari digulung.” (At-Takwir: 1) Selanjutnya, kedua benda langit itu naik beriringan bagaikan dua ekor unta, atau dua ekor kuda. Dan, apabila matahari dan bulan itu telah sampai pusat langit, yakni di tengah-tengahnya, maka datanglah Jibril memegang tanduk-tanduk mereka dan mengembalikan mereka ke Barat, tetapi tidak membenamkan mereka ke tempat terbenam seperti biasa, melainkan lewat Pintu Taubat. Kemudian, Jibril menutup kembali kedua daun pintunya sampai menangkup, seolah-olah tidak pernah terjadi benturan apapun antara keduanya. Apabila “Pintu Taubat” telah di tutup, maka sejak saat itu tidak diterima lagi taubat siapa pun, dan tidak berguna lagi baginya kebaikan apa pun yang dia lakukan. Adapun bagi orang yang sebelumnya sudah menjadi ahli kebajikan, maka masih tetap berlaku padanya pahala-pahala yang biasa diberikan kepadanya sebelum hari itu, itulah yang difirmankan Allah s.w.t.: “Pada hari datangnya sebahagian pertanda-pertanda Tuhanku, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri, yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya.” (Al-An’am: 158). Selanjutnya, matahari dan bulan diberi sinar dan cahaya lalu, kemudian terbit lagi menyinari manusia dan terbenam seperti sedia kala.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2012 di pasaran...

Ambillah Manfaat Waktu Subuh

Syahdan, tertimbun senarai “keajaiban” di dalam solat subuh. Heppy Trenggono, lelaki yang dilahirkan pada tahun 1967 itu kiranya pernah menemukan salah satunya. Hingga kini, keajaiban itu memberi atsar yang mengakar di dalam hidupnya. Ia memeluknya begitu erat, menggerakkan semangatnya untuk maju. Dikatakan, pengusaha yang berjaya ini pernah terlibat dengan hutang-piutang. Tidak terkira: Jumlahnya dikatakan ratusan ribu ringgit. Dalam wawancara dengan akhbar harian Republika [13/04/12] dipaparkan, setiap hari, ia didatangi beberapa lelaki bertubuh sasa guna menagih hutang. Mereka biasa dikenal ‘debt collector’, segerombolan lelaki yang wajahnya mirip “samseng”. Tentu, anda - yang lazim  berurusan dengan mereka - akan mafhum bagaimana para ‘debt collector’ itu berlaku: datang, mengancam, memberi kata dua, dan menunjukkan kuasanya. Siapa yang tidak ‘ngeri’ dengan aksi mereka? Yang berhutang sekitar ratusan ringgit saja akan diancam dan ditakut-takuti, apalagi ini — ratusan ribu ringgit. Parahnya lagi, usahanya untuk menyelaras hutang ditolak mentah-mentah. Bank-bank memblack list namanya. Mencari pertolongan kemana-mana terasa buntu. Ia hadapi kebuntuan. Ia serupa menemukan jelaga di setiap langkahnya. Dan ia merasa di tebing kehancuran, hampir putus asa. Tapi, seorang isteri membesarkannya, mendampingi jiwanya untuk mencari solusi- jalan keluar - bersama. Dan Allah Maha Kuasa. Sang Khalik menyuluh jalannya. Dia mempertemukan lelaki yang tak ingin tunduk dalam keputusasaan itu dengan sebuah firman soal subuh. Ia seolah menemukan mukjizat di dalamnya. “Ketika membaca Quran, ada ayat yang menguatkan saya. Intinya, siapa yang solat subuh, maka Allah akan melindunginya.” Demikian tegasnya. Selepas itu, kita tahu, kelanjutan cerita ini berakhir happy ending; usahanya kembali menggeliat, hutangnya terbayar, dan lebih dari itu — ia menggerakkan dan menyeru pengusaha-pengusaha muslim untuk bersama-samanya hingga kemudian terbentuklah: Indonesia Islamic Business Forum [IIBF]. Demikianlah kisah “istimewa” solat subuhnya. Memang, ia tak mengutip ayat khusus yang memaparkan ehwal faedah solat subuh itu. Tapi, saya menduga, firman itu termaktub dalam QS. Al-Isra’ [17]: 78, yang bunyinya begini: “Dan (tunaikanlah pula) solat subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan para malaikat.” Lalu, apa solat-solat selain subuh tidak disaksikan para malaikat? Tentu tidak. Firman tersebut, ujar Quraish dalam ‘Tafsir Misbah’nya, untuk menegaskan betapa dalam solat fardu yang satu ini terkandung segugus keistimewaan yang tak terpermanai.
Dalam titian waktu subuhlah biasanya seorang muslim kerap alpa menunaikan kewajipannya, lantaran masih asyik dibuai mimpinya. Lebih dari itu, Nabi Muhammad s.a.w. menguatkan dengan sebuah sabda baginda begini: “Keutamaan solat berjemaah dibanding solat sendirian adalah dua puluh lima darjat. Para malaikat yang bertugas di malam hari bertemu dengan malaikat yang bertugas di siang hari pada solat subuh.” (HR. Bukhari).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2012 di pasaran...