Thursday, November 7, 2013

Hidayah November 2013


Hidayah keluaran November 2013 sudah beredar di pasaran.  Pastikan anda  tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera  sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk  anda satu lagi berikan pada jiran...!

Kami himpunkan berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai 
buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja...


Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t.
Menyongsong bulan November ini merupakan bulan yang mendebarkan bagi kalangan ibu bapa dan pelajar-pelajar yang menunggu keputusan UPSR disamping Peperiksaan SRA. Tahun menduduki tingkatan 1 dianggap peralihan yang penting bagi anak-anak kita. Yang bernasib baik dapatlah melangkah ke sekolah berasrama penuh sementara yang lainnya meneruskan ke sekolah menengah biasa. Bagaimanapun, baik bersekolah asrama atau tidak ianya bukan jaminan kejayaan. Kita sepatutnya bersyukur dalam sistem pendidikan negara kita yang tercinta ini menjamin tidak ada anak-anak yang tercicir ke sekolah menengah. Tempoh lima tahun mendatang itulah yang penting bagi menentukan para pelajar ini bergelut menimba ilmu dan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi lagi. Sebagai ibu bapa, seharusnya menjadi tanggungjawab memberi ilmu kepada anak-anak kita. Namun jangan dilupakan, bahawa disamping bergelut dengan akademik ini hendaknya jangan diabaikan pengajian agama dan pembentukan peribadi/akhlak yang akan menjamin kebahagiaan hidup anak-anak kita di dunia dan akhirat. November yang menyongsong tiba ini juga bererti kita akan menyambut Awal Muharram 1435. Tahun baru Islam ini kadang-kadang bagai sengaja terlupa kerana kurangnya keghairahan meraikan kedatangannya berbanding menyambut tahun baru Masihi. Sedangkan sambutan Awal Muharram ini adalah terpenting dalam sejarah Islam sebagai titik tolak kecemerlangan syiar Islam di muka bumi Allah ini. Namun ketika menyambut kedatangan tahun baru ini janganlah hanya berazam setahun sekali saja. Setiap masa dan peralihan hari ini hendaklah kita semaikan tekad dan azam menjadi ‘Hamba Allah’ yang bertakwa. Hayatilah tiga ayat dalam surah Al ‘Ashr yang bermaksud: “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” Dalam melangkah masa-masa ini, Hidayah turut bersyukur kerana diberi Allah peluang untuk menemui anda dalam usia memasuki belasan tahun ini. Dengan rendah hati dan sederhananya kami ini, tidak salah menyusun kata-kata: “Tanpa anda apalah ertinya kami di sini”. Terima kasih kepada pembaca budiman. Kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang, InsyaAllah.
Wassalam! 

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Benarkah Buat 7 Kali Umrah Dapat Pahala Haji?

DALAM masa kita mengerjakan ibadah haji, hendaklah kita elakkan diri dari melakukan perkara khurafat, anggapan-anggapan yang negatif hendaklah kita elakkan. Kita jangan suka main “ikut-ikut” orang lain. Maksudnya, apa orang buat, kita ikut buat, sedangkan apa yang dilakukan oleh orang itu tidak betul melanggar hukum agama. Apa yang hendak kita kerjakan terutama dalam ibadah haji ini mestilah berdasarkan ilmu, dan ilmu agama. Jangan main ikut-ikut tak tentu pasal. Ada anggapan salah bahawa dengan melakukan “tujuh kali Umrah” akan mendapat “Satu Haji.” Anggapan ini, menurut apa yang disebut oleh para ulama dulu (salaf) adalah tidak betul. Pahala haji akan kita perolehi setelah kita melakukan ibadah haji dengan menyelesaikan “ilmu rukunnya”, dan “lima rukun wajib hajinya.” Setelah melakukan semuanya itu dengan sempurna “rukun” dan “wajib hajinya” barulah cukup syarat melakukan ibadah haji. Soal dapat pahala, soal diterima atau tidak, itu bukan soal kita. Itu terpulang kepada Allah s.w.t. menilainya.
Allah s.w.t. Yang Maha Mengetahui ibadah, atau pun amalan seseorang itu. Itulah sebabnya, kita melihat ada jemaah haji kita apabila tiba di Makkah berebut-rebut membuat “umrah” sebelum waktu wukuf tiba.
Sedangkan, kita memerlukan tenaga yang banyak lagi kerana rukun haji belum buat, dan wajib haji iaitu melontar dan sebagainya belum dilakukan. Dan ini memerlukan tenaga, sedangkan kita “dah pulun” buat Umrah tujuh kali. Kemudian kita beritahu pula orang, “Aku dah buat tujuh kali, 10 kali, 20 kali umrah.” Timbullah rasa riak. Bila tenaga sudah dihabiskan dengan melakukan Umrah sepanjang masa itu kita berada di Makkah, tiba waktu wukuf dan masa mengerjakan haji kita sudah kehabisan tenaga. Kita jadi letih, demam dan macam-macam lagi. Ini semuanya hendaklah dielakkan. Jangan main ikut-ikut orang. Jangan dengar cakap-cakap orang yang tidak ada sumber hukumnya. Dengar cakap-cakap orang tidak ada ilmu agama dan pengetahuan agama lagi mengarut. Banyak hal khurafat yang sering dilakukan oleh jemaah haji kita. Jemaah haji negara lain pun ada buat sama. Kadang-kadang masuk ke Masjidil Haram menerusi Babulsalam, mereka menyentuh pintunya lalu menyapu kemukanya. Ini semua kerja khurafat. Satu lagi perkara yang sering berlaku ialah mengusap tiang masjid. Konon dengan mengusap itu dan sapu ke muka, wajah akan jadi cantik. Dan “peluk tiang jin” akan panjang umur. Dari sumber manakah yang mereka dapat sukar untuk dipastikan. Yang peliknya mereka sanggup mengerjakan hal-hal yang serupa itu, mengarut...
Allah s.w.t. sudah tentukan umur seseorang. Dari dalam rahim ibu lagi Allah sudah perintahkan Malaikat yang tugasnya untuk menulis masa depan manusia itu sendiri. Adalah satu perkara yang mengarut dengan memeluk “tiang jin” itu akan  panjang umur. Kita jangan terpedaya dengan cakap-cakap orang. Kadang-kadang ada orang baru pulang dari haji bawa cerita-cerita yang bukan-bukan. Yang mendengarnya, apa lagi yang belum pernah ke Makkah akan percaya dengan cerita itu, dan perbualan yang tidak berdasarkan kepada ilmu agama. Sebaik-baik bertanya kepada mereka yang diberi otoriti dalam bidang agama. Kita tahu dia seorang yang ada ilmu agama, dan tanyalah mereka. Mengenai “tiang jin”, dari mana mereka dapat cerita ini? Kenapa pula dinamakan tiang jin. Apakah jin ada tiang dalam masjid?

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

Kubur Lelaki Sombong Terbongkar

PANGGIL saja namanya ‘Haji Cecep’. Dia lelaki setengah baya. Usianya masih sekitar 40-an. Dia seorang pengusaha yang cukup kaya. Usahanya adalah penyewaan kenderaan bermotor, baik itu angkutan umum, kenderaan untuk keluarga bahkan motosikal. Kenderaan yang dia miliki berjumlah puluhan. Pendek kata ia adalah laki-laki yang berjaya. “Dia merintis usahanya di Bandung. Sedikit demi sedikit sampai menjadi besar dan berjaya. Kisah kejayaannya itu tersiar sampai kampung kami di Tasikmalaya. Rumahnya besar dan kenderaannya seperti kereta dan motosikalnya banyak,” ujar Romli (bukan nama sebenarnya) pemberi sumber kepada Hidayah yang masih ada hubungan keluarga dengan Haji Cecep. Haji Cecep ternyata memulai usahanya dari perniagaan pinjaman kewangan. Dia meminjamkan wang kepada yang memerlukan dengan menggunakan “bunga” atau dalam istilah Sundanya “Boroh”. Dari usaha inilah pertambahan wangnya cepat meningkat dan boleh membeli kendaraan yang kemudian dia sewakan. Perlahan-lahan usahanya semakin maju hingga memiliki sekitar 26 biji kereta. Sehari-hari, Haji Cecep sibuk mengurus bisnesnya itu. Dengan jumlah kereta dan motorsikal yang banyak, waktunya banyak tersita. Dari kesibukannya itu pula dia menangguk untung yang besar. Gelar “Haji” yang melekat pada namanya kerana dia memang telah menunaikan ibadah haji. Tak hanya itu dia juga terdengar sering melaksanakan ibadah umrah. Biaya haji-umrah buatnya memang tak ada masalahpun. Bila-bila dia mahu, dia boleh terbang ke tanah suci.
Tapi dalam keadaan berkelimpahan itu, ada yang berubah dalam diri Haji Cecep. Dia mulai sombong. Tak mudah untuk menemuinya. Dia juga kerap acuh tak acuh dengan tetangga atau ahli keluarganya. Romli bercerita, pernah dia bertandang ke rumah Haji Cecep dan dia terkejut kerana rumah Haji Cecep dijaga oleh ‘pengawal keselamatan’ swasta yang dibayarnya secara khas. “Mahu bertemu siapa?” tanya pengawal keselamatan berpakaian seragam itu atau istilah popularnya sebagai “jaga”. “Mahu bertemu Haji Cecep. Saya ahli keluarganya,” ujar Romli yang datang bersama bapa saudaranya. Romli dan pakciknya lalu disuruh menunggu kerana Haji Cecep sedang keluar. Tapi, menurut pengawal itu, dia tak lama perginya. Setelah menunggu beberapa ketika, Haji Cecep datang. Romli dan pakciknya lalu dipersilakan masuk dan menunggu di ruang tamu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

Empat Kali Hadapi Seksa Sakaratul Maut

CERITA berikut ini adalah kisah nyata yang saya dapatkan dari seorang kawan  yang bekerja di sebuah hospital di Jawa Timur. Nama kawan saya itu: Abdul Gofur. Di rumah sakit tersebut, Ghofur bekerja sebagai pembimbing rohani (ustaz). Tugasnya memberikan bimbingan agama Islam kepada para pesakit. Salah satu tugasnya adalah menemani dan membimbing orang-orang yang sedang menghadapi sakaratul maut. Menurutnya, cerita ini merupakan  pengalaman unik satu-satunya yang pernah dia temui selama dua tahun bertugas membimbing orang-orang sakit dan orang-orang yang sedang mengalami sakaratul maut. Untuk menjaga muru’ah keluarga dan masyarakat, Ghofur meminta kepada penulis untuk mengganti nama pesakit dan merahsiakan nama daerah kejadian. Pada suatu pagi di tahun 1999, seperti biasa, Ghofur pergi ke hospital tempatnya bekerja. Rupanya, hari itu datang pesakit baru yang bernama Romi. Pesakit tersebut menderita penyakit leukimia yang sudah parah. Menurut keluarganya, sebelum dibawa ke hospital, Romi sudah hampir satu bulan dirawat di rumahnya. Kerana keadaan semakin hari sakitnya kian parah, para tetangga memberikan saranan kepada keluarga Romi agar segera membawa Romi ke hospital. Sampai di hospital, Romi langsung dirawat di ruang ICU. Tubuhnya yang besar tampak pucat dan lemah, tetapi sorot matanya seolah tidak mahu diam. Di hidung terpasang saluran oksigen, sementara di tangannya terpasang saluran infus. Seperti para pesakit lainnya, beberapa jam setelah masuk hospital dan mendapat perawatan secukupnya dari para doktor. Romi mendapat bimbingan agama Islam dari hospital itu. Kebetulan, Ghofurlah yang mendapat tugas membimbing lelaki yang bertubuh besar itu. Ketika pertama kali Ghofur mendatangi Romi, dia sudah menunjukkan sikap yang kurang mesra, tidak seperti pesakit lain yang biasanya selalu me rasa senang didatangi petugas hospital. Ghofur sempat sedikit takut melihat wajah pesakit yang tidak sedikit pun memberikan senyum kepadanya. Apalagi ketika Ghofur melihat sekujur tubuh lelaki itu dipenuhi dengan berbagai gambar tatu. Sisa-sisa bekas otot yang keras dan besar pun masih sedikit tampak pada tubuh itu, seolah memberi isyarat siapa sosok lelaki itu sebenarnya. Meskipun sedikit takut, Ghofur tetap menunaikan tugas mulianya. Dia tahu orang yang sedang sakit akan mudah tersentuh dengan persoalan-persoalan agama. Pengalamannya dalam menangani pesakit selama ini telah menunjukkan bahawa semua pesakit biasanya akan senang jika diberikan bimbingan keagamaan, sehingga si pesakit merasa tenang meskipun dalam keadaan sakit. Perasaaan senang itulah yang pada akhirnya banyak membantu pesakit dalam proses penyembuhan penyakitnya. Setelah mengucapkan salam dan memperkenalkan diri, Ghofur pun mulai memberikan bimbingan agama kepada Romi. “Sebagai sesama muslim, saya hanya mengingatkan, banyak-banyaklah berdoa. Sebab semua penyakit itu datangnya dari Allah, sehingga hanya Allah yang mampu mencabutnya kembali. “Jangan lupa pula beristighfar. Kita sebagai manusia tentu tidak pernah luput dari segala dosa dan kesalahan. Mudah-mudahan saja, dengan istighfar Allah mahu mengampuni dosa-dosa yang pernah kita perbuat,” ucap Ghofur mencuba memulai memberikan bimbingan keagamaannya. “Sudahlah ustaz? Kamu itu memangnya siapa? Saudara saya bukan, tetangga pun bukan, berani benar menasihati saya,” ujar Romi kesal. Ghofur terkejut mendapat sambutan yang tidak bersahabat dari pesakit baru itu. Dia tidak menyangka seorang pesakit yang terkulai lemah tanpa daya masih menunjukkan kesombongannya di hadapan orang lain, terlebih di hadapannya orang yang berniat membantu memberikan bimbingan keagamaan kepadanya. “Saya hanya hamba Allah yang kebetulan ditugaskan memberikan bimbingan keagamaan kepada setiap pesakit yang beragama Islam di sini. Saya hanya menginginkan sikap setiap pesakit merasa tenteram dan nyaman hatinya meskipun sedang sakit,” jawab Ghofur merendah diri. “Mana ada orang sakit yang tenteram dan nyaman, kalau orang macam kamu begitu bersungguh-sungguh nak beri nasihat seperti itu. Kalau kamu mahu khutbah, khutbahlah di masjid. Jangan bawa-bawa khutbah di sini!” ujar Romi dengan marahnya. Ghofur pun tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Dia hanya dapat bersabar sambil tidak henti-hentinya mengucap istighfar dalam hati.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

Fahami Hukum Mencium Hajar Aswad

RAMAI orang yang ingin sekali dapat memegang dan mencium Hajar Aswad saat beribadah haji khususnya atau umrah. Kadang-kadang untuk mewujudkannya harus berdesak-desakan dan saling rebut merebut dan berasak-asakkan. Persoalannya: Apa keistimewaan Hajar Aswad sehingga semua orang demikian ghairah ingin menciumnya? Seharusnya kita hendaklah memahami dan mendalami apakah mencium atau mengucup Hajar Aswad itu dari sudut hukumnya. Hajar Aswad itu adalah sebahagian dari Kaabah, terletak di satu sudut Kaabah. Rasulullah s.a.w. mencontohkan sendiri, yakni tatkala memulai tawafnya dengan mencium Hajar Aswad. Ada satu riwayat bahawa Khalifah Umar bin Khattab waktu mencium Hajar Aswad, ia melontarkan kata-kata seperti berbicara kepada batu tersebut:”Saya tahu kamu itu hanyalah sekadar batu. Seandainya saya tidak melihat Rasulullah s.a.w. mencium kamu, aku juga tidak akan mencium kamu.”
Ertinya ini adalah satu penegasan yang bagus sekali bahawa kita tidak boleh mencium Hajar Aswad dengan macam-macam khayalan seakan-akan haji kita tidak sah jika tidak mencium Hajar Aswad. Sebab mencium Hajar Aswad tidak termasuk rukun haji, juga tidak termasuk rukun tawaf. Kalau ada kesulitan kerana berdesak-desakan, kita dibolehkan mencium dari jarak jauh, dengan cara melambaikan tangan lalu tangan itu kita cium. Jadi cara mencium, tidak harus langsung. Kalau memang berpeluang, ertinya ada ruang bagi kita mencium Hajar Aswad langsung itu yang paling baik. Tapi jika tidak boleh langsung kerana kesulitan mendekati Hajar Aswad, pilihan yang dikatakan Rasulullah s.a.w. adalah dengan mencium dari jarak jauh seperti di atas (istilam namanya). Mencium Hajar Aswad itu semata-mata mengikuti cara Nabi dalam rangka menyempurnakan manasik haji. Kerana ada penegasan Nabi s.a.w., “Lakukanlah solat sesuai dengan apa yang aku lakukan.” “Lakukanlah segala macam manasik haji sesuai dengan apa yang aku lakukan.” Jadi semata-mata ittiba’ (mengikuti cara Rasulullah s.a.w. melaksanakan ibadah). Sekali lagi, mencium Hajar Aswad bukan rukun juga bukan wajib, hanya merupakan kesempurnaan kerana mengikuti sepenuhnya cara Rasulullah s.a.w. melaksanakan ibadah haji.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

Kisah Haji 'Bakhil' Di Tanah Suci

IMPIAN semua jemaah haji ketika pergi ke Tanah Suci adalah tidak mendapatkan halangan apapun, hingga mereka dapat mengerjakan segala fardu hajinya dengan mudah dan lancar. Hanya saja, ada saja (bahkan banyak), jemaah haji yang mengalami kesulitan selama di sana hingga dia pun boleh dianggap gagal dalam melaksanakan rukun-rukun hajinya. Kisah berikut ini memberikan sebuah gambaran kepada kita betapa perilaku seorang jemaah haji saat di rumah (sebelum haji) memberikan kesan signifikan terhadapnya saat menunaikan ibadah haji. Sebutkan saja namanya Parman (nama samaran). Sebagai lelaki, ia terbilang boleh dikatakan berjaya dalam hidupnya. Buktinya, ia kemudian dapat menunaikan haji. Hanya saja, dia terbilang lelaki yang sangat kedekut. Dia paling berat mengeluarkan hartanya di jalan Allah. Bahkan, suatu kali ada seorang pengemis yang minta-minta di depan rumahnya. Seketika saja, dia langsung menghalaunya kerana dianggap menganggunya. Baginya, tidak akan ada pengemis jika ‘pengemis’ itu mahu bekerja keras. Dia sendiri boleh berjaya seperti sekarang kerana kerja keras. Betul. Tetapi, tidak harus begitu juga dalam melayani pengemis. Kalau kita tidak suka dengan kehadirannya, berikan dia nasihat untuk tidak menjadi pengemis. Dengan begitu, ia akan tergugah dan kemudian mencari pekerjaan yang boleh dilakukannya. Bukan dengan jalan menghalaunya atau mengasarinya. Sebab, sikap kasar bukanlah jalan terbaik untuk dapat menyelesaikan persoalan. Meski hal itu merupakan perbuatan jelek, Parman sama sekali tidak merasa bersalah. Dan itu (mengusir pengemis) seringkali dia lakukan setiap kali pengemis datang ke rumahnya untuk meminta-minta.

Hilang dari Rombongan
Suatu kali Parman dapat peluang menunaikan haji. Entahlah, dapat angin apa dia tergerak hatinya untuk pergi ke Tanah Suci. Padahal, orang ‘bakhil’ sepertinya biasanya susah juga untuk boleh tergerak hati pergi haji. Ertinya, ada rasa sayang dalam hatinya untuk membelanjakan hartanya di jalan Allah dengan cara pergi haji itu. Tapi, untuk Parrman lain. Dia memang terkenal sangat bakhil, tapi dalam ‘kedekutnya’ itu dia juga ingin dapat pergi haji. Pendek kata, Firman pun sudah ada di Tanah Suci. Seperti orang kebanyakan, dia pun takjub dengan pemandangan yang ada di Tanah Suci, baik tentang Kaabahnya yang agung, Masjidil Haram yang hebat dan bangunan-bangunan lainnya yang sangat moden. Dengan kata lain, Parman dibuat terpana dan terpesona dengan keadaan di Tanah Suci. Tetapi, keterpanaan Parman selama di Tanah Suci, rupanya, tak diikuti dengan kesyahduan dia dalam menjalankan segala ritual ibadah haji. Pasalnya apa? Sebab, belum saja dia menyempurnakan segala amalan ibadah hajinya, dia telah terpisah dari rombongan hajinya. Saat itu, lima hari sebelum kepulangan ke Tanah Air, tiba-tiba saja Parman menghilang dan susah ditemukan. Dicari kemanapun dia tak ditemui. Kejadian itu terus berlangsung hingga tiga hari. Hilangnya Parman ini membuat ketua rombongan sangat panik. Betapa tidak? Dia yang bertanggung jawab atas semua yang terjadi dengan anggota jemaah haji yang dipimpinnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

Dimana Salahnya Fahaman Wahabi?

APABILA kita bercakap dan menyebut “Kaum Wahabi”, barang kali ramai yang “mencemekkan muka.”
Watak itu, kerana mereka tidak suka, dan menganggap bahawa “kaum wahabi” tidak termasuk dalam golongan “Ahlu Sunnah Waljamaah.” Apakah benar anggapan itu? Dalam kitab-kitab agama yang ditulis oleh para ulama besar zaman dulu banyak menulis tentang “wahabi” ini. Hakikatnya, ia bukanlah “mazhab”. Ia bukanlah agama, tetapi sekadar nama seorang yang bernama “Muhamad Bin Abdul Wahab.” Oleh kerana ia merupakan seorang guru besar, dan mempunyai ilmu yang luas, maka ramailah pengikutnya. Bila sudah ramai pengikut jadilah ia sebagai “Mazhab”. Sebenarnya, kalau kita rajin menyingkap dan rajin mentela’ah kitab-kitab agama, maka kita akan dapati bahawa jalan yang dilalui oleh Muhamad Bin Abdul Wahab selari dan selaras dengan fahaman “Ahlu Sunnah”, yang mengajak kita kembali kepada “Al-Quran dan Sunnah”.
Muhamad Abdul Wahab dan pengikut-pengikutnya bercita-cita untuk mengembalikan kegemilangan yang pernah dialami pada zaman Rasulullah dan Khulafa’ al-Rasyidin. Oleh kerana itu segala kekuatan dan tenaga serta upaya dimanfaatkan untuk menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w. Muhamad bin Abdul Wahab adalah seorang tokoh mujadid agama. Ajaran-ajaran atau pun pendapat-pendapatnya amat berbeza dengan amal perbuatan dengan orang-orang yang dituduh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Tentang TAUHID: Golongan ini yakin bahawa kalimah Syahadah (Tidak ada Tuhan melainkan Allah) apabila telah dipercayai oleh seseorang, maka hapuslah segala macam pujaan, kecuali Allah dan akibatnya semua ibadah dan puja puji hanya kepada Allah semata-mata. Golongan ini juga sangat menentang adanya pihak yang suka meminta-minta kepada orang-orang yang sudah mati kerana ini merosakkan akidah Islam dan merosakkan tauhid atau keesaan terhadap Allah. Bagi golongan Wahabi, apa perlunya meminta kepada roh orang yang telah mati, atau pun meminta kepada Allah dengan perantaraan roh orang yang telah mati? Konon! Orang-orang yang telah mati itu dekat dengan Tuhan. Perbuatan ini sangat merosakkan tauhid. Dalam sebuah kitab agama setebal 400 muka telah menghuraikan mengenai golongan ini. Kitab tersebut menukilkan ialah: “Apa yang tidak diperbolehkan oleh kaum Wahabi dalam masalah ini ialah memohon atau berdoa kepada Allah agar mengizinkan (dalam kata lain ialah mentakdirkan) Nabi Muhammad s.a.w untuk memintakan syafaat kepada kami esok di hari akhirat kelak. “Wahai Rasulullah, wahai Nabi, wahai orang yang keramat, tolonglah kami, berilah kami syafaat di akhirat.” Doa dan permohonan ini adalah salah dan syirik. Tidak ada dasar dan hujah yang dapat dijadikan alasan untuk membenarkan perbuatan di atas. Maka perbuatan dan keyakinan di atas itu juga syirik terhadap Allah. Adapun yang diperbolehkan ialah berdoa:
“Wahai Allah, mudah-mudahan esok di akhirat Rasulullah, Engkau izinkan untuk memintakan syafaat bagi kepentingan kami.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

Menyongsong Persiapan Berumahtangga

SEBENARNYA, pernikahan dipancangkan demi menautkan cinta dua hati yang berbeda. Hati yang selama ini berserak, sengaja dihimpun ke dalam satu ikatan. Dan dengan itu, keduanya lantas saling terikat, terkait serta menguatkan. Dua menjadi satu; padu dan kukuh. Namun kenyataannya, biduk rumahtangga tidak mungkin selalu berjalan mulus, manis dan tanpa hambatan. Adakalanya hiruk-pikuk kehidupan yang berjalan membuat kehidupan rumahtangga pun mengalami pasang surut. Persoalan-persoalan yang datang menghadang pasangan suami isteri, lambat laun dapat mewarnai kehidupan rumah tangga keduanya berganti rupa; sedih, bahagia, atau mungkin datar-datar saja. Pelbagai permasalahan perkahwinan dengan sederet permasalahan dalam kehidupan berumah tangga tersebutlah yang seharusnya difahami dan disedari setiap pasangan suami isteri sampai bila-bilapun. Bahkan, lebih penting lagi bagi para calon suami isteri yang sudah siap melangsungkan pernikahan. Persiapan guna menyongsong pernikahan boleh menjadi bekal berharga calon suami isteri menjalani rumah tangga yang berkelak-kelok. Bila tahu ilmunya, tentu akan mudah pula menangkal persoalan dan permasalahan yang datang. Di Indonesia, menyikapi hal ini, Kementerian Agama melalui berbagai bidang berkait malahan secara khusus menggelar “Orientasi Kursus Calon Pengantin”. Langkah ini tak lain bertujuan untuk memberikan wawasan dan bekal bagi pemuda-pemudi usia nikah tentang pernikahan.

Kenali Calon Pasangan
Sebelum melangkah pada persiapan berumahtangga, mengenali sosok calon pasangan hidup merupakan hal yang sangat penting dilakukan. Dalam Islam, seorang laki-laki yang hendak menikahi seorang perempuan disarankan untuk melihat beberapa unsur penting, yakni berupa kecantikan fisik, kekayaaan, status sosial dan agama. Keempat unsur tersebut disenaraikan dapat membantu jalan mengayuh biduk rumahtangganya kelak.
Namun demikian, Islam menekankan bahawa unsur agamalah yang harus diutamakan di atas segalanya. Sebab dari pemahaman dan keteladanan menjalankan prinsip beragamalah seseorang tumbuh menjadi peribadi yang berkarakter. Segala laku hidupnya akan sentiasa didasari pada nilai-nilai keagamaan yang dianutnya. Nilai-nilai agama pula yang nescaya akan menuntun hidupnya untuk berakhlak baik, dan sebaliknya menjauhi segala hal yang merugikan. Ketentuan mengenali pasangan juga berlaku pada perempuan. Walau dalam fikih tidak disebutkan anjuran perempuan mengenali calon suami, namun apa yang dilakukan seorang perempuan di zaman Nabi bernama Khansa patut dipertimbangkan. Saat itu, Khansa melapor kepada Rasulullah atas perilaku ayahnya yang memaksa ia menikah dengan seorang laki-laki yang tidak ia sukai. Dalam hal tersebut, Rasulullah lantas membolehkan Khanza untuk tidak mengikuti keinginan ayahnya. Ia bebas menentukan pilihan kepada siapa hatinya akan ditambatkan. Dengan mengenali calon pasangan, seseorang yang akan menikah lebih mudah menyatukan visi berumahtangga dengan pasangannya. Ibarat dua orang yang akan mengayuh sampan, selamanya tidak akan pernah berlaku jalan bila yang satu menginginkan ke kiri, sedang satunya lagi mengarah ke kanan. Satu sama lain bertolak belakang.
Bagi seorang perempuan, calon pasangannya adalah “imam” yang akan memimpin dirinya bagi rumahtangganya. Selayaknya makmum, ia harus siap diarahkan kemanapun. Si suami adalah orang yang paling bertanggungjawab atas apa yang terjadi pada dirinya di dunia mahupun di akhirat.  Pun bagi pihak laki-laki, hendaklah ia mengenal baik sosok perempuan yang akan menjadi teman dalam suka dan duka. Perempuan yang juga akan melahirkan generasi unggul yang berasal dari benihnya. Dengan segala keteladanan yang ada, ia akan menjadi isteri sekaligus ibu yang siap untuk anak-anaknya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

Isteri Dunia Dan Bidadari

BIDADARI adalah gambaran wanita paling ideal yang diperlukan oleh seorang lelaki. Tidak saja dia mengalahkan kecantikan wanita yang pernah ada di muka bumi ini, tetapi juga memiliki perangai (akhlak) yang tak tertandingi oleh seorang muslimah manapun yang pernah ada. Dengan segala kelebihannya tersebut, layaklah jika Allah hanya memperuntukkan para bidadari itu untuk lelaki salih di syurga kelak, tidak di dunia ini. Maka, beruntunglah mereka yang akan masuk syurga, kerana salah satunya mereka akan mendapatkan bidadari-bidadari yang cantik. Meski, kebahagiaan paling utama para penghuni syurga adalah ketika boleh bertemu (melihat) Allah dan para hambaNya yang salih. Tetapi, tahukah anda? Oleh Nabi s.a.w., para bidadari itu justeru masih kalah mulia atau utama dibandingkan muslimah yang kelak masuk syurga. Bagaimana jadi begitu? Bukankah bidadari tidak memiliki cacat cela sama sekali? Bagaimana mereka boleh dikalahkan oleh wanita dunia yang pasti pernah melakukan kesalahan dan dosa? Isteri Nabi s.a.w. yang bernama Ummu Salamah pernah bertanya kepada suami tercintanya, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. ‘Terangkan padaku tentang firman Allah: ‘uruban atrooban.’ Rasulullah menjawab, ‘Mereka adalah perempuan-perempuan dunia, meskipun ketika mati dalam keadaan tua renta, namun Allah s.w.t. menjadikan mereka perawan-perawan yang lemah lembut, muda dan sebaya, serta besar rasa cintanya.’ Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, siapa yang lebih utama antara perempuan dunia dan bidadari syurga?’ Rasulullah s.a.w. menjawab, ‘perempuan-perempuan dunia (yang beriman) lebih utama dari bidadari syurga seperti keutamaan yang tampak dari yang tidak tampak, hal itu kerana ibadah dan ketaatan mereka di dunia. Allah s.w.t. akan mengenakan cahaya pada mereka, mereka kekal dan dalam keredhoan.” Berdasarkan keterangan di atas nampak betapa wanita dunia yang salihah itu lebih mulia dibandingkan bidadari. Kerana apa? Kerana solat mereka, zakat mereka, sedekah mereka, dan ibadah-ibadah mereka lainnya. Jadi, kemuliaan wanita dunia yang salihah kerana “nilai perjuangannya” dalam beribadah untuk mendapatkan redho Allah.  Sementara para bidadari tidak punya tentangan (cabaran) dalam beribadah kepada Allah. Perbedaan bidadari dengan wanita dunia yang salihah ini sama halnya dengan perbedaan antara malaikat dengan manusia yang salih. Ummu Salamah tidak berhenti di situ pertanyaannya. Kepada suami tercintanya, wanita mulia itu mengajukan pertanyaan kembali, “Ya Rasulullah, ada salah seorang dari kami menikah sampai empat kali. Jika dia masuk syurga dan keempat suaminya pun masuk syurga, maka siapakah nanti yang akan menjadi pasangannya?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih, lalu diapun memilih siapa di antara mereka yang paling baik akhlaknya. Lalu dia berkata, “Rabbi, sesungguhnya lelaki inilah yang paling baik tatkala hidup bersamaku di dunia. Maka nikahkanlah aku dengannya” ... ‘Wahai Ummu Salamah, akhlak yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan, dunia dan akhirat.” (Lihat Tafsir Ibnu Katsir dalam pembahasan surat Al-Waaqi’ah).

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

Belajar Kesabaran Dari Nabi Ayyub a.s.

TIDAK ada yang kurang dalam kehidupan Nabi Ayyub a.s. Allah s.w.t. telah memberikan banyak anugerah yang tidak diterima oleh orang lain pada masa itu. Bahkan Nabi Ayyub dipilih sebagai manusia agung nan mulia - diangkat menjadi Nabi. Selain itu, Nabi Ayyub juga dilimpahi kekayaan yang melimpah; tanah pertanian yang luas, peternakan yang banyak dan juga orang-orang yang bekerja di ladang dan peternakan Nabi Ayyub. Tetapi, semua itu masih belum seberapa. Nabi Ayyub masih diberkahi dengan kehidupan rumah tangga yang bahagia; isteri yang setia, sabar dan cantik. Dari perkahwinan itu, Nabi Ayyub pun dianugerahi beberapa anak lelaki dan perempuan. Kendati demikian, semua itu tidak membuat Nabi Ayyub lupa akan anugerah Allah.

Bermurah Hati
Rumah Nabi Ayyub terbuka bagi siapa saja yang datang, dan Nabi Ayyub tidak pernah menolak kehadiran mereka. Bahkan, Nabi Ayyub seringkali mengundang orang-orang miskin penduduk Hawran - tempat di mana Nabi Ayyub tinggal - untuk datang dan kemudian Nabi Ayyub pun memberi makan dan membekali mereka ketika pulang. Tapi suatu hari, ada seorang lelaki tua yang tak pernah datang ke rumah Nabi Ayyub tiba-tiba berkunjung. Nabi Ayyub pun mempersilakan lelaki tua itu masuk ke dalam rumah. “Wahai Nabi Allah, kau tahu sendiri aku adalah seorang lelaki tua. Anak-anakku di rumah kelaparan. Berilah kami ini makanan dan pakaian,” ujar lelaki tua itu. Nabi Ayyub sedih saat mendengar pengakuan lelaki tua itu. “Wahai lelaki tua, apakah engkau ini orang asing dan bukan penduduk di sini?” “Aku bukan orang asing, wahai Nabi Allah, tapi aku penduduk Hawran ini.” Jawapan itu seketika membuat Nabi Ayyub kian sedih. Dia pun merasa bersalah, “Rumah dipenuhi makanan dan pakaian, sementara itu kau dan anak-anakmu kelaparan! Betapa terlanjurnya aku ini!” “Ini bukan kesalahanmu, wahai Nabi Allah. Ini sepenuhnya kesalahanku kerana sebelumnya aku tidak pernah meminta makanan kepadamu!” jawab laki-laki tua itu. Tetapi, Nabi Ayyub menyangkal. “Tidak! Ini kesalahanku, sebab aku tidak pernah mau mencarimu...”

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

Beradablah Saat Membaca Al-Quran

AL-QURAN adalah kitab Suci bagi umat Islam. Selain itu, al-Quran juga dikenal sebagai petunjuk, pedoman hidup dan bahkan secara harfiah, al-Quran bermakna bacaan yang sempurna. Kerana kedudukan al-Quran sebagai kitab Suci dan bacaan yang sempurna, maka saat membaca al-Quran umat Islam tak diperkenankan berbuat dan bertingkah sembarangan. Ada adab atau etika yang harus dipatuhi ketika membaca al-Quran. Di bawah ini, beberapa adab membaca al-Quran yang patut diperhatikan:
1. Membersihkan mulut (bersiwak) dan berwuduk sebelum membaca al-Quran. Dalam mazhab Syafi‘i, wuduk sebelum membaca al-Quran tidak wajib, melainkan sunnah - kecuali kalau al-Quran itu hendak disentuh, maka wajib wuduk. Hal itu didasarkan firman Allah s.w.t., “Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang disucikan.” (QS. Al-Waaqi‘ah: 79)
2. Membaca al-Quran di tempat yang bersih dan dengan pakaian yang bersih.
3. Duduk dan menghadap kiblat dengan hati khusyuk, menundukkan kepala, dan tak sombong.
4. Membaca ta’awwudz (minta perlindungan kepada Allah dari godaan setan). Itu didasarkan firman Allah s.w.t., “Apabila kamu membaca al-Qur`an, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk.” (QS. 16: 98)
5. Membaca basmalah pada setiap awal surat, kecuali awal surat At-Taubah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

Melancong Ke Kampong Arab Di Empang Bogor

BOGOR memang kota hujan. Saat Hidayah hendak berkunjung ke sana, tepatnya ke kampung Empang, hamparan langit sudah berwarna kelabu. Mendung sudah menggelayut. Bahkan beberapa waktu kemudian, ketika Hidayah memasuki jalan Empang, langit sudah berubah gelap, tanda hujan akan segera turun. Kendati demikian, di Empang, yang identiti sebagai perkampungan Arab itu, suasana Timur Tengah terasa mencerahkan. Beberapa deret kedai yang berjualan aneka barang bernuansa Islami, seperti pakaian muslim, dan pelbagai perlengkapan ibadah seperti songkok, ketayap, kain serban, sejadah, hingga tasbih dan berbagai jenis jenama pewangi (minyak attar). Seiring perkembangan zaman, suasana itu kini hampir pudar, tetapi jejak dan sisa-sisa masa lalu kampung Arab Empang masih meninggalkan denyut nadi sebagai penyebaran Islam di Bogor. Empang Bogor dikenal sebagai tempat tinggal - atau bermukimnya - orang-orang Timur Tengah yang memiliki peranan bagi penyebaran Islam di Bogor. Jejak sejarah yang boleh dikunjungi itu pun kini masih ada, di antaranya adalah Masjid Agung Empang (Masjid At-Thohiriyah), Masjid Keramat (Masjid An-Nur), dan pusara ulama besar yang berperanan penting bagi penyebaran Islam di Bogor: Habib ‘Abdullah bin Muhsin Al-Attas.

Mengunjungi Masjid Agung Empang
Dari jalan Empang, Hidayah terus ke Masjid Agung Empang [Masjid-At-Thohiriyah]. Tak susah menemukan masjid ini. Letaknya tak jauh setelah memasuki jalan Empang, atau lebih tepatnya di sisi timur alun-alun. Dan mendung masih menggumpal ketika Hidayah singgah di sini Masjid ini sudah berdiri dua abad yang lalu, kerana menurut satu cerita didirikan tahun 1817. Tak berlebihan, jika masjid ini disebut-sebut sebagai masjid tua di kota Bogor. Dulu masjid ini didirikan oleh RH Muhammad Thohir, cucu dari Dalem Cikundul Cianjur (R. Arya Wiratanudatar II). Beliau mewakafkan sebidang tanah yang dimiliki untuk pendirian masjid ini. Tapi beliau meninggal dunia dan pembangunan masjid dilanjutkan oleh cucunya, Raden Arya Wiranata, atau lebih dikenal dengan Dalem Wiranata atau Dalem Sepuh. Bahkan, kerana kebiasaannya membaca selawat, beliau dikenal pula dengan sebutan “Mbah Dalem Sholawat” atau “Raden Sholawat”. Sebagai masjid tertua di Bogor, Masjid Agung Empang – tak boleh dinafikan menjadi tempat ibadah sekaligus pusat penyebaran Islam. Apalagi, waktu itu, Empang Bogor merupakan pusat pemerintahan Kabupaten Bogor dan juga tempat kediaman Bupati Bogor. Tidak berlebihan, jika waktu itu para ‘punggawa’ dan ‘demang’ dari kabupaten Bogor menunaikan solat Jumaat di masjid ini. Sebahagian dari mereka datang dengan menunggang kuda, setelah itu mengikat kuda mereka di alun-alun dan kemudian menunaikan solat di Masjid Agung Empang, Bogor.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

Islam Thailand Bukan Hanya Di Pattani

JIKA membicarakan mengenai muslim di negara jiran Thailand, terkadang kita tertumpu pada kelompok muslim Pattani yang hidup di wilayah selatan Thailand. Fokus ke Pattani kerana memang di sana kerap terjadi konflik. Padahal di Thailand masyarakat muslim tidak hanya di Pattani. Bangkok, Ibu kota Thailand, juga memiliki kelompok masyarakat muslim yang hidup berghairah dan dinamis. Mereka memiliki kegiatan rutin dan pelbagai aktiviti keagamaannya. Ramadan lalu, masyarakat Islam Thailand, melalui laman web rasminya www.cicot.or.th menyumbang 100 ribu Bath Thailand (kira-kira RM10,000) untuk muslim Rohingya. Mereka menyumbang kerana terpanggil rasa persaudaraan sesama muslim. Ramadan tahun ini masyarakat Islam disana juga menganjurkan pertemuan mengenai persijilan halal yang diwakili oleh Profesor Narong dan Profesor Yunus Khan yang ‘pakar’ di bidang itu. Syeikhul Islam Aziz Phitakkumpon, pemimpin tertinggi muslim Thailand, juga menjalani banyak agenda. Salah satunya adalah menerima kunjungan dari Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand, Thira Wesar Techa, yang memberi Syeikh hadiah dan ucapan selamat Ramadan. Syeikh sendiri pada Ramadan lalu menyampaikan doa untuk kebaikan dan keselamatan seluruh warga Thailand. “Ramadan itu adalah pesta. Pesta di saat kita ifthar dan pesta dalam beramal kebaikan,” ujarnya. Pertubuhan Islam Thailand terletak di Bangkok. Tepatnya di Ninth Street Canal Rd, Nong Chok, Bangkok. Organisasi ini sangat berpengaruh bagi muslim Bangkok dan Thailand secara umumnya. Mereka melayani minoriti muslim Thailand baik untuk urusan rasmi dan tidak rasmi. Untuk urusan rasmi, pertubuhan ini melayani pernikahan secara muslim, urusan ibadah, pengajaran Islam, dakwah dan lain sebagainya. Sementara untuk urusan tidak rasminya, mereka adalah jembatan antara muslim Thailand dalam berhubungan dengan pemerintah dan pihak-pihak lainnya. Bangkok adalah kota tua di Asia Tenggara. Kota ini sangat terkenal, selain Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta. Sebagai sebuah kota metropolitan, Bangkok dihuni dan didatangi banyak ras dan etnik. Penganut Buddha memang mendominasi, tapi keyakinan lain juga boleh hidup dengan damai. Tak hairan, di Bangkok selain tempat ibadah umat Buddha kita juga akan mendapati gereja dan masjid yang menawan. Bangkok memiliki gereja di wilayah Bangkrak yang usianya lebih satu abad. Gereja ini bahkan pernah dikunjungi Paus Yohannes Paulus II di tahun 1984. Kerana merupakan bangunan bagi umat Katolik Roma, bangunan gereja ini sangat khas Romawi. Dinding gereja dihiasi mural yang berisi adegan-adegan dalam Alkitab. Dindingnya menjulang tinggi seperti hendak menggapai langit. Bangkok juga memiliki gereja untuk penganut Protestan. Terkenal dengan sebutan ‘Chris Church Bangkok’. Gereja ini berwarna dominan putih. Lalu bagaimana dengan masjid? Tentu Bangkok memiliki masjid. Jumlahnya ada beberapa buah. Salah satunya adalah Masjid Darul Muttaqien (Darulmuttageen Mosque) yang ada di wilayah Nong Chok, tepatnya di tepian terusan Sean Sap. Masjid ini salah satu yang berusia tua di Bangkok. Awalnya ia hanya bangunan kayu beratap jerami. Masyarakat muslim pertama di Bangkok mendirikan masjid ini seadanya. Mereka lalu memugarnya dengan mengupah para pekerjanya dari China.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

Memahami Erti Kematian

KATA ‘mati atau ‘kematian’ secara bahasa merujuk pada satu makna bahawa sesuatu sudah tidak berfungsi lagi. Dalam bahasa kita ada kalimat “lampu itu mati”; yang bererti bahawa lampu sudah tidak berfungsi lagi. Jadi, sederhananya, mati atau kematian boleh diertikan apabila sesuatu sudah tidak berfungsi lagi. Dalam al-Quran kata ‘mati’ dituangkan dalam beberapa istilah. Adakalanya Allah menyebut kata al-maut; adakalanya kata al-wafat; terus ada ajal; dan ada pula istilah ruju’. Semua kata tersebut digunakan pada dimensi yang berbeda-beda. Kata al-maut digunakan untuk pengertian yang umum, iaitu ketika sesuatu sudah tidak berfungsi lagi, atau ketika nyawa sudah terpisah dari tubuh. Misalnya, “Segala yang bernyawa itu merasakan kematian” (QS. Ali-Imran: 185). Ertinya bahawa semua nafs atau tubuh pasti akan mengalami keadaan tidak berfungsi. Ayat lain menyebutkan “Kalau (Muhammad) mati atau terbunuh, apakah engkau kembali menjadi kafir?” (QS. Ali Imran: 144). Kata maut yang digunakan dalam dua ayat tersebut merujuk tentang erti umum dari kematian, iaitu ketika tubuh secara total sudah tidak berfungsi lagi. Kata al-wafat diambil dari kata wafa, yang bererti ‘telah sempurna’. Kata al-wafat menunjuk pada ‘telah sempurnanya usia manusia’. Ini mengandung erti bahawa Allah telah menentukan umur manusia di dunia ini. Usia manusia telah dibatasi. Sehingga, ketika manusia telah mencapai batas itu, maka ia disebut telah mati, atau telah sempurna usianya. Kata ini mudah dijumpai dalam al-Quran dengan bentukan kata yang beragam. Sedangkan kata ‘ajal’ bererti ‘batas’, atau ‘batas waktu’. Allah berfirman: “Apabila datang ajal mereka, maka tiada terlambat mereka sesaat pun dan tiada pula terdahulu.” (QS. Yunus: 49). Ketika ada yang menyatakan: ‘telah datang ajal pada seseorang’, maka itu ertinya telah habis batas waktu kehidupan seseorang di muka bumi ini.
Kerana, dalam kehidupan ini, kita berada dalam koridor dan bingkai batas waktu hidup yang telah ditentukan Allah. Sama halnya dengan makanan, yang mengenal ada istilah kadaluarsa. Manusia pun begitu. Manusia hidup tidak abadi. Ada batas kadaluarsanya. Ruju’ atau ‘kembali’ digunakan Allah untuk menyebut kematian seseorang hanya pada dimensi roh. Roh itu tidak mengenal kematian, tetapi ia melakukan perjalanan kembali kepada Tuhan. Sehingga dalam konteks ini disebut juga rihlah. “Irtahala ilaa rabbihi; ia melakukan perjalanan menuju Tuhannya.” Dalam diri manusia ada dua unsur penting, iaitu tubuh dan roh. Tubuh itu mengalami kematian, sedangkan roh tidak. Kata ‘mati’ tidak pernah ditujukan untuk roh. Itulah sebabnya yang mati itu tubuh, dan bukan roh. Roh pada tubuh yang sudah mati hakikatnya melakukan perjalanan pulang menuju Allah s.w.t.. Dalam al-Quran ada kalimat istirja, yakni “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raajiuun: sesungguhnya kita milik Allah dan kembali (ruju’) kepada Allah.” (QS. al-Baqarah: 156)
Ketika ada orang dinyatakan telah mati atau meninggal dunia, maka ada dua sisi yang patut diperhatikan, iaitu sisi orang yang sudah mati, dan kita sebagai orang hidup yang menyaksikannya.  Secara fiqih, ketika seseorang mati, maka kita yang hidup dikenakan hukum yang wajib dilakukan, iaitu memandikan, mengkafani, mensolatkan, dan menguburkan. Keempat proses ini berhukum fardu kifayah, iaitu sebuah kewajipan yang bersifat representatif. Maksudnya, apabila ada diantara orang yang ada di sebuah tempat melakukan dan mengurus empat proses penting itu, maka yang lain atau yang tidak mengerjakannya sudah dianggap gugur kewajipan. Tapi, sebaliknya, jika tidak ada satu pun orang yang mengerjakan empat proses penting itu, yaitu memandikan, mengkafani, mensolatkan, dan menguburkan, maka semua orang dikenakan hukum berdosa.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

Di Dalam Taurat Allah Ceritakan Kelebihan Umat Muhammad

DALAM sebuah kitab agama ada menerangkan mengenai dialog antara Nabi musa a.s. dengan Allah s.w.t. Dialog tersebut dimana Nabi Musa a.s. membaca Kitab Taurat yang didapatinya mengenai kelebihan kepada suatu umat. Dalam “lauh-lauh” kitab “Taurat”, Nabi Musa telah dapat membaca tentang kelebihan-kelebihan yang terdapat pada suatu satu umat yang dikurniakan oleh Allah kepada umat itu. Lalu Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t. siapakah umat itu adakah ia umatku? Lantas Allah s.w.t. memberitahu Nabi Musa bahawa umat itu ialah “Umat Muhammad s.a.w.”. Berkata Wahab bin Munabbih Rahimullah: “Apabila Musa a.s. membaca pada lauh-lauh terlihat olehnya akan sifat-sifat kelebihan umat Muhammad,” lalu beliau berkata: “Ya Tuhanku, siapakah umat yang dibelas kasihani yang ku dapati tersebut dalam lauh-lauh ini?”.
Berfirman Allah: “Itulah umat Muhammad.” Mereka redho dengan rezeki yang sedikit yang Aku berikan kepadanya. Maka Aku pun redho dengan amalan yang sedikit dari mereka. Akan Aku masukan mereka dalam syurga dengan hanya mengucapkan “Laa Ilallaah” saja. Berkata Musa lagi: Aku dapati dalam lauh ini suatu umat yang akan dibangkitkan di Hari Kiamat, sedang wajah-wajah mereka bersinar cahaya laksana bulan purnama, jadikanlah mereka itu umatku! Berfirman Tuhan: Mereka itu umat Muhammad. Aku bangkitkan mereka itu di Hari Kiamat, sedang wajah-wajah mereka bersinar dan bercahaya disebabkan bekas-bekas dari wuduk dan sujud. Berkata Musa a.s.: Aku dapati di dalam lauh-lauh ini suatu umat yang berkain selendang di belakang masing-masing, dan bersenjatakan pedang di bahu masing-masing. Mereka itu orang-orang yang sentiasa bertawakal dan dadanya penuh keyakinan. Mereka melaung-laungkan nama Allah di hadapan tiap-tiap rumah Tuhan untuk berjihad di atas kebenaran, sehingga akhirnya mereka pun membunuh Dajjal, jadikanlah mereka itu umatku! Berfirman Tuhan: Tidak! Mereka itu umat Muhammad.
Berkata Musa a.s.: Aku dapati di dalam lauh-lauh ini suatu umat yang menyembahMu pada sehari semalam lima kali sembahyang pada lima waktu, sehingga terbukalah pintu-pintu langit untuk mereka, dan turunlah rahmat ke atas mereka, jadikanlah mereka itu umatku! Berfirman Tuhan: Mereka itu adalah umat Muhammad. Berkata Musa a.s.: Aku dapati di dalam lauh-lauh ini suatu umat yang berpuasa sebulan Ramadan untukMu, lalu Engkau mengampuni mereka terhadap segala kesalahan mereka yang sebelum itu, jadikanlah mereka itu umatKu! Berfirman Tuhan: Mereka itu umat Muhammad. Berkata Musa a.s.: Aku dapati di dalam lauh-lauh ini suatu umat yang mengunjungi Baitul Haram (Kaabah) untukMu. Mereka tiada keperluan lain untuk ditunaikan. Mereka hanya meratap menangisi diri mereka, serta mengangkat suara dengan takbir membesarkan, jadikanlah mereka itu umatKu! Berfirman Tuhan: Mereka itu umat Muhammad. Musa menambah kata: Apakah ganjaran mereka atas perbuatan itu? Jawab Tuhan: Aku akan menambah mereka maghfirah (keampunan) dan Aku akan benarkan mereka untuk memberi syafaat (jaminan) kepada sesiapa yang datang sesudah mereka. Berkata Musa a.s.: Aku dapati didalam lauh-lauh ini suatu umat yang memohon keampunan dari dosa-dosanya. Mereka menyuap suatu suapan ke dalam mulutnya, dan belum sempat ke dalam mulutnya, dan belum sempat makanan itu sampai ke perutnya, melainkan dosa-dosa itu telah diampunkan Tuhan. Mereka memulakan menyuap makanan itu dengan menyebut namaMu serta mengakhirinya dengan mengucap syukur Alhamdulillah, jadikanlah mereka itu umatku. Berfirman Tuhan: Mereka itu adalah umat Muhammad.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

Masalah Rambut Dan Kuku Perempuan Haid

MESKI tidak berlaku umum, ada sebilangan kalangan masyarakat beranggapan bahawa rambut dan kuku perempuan haid tidak boleh dibuang begitu saja. Akan tetapi, anggapan kuat ini kadangkala sering menyulitkan kaum perempuan sendiri jika kebetulan rambutnya ada yang gugur atau kuku panjangnya harus dipotong. Selama ini, pilihan yang kerap dilakukan adalah dengan cara menyimpan guguran rambut dan potongan kuku tersebut. Setelah haid berakhir dan mahu mandi hadas besar, maka rambut yang pernah gugur dan kuku yang terpotong semasa haid disertakan sewaktu mandi. Ini dimaksudkan agar ceceran rambut dan potongan kuku ikut dibersihkan juga dengan air. Selain dua hal di atas, keramas/mandi besar saat haid pun termasuk hal yang dilarang. Seringkali perempuan haid dikatakan tidak boleh mandi besar atau sekadar keramas. Dalam kaca mata fikih, apakah tindakan demikian sebuah kemestian, salah satu pilihan pandangan dalam fikih, ataukah terlarang sama sekali dilakukan? Dengan kata lain, wajib, mubah, makruh, ataukah haram melakukannya? Dengan membentangnya dua pandangan, antara yang melarang dan membolehkan, mahu tak mahu memunculkan dua pendapat berbeda. Menurut kalangan ulama yang membolehkan potong rambut, gunting kuku mahupun keramas saat haid, sesungguhnya tak ada dalil yang jelas (sharih) mengenai hal tersebut, baik dari al-Quran maupun hadis. Demikian pula tentang wajibnya mencuci rambut dan kuku yang tidak sengaja rontok saat haid. Atau soal ketidakbolehan keramas saat haid.
Rasulullah s.a.w. membolehkan Ummul Mukminin Aisyah r.a. untuk menghurai dan menyisir rambutnya saat Aisyah sedang mengalami masa haid. Padahal, menyisir sangat memungkinkan tercabutnya rambut. Ini menunjukkan bolehnya wanita haid memotong rambut dan kuku. “Huraikanlah rambutmu dan sisirlah, kemudian berniatlah untuk haji dan tinggalkan umrah.” (Muttafaqun ‘alaihi) Dari hadis di atas dapat difahami bahawa memotong rambut atau kuku saat haid tidaklah dilarang. Demikian pula apabila rambut dan kuku gugur tidak sengaja saat haid, tidak diwajibkan untuk ikut dicuci bila perempuan haid melakukan mandi junub [mandi hadas besar].

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

Menanti Sangkakala Menggoncang Bumi

BERIKUT ialah mengenai penjelasan bentuk alam semesta seperti terompet, yang akan ditiup sebagai Sangkakala ketika Hari Kiamat  “Sebelum kiamat datang, apa yang sekarang di lakukan oleh malaikat Isrofil?” Jawabnya: “Sedang membersihkan terompetnya.” Mungkinkah yang ada di benak kita malaikat Isrofil itu seperti sesosok ‘seniman’ yang asyik mengelap terompet kecilnya sebelum tampil diatas pentas.
Sebenarnya seperti apakah sebenar terompetnya, atau yang biasa juga dikenal dengan sangkakala malaikat Isrofil itu? Sekitar enam tahun silam sekelompok ilmuan yang dipimpin oleh Profesor Frank Steiner dari Universiti Ulm, Jerman melakukan observasi terhadap alam semesta untuk menemukan bentuk sebenarnya dari alam semesta raya ini sebab pandangan secara umumnya selama ini mengatakan bahawa alam semesta ini berbentuk bulat bundar atau pandangan lain menyebutkan bentuknya datar saja. Menggunakan sebuah peralatan canggih milik NASA yang bernama “Wilkinson Microwave Anisotropy Prob” (WMAP), mereka mendapatkan sebuah kesimpulan yang sangat menarik kerana menurut hasil penelitian tersebut alam semesta ini ternyata berbentuk seperti terompet. Di mana pada bahagian hujung belakang terompet (baca alam semesta ini) merupakan alam semesta yang tidak dapat diamati (unobservable), sedang bahagian depan, di mana bumi dan seluruh sistem tata surya berada merupakan alam semesta yang masih mungkin untuk diamati (observable).

Bentuk Alam Semesta
Di dalam kitab Tanbihul Ghofilin Jilid 1 halaman 60 ada sebuah hadis panjang yang menceritakan tentang kejadian kiamat yang pada bahagian awalnya sangat menarik untuk dicermati. Abu Hurairah ra berkata,  Rasulullah s.a.w. bersabda: “Ketika Allah telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah menjadikan sangkakala (terompet) dan diserahkan kepada malaikat Isrofil, kemudian ia letakkan dimulutnya sambil melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintah. Saya bertanya: “Ya Rasulullah apakah sangkakala itu?” Jawab Rasulullah: “Bagaikan tanduk dari cahaya.” Saya tanya: “Bagaimana besarnya?” Jawab Rasulullah: “Sangat besar bulatannya, demi Allah yang mengutusku sebagai Nabi, besar bulatannya itu seluas langit dan bumi, dan akan ditiup hingga tiga kali. Pertama: Nafkhatul faza’ (untuk menakutkan). Kedua: Nafkhatus sa’aq (untuk mematikan). Ketiga: Nafkhatul ba’ats (untuk menghidupkan kembali atau membangkitkan).”
Dalam hadis di atas disebutkan bahawa sangkakala atau terompet malaikat Isrofil itu bentuknya seperti tanduk dan terbuat dari cahaya. Ukuran bulatannya seluas langit dan bumi. Bentuk laksana tanduk mengingatkan kita pada terompet orang-orang zaman dahulu yang terbuat dari tanduk.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

Kasih Sayang 'Bapa Kucing' Dan Bondanya

DIA lelaki yang salih, yatim dan tidak berharta. Sungguh, peribadi sebegini bukan sesuatu yang bererti bagi manusia zaman ini. Tapi, tunggu dulu. Dia bukan sembarang anak lelaki. Bukan sembarang jejaka. Dia lelaki yang ketagih dengan ilmu dengan memori yang terakam seumpama kaset. Begitu tajam dan melekat. Satu anugerah yang dilimpahkan Allah dan kemudian diperkuat karamah Rasulullah s.a.w.  Suatu hari, lelaki itu  bertanya: “Ya Rasulullah, aku telah mendengar hadis yang banyak dari engkau, tetapi aku takut lupa.” Mendengar hal tersebut, Rasulullah menjawab: “Bentangkan selendangmu.” Dia pun membentangkan selendangnya. Kemudian, Nabi s.a.w. memercikkan air ke dalam selendangnya dan berkata, “Pakailah ia”. Dia lalu memakainya. Setelah itu, dia tidak pernah lupa sedikit pun. Dan sejarah mencatatnya: Dia sudah menghafal hadis Rasulullah sebanyak 5,374. Ya, dialah Abu Hurairah. Sebuah nama yang barangkali demikian akrab di telinga anda. Terutama sekali bagi anda yang suka memetik rangkaian hadis sebagai status di dinding Facebook atau kicauan di Twitter. Sahabat yang gemar memelihara kucing ini memang layak mendapatkan keberkahan dari Nabi s.a.w.  Pasalnya, selepas masuk Islam, dialah yang sentiasa mengawani Nabi s.a.w. berbanding sahabat-sahabat Anshar dan Muhajirin. Dia berkhidmat kepada Nabi dengan tulus. Saat sahabat lain sibuk, dia setia di samping Nabi. Saat sahabat lain tak hadir, dia ada bersama manusia pilihan Allah s.w.t. Lalu, apakah kesibukan bersama Nabi membuat dirinya alpa berbakti kepada ibunya? Buang jauh-jauh pertanyaan itu. Sebab, syahdan, lelaki bernama asalnya Abdurrahman bin Shakhr al-Azdi ini mencontohkan dengan indah  bagaimana memuliakan ibunya. Syahdan dikisahkan, Abu Hurairah sentiasa menyapa dan mendoakan ibunya setiap kali hendak keluar rumah. Sebelum kakinya melangkah ke luar pintu, dia akan berdiam sejenak di depan pintu seraya berkata: “Assalamu’alaiki [salam sejahtera untukmu], wahai Ibuku yang dikasihi dan diberkahi Allah.” “Wa’alaikassalam [salam sejahtera juga untukmu], Anak tercintaku yang diberkahi dan disayangi Allah s.w.t.,” jawab si ibu. “Allah menyayangi ibu serupa ibu mendidik saya semasa kecil-kecil...”

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

Jangan Ditunda-Tunda Taubatmu

Zainal Abidin, cicit Nabi Muhammad s.a.w., merasa sangat hairan bila ada orang harus masuk neraka. “Memang di dunia ini ramai orang melakukan dosa. Bila ditimbang antara amal baik dan amal buruk yang dilakukan manusia, mungkin timbangan amal buruknya lebih berat,” katanya kepada murid-muridnya dalam suatu pengajian. Dia kemudian mengajukan beberapa pertanyaan: “Dari sekian banyak nikmat yang Allah berikan kepada anda, berapa banyak yang anda gunakan untuk jalan Allah? Dari sekian banyak harta yang Allah limpahkan kepada anda, berapa banyak yang anda infakkan di jalan Allah? Dari sekian banyak waktu yang Allah berikan kepada anda, berapa banyak yang anda luangkan untuk jalan Allah?” “Tidak sebanding, memang,” jawabnya sendiri. “Tapi anda tidak perlu kecewa. Meskipun bakti anda kepada Allah sangat sederhana, tetap rahmat Allah melimpah ruah. Meskipun anda pernah melakukan banyak dosa, Allah masih memberi jalan keluarnya, iaitu taubat. Anda tidak perlu kecewa apalagi putus asa bahawa hidup anda akan berakhir dengan ‘suul khatimah’ kerana memperoleh murka Allah. Sebab, bagi Allah kembalinya seorang yang berdosa kepadaNya jauh lebih menggembirakanNya dibandingkan seorang ibu menemukan kembali anaknya yang hilang.” Oleh kerana itu, taubat sangat dianjurkan sebelum terlambat. Seseorang akan sangat berbahagia apabila ia melakukan taubatnya setiap hari, meskipun ia merasa tidak pernah melakukan maksiat atau melanggar perintah Allah. Abu Hurairah mendengar Rasulullah berkata: “Demi Allah, sesungguhnya saya membaca istighfar dan bertaubat kepada Allah tiap hari lebih dari tujuh puluh kali.” (HR. Bukhari).

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...