Thursday, November 7, 2013

Dimana Salahnya Fahaman Wahabi?

APABILA kita bercakap dan menyebut “Kaum Wahabi”, barang kali ramai yang “mencemekkan muka.”
Watak itu, kerana mereka tidak suka, dan menganggap bahawa “kaum wahabi” tidak termasuk dalam golongan “Ahlu Sunnah Waljamaah.” Apakah benar anggapan itu? Dalam kitab-kitab agama yang ditulis oleh para ulama besar zaman dulu banyak menulis tentang “wahabi” ini. Hakikatnya, ia bukanlah “mazhab”. Ia bukanlah agama, tetapi sekadar nama seorang yang bernama “Muhamad Bin Abdul Wahab.” Oleh kerana ia merupakan seorang guru besar, dan mempunyai ilmu yang luas, maka ramailah pengikutnya. Bila sudah ramai pengikut jadilah ia sebagai “Mazhab”. Sebenarnya, kalau kita rajin menyingkap dan rajin mentela’ah kitab-kitab agama, maka kita akan dapati bahawa jalan yang dilalui oleh Muhamad Bin Abdul Wahab selari dan selaras dengan fahaman “Ahlu Sunnah”, yang mengajak kita kembali kepada “Al-Quran dan Sunnah”.
Muhamad Abdul Wahab dan pengikut-pengikutnya bercita-cita untuk mengembalikan kegemilangan yang pernah dialami pada zaman Rasulullah dan Khulafa’ al-Rasyidin. Oleh kerana itu segala kekuatan dan tenaga serta upaya dimanfaatkan untuk menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w. Muhamad bin Abdul Wahab adalah seorang tokoh mujadid agama. Ajaran-ajaran atau pun pendapat-pendapatnya amat berbeza dengan amal perbuatan dengan orang-orang yang dituduh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Tentang TAUHID: Golongan ini yakin bahawa kalimah Syahadah (Tidak ada Tuhan melainkan Allah) apabila telah dipercayai oleh seseorang, maka hapuslah segala macam pujaan, kecuali Allah dan akibatnya semua ibadah dan puja puji hanya kepada Allah semata-mata. Golongan ini juga sangat menentang adanya pihak yang suka meminta-minta kepada orang-orang yang sudah mati kerana ini merosakkan akidah Islam dan merosakkan tauhid atau keesaan terhadap Allah. Bagi golongan Wahabi, apa perlunya meminta kepada roh orang yang telah mati, atau pun meminta kepada Allah dengan perantaraan roh orang yang telah mati? Konon! Orang-orang yang telah mati itu dekat dengan Tuhan. Perbuatan ini sangat merosakkan tauhid. Dalam sebuah kitab agama setebal 400 muka telah menghuraikan mengenai golongan ini. Kitab tersebut menukilkan ialah: “Apa yang tidak diperbolehkan oleh kaum Wahabi dalam masalah ini ialah memohon atau berdoa kepada Allah agar mengizinkan (dalam kata lain ialah mentakdirkan) Nabi Muhammad s.a.w untuk memintakan syafaat kepada kami esok di hari akhirat kelak. “Wahai Rasulullah, wahai Nabi, wahai orang yang keramat, tolonglah kami, berilah kami syafaat di akhirat.” Doa dan permohonan ini adalah salah dan syirik. Tidak ada dasar dan hujah yang dapat dijadikan alasan untuk membenarkan perbuatan di atas. Maka perbuatan dan keyakinan di atas itu juga syirik terhadap Allah. Adapun yang diperbolehkan ialah berdoa:
“Wahai Allah, mudah-mudahan esok di akhirat Rasulullah, Engkau izinkan untuk memintakan syafaat bagi kepentingan kami.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

No comments: