Thursday, November 7, 2013

Masalah Rambut Dan Kuku Perempuan Haid

MESKI tidak berlaku umum, ada sebilangan kalangan masyarakat beranggapan bahawa rambut dan kuku perempuan haid tidak boleh dibuang begitu saja. Akan tetapi, anggapan kuat ini kadangkala sering menyulitkan kaum perempuan sendiri jika kebetulan rambutnya ada yang gugur atau kuku panjangnya harus dipotong. Selama ini, pilihan yang kerap dilakukan adalah dengan cara menyimpan guguran rambut dan potongan kuku tersebut. Setelah haid berakhir dan mahu mandi hadas besar, maka rambut yang pernah gugur dan kuku yang terpotong semasa haid disertakan sewaktu mandi. Ini dimaksudkan agar ceceran rambut dan potongan kuku ikut dibersihkan juga dengan air. Selain dua hal di atas, keramas/mandi besar saat haid pun termasuk hal yang dilarang. Seringkali perempuan haid dikatakan tidak boleh mandi besar atau sekadar keramas. Dalam kaca mata fikih, apakah tindakan demikian sebuah kemestian, salah satu pilihan pandangan dalam fikih, ataukah terlarang sama sekali dilakukan? Dengan kata lain, wajib, mubah, makruh, ataukah haram melakukannya? Dengan membentangnya dua pandangan, antara yang melarang dan membolehkan, mahu tak mahu memunculkan dua pendapat berbeda. Menurut kalangan ulama yang membolehkan potong rambut, gunting kuku mahupun keramas saat haid, sesungguhnya tak ada dalil yang jelas (sharih) mengenai hal tersebut, baik dari al-Quran maupun hadis. Demikian pula tentang wajibnya mencuci rambut dan kuku yang tidak sengaja rontok saat haid. Atau soal ketidakbolehan keramas saat haid.
Rasulullah s.a.w. membolehkan Ummul Mukminin Aisyah r.a. untuk menghurai dan menyisir rambutnya saat Aisyah sedang mengalami masa haid. Padahal, menyisir sangat memungkinkan tercabutnya rambut. Ini menunjukkan bolehnya wanita haid memotong rambut dan kuku. “Huraikanlah rambutmu dan sisirlah, kemudian berniatlah untuk haji dan tinggalkan umrah.” (Muttafaqun ‘alaihi) Dari hadis di atas dapat difahami bahawa memotong rambut atau kuku saat haid tidaklah dilarang. Demikian pula apabila rambut dan kuku gugur tidak sengaja saat haid, tidak diwajibkan untuk ikut dicuci bila perempuan haid melakukan mandi junub [mandi hadas besar].

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

No comments: