Thursday, November 7, 2013

Kubur Lelaki Sombong Terbongkar

PANGGIL saja namanya ‘Haji Cecep’. Dia lelaki setengah baya. Usianya masih sekitar 40-an. Dia seorang pengusaha yang cukup kaya. Usahanya adalah penyewaan kenderaan bermotor, baik itu angkutan umum, kenderaan untuk keluarga bahkan motosikal. Kenderaan yang dia miliki berjumlah puluhan. Pendek kata ia adalah laki-laki yang berjaya. “Dia merintis usahanya di Bandung. Sedikit demi sedikit sampai menjadi besar dan berjaya. Kisah kejayaannya itu tersiar sampai kampung kami di Tasikmalaya. Rumahnya besar dan kenderaannya seperti kereta dan motosikalnya banyak,” ujar Romli (bukan nama sebenarnya) pemberi sumber kepada Hidayah yang masih ada hubungan keluarga dengan Haji Cecep. Haji Cecep ternyata memulai usahanya dari perniagaan pinjaman kewangan. Dia meminjamkan wang kepada yang memerlukan dengan menggunakan “bunga” atau dalam istilah Sundanya “Boroh”. Dari usaha inilah pertambahan wangnya cepat meningkat dan boleh membeli kendaraan yang kemudian dia sewakan. Perlahan-lahan usahanya semakin maju hingga memiliki sekitar 26 biji kereta. Sehari-hari, Haji Cecep sibuk mengurus bisnesnya itu. Dengan jumlah kereta dan motorsikal yang banyak, waktunya banyak tersita. Dari kesibukannya itu pula dia menangguk untung yang besar. Gelar “Haji” yang melekat pada namanya kerana dia memang telah menunaikan ibadah haji. Tak hanya itu dia juga terdengar sering melaksanakan ibadah umrah. Biaya haji-umrah buatnya memang tak ada masalahpun. Bila-bila dia mahu, dia boleh terbang ke tanah suci.
Tapi dalam keadaan berkelimpahan itu, ada yang berubah dalam diri Haji Cecep. Dia mulai sombong. Tak mudah untuk menemuinya. Dia juga kerap acuh tak acuh dengan tetangga atau ahli keluarganya. Romli bercerita, pernah dia bertandang ke rumah Haji Cecep dan dia terkejut kerana rumah Haji Cecep dijaga oleh ‘pengawal keselamatan’ swasta yang dibayarnya secara khas. “Mahu bertemu siapa?” tanya pengawal keselamatan berpakaian seragam itu atau istilah popularnya sebagai “jaga”. “Mahu bertemu Haji Cecep. Saya ahli keluarganya,” ujar Romli yang datang bersama bapa saudaranya. Romli dan pakciknya lalu disuruh menunggu kerana Haji Cecep sedang keluar. Tapi, menurut pengawal itu, dia tak lama perginya. Setelah menunggu beberapa ketika, Haji Cecep datang. Romli dan pakciknya lalu dipersilakan masuk dan menunggu di ruang tamu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

No comments: