Thursday, November 7, 2013

Kasih Sayang 'Bapa Kucing' Dan Bondanya

DIA lelaki yang salih, yatim dan tidak berharta. Sungguh, peribadi sebegini bukan sesuatu yang bererti bagi manusia zaman ini. Tapi, tunggu dulu. Dia bukan sembarang anak lelaki. Bukan sembarang jejaka. Dia lelaki yang ketagih dengan ilmu dengan memori yang terakam seumpama kaset. Begitu tajam dan melekat. Satu anugerah yang dilimpahkan Allah dan kemudian diperkuat karamah Rasulullah s.a.w.  Suatu hari, lelaki itu  bertanya: “Ya Rasulullah, aku telah mendengar hadis yang banyak dari engkau, tetapi aku takut lupa.” Mendengar hal tersebut, Rasulullah menjawab: “Bentangkan selendangmu.” Dia pun membentangkan selendangnya. Kemudian, Nabi s.a.w. memercikkan air ke dalam selendangnya dan berkata, “Pakailah ia”. Dia lalu memakainya. Setelah itu, dia tidak pernah lupa sedikit pun. Dan sejarah mencatatnya: Dia sudah menghafal hadis Rasulullah sebanyak 5,374. Ya, dialah Abu Hurairah. Sebuah nama yang barangkali demikian akrab di telinga anda. Terutama sekali bagi anda yang suka memetik rangkaian hadis sebagai status di dinding Facebook atau kicauan di Twitter. Sahabat yang gemar memelihara kucing ini memang layak mendapatkan keberkahan dari Nabi s.a.w.  Pasalnya, selepas masuk Islam, dialah yang sentiasa mengawani Nabi s.a.w. berbanding sahabat-sahabat Anshar dan Muhajirin. Dia berkhidmat kepada Nabi dengan tulus. Saat sahabat lain sibuk, dia setia di samping Nabi. Saat sahabat lain tak hadir, dia ada bersama manusia pilihan Allah s.w.t. Lalu, apakah kesibukan bersama Nabi membuat dirinya alpa berbakti kepada ibunya? Buang jauh-jauh pertanyaan itu. Sebab, syahdan, lelaki bernama asalnya Abdurrahman bin Shakhr al-Azdi ini mencontohkan dengan indah  bagaimana memuliakan ibunya. Syahdan dikisahkan, Abu Hurairah sentiasa menyapa dan mendoakan ibunya setiap kali hendak keluar rumah. Sebelum kakinya melangkah ke luar pintu, dia akan berdiam sejenak di depan pintu seraya berkata: “Assalamu’alaiki [salam sejahtera untukmu], wahai Ibuku yang dikasihi dan diberkahi Allah.” “Wa’alaikassalam [salam sejahtera juga untukmu], Anak tercintaku yang diberkahi dan disayangi Allah s.w.t.,” jawab si ibu. “Allah menyayangi ibu serupa ibu mendidik saya semasa kecil-kecil...”

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

No comments: