Thursday, February 7, 2013

Negeri Di Hujung Dunia Akan Kiamat Dulu

DALAM sebuah kitab agama yang menerangkan “bab kiamat” ada menerangkan mengenai negeri manakah musnah lebih awal sebelum dunia ini kiamat? Rupa-rupanya dunia ini ada negeri-negeri yang dianggap sebagai negeri hujung-hujung dunia. Negeri-negeri  yang hujung-hujung inilah yang akan mengalami kehancuran lebih awal. Pengarang kitab-kitab yang menerangkan bab ini telah memetik riwayat dari perawi-perawi hadis dari para sahabat yang mendengar Nabi s.a.w. bersabda mengenai perkara ini. Dalam zaman Nabi s.a.w., ada para sahabat bertanya kepada Rasulullah berhubung dengan hal-hal kiamat. Walau pun, Rasulullah s.a.w. sendiri tidak tahu bilakah kejadian kiamat itu akan terjadi, tetapi Baginda akan menerangkan tentang peristiwa-peristiwa yang terjadi sebelum berlakunya kiamat itu. Ada pelbagai pertanyaan yang dilontarkan kepada Nabi s.a.w. berhubung dengan perkara ini. Rasulullah s.a.w. menerangkan ada negeri-negeri di hujung dunia ini yang akan mengalami kehancuran, sebelum berlakunya kehancuran negeri Syam. Nabi s.a.w. juga menerangkan tentang berapa lamakah bandar Madinah itu kosong sebelum berlakunya kiamat. Diterangkan tentang kehancuran dunia, yang dimulai dengan hancurnya berbagai kota sebelum Syam. Berapa lamakah kota Madinah kosong dari penduduknya sebelum kiamat. Pertanda-pertanda apakah yang mengawali hancurnya dunia, dan benda-benda apa yang pertama mengalami kehancuran. Ada sebuah hadis diriwayatkan dari Hudzaifah bin Al-Yaman r.a. dari Nabi s.a.w., bahawa baginda bersabda: “Kehancuran dimulai dari hujung-hujung bumi sebelum hancurnya Mesir. Semula Mesir masih aman dari kehancuran, sebelum hancurnya Bashrah. Kehancuran Bashrah bermula dari Iraq.
“Adapun hancurya Mesir adalah dikeranakan keringnya sungai Nil. Kehancuran Makkah dikeranakan ulah bala tentera Habasyah. Kehancuran Madinah dikeranakan terjadinya kelaparan. Kehancuran Yaman dikeranakan hama belalang. Kehancuran Ailah dikeranakan pengepungan. Kehancuran Parsi dikeranakan merebaknya kemiskinan. Kehancuran Turki dimulai dari Dailam, sebuah gunung dalam gugusan pergunungan Armenia. “Hancurnya Armenia dikeranakan ulah bangsa bermata sepet. Kehancuran bangsa bermata sepet akibat bangsa Turki. Kehancuran Turki kerana dihentam petir. Kehancuran bangsa sindu kerana serbuan bangsa India. Kehancuran India kerana Cina. Kehancuran Cina kerana pasir. Kehancuran Habasyah kerana gempa. Kehancuran Zaura kerana pasukan As-Sufyani. Kehancuran Rauha kerana dibenamkan. Dan, kehancuran Iraq kerana kemarau.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Februari 2013 di pasaran...

No comments: