Saturday, August 16, 2014

Disambar Petir Kerana Kata-Kata Sendiri

Matahari hampir tenggelam. Saridin (40 tahun), petani yang tinggal di kampung Delima (sebut saja demikian) sejenak melihat ke arah matahari. Dia tahu, sebentar lagi azan Maghrib akan berkumandang dan dia tahu bahawa itu pertanda waktu pulang tiba. Dia memanggul cangkul di bahu, kemudian mencuci tangan dan kaki di kubangan air. Sejenak, dia kembali menatap arah matahari, lalu meniti pematang sawah yang berkelok hingga akhirnya memasuki kawasan rumah penduduk. Dia berjalan merunduk, tak peduli dengan orang-orang yang berselisih dengannya. Warga kampung Delima pun sudah memaklumi sifat Saridin yang tak banyak bicara, seperti tak peduli lingkungan sekitar. Dia terus berjalan dengan langkah perlahan. Di wajah Saridin tergurat rasa letih yang sangat. Sesekali, dia menyeka keringat di dahi dengan tangannya yang sudah berwarna kocoklatan akibat sering dibakar terik mentari.  Tinggal beberapa langkah lagi sebenarnya Saridin akan sampai di rumah. Tapi, saat hampir sampai di rumah, langkah Saridin dihentikan Ustaz Zaenal (45 tahun), salah seorang warga yang sudah dianggap sebagai ustaz di kampung Delima kerana jawatannya yang menjadi imam masjid dan mengajar anak-anak mengaji. “Assalamu`alaikum, bang Saridin,” sapa Ustaz Zaenal sewaktu terjumpa dengan Saridin. Ucapan salam itu cukup mengejutkan Saridin. Sebabnya, dia hampir tak pernah datang ke masjid atau ikut perkumpulan pengajian yang diadakan di masjid kampung tersebut. Jadi, dia langsung tak pernah bercakap dengan Ustaz Zaenal.  Tergagap, Saridin menjawab salam. “Wa`alaikumsalam, Ustaz.”  “Baru pulang, bang?” Saridin hanya mengangguk, tak menjawab sepatah kata pun. Dalam hati, Saridin merasa tak perlu menjawab pertanyaan itu kerana dia tahu sebenarnya Ustaz Zaenal sudah tahu jika dia baru pulang dari sawah. Tetapi, kenapa hal itu masih ditanyakan? Itulah yang membuat Saridin kesal. Pernyataan itu pun dianggap hanya sekadar basa basi yang tak perlu ditanggapi.  “Sebentar lagi mahu Maghrib, bang! Jomlah segera mandi, dan pergi ke masjid!” ajak Ustaz Zaenal tanpa bermaksud menyindir. Maklum, Ustaz Zaenal tahu, Saridin bukanlah termasuk orang kampung yang rajin solat berjemaah. Tetapi, menurut Ustaz Zaenal, hal itu perlu disampaikan kepada Saridin - dengan harapan siapa tahu Saridin terketuk hatinya kemudian mulai ikut solat berjemaah. Tapi, Saridin justeru kian kesal dengan Ustaz Zaenal. Walau demikian dia tetap diam, dan tidak menunjukkan reaksi. Dia berharap Ustadz Zaenal cepat berlalu, dan dia boleh segera pulang ke rumah. Sayangnya, Ustaz Zaenal justeru tidak segera berlalu, malah tiba-tiba mengajak Saridin berbual-bual. “Boleh saya menyampaikan sesuatu, bang?”
Saridin tambah kesal. Harapan Saridin agar Ustaz Zaenal segera pergi dari hadapannya dan kemudian berjalan ke masjid ternyata hampa, dan malah bermaksud mengajak bebual lebih jauh. Saridin tidak tahu, dan tidak punya fikiran apa pun kenapa tiba-tiba Ustaz Zaenal ingin mengajaknya berbual-bual saat-saat menjelang maghrib ini. Tetapi, dia merasa kebingungan.  “Ustaz, apa yang sebenarnya ingin disampaikan? Silakan disampaikan, biar saya cepat segera pulang kerana saya sudah lapar,” jawab Saridin.
“Hanya ingin menyampaikan sesuatu, bang,” ujar Ustaz Zaenal pendek.  “Ya, Ustaz. Silakan dan cepatlah sikit!” “Begini, bang, ceritanya itu ada beberapa orang kampung yang meminta saya berbicara kepada bang Saridin,” Ustaz Zaenal tak langsung menyampaikan apa yang sebenarnya terjadi, kerana dia masih bingung membuka percakapan yang tepat. Sayang, Saridin memaksa Ustaz Zaenal untuk segera berbicara.
“Ustaz, tidak usah berbelit-belit dan buang-buang waktu. Ustaz tahu kan saya sedang lapar dan hendak pulang ke rumah kerana letih sehari suntuk bekerja? Jadi, sampaikan saja apa yang ingin Ustaz sampaikan. Tidak usah banyak cakap itu dan ini!” “Yalah, bang. Saya hanya ingin menyampaikan apa yang dikeluhkan warga. Selama ini, warga kampung merasa bang Saridin kurang bergaul, tak kisah dan ambil peduli dengan masyarakat. Lebih dari itu, mereka mengeluhkan sikap abang Saridin yang suka merendahkan orang lain.”
“Ustaz, saya sudah tahu jika soal itu. Jadi, tidak usah Ustaz berceramah menasihati saya tentang satu hal ini.”
“Bang, saya hanya menyampaikan dan mengajak bang Saridin sedar. Itu saja, bang. Jadi jangan dianggap saya paling suci dan terbaik. Jika saya masih boleh mewakili keluhan orang kampung, sebaik mungkin saya sampaikan. Saya hanya mengingatkan saja, bang. Tidak lebih, tidak kurang. Jadi jangan salah faham!”
“Lalu kenapa jika saya seperti ini, Ustaz?”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2014 di pasaran...

No comments: