Saturday, August 16, 2014

Penjual Ubat Lebih Fasih Dari Doktor

Sama ada di Kuala Lumpur atau dimana sahaja, sama ada bandar besar atau kecil, kita berdepan dengan cerita orang “jual ubat”. Kempen menjual ubat-ubatan yang menggunakan nama agama dan ayat-ayat Quran terdapat dimana-mana. Pakar-pakar perubatan yang bertauliah pun nampaknya naik “pening kepala” memikirkan hal ini. Di Kuala Lumpur ubat yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, angin ahmar, sakit lemah-lemah sendi, menguatkan tenaga kelakian ada dimana-mana, dan terjual dimana-mana. Ubat-ubat ini terlalu mahal harganya. Ubat-ubat yang diusahakan doktor-doktor perubatan yang mempunyai otoriti, tidaklah semahal yang dikeluarkan oleh orang-orang tertentu. Kadang-kadang penerangan yang diberikan berhubung ubat-ubat itu terlalu hebat. Doktor perubatan sendiri pun tidak mampu untuk bercakap tentang khasiat ubat tersebut. Seolah-olah ubat-ubat itu boleh menyembuh 1001 macam penyakit yang dihidapi seseorang itu. Kalau dia bercakap tentang ubatnya itu boleh menyembuhkankan “kencing manis”, maka penerangannya seolah-olah tak ada ubat lain mampu menyembuhkannya. Begitu juga “penyakit buah pinggang”. Ubat-ubat yang dijual itu benar-benar menyembuhkan 100 peratus, penyembuhan sesuatu penyakit itu adalah atas Kuasa Allah s.w.t.
Dalam dunia ini ramai orang yang mengidap sakit buah pinggang. Pakar-pakar perubatan “macam nak pecah kepala” memikirkannya apakah resepi yang boleh menyembuhkan sakit buah pinggang itu. Para doktor perubatan membuat kajian siang malam dengan membaca buku itu dan ini. Dengan mengadakan seminar itu dan ini, dengan mengadakan diskusi sesama pakar-pakar perubatan untuk mencari formulanya.
Namun sehingga sekarang, belum ada ubat yang sesuai dan boleh menyembuhkan 100 persen dengan memakan ubat yang dihasilkan berikutan perbincangan yang dibuat itu. Memang ada heboh mengenai berita ada ubat-ubatan yang mengandungi racun berada didalam pasaran. Pada hakikatnya, ubat-ubatan yang lebih merupakan produk makanan, minuman kesihatan tambahan dan ubat tradisional mengandungi “racun” terjual di merata tempat di Kuala Lumpur dan dimana-mana saja. Pihak bertanggungjawab menghenai kesihatan nampaknya “susah hati” dan “risau” dengan perkembangan terbaru berhubung dengan produk makanan, minuman kesihatan tambahan yang mengandungi racun ini. Mereka tentulah merasa bertanggung jawab keatas semua ubat-ubatan yang berkait dengan kesihatan rakyat. Mereka tidak perlu lagi untuk memberi amaran itu dan amaran ini terhadap mereka yang bertanggung jawab, tetapi apa yang perlu ialah bertindak, demi menjaga kepentingan kesihatan rakyat seluruhnya. Industri tidak sihat ini dimana penemuan lebih dari 50 produk makanan, minuman kesihatan tambahan dan ubat-ubatan tradisional yang dirampas oleh pihak berkuasa yang mengandungi racun sungguh “memeranjatkan” dan “mengejutkan” rakyat seluruh negara, terutama pakar-pakar kesihatan seperti para doktor perubatan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2014 di pasaran...

No comments: