Wednesday, April 10, 2013

Seksa Kubur Pasti Berlaku

DI DALAM sahih Ibnu Hibban, daripada Ummi Mubasysyir, katanya: “Sekali peristiwa Rasulullah mendatangku seraya berkata: “Berlindung dirilah kamu kepada Allah dari seksa kubur! Maka kataku: “Wahai Rasulullah! Apakah di dalam kubur itu ada seksa? Jawab Rasulullah: “Sesungguhnya mereka itu akan diseksa di dalam kubur mereka suatu seksa yang hanya semua binatang sahaja yang dapat mendengarnya.”
Setengah ahli ilmu pengetahuan berkata: “Lantaran adanya seksa kubur itu, maka setengah-setengah orang telah membawa binatang-binatang mereka yang telah sakit perut ke kubur kaum Yahudi dan kaum Nasrani, juga ke kubur-kubur kaum Munafiqin dari suku kaum Ismaliah, Nusairiyah dan Kamaratih dari suku Bani Ubaid dan lain-lain lagi yang menduduki bumi Mesir dan Syam. Kebanyakan tuan punya kuda juga membawa binatang-binatang mereka ke sana kerana tujuan ini, seperti mereka membawanya juga ke kubur-kubur kaum Yahudi dan Nasrani. Kata si pencerita ini: “Apabila kuda-kuda atau binatang-binatang itu mendengar seksa kubur dari kubur-kubur itu, semuanya tidak tentu arah kerana takut, dan tahap kepanasan badannya naik cepat sehingga sakit perut binatang-binatang itu terus hilang.” Berkata Abdul Haq Al-Asybili, telah berbicarakan seorang ahli ilmu fiqh bernama Abdul Hakam bin Barkhan, dan dia memang terkenal luas pengetahuannya dan banyak amalannya, katanya: “Sekali peristiwa ada sekumpulan manusia telah menguburkan mayat di timur Asybiliyah, dan setelah selesai dari menguburkannya, mereka pun duduk di satu penjuru berbual-bual, dan berdekatan dengan mereka ada saekor binatang. “Tiba-tiba binatang itu terus mendatangi kubur itu dengan cepat sekali, lalu meletakkan telinganya di atas kubur yang di tanam mayat tadi, seolah-olah ia ingin mendengar sesuatu. “Sebentar sahaja binatang itu disitu, maka dengan tidak semena-mena telah berlari jauh meninggalkan kubur itu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

No comments: