Wednesday, April 10, 2013

Orang Mukmin "Istimewa" Dalam Kubur

SETIAP jenazah yang dikebumikan tidak sama. Orang-orang mukmin yang beramal salih mendapat kedudukan yang baik. Orang-orang tidak taat, orang-orang berdosa akan menerima hukuman,tetapi tidak berat. Sementara orang-orang kafir yang tidak beriman, yang melawan perintah Allah dan tidak takut kepada Allah akan menerima seksaan yang pedih. Bagi orang mukmin apabila dikebumikan, maka mayat itu akan dikelilingi oleh amal-amal salihnya. Sembahyangnya, puasanya, zakatnya, hajinya dan lain-lain kebajikan akan mengelilinginya. Kerana sebentar akan datang malaikat yang akan bertanya kepada si mayat. Amalan-amalan itulah yang akan menjaganya dan menjawab semua pertanyaan tersebut. Ini semuanya ada dijelaskan dalam kitab-kitab agama yang membahaskan alam kubur. Rajin-rajinlah kita membacanya.  Beramallah sebanyak yang mungkin. Tamakkan diri untuk membuat amal. Kerana amal salih, amal kebajikan kita itulah yang akan menolong dan membantu kita, sama ada dalam kubur atau di padang mahsyar kelak. Rasulullah s.a.w. paling sayangkan umatnya, iaitu kita-kita ini sebagai umat Muhamad s.a.w. Banyakanlah kita membaca Al-Quran,kerana semuanya ini akan membantu kita di dalam kubur. Banyakanlah berzikir kerana semuanya ini akan mengelilingi kita semasa “mungkar dan Nakir” datang menyoal kita di dalam kubur. Kedua-dua malaikat ini paling menakutkan. Orang-orang mukmin berada di dalam keadaan tenang, bergembira.
Sebenarnya, apa setengah orang meragukan tentang hal ehwal dalam kubur akan menjadi kenyataan apabila kita mati kelak. Kematian itu benar. Pertanyaan di dalam kubur itu benar. Apa terjadi dan berlaku di dalam barzah benar. Dan kita sebagai orang mestilah beriman dan yakin semua perkara tersebut. Inilah hari kepastian dan pembuktian. Apa-apa yang diragukan ketika di dunia, pada saat inilah semua mata akan terbelalak, dan semua mulut menjadi bungkam, kerana semua itu telah menjadikan kenyataan. Di dalam kuburnya, seorang mukmin itu akan berada dalam sebuah taman yang berwarna hijau. Kuburnya akan meluas baginya sampai tujuh puluh depa. Dan didalamnya akan diterangi cahaya seperti cahaya bulan purnama pada malam hari.(Ibnu Mundah). Menurut Imam Al-Ourthubi, yang demikian itu berlaku setelah adanya penyempitan kubur dan pertanyaan yang diajukan oleh malaikat Munkar dan Nakir. Sedangkan kuburan orang kafir akan sentiasa sempit baginya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

No comments: