Thursday, January 10, 2013

Sayap Patah Malaikat Dan Selawat Nabi s.a.w.

Diriwayatkan, suatu hari, Malaikat Jibril datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata, “Ya Rasulullah s.a.w., aku telah melihat seorang malaikat di langit berada di atas singgahsananya. Di sekitarnya terdapat 70,000 malaikat berbaris melayaninya. Pada setiap hembusan nafasnya Allah s.w.t. menciptakan darinya seorang malaikat. Dan sekarang ini, kulihat malaikat itu berada di atas Gunung Qaaf dengan sayapnya yang patah sedang menangis. Ketika dia melihatku, dia berkata, “Adakah engkau mahu menolongku?” Aku berkata, “Apa salahmu?” Dia berkata, “Ketika aku berada di atas singgahsana pada malam Mikraj, lewatlah padaku Muhammad, Kekasih Allah. Lalu aku tidak berdiri menyambutnya dan Allah menghukumku dengan hukuman ini serta menempatkanku di sini seperti yang kau lihat.” Malaikat Jibril berkata, “Seraya aku merendah diri di hadapan Allah s.w.t., aku memberinya pertolongan.” Maka Allah s.w.t.berfirman: “Hai Jibril, katakanlah agar dia membaca selawat atas KekasihKu, Muhammad s.a.w.” Malaikat Jibril berkata lagi, “Kemudian malaikat itu membaca selawat kepadamu dan Allah s.w.t. mengampuninya serta menumbuhkan kedua sayapnya, lalu menempatkannya lagi di atas singgahsananya.” [Kisah ini bersumber dari Kitab Mukasyafatul Qulub oleh Hujjatul Islam Al Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al Ghazali]

Tangisan Nabi s.a.w. Menggetarkan ‘Arasy
Dikisahkan, suatu hari, di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Kaabah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. menirunya dengan membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!” Merasa seperti diolok-olok, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang lelaki gagah dan tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokku, kerana aku ini adalah orang Arab Badui? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku lapurkan kepada kekasihku, Muhammad, Rasulullah.” Mendengar kata-kata orang Badui itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?” “Belum,” jawab orang itu.  “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2013 di pasaran...

No comments: