Friday, January 11, 2013

Cerita Orang Beli Toyol Di Makkah Bohong Belaka

CERITA “toyol” memang sudah kita dengar sejak kita masih kecil lagi. Konon toyol ialah makhluk yang kecil. Ia merupakan cerita “awang kenit”. Konon, toyol ini boleh disuruh-suruh ke mana-mana sahaja.
Bahkan disuruh mencuri harta orang terutama wang. Toyol akan lakukan menurut perintah tuannya.
Kebanyakan cerita yang kita dengar ialah toyol dibeli di tanah Arab, iaitu di Makkah. Konon, mereka yang pergi ke sana selain menunaikan fardu haji, ada juga yang membeli toyol. Kemudian toyol itu di bawa pulang ke tanah air untuk berkhidmat dengan tuan yang membelinya. Soalnya sekarang, apakah benar toyol ini wujud? Apakah benar toyol ini boleh dibeli di Makkah? Untuk mendapatkan keterangan lanjut berhubung dengan soal toyol ini, saya telah menemui seorang “Ustaz” yang sudah lama tinggal di Makkah menguruskan jemaah Haji dan juga mereka yang melakukan Umrah setiap tahun. “Mana ada toyol!” kata Ustaz Mahmod ketika saya kemukakan pertanyaan bahawa apakah benar di tanah Arab ini banyak toyol. “Toyol itu apa?” tanya Ustaz Mahmod kepada saya dengan nada yang agak serius. Saya terpaksa menjelaskan  satu persatu apakah sebenarnya yang diceritakan orang tentang toyol itu, dan bentuk-bentuk yang diceritakan orang, dan tugas-tugas toyol itu bila dibawa pulang ke tanah air masing-masing.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2013 di pasaran...

No comments: