Monday, December 9, 2013

Rasulullah Berdialog Dengan Jibril

Ada seorang sahabat Nabi s.a.w. telah menceritakan tentang kisah seorang lelaki yang datang menemui Nabi s.a.w. yang berpakaian serba putih. Lelaki itu tampan. Dia berwajah putih bersih, rambutnya cukup hitam dan cukup cantik dan kelihatan paling baik. Lelaki itu datang menghampiri Nabi s.a.w. dengan mengemukakan pelbagai pertanyaan. Sahabat Nabi itu bernama Jabbir Abdullah. Katanya: “Lelaki itu menghampiri Nabi lalu berkata dengan satu pertanyaan iaitu apakah erti dunia ini?” Rasulullah menjawab: “Dunia ini impian orang yang tidur.” Orang itu bertanya lagi: “Apakah ertinya akhirat itu?.” Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Satu kumpulan manusia yang berada dalam Syurga dan satu kumpulan lagi berada di dalam Neraka Sa‘ir.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah Syurga itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia, kerana sesungguhnya nilai harga  Syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah Jahanam itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Jahanam itu sebagai ganti dunia bagi mereka yang mencarinya.” Bertanya lagi lelaki itu: “Siapakah sebaik-baik umat ini?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Sebaik-baik umat ialah yang taat kepada Allah s.w.t.”
Bertanya lagi: “Bagaimanakah yang dikatakan orang taat itu?”. Rasulullah s.a.w.: “Orang yang berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang mencari kaĆ»lah.” Bertanya lagi: “Seberapakah ketentuan taat itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Seperti kira-kira perbezaan dari kafilah.” Bertanya orang itu lagi: “Berapa jarak jauhnya dunia dengan akhirat itu?” Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Hanya sekadar memejamkan mata sahaja.” Jabir melanjutkan ceritanya: “Setelah orang itu pergi kami tidak lagi melihat orang itu”. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang lelaki yang datang tadi adalah Jibril a.s. Dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari dunia dan supaya kamu mencintai akhirat.” Bersabda Rasulullah s.a.w. Iagi: “Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menciptakan makhluk yang lebih dibenci selain dunia, bahkan dia (Allah) tidak melihatnya sejak menciptakannya.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

No comments: