Monday, December 9, 2013

Poligami: Bacalah Tafsir Ibnu Katsir Apa Maksud Sebenarnya

HUKUM dalam Islam, bukan boleh dibuat main-main. Hukum-hukum itu datangnya dari Allah. Allah yang menentukan hukum itu. Kalau hukum itu mengatakan sesuatu itu “haram”, maka ia tetap haram. Kalau hukum itu mengatakan halal, ia tetap halal. Hukum-hukum ini akan berjalan dan berkuatkuasa sehinggalah dunia ini hancur, ertinya sehinggalah hari “kiamat”. Undang-undang atau pun hukum berkahwin lebih dari satu iaitu “poligami”, adalah undang-undang dan hukum Allah yang sudah tercatat dalam Quran. Ia tidak boleh diubah-ubah atau pun untuk disesuaikan dengan hukum dunia. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Biljaksana, setiap hukum yang diadakan itu sesuai dengan semua zaman sehinggalah hari kiamat kelak.
Kita sebagai insan tidaklah boleh mengubah-ngubahnya mengikut nafsu kita atau pun fikiran kita sendiri.
Dulu ada kumpulan mengadakan kempen “SATU SUAMI-SATU ISTERI”. Ini merupakan satu langkah yang seolah-olah menolak hukum agama yang membenarkan berpoligami. Allah membenarkan poligami itu dengan syarat-syarat tertentu. Bukannya berkahwin secara membuta tuli sahaja tanpa syarat yang telah ditentukan Allah. Sebagaimana yang telah disebutkan bahawa Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Jadi, apa yang sudah ditentukan oleh Allah itu ada hikmah disebaliknya, iaitu bagi mereka yang mahu merenung lebih jauh mengenai hukum tersebut. Kalau setengah-setengah orang merenungnya dari segi “hawa nafsu” semata-mata, tentulah tidak menepati apa yang sudah ditetapkan oleh Allah dalam Kitab Suci Al-Quran. Kita tidaklah mahu menyentuh aspek-aspek lain tentang poligami ini, tetapi apa yang mahu ditekankan disini ialah tentang hukum Allah itu sendiri yang membolehkan berkahwin lebih dari satu menurut syarat-syarat yang ditentukan. Kalau kita menentang hukum yang telah di tentukan oleh Allah kepada manusia, bererti kita tidak ikut perintah Allah. Orang yang tidak ikut perintah Allah, hukumnya berdosa besar. Sebenarnya, masalah poligami ini sampai bila pun tidak akan selesai. Kaum wanita tetap akan menjadi juaranya dalam usaha menentang poligami ini. Ketika emosinya begitu tinggi, biasanya mereka akan hilang perhitungan dan pertimbangan. Hukum Allah pun, kadang-kadang mereka ketepikan, semata-mata mengikut hawa nafsu yang disertai sama oleh syaitan laknatullah. Sebenarnya, golongan yang memperjuangkan “monogami” ini  mestilah ada ilmu, dan memahami benar-benar isi Al-Quran secara menyeluruh.  Sekarang cuba kita baca sebahagian dari isi ayat Quran itu mengenai hal ini iaitu dalam surah An-Nissa’ ayat 3 yang maksudnya: “Dan Jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka) berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain, dua, tiga atau empat. “Kemudian jika kamu bimbang tidak akan  berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah hamba-hamba) perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan zalim.”
Ayat Quran ini turun bertolak dari kisah ada penjaga anak-anak yatim dimana waris mereka terbunuh dalam peperangan yang banyak meninggalkan harta, lalu penjaga anak-anak yatim ini mencampurkan hartanya dengan harta anak yatim ini. Mereka tidak mahu berkahwin dengan anak yatim ini, tetapi cuma mahukan hartanya sahaja. Jadi, turunlah ayat menerangkan bahawa kalau tidak mahu berkahwin dengan anak yatim itu, maka berkahwinlah dengan perempuan-perempuan lain, dua, tiga ataupun empat...

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

No comments: