Monday, December 9, 2013

Morocco Jambatan Islam Ke Eropah?

Maghribi atau Morocco terletak di paling hujung di benua Afrika itu, bersempadan dengan samudera Atlantik. Sebutan Maghribi berdasarkan pada paradigma Arab, kerana Morocco termasuk daerah Islam Afrika yang beretnik majoriti Arab sebagaimana Mesir, Libya, dan Al-Jazair (Algeria). Orang Turki mengenali Morocco dengan nama Fez, sementara orang Parsi (Iran) mengenalnya dengan nama Marrakech yang bererti Tanah Tuhan. Dua tempat itu adalah dua kota terkenal di Morocco. Dalam dunia Islam Morocco adalah penting kerana menjadi gerbang penyebaran Islam ke Eropah melalui Sepanyol, negara yang tepat berada di atas Morocco. Pendaratan yang dilakukan Thariq Bin Ziyad di negeri Andreas Iniesta itu dalam merupakan peristiwa hebat yang dikenang sejarah. Waktu itu Thariq membakar kapal-kapal pasukannya sendiri setelah mendarat di Sepanyol untuk menundukan pemerintah yang zalim. Itulah cara Thariq membangkitkan semangat juang tenteranya, seraya melafazkan perkataan bahawa tak ada jalan pulang dalam jihad selain memenangi pertempuran. Pasukan tentera Islam terbakar semangatnya hingga menakluki tempat tersebut. Bagi mengenang peristiwa itu, bukit di daratan Sepanyol di mana Thariq mendarat dinamai Jabal Thariq yang dalam loghat Eropah menjadi Gibraltar. Bagi orang Islam di Malaysia, Morocco, setidaknya dikenali melalui dua nama: Kitab Al-Jurumiah dan Ibnu Batutah. Yang pertama tentulah tidak asing bagi dunia sekolah pondok kerana kitab Al-Jurumiah yang berisi kaedah dasar tatabahasa Arab (Ilmu Nahwu) diajarkan turun-temurun sejak dahulu. Kitab tipis yang menjadi hafalan wajib pelajar pondok itu merupakan karangan seorang ulama Morocco bernama Muhammad Shonhaji. Sedang Ibnu Batutah adalah pengembara sekaligus sosiologi Islam kelas satu yang juga berasal dari Morocco. Di era moden sekarang, Morocco, kita kenali melalui tradisi dunia pemikiran Islam melalui Fatima Mernissi di bidang kajian perempuan dan Abed Al-Jabiri di bidang tradisi Islam (turats) dan kemodenan. Hal ini menjadi bukti bahawa Morocco memiliki tradisi ilmiah yang baik. Ini tentu sangatlah positif kerana tradisi ini mendorong kemajuan Islam secara umum. Dari 32.3 juta penduduk Morocco 99 peratusnya adalah Muslim. Satu lagi keistimewaan Morocco yang lain adalah Tarekat Tijaniah yang didirikan Syeikh Ahmad Tijani. Makamnya terletak di kota Fez. Tarikat ini telah menyebar ke dunia termasuk Malaysia-Indonesia. Syeikh Ahmad Tijani, konon, mendapat bimbingan langsung dari Nabi Muhammad s.a.w. Jejak keilmuan di Morocco juga ada pada diri Ibnu Al-Arabi, ahli fiqih terkemuka pada zamannya, yang terkenal dengan kitabnya Ahkam al-Quran. Saat ini kitab Ahkam al-Quran menjadi salah satu rujukan terpenting para mahasiswa pengkaji Ulumul Quran dan Fiqh. Juga ada Imam as-Sholih Abu Zaid bin Abdurrahman bin Ali bin Sholih al-Makudy atau yang dikenal dengan Imam al-Makudy, pengarang kitab al-Makudy, syarah dari Khasiyah Ibnu Hamdun. Beliaulah ulama pertama yang menulis syarah kitab Alfiyah Ibnu Malik.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

No comments: