Tuesday, May 14, 2013

Anak Derhaka Maut Selepas 'Disumpah Ibu'

HARI itu di sebuah pasar, matahari telah memancarkan sinarnya, membuat tubuh terasa panas dan berpeluh. Suara bising kenderaan dan hon kereta memekakkan telinga bersahutan-sahutan memenuhi jalan, ditambah gemuruh lalu lalang orang di jalan-jalan yang kian memenatkan otak saja. Lengkaplah kegersangan di siang hari itu. Namun, tiba-tiba, sebuah peristiwa memecahkan suasana. Di tengah riuh rendah orang berniaga, seorang lelaki bermotosikal bersama pasangan wanitanya dilaporkan telah terkorban setelah terbabit kemalangan dengan sebuah lori kecil. Keadaannya sangat mengharukan dan menyayat hati. Darah bercucuran di bahagian kepala dan tubuhnya. Badannya terseret beberapa meter dari lori. Bahkan, sekujur tubuhnya telah bersimbah darah. Dia meninggal dunia waktu itu juga.  Begitu pula dengan teman wanitanya. Keadaannya tak jauh berbeda. Tubuhnya juga bersimbah darah. Terkorban waktu itu juga. Memang mengerikan... Khabar itu langsung saja membuat gempar hampir seluruh warga di tempat kejadian. Jenazah kedua mangsa itu menjadi tontonan ramai. Ahmadun (26 tahun), sebut saja demikian, telah menemui maut oleh ganasnya pertembungan lori yang sedang melintas dari arah bertentangan. Lori itu melintas dengan deras dan tidak dapat mengendalikan kenderaannya yang akhirnya melanggar sebuah motosikal dari arah depan. Menurut keterangan yang menyaksikan kejadian, Ahmadun dan pasangan wanitanya, Rini (23 tahun, sebut saja demikian) dengan motosikal dipecut laju bermaksud mahu memotong sebuah kereta yang ada di depannya. Sementara dari arah depan, lori kecil itu juga turut memecut. Kerana tidak dapat mengelak, merempuh motosikal itu. Ada juga ramalan lain menyebutkan bahawa penunggang motosikal itu yang kurang waspada dan tidak mempertimbangkan kemungkinan tidak dapat memotong kereta di depannya yang juga dipandu laju. Pada akhirnya, motosikal tersebut kehilangan keseimbangan. Pemandu lori pun melanggar motosikal tersebut. Itu dilakukan untuk menghindari kereta yang datang dari arah bertentangan. Sebab, jika ia melanggar kereta, mungkin korban akan lebih banyak. Gesekan antara dua kenderaan roda empat boleh terbabas ke gerai-gerai yang banyak dikerumuni orang di pinggir jalan. Ruas jalan itu langsung jem. Kereta dan kenderaan pengguna jalan di lokasi tersebut berhenti seketika untuk menyaksikan kemalangan yang terjadi. Bukan saja lantaran kerana terbunuhnya dua korban itu, tapi juga kerana kejadian tersebut menimpa seorang pemuda yang sering dikiaskan seperti halnya sosok ‘Malin Kundang’, si anak derhaka. Sebaik kejadian berlaku, untuk menghindari kejadian yang tidak diinginkan, pemandu lori itu terus melarikan diri.
Namun, salah seorang pengawal keselamatan swasta yang bekerja di salah satu kedai di lokasi kejadian berhasil menangkap pemandu lori tersebut. Dia lalu dibawa ke pejabat syarikat keselamatan tersebut.
Mulanya, dia hendak melarikan diri. Namun, dia kemudian berhasil dihalangi oleh beberapa orang yang berdekatan, sehingga dia tak dapat berbuat demikian. Sementara itu, jasad Ahmadun dan Rini tetap saja dibiarkan tergeletak di ruas jalan untuk beberapa ketika, seperti bangkai yang tak bererti tanpa ditutupi helaian akhbar. Menurut cerita seorang saksi, saat itu warga setempat hanya memandangi korban tersebut dari bahu jalan. Ada kekesalan yang mereka luapkan kepada Ahmadun. Kekesalan itu, terlihat dari raut muka mereka. Itu tersimpan cukup lama, seiring dengan perilaku yang pernah dilakukannya.

Sejarah hitam
Cerita nyata ini mengenai seorang pemuda yang terkenal di kampungnya. Peristiwa ini belum begitu lama terjadi. Sekitar dua tahun silam. Di sebuah kampung, sebut saja namanya ‘Kampung Jati’, Ahmadun menorehkan tinta hitam untuk dirinya sendiri. Dia lahir dan dibesarkan di sebuah perkampungan padat penduduk. Dia termasuk anak yang mudah bergaul. Kerana itu, dia dengan mudah dikenal oleh warga pasar. Di samping itu, ia juga termasuk orang yang dikenali di lingkungan rumahnya, termasuk juga di kampung bersebelahan. Ahmadun mula bekerja sebagai seorang pegawai di salah satu perusahaan kecil di sebuah kota di tanah Jawa. Namun, menginjak usianya yang ke-26, dia pun berubah kerja. Dia lebih suka menjadi peniaga dari pada menjadi pegawai. Kerana itu, dia mampu memiliki beberapa warung. Lambat laun, usaha niaga kecil-kecilannya lancar. Untuk ukuran umurnya yang masih muda, dia termasuk peniaga kecil yang berjaya. Namun, dia tidak hanya aktif sebagai seorang pedagang, tabiat tidak baiknya dia gemar berjudi dan berpeleseran dengan wanita. Itulah sisi gelap hidupnya...Perkenalannya dengan judi boleh dikatakan sudah lama. Dia mengawalinya saat bergaul dengan sebilangan ‘pendekar adat’ di tempat kelahirannya. Di komuniti ini, dia boleh dikatakan sebagai salah seorang ahli silat. Dia juga dikatakan menguasai seni silat yang menjadi  budaya di daerahnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...

No comments: