Tuesday, May 14, 2013

Pengkhianat: Makan Gaji Ambil Rasuah

RASUAH, suatu perbuatan yang keji, kotor, buruk dan busuk. Islam melarang dan mengutuk perbuatan tersebut sehingga bila-bila pun. Mengumpul harta tidak dilarang. Bagi seorang muslim, tidak ada larangan untuk menghimpun harta sebanyak-banyaknya, selama harta itu dikumpulkan secara halal, dan dikembangkan juga dengan cara yang syar’i. Jika ada sebahagian agama dikatakan: “Orang kaya tidak akan masuk singgahsana langit hingga ada seekor unta masuk kelubang harum.” maka untuk jawapan itu, Islam mengatakan begini: “Sebaik-baik harta ialah harta yang dimiliki orang salih.” (HR. Ahmad) Islam tetap melindungi harta seseorang itu secara sah dan dilindungi juga oleh undang-undang supaya harta hak miliki individu itu secara halal dan sah tidak dirampas oleh pencuri, penyamun atau pun penipu. Rasulullah s.a.w. menghimpun antara kehormatan harta, darah, dan harga diri dalam satu konteks kalimat, dan menjadikan pencurian sebagai kontra atas tuntutan iman. keadaan beriman.” Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seorang pencuri itu mencuri sedang ia dalam keadaan beriman.” Kemudian Allah s.w.t. pula berfirman dalam surah al-Maidah ayat 38 yang ertinya: “Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan atas apa yang mereka kerjakan dan seksaan dari Allah. Dan adalah Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.” Nabi Muhammad s.a.w. dalam satu sabdanya yang lain pula yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam sahihnya yang ertinya: “Tidaklah dihalalkan bagi seorang muslim untuk mengambil tongkat saudaranya tanpa kerelaan perasaan dirinya.” Dalam soal memakan harta orang lain, dalam Kitab Suci Al-Quran Allah s.w.t. telah mengingatkan dalam surah An-Nisa’ ayat 29 yang maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah saling memakan harta sesama kamu dengan cara batil (tak betul), kecuali dengan cara perdagangan (berniaga) yang berlaku suka sesama suka di antara kamu.”
Kita tidak dilarang mengumpul harta, tetapi dengan cara yang halal dan betul harta yang kita perolehi itu. Kita juga tidak dilarang mengumpulkan apa juga harta asalkan harta itu kita agihkan pula kepada mereka yang memerlukannya apabila sudah cukup nisabnya. Setelah kita disuruh mencari harta secara halal, maka Islam menyediakan pula peraturan tertentu dengan melarang kita dari memakan harta dari sumber yang haram.
Zaman sekarang, sumber haram ialah “Rasuah”. Inilah yang paling terkenal dengan “sumber haram”. Orang dapat duit dan dapat harta cara mudah iaitu dengan cara makan “Rasuah”.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...

No comments: