Tuesday, December 7, 2010

Wujudkah Bidadari Dalam Syurga?

SELAMA ini kita diberitahu oleh tokoh-tokoh agama dan membaca dalam buku-buku agama bahawa bidadari itu adalah satu makhluk yang diciptakan oleh Allah di dalam syurga untuk orang lelaki. Bidadari ini digambar demikian rupa tentang kecantikannya, kulitnya, matanya, betisnya dan seluruh fizikalnya memang tidak ada bandingannya makhluk di dunia ini. Sehingga ada ustaz yang menyebutkan sekiranya seorang bidadari itu berludah di atas muka bumi ini, maka akan terang benderanglah dunia ini akibat air ludah bidadari tersebut.
Tetapi masalahnya wujudkah bidadari sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama itu? Apa nashnya, dan apa dalilnya? Seorang tokoh agama kita, Datuk Hassan Din Al-Hafiz yang diwaktu kebelakangan ini selalu menimbulkan isu-isu seolah-olah seperti perkara “Baru” dalam agama apabila beliau menyampaikan ceramah-ceramahnya sama ada menerusi TV ataupun kuliah-kuliah agama. Selain dari menimbulkan bahawa “Sirath”(jambatan) yang merentangi neraka di akhirat kelak sebagaimana yang kita diberitahu, Datuk Hassan Din berpendapat “Sirath” itu hanya sebagai “simbolik” saja. Ia tidak wujud. Tidak ada nash yang menunjukan sebagai dalil bahawa ada “jambatan menyeberangi neraka jahanam” untuk manusia menyeberangi untuk pergi ke syurga.
Kemudian dalam ceramahnya yang sama di Madrasah Al-Huda Taman Keramat, Kuala Lumpur baru-baru ini beliau telah menimbulkan juga isu “Bidadari”. Kelihatan para jemaah yang menghadiri ceramah itu tercengang-cengang apabila Datuk Hassan Din memberitahu tidak ada bidadari di syurga, tetapi yang ada hanyalah “Malaikat”. Para malaikat ini bukan lelaki dan bukan perempuan yang bertugas sebagai “khadam” kepada penghuni-penghuni syurga. Beliau telah menghuraikan perkataan “Nurul Ain” yang disebut didalam Quran bukan bidadari. “Barang kali ada pihak yang tersalah mentafsirkan ayat Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. berhubung perkara ini,” kata Datuk Hassan Din. Itulah tadi saya sebutkan bahawa diwaktu kebelakangan ini beliau banyak menimbulkan hal-hal yang berkaitan dengan cerita agama yang seolah-olah macam “menongkah arus”.
Pada hakikatnya, bukanlah menongkah arus, tetapi itulah kedudukan cerita yang benar dari “Al-Quran dan Sunnah Rasulullah”. Hasil dari apa yang diceramahkan oleh Datuk Hassan Din ini berhubung dengan “Sirath”(jambatan) dan juga “bidadari”, saya cuba meninjaukan pandangan dan pendapat daripada pelajar lulusan dari Madinah, Makkah, Jordan, Syria dan beberapa buah negara Islam lainnya sama berpendapat dengan apa yang dilontarkan oleh Datuk Hassan Din Al-Hafiz ini. Kata mereka: “Memang tidak ada nash yang bleh dijadikan sebagai hujah atau dalil dalam kedua-dua masalah ini. “Barang kali ada tersilap dalam mentafsirkan ayat-ayat Quran dan juga hadis-hadis Nabi s.a.w.” Sebahagian dari kita, kata mereka, kadang-kadang mengambil bahan-bahan itu dari kitab-kitab dimana perawi-perawi hadisnya tidak diiktiraf oleh para ulama muhadithin dan ulama “mufassirin”. “Kadang-kadang sanad hadis itu terputus jalurnya”, kata setengah dari pelajar tersebut. Kalau isu-isu ini ditimbulkan oleh para ilmuan Islam lainnya seperti Dr. Asri, bekas Mufti Perlis, misalnya, sudah tentulah ramai yang menyanggahnya, dan akana mendakwanya sebagai golongan itu dan golongan ini. Sebagai berfahaman itu dan ini, dan tidak mengikut “Ahlus Sunnah Waljamaah”. Pada saat-saat Datuk Hassan Din Al-Hafiz, memberikan pendapat atau pun pandangannya seolah-olah macam “menongkah arus” itu tak ada satu orang pun bersuara untuk menyanggah hujahnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2010 di pasaran...

2 comments:

Cahaya Berlapis Cahaya said...

Sudah berzaman kita diajar bahawa sirat itu wujud. Wlupun tidak dizahirkan secara terperinci didlm Al Quran. namun, terlalu byk hadis yg menghuraikannya. Bidadari juga wujud Dan jelas di terangkan di dlm Al Quran. Al Imam Al Ghazali r.a banyak merungkai didlm kitabnya mengenai kedua2 isu ini. Jd, disitu kita boleh lihat. Jika dibandingkan imam Al ghazali r.a dengan Hassan Din, siapa yg lebih hebat??? Jgn dinilai seseorg itu dengan ilmunya. Azazil suatu masa dahulu ilmunya melimpah ruah. Sehingga menjadi ketua malaikat. Akhirnya dilaknat juga menjadi iblis. Jd, bkn ilmu itu menunjukkan alimnya seseorg. Tetapi bagaimana dia beramal dgn ilmunya itu. maka itu, tidak hairan laa dengan pesan nabi bahawa, " Sesuatu yg lebih aku takut dari Dajjal, adalah ulamak su ( ulamak jahat ). Maaf kiranya disini tiada dalil untuk isu diatas. Cuma sekadar pandangan. Untuk memperbincangkan isu ini, memerlukan masa dan penulisan yg pjg. Akan saya usahakan nanti.

Unknown said...

Jangan mudah melatah kalau ada ulama yg cakap xda bidadari. lagipun ni bukan kali pertama saya dgar bidadari xda. bukanla bermakna kita kat surga xda pasangan, cuma banyak ahli tafsir yg tafsir perkataan hurul ain tu sebenarnya pasangan. Ia boleh dirujuk lelaki atau wanita yg bermata cantik.