Wednesday, March 13, 2013

'Amar Bin Lahyin: Tokoh Yang Membawa Berhala Ke Kaabah

SEJARAH telah menceritakan bagaimana Nabi Ibrahim a.s. yang mendapat perintah dari Allah s.w.t. telah pergi ke Makkah membawa isteri dan anaknya Ismail. Sesampainya di Lembah Makkah yang kering kontang itu, Nabi Ibrahim telah meninggalkan isteri dan anaknya di situ. Di sinilah bermulanya pembukaan Kota Makkah. Setelah Siti Hajar menemui telaga Zam Zam semasa Ismail kecil, menjadi lembah Makkah tumpuan kepada semua Kafilah Arab yang berdagang. Dari Timur ke Barat, dan Utara ke Selatan Kafilah dagang Arab berulang alik membawa barang dagangan mereka, dan Lembah Makkah yang dihuni oleh Isteri Nabi Ibrahim bersama anaknya Ismail tempat persinggahan para pedagang tersebut. Kerana disini terdapat air Zam Zam yang sumber dari Syurga, dan tahun demi tahun semakin ramai orang menghuni kawasan ini.
Ertinya, doa Nabi Ibrahim kepada Allah supaya menjadikan lembah yang kering kontang itu sebagai satu daerah yang makmur yang akan dikunjungi oleh semua pihak. Doa itu dimakbulkan oleh Allah s.w.t., sehinggalah sekarang sebagaimana kita maklumi bahawa daerah Makkah telah menjadi Pusat perdagangan dunia yang paling besar di dunia. Kerana di sini ada Masjidil Haram - sebuah Masjid yang dimuliakan dimuka bumi ini, dan di dalamnya ada Kaabah-Kiblat umat Islam untuk melakukan solat, maka daerah Makkah semakin maju dan pesat membangun. Berabad-abad lamanya tempat itu sentiasa didatangi dan dikunjungi manusia dari segala penjuru Tanah Arab untuk beribadah menyembah Allah, dengan bertawaf, itikaf, rukuk, sujud (solat), dan tempat berkumpul pada waktu-waktu yang tertentu, iaitu dengan mengerjakan ibadah Umrah dan Haji. Tetapi lama kelamaan, berabad-abad kemudian, manusia mulai lupa akan ajaran Ibrahim dan Ismail, mulai membelok dari ajaran Ibrahim dan Ismail, kerana pengaruh perkembangan hidup manusia atau kebudayaan dari abad ke abad. Syariat yang diajarkan Nabi Ibrahim dan Ismail, satu demi satu mereka lupakan. Mereka buat ibadah dengan cara-cara mereka sendiri. Orang mulai menyembah dan menyucikan Allah yang memerintahkan mendirikan Rumah Allah atau Kaabah tersebut. Rumah itulah yang mereka sembah, bukan menyembah Allah. Akhirnya yang berkuasa dan yang memegang kunci Rumah Allah itu adalah seorang yang bernama ‘Amar Bin Lahyin, seorang yang sangat dihormati dan disucikan kerana seorang yang amat sosial. Dialah yang membahagi-bahagikan pakaian, makanan dan minuman kepada setiap orang yang datang berhaji ke Kaabah itu. Pada salah satu musim haji secara jahiliah, ‘Amar Bin Lahyin pernah memotong 10,000 ekor unta dan membahagikan pakaian kepada berpuluh-puluh ribu manusia yang datang berhaji secara jahiliahnya itu. Kerana kebaikannya itu, orang menghormatinya, lalu akhirnya menganggap ‘Amar Bin Lahyin itu seperti Tuhan. Apa yang dikatakannya dikerjakan orang sebagai syariat atau agama. Maka berubahlah agama yang diajarkan Ibrahim dan Ismail. Mereka buatlah Bahirah, Saibah, Washilah dan Ham. Bahirah ialah unta betina yang sudah melahirkan anak sampai lima kali. Unta itu ditandai dengan membelah kupingnya, lalu dihormati dan disucikan, tidak disembelih atau dimakan dagingnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2013 di pasaran...

No comments: