Thursday, October 10, 2013

Saidina Umar Tidak Tinggal Di 'Istana'

SELAIN dari kejadian-kejadian ajaib berlaku di zaman sebelum kebangkitan Islam, perkara-perkara aneh berlaku juga di zaman Nabi s.a.w., perkara serupa juga iaitu keajaiban atau pun keanehan berlaku juga di zaman para sahabat. Saidina Abu Bakar As-Sidiq sendiri juga ada berlaku kejadian yang aneh. Abu Bakar merupakan Khalifah yang pertama sesudah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. Khalifah ini hidup mereka sungguh zuhud. Walau pun mereka ini merupakan saudagar-saudagar Arab yang terkenal dan ternama, tetapi harta-harta mereka diinfaqkan utuk Islam. Walau pun mereka dilantik sebagai “Khalifah”, tetapi hidup mereka tidaklah seperti khalifah atau pun raja-raja yang memerintah sesebuah negara itu. Kisah yang dipaparkan ini ialah mengenai Khalifah Umar Ibnu Khattab. Umar semasa menjadi Khalifah merupakan seorang Khalifah yang tegas, di zaman Rasulullah, beliau merupakan seorang sahabat Nabi yang paling berani. Orang-orang Quraisy kafir memang takut dengannya. Pernah berlaku ketika hijrah berlaku, Umar telah pergi ke Kaabah lalu berdiri dan berucap. “Aku Umar, esok akan berhijrah ke Madinah. Aku melihat siapa mahu menghalangku. Kalau ada diantara kamu kaum Quraisy yang mahu isterinya jadi janda, anak mereka menjadi yatim, cubalah halang aku dari pergi berhijrah,” tegas Umar ketika berucap di depan Kaabah. Esoknya, Umar keluar dari Makkah bersama beberapa orang lainnya, tetapi ternyata tidak seorang pun yang menghalangnya dalam perjalanan hijrah itu. Umar berjalan bersama rakan-rakannya dengan tenang dan aman. Kaum kafir Quraisy pun agaknya berfikir, jangan nak cari nahas dengan Umar... Dalam satu kisah yang ajaib mengenai diri Umar semasa beliau menjadi Khalifah. Diceritakan oleh mereka yang tahu tentang kisah ini, bahawa pada suatu hari ada satu utusan negara Rom datang ke Madinah. Tujuan utusan ini ke Madinah semata-mata untuk bertemu dengan Khalifah Umar bin Khattab. Utusan dari Rom ini telah membayangkan bagaimana nanti dia mahu bertemu dengan Umar tentulah sukar. “Istana” Saidina Umar tentulah besar. Temboknya tinggi. Ada pengawal-pengawal yang menjaga dan mengawal sekeliling “istana” Umar. Utusan ini membayangkan dalam fikirannya, Umar sedang bersandar pada sebuah kerusi yang panjang beralaskan dengan bantal-bantal dan tilam-tilam yang empuk.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2013 di pasaran...

No comments: