Wednesday, June 11, 2014

Cintai Suami Berpahala Besar

ADA beberapa perkara jika dilakukan akan membawa seseorang wanita memasuki syurga, seperti hadis berikut: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang isteri telah mendirikan solat lima waktu dan berpuasa bulan Ramadan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, maka diucapkan kepadanya: Masuklah Syurga dari pintu syurga mana yang kamu kehendaki.” (Riwayat Ahmad dan Thabrani) Memelihara kehormatan ini ertinya menjaga kemaluan, menjauhkan diri dari berhubungan seks selain dari suaminya. Mentaati suami ini maksudnya adalah mematuhi segala perintah suami dalam keadaan apapun. Salah satu hal yang perlu ditaati oleh isteri ialah ajakan dari suami untuk berhubungan badan. Perkara ini ditegaskan lagi dalam hadis yang lain sebagai berikut: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur. Ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu sampai subuh.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Isteri hendaklah ikut saja kemahuan suami ketika suami mengajaknya untuk berhubungan badan. Sebaiknya, berfikir positif saja bahawa suami terangsang kerana sesuatu hal sehingga suami perlu untuk menyalurkan hasratnya kepada isterinya. Hal ini dicontohkan oleh Nabi s.a.w. menurut kisah berikut:
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melihat wanita, lalu baginda masuk ke tempat Zainab, lalu baginda tumpahkan keinginan baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan. Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia datangi isterinya, kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan apa yang ada pada wanita itu.” (HR. Termizi) Dari hadis tersebut tentu bukan bererti nabi itu orang yang tidak tahan dengan wanita. Beliau itu adalah orang yang paling tahan terhadap hawa nafsu, namun demikian beliau melakukan hal tersebut sebagai contoh kepada para umatnya, iaitu untuk para suami jika terangsang oleh wanita lain, maka hendaklah hasrat keinginan tersebut disalurkan kepada isterinya. Jadi para suami tidak usah malu jika tiba-tiba mesti pulang ‘mendatangi’ isterinya. Bagi para isteri juga, jika tiba-tiba suami ingin menyalurkan hasratnya, hendaklah disambut dengan baik, kerana hal ini adalah melaksanakan sunnah Rasul.
Pada zaman dulu ketika orang masih salih-salihah, sulit lelaki terangsang di luar rumah kerana para wanita sangat menjaga aurat, namun pada zaman yang sudah rosak ini sangat mudah bagi lelaki untuk terangsang secara seksual mengingat banyak sekali wanita yang tidak menjaga auratnya di muka umum, sedangkan tidak mungkin juga kaum lelaki tinggal saja di rumah. Selain dari pertemuan langsung, rangsangan juga dapat melalui televisyen, akhbar, website, facebook, dan sebagainya. Jadi para isteri jangan terkejut kalau suami sehabis membaca majalah atau akhbar terus mengajak masuk bilik. (Sumber: Seks-Islam. Blogspot.com)

BERPAHALA
Hubungan seks antara suami isteri dalam Islam selain membawa keseronokan bagi kedua suami isteri, juga dihitung kegiatan yang berpahala. Penjelasannya dapat dilihat pada hadis berikut: Rasululllah s.a.w. bersabda: “Jika kalian bersetubuh dengan isteri-isteri kalian termasuk sedekah!” mendengar sabda Rasulullah itu para sahabat kehairanan dan bertanya: “Wahai Rasulullah, seorang suami yang memuaskan nafsu berahinya terhadap isterinya akan mendapat pahala?”  Nabi s.a.w. menjawab: “Bagaimana menurut kalian jika mereka (para suami) bersetubuh dengan orang lain selain isterinya, bukankah mereka berdosa? “Jawab para sahabat: “Ya, benar”. Beliau bersabda lagi: “Begitu juga kalau mereka bersetubuh dengan isterinya (di tempat yang halal), mereka akan memperoleh pahala!” (Hadis Shahih Riwayat Muslim, Ahmad dan Nasa’i)
Jadi demikian rupanya seks dalam Islam bukan hanya membawa kesenangan dunia, namun juga akan menjadi pahala yang diperhitungkan sebagai kesenangan di akhirat kelak. (Sumber: Seks-Islam. Bologspot.com)

SEDEKAH
Selain berpahala, bersenggama antara suami isteri juga termasuk sedekah. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Dalam kemaluanmu itu ada sedekah.” Sahabat lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah kita mendapat pahala dengan menggauli isteri kita?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah jika kalian menyalurkan nafsu di jalan yang haram akan berdosa? Maka begitu juga sebaliknya, bila disalurkan di jalan yang halal, kalian akan beroleh pahala.” (HR. Bukhari, Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah) Kerana bertujuan mulia dan bernilai ibadah itulah setiap hubungan kelamin dalam rumah tangga harus bertujuan dan dilakukan secara Islam, yakni sesuai dengan tuntutan Al-Quran dan sunah Rasulullah s.a.w. Hubungan intim, menurut Ibnu Qayyim Al-Jauzi dalam Ath-Thibbun Nabawi (Pengubatan ala Nabi), sesuai dengan petunjuk Rasulullah memiliki tiga tujuan: memelihara keturunan dan keberlangsungan umat manusia, mengeluarkan cairan yang bila mendekam di dalam tubuh akan berbahaya, dan meraih kenikmatan yang dianugerahkan Allah. Ulama salaf mengajarkan, “Seseorang hendaknya menjaga tiga hal pada dirinya: Jangan sampai tidak boleh berjalan kaki, agar jika suatu ketika harus melakukannya tidak akan mengalami kesulitan: jangan sampai tidak makan, agar usus tidak menyempit: dan jangan sampai meninggalkan hubungan kelamin, kerana air telaga saja bila tidak digunakan akan kering sendiri.” Muhammad bin Zakariya menambahkan, “Barang siapa yang tidak bersetubuh dalam waktu lama, kekuatan organ tubuhnya akan melemah, syarafnya akan menegang dan pembuluh darahnya akan tersumbat. Saya juga melihat orang yang sengaja tidak melakukan hubungan kelamin dengan niat membujang, tubuhnya menjadi dingin dan wajahnya muram.” Sedangkan di antara manfaat hubungan kelamin dalam pernikahan, menurut Ibnu Qayyim, adalah terjaganya pandangan mata dan kesucian diri serta hati dari perbuatan haram. Hubungan kelamin juga bermanfaat terhadap kesihatan rohani pelakunya, melalui kenikmatan tiada tara yang dihasilkannya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

No comments: