Wednesday, June 11, 2014

Kenapa Artis Suka Bercerai?

AKHIR-AKHIR ini nampaknya dunia artis kita kerap benar bercerai. Bercerai-berai kepada mereka macam “makan cendol” aje. Apakah mereka tidak tahu bahawa bercerai itu satu perkara yang halal tetapi “dibenci” oleh Allah Taala. Kadang-kadang baru setahun dua kahwin, dan beberapa bulan bernikah, dah berpisah, dah pergi ke mahkamah tuntut itu dan tuntut ini. Ini berlaku terutama kepada artis-artis baru. Seolah-olah mereka buat macam main guli aje isu berkahwin cerai ini. Pada Pak Syeikh, kaum artis ini kebanyakannya “terdedah” dengan hal-hal yang “bersyubahat” dalam maksiat. Itu yang tak berkatnya.
Mereka tidak buat kerja-kerja maksiat, tetapi “bersyubahat” dengan perbuatan itu. Pak Syeikh anjurkan supaya pasangan-pasangan artis kita ini selalu mendekatkan diri kepada agama, sama ada sebelum mendirikan rumah tangga atapun sesudahnya. Banyakkan “sembahyang jemaah” bersama isteri di rumah. Bila masuk azan subuh, kedua suami isteri bangun awal-awal mandi dan sembahyang berjemaah, dimana suami sendiri jadi imam. Jangan pandai jadi imam untuk belakon aje...Pak Syeikh perpendapat sembahyang jemaah bersama isteri ini terlalu besar dan banyak fadilatnya, terutama sembahyang waktu subuh. Para malaikat akan turun dari langit untuk sama-sama menyaksikan suami isteri solat berjemaah itu. Lakukan sebanyak yang mungkin dan boleh dilakukan setiap masuk waktu, sekiranya kedua-duanya berada dalam rumah. Pak Syeikh berpendapat sekiranya diri kita berjaya, IsyaAllah segala-galanya akan berjaya, termasuklah rumah tangga kita tetap teguh, InsyaAllah! Sembahyang adalah menjadi “asas utama” dalam menghadapi permasalahan rumah tangga. Dalam sembahyang bejemaah itu, kita sama-sama berdoa agar kita suami isteri ini ditetapkan iman, dijauhkan dari sebarang mala petaka dan musibah. Kadang-kadang Pak Syeikh baca dalam akbar dua pasangan artis bercerai serentak beritanya disiarkan. Memanglah berita-berita artis bercerai dan berkahwin mempunyai nilainya. Sebab, orang suka baca berita macam itu. Bila orang ramai suka baca dan ingin tahu, maka berita itu semakin tinggi nilainya. Tapi artis kenalah ingat, cukuplah nak cari ‘glamour’ dengan berkahwin dulu. Nak bercerai, janganlah cari orang media lagi. Senyap-senyap sudahlah! Pak Syeikh cakap macam ni kerana ada setengah artis menjadi “idola” anak-anak muda sekarang.
Pak Syeikh bimbang budaya kahwin cerai-kahwin cerai ini menjadi “budaya” artis-artis kita, Pak Syeikh rasa ianya akan menjdi ikutan mereka kelak.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

No comments: